Saturday 30 June 2012

Rozaimi Diintai Kelab Thailand dan Kelab Eropah Serta Gambar Perlawanan Malaysia U22 vs. Vietnam U22.

Perlawanan di antara Malaysia U22 vs. Vietnam U22 yang selesai semalam adalah perlawanan keempat dalam kempen Kelayakan Piala Asia B22. Kejohanan Piala Asia B22 yang akan diadakan tahun hadapan adalah kejohanan peringkat bawah umur 22 tahun kali pertama diadakan. Perlawanan diantara Malaysia U22 vs. Vietnam U22 yang berkesudahan Malaysia U22 berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan gol 3 - 0.

Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh pemain Midfield berasal dari Sabah, tetapi Coach Ong Kim Swee meletakkan Rozaimi Abdul Rahman sebagai Striker pasukan Malaysia U22. Percaturan Ong Kim Swee menjadi sepanjang kempen Kelayakan Piala Asia B22 selepas mengharungi empat perlawanan apabila Rozaimi yang bermain sebagai Striker disenaraikan sebagai pemain utama skuad Malaysia U22 telah menjaringkan 9 gol dari 3 perlawanan beliau diturunkan. Jaringan hatrik yang dijaringkan oleh Rozaimi semalam adalah hatrik yang kedua dalam kempen kelayakan ini setelah melakukannya kali pertama ketika menumpaskan Filipina U22 Khamis lalu. Jumlah jaringan gol yang dijaringkan Rozaimi meletakkan Rozaimi sebagai pendahulu senarai penjaring gol terbanyak Kelayakan Piala Asia U22setakat ini. Kelincahan, keupayaan dan kemahiran Rozaimi menyebabkan beliau mengalami sedikit kecederaan pada bahagian muka setelah beliau disiku oleh pemain Vietnam U22 dalam perlawanan semalam. Dikhabarkan juga kelab bolasepak dari Thailand iaitu BEC Tero Sasana dan satu kelab dari Eropah mula mengintai beliau. Namun masih belum mendapat apa-apa pengesahan rasmi dari pihak pengurusan Harimau Muda. Semestinya pencapaian Rozaimi ini sukar diperolehi sekiranya tiada kerjasama dari rakan sepasukan yang lain. Komitmen yang diberikan oleh rakan sepasukan yang diketuai oleh Kapten Harimau Muda, Irfan Fazail sangat tinggi demi memastikan pasukan Malaysia U22 atau lebih dikenali sebagai Harimau Muda mencapai kemenangan yang diperlukan sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia B22 tahun depan.

Sumber gambar dari ESPNSTARMY dan Fanpage Rozaimi Abdul Rahman Official.
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

dia ni hebat kot.. nsib baik OKS serap dia msuk ke team U22.. bleh kmbngkn bakat dia lagi, slain bermain utk team Sabah je

Tgk dari cara dia main mmg nampak skill dia tggi...

AL AZRUL: ei, sabah team je? angkuh juga cara pertuturan ko? pui. ko sepak bola pun belum tentu lulus. macam taik jak gambar ko aku tengok.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More