Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Wednesday 29 February 2012

Kembar Zizan Raja Lawak.

Orang cakap setiap manusia ada kembar masing-masing. Maksud aku bukan la betul-betul kembar sama mak, sama bapak. Tapi mempunyai rupa paras sama. Entri kali ni aku nak tunjuk kat korang kembar Zizan Raja Lawak.


Kembar Zizan Raja Lawak ni aku kenal sebab dia ni trainee kat tempat keja aku. Rupa paras sama. Karekter sikit lebih kurang sama macam Zizan. Sampai otai-otai kat tempat dia praktikal ni pun gelar dia Zizan.


Zizan..zizan...kau ni memang macam-macam la...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terkini Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Malaysia lawan Filipina.

Ok...ringkas je entri kali ni. Maklumat terkini siaran langsung perlawanan persahabatan Malaysia lawan Filipina.


Sah!! Tiada siaran langsung di mana-mana stesen televisyen swasta atau stesen televisyen milik kerajaan. Yang ada hanyalah siaran live streaming yang boleh ditonton melalui siaran internet. Sila ke page yang aku bagi kat sini. Sumber link aku dapat dari page Facebook Malaysia National Football Team (MNFT). http://birdysuperstarsport.blogspot.com/2012/02/live-stream-philippine-vs-malaysia.html?m=1 Kalau x dpt, boleh try link ni plak http://www.onepunch.me/2012/02/azkals-vs-malaysia-tigers-live.html?m=0


Jom kita!!!!.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 26 February 2012

Malaysia Masuk Final Carling Cup?


Malam semalam final Carling Cup berlansung. Dah tamat dah pun. Game 90 minit berlanjutan ke masa tambahan masih takde pemenang setelah kedua-dua team seri 2-2. Macam biasa sepakan penalti bagi menentukan pemenang. Ohh ya...lupa pulak. Final Carling Cup ni adalah antara Cardiff City FC menentang Liverpool FC. Kemenangan berpihak kepada Liverpool FC. Tapi ramai yang beranggapan final Carling Cup umpama Malaysia lawan Liverpool. Hah??!! Malaysia masuk final Carling Cup?


Ahhh...!!! Karut semua tu. Jangan kerana tertera nama Malaysia pada jersi team Cardiff City FC, kita dah anggap Malaysia yang berjaya layak ke final Carling Cup. Korang kena ingat, team Cardiff City FC ni hanya dimiliki oleh rakyat Malaysia. Bukannya Cardiff City FC tu team Malaysia.


Mungkin ramai yang berasa bangga sebab team tu dimiliki oleh warga Malaysia. Nama Malaysia tertera pada jersinya. Safee Sali dan Safiq Rahim pernah menjalani latihan dan ujian bersama team tu. Aku juga bangga. Tapi jangan la anggap team Cardiff City FC tu team Malaysia. Setakat ni, aku bangga dengan team Malaysia yang menggunakan 100% tenaga pemain tempatan. Kita kena berpijak di bumi yang nyata. Hidup dalam realiti. Tapi tak salah untuk mempunyai impian yang tinggi!!!


Macam mana pun tahniah kepada kedua-dua team, Cardiff City FC terutama sekali Liverpool FC yang menjuarai Carling Cup. Terima kasih juga kepada Cardiff City FC yang memberi kerjasama dengan negara kami dalam pembangunan bolasepak Malaysia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kenapa Tak Tulis Blog Pasal Artis?

Sempena aku belum ada mood nak teruskan rutin hari minggu iaitu gosok baju kerja dan baju sekolah anak aku, maka aku amik keputusan untuk update blog ni. Kalau korang perasan kat blog ni jarang aku tulis pasal artis kecuali entri yang aku jual nama Neelofa tu je. Kenapa tak tulis blog pasal artis? Kan ramai orang suka baca pasal artis dan selebriti ni.


Memang betul ramai orang suka baca pasal gosip-gosip artis. Dulu aku penah berada dalam industri hiburan tapi sekejap je sebab aku bukan retis..hahaha..retis? Apa tu? Dulu aku pun tak tau apa retis tu. Tapi bila dah banyak kali aku jumpa perkataan retis tiap kali baca entri blog pasal dunia hiburan, baru la aku tau retis tu adalah artis....!!! Hahaha...Ok, balik pada point entri ni. Aku dah tetapkan masa mula-mula untuk aku kembali tulis blog, aku tak nak tulis pasal artis. Sebabnya, dah banyak dah majalah hiburan kat luar sana. Kalau tak majalah hiburan pun, kat suratkhabar dah ada ruangan hiburan tu. Hari-hari ada cerita pasal artis. Tapi sebab utama adalah aku tak nak sebarkan info yang tak betul atau yang belum pasti kesahihannya. Boleh jadi fitnah nanti tu.







Aku bagi contoh pasal kes yang mengatakan artis rogol anak tiri sendiri lastweek. Aku tak baca pun blog tu. Aku cuma terbaca tajuk kat blog ping aggregiator pasal kes tu. Tapi sikit pun aku takde minat nak amik tau. Sebabnya aku tak pasti dengan kesahihan info tu. So aku tak nak amik port. Tup..tup tengahari tadi sambil aku mop bersihkan lantai rumah aku, terdengar pasal artis nak saman blogger pasal menyebarkan info yang tak betul pasal artis tu terlibat dalam kes rogol. Haaa...kan dah nak kena saman. Penyakit la tu der...aku kalau setakat saman tu kira ok lagi la...tapi tengok gak saman berapa banyak..kalau saman dah tahap juta-juta tu, rentung gak la.. Tapi aku takut dengan dosa memfitnah der...tu yang tak sanggup.


Kesimpulannya, jangan la sebab kejarkan trafik tinggi untuk blog, kita sanggup sampaikan info yang belum pasti kesahihannya. Aku harap aku dapat terus berpegang kepada ketetapan aku untuk tidak tulis blog yang belum atau tidak pasti kesahihannya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday 25 February 2012

Siaran Langsung Perlawanan Bolasepak Persahabatan Malaysia lwn. Filipina 29 Februari 2012.


Selepas perlawanan persahabatan kelas A yang asalnya dijadualkan menentang Arab Saudi dibatalkan oleh pihak Arab Saudi, skuad bolasepak senior negara tiada pilihan lain melainkan mengaturkan perlawanan menentang pasukan Liga Super, Negeri Sabah semalam. Arab Saudi membatalkan perlawanan menentang skuad negara kita untuk menentang skuad New Zealand yang berkesudahan Arab Saudi membelasah New Zealand 6-0. Maka seharusnya kita lupakan kekalahan dimana negara kita dibelasah 5-0 oleh Australia dan 4-0 oleh Jepun di mana kedua-dua pasukan mempunyai pemain bertaraf bintang dan beraksi di Eropah. Sangat jauh tahap kedua-dua negara tu dibandingkan skuad negara kita. Tiada apa yang nak dimalukan. Perlawanan persahabatan skuad Senior Malaysia lawan Sabah semalam berakhir dengan kemenangan diperolehi oleh skuad kebangsaan 1-0 hasil jaringan pemain yang dikatakan anak emas K.Rajagobal iaitu Amar Rohidan pada minit ke 75. Perlawanan yang hanya boleh dinikmati oleh mereka yang hadir ke Stadium Likas sahaja. Tiada siaran langsung yang disediakan oleh pihak penyiaran baik dari stesen penyiaran milik kerajaan atau swasta. Kini kami sebagai penyokong dan peminat skuad Bolasepak Kebangsaan amat menagih agar salah satu stesen tv dapat menyiarkan siaran langsung perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia lawan Filipina 29 Februari 2012, iaitu pada Rabu minggu depan je...tinggal lagi 4 hari je lagi.


Aku amat harap akan ada siaran langsung game tu nanti. Game persahabatan tu game kelas A. Kalau tak silap aku game tu juga akan memberikan mata andai team Malaysia menang. Insyaallah boleh memperbaiki ranking. Jangan pihak stesen tv asyik nak kaut untung je. Akademi Fantasia, Pilih Kasih, Mentor bagai boleh plak tiap- tiap minggu ada live. Konsert Jom Heboh pun ada live. Ini game yang melibatkan team bolasepak negara. Aku tak tau la kalau CEO stesen tv tu warganegara Nepal.


Lagi satu, aku rasa ramai yang rindu nak tengok aksi Super Safee Sali. Jutawan bolasepak negara. Lama sangat tak tengok aksi Safee. Last tengok pun kat internet live streaming lawan India. Tu pun sangkut-sangkut. Memang kat ISL pun bleh tengok aksi Safee melalui mivo.tv tapi tu game kelab. Skang ni kita nak tengok Safee Sali main untuk negara bersama skuad Harimau Malaya.


Harapan setinggi gunung untuk dapat tengok game persahabatan bolasepak lawan Filipina nanti. Harap sangat Astro atau RTM adakan siaran langsung perlawanan persahabatan bolasepak Malaysia lawan Filipina Rabu nanti.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 24 February 2012

Kenapa Golongan Ultras Malaya Dikutuk





Wahh..!! Kalau tak silap aku persoalan ni timbul sejak kekalahan Malaysia ditangan Bahrain 3-2 masa game di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ramai yang mula mempersoalkan dan kutuk bebudak Ultras Malaya. Aku tak dapat pergi game tu sebab sakit walaupun dah ada tiket masa tu. Aku pun sebenar pun tak berapa pasti kenapa golongan Ultras Malaya dikutuk. Aku cuba huraikan persoalan ni.







Game lawan Bahrain, Malaysia lead 2-0. Masa tu bukan saja seluruh stadium bersorak gembira. Aku yang sekadar tengok game tu kat rumah pun bersorak gembira. Sesekali tu aku cuba tangkap chants yang didendangkan bebudak Ultras Malaya. Aku rasa macam aku ada dengan diorang masa tu. Sama macam masa 3 game sebelum tu. Aku start follow diorang sejak game lawan Indo AFF Suzuki Cup. Itu pun lepas aku spot diorang masa game Malaysia lawan Vietnam. Masa tu aku cakap dengan geng aku untuk game lawan Indo kita kena join diorang. Tapi masa game lawan Bahrain, dalam tempoh 10 minit team Malaysia kecundang selepas Bahrain score 3 gol sebelum game tamat. Kecewa? Pasti kecewa. Siapa yang tak kecewa. Ramai yang kecewa. Tapi bebudak Ultras Malaya tetap menyanyi dan menari sehingga lampu stadium tutup. Walaupun aku takde kat situ masa tu, aku yakin itu yang diorang lakukan. Itu la kebiasaan yang aku tengok sejak aku join group diorang bersorak bagi sokongan sepanjang game.


Selepas tu, aku tengok ramai yang mula kutuk Ultras Malaya. Kenapa berseronok padahal Malaysia kalah? Tak sedih ke team Malaysia kena belasah? Dan persoalan yang paling pedih, bebudak Ultras Malaya tak solat ke? Sebenarnya, kami juga amat terasa bila pihak lawan menjaringkan gol. Umpama direntap juga jiwa kami. Rasanya sama macam kami juga pemain. Kecewa...tapi sebagai pemain, kita kena terus bermain. Kena terus berjuang. Itu la perasaan aku masa dengan Ultras Malaya. Aku kecewa..tapi aku kena terus bagi sokongan pada team Malaysia. Penyokong lain pun kecewa, sampaikan mula keluar stadium awal. Itu cara diorang. Cara diorang tunjukkan rasa kecewa. Tapi diorang tetap datang stadium bagi sokongan. Paling tidak pun, tengok kat tv. Perasaan bebudak Ultras dan penyokong atau peminat bolasepak Malaysia sama je. Sedih dan kecewa bila team kalah. Lebih-lebih lagi kalah dalam masa 10 minit selepas lead 2 gol. Pada aku, takde siapa yang boleh mempersoalkan cara sokongan masing-masing. Masing-masing punya cara tersendiri. Tak perlu aku huraikan lebih-lebih.


Lepas tu ada juga yang tanya bebudak Ultras Malaya tak solat maghrib ke? Eh...kenapa tuju bebudak Ultras Malaya je....sebab sejak aku join diorang ada juga budak Ultras Malaya yang jadi imam solat maghrib jemaah kat luar curva tu. Yang tak solat tu...hmmm...susah untuk aku komen. Yang aku boleh cakap ada ramai juga yang bukan golongan Ultras Malaya tak solat maghrib...


Ok la..gini je. Kalau boleh elok la kita elak dari kutuk mengutuk sesama kita. Masing-masing punya cara masing-masing sesama sendiri. Kita tetap menyokong team negara kita. Walaupun aku sendiri tak suka dengan cara membakar semangat atau menyokong dengan meniup vuvuzela, aku tetap kena terima. Sebab ikut cara masing-masing bagi sokongan asalkan kita appreciate perjuangan tak kira menang atau kalah. Itu kan lebih baik daripada tak menyumbang apa apa. Orang putih pun menyumbangkan tenaga bagi sokongan kat Team Malaysia.


Cuma aku harap yang bertanggungjawab dalam Ultras Malaya dapat tukar lirik yang meng 'anjing' kan team lawan. Aku rasa berdosa plak bila meng'anjing'kan team lawan yang ada saudara seagama dengan aku...aku tau korang pegang pada 'some don't like us but we don't care'... Tapi takkan kita nak Yang Maha Kuasa tak suka pada kita...ye tak?...


*gambar-gambar kali ni kredit kepada Wawan Faiz Dunia Sukan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 22 February 2012

3 Jam Selepas Perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan.




Kali ni aku nak buat rumusan selepas perlawanan Bolasepak Kelayakan Olimpik 2012. Lebih kurang 3 jam selepas perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan.


Seperti yang aku bagitau kat entri sebelum ni pasal Ultras Nippon. Memang sahih Ultras Nippon datang Malaysia untuk bagi sokongan kat team bolasepak Jepun. Ramai jugak. Hampir menyamai jumlah Ultras Malaya yang datang SNBJ tadi. Keputusan perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan, Malaysia tewas 4-0. Matlamat Japan tercapai. Mungkin juga matlamat skuad Harimau Muda tercapai dengan memberi tentangan sengit dan sehabis baik. Aku tengok separuh masa pertama skuad Harimau Muda mampu bersaing dengan skuad Japan. Walaupun separuh masa pertama Japan score 2 gol, tapi permainan Harimau Muda agak baik. Tapi bila separuh masa kedua start, corak permainan skuad Japan berubah. Pergerakan player Japan sangat lincah. Larian dan gerakan diorang untuk penetrate defend Malaysia sangat padu dan mengelirukan. Larian flanker kiri dan kanan mudah mengatasi defend Malaysia. Apa punca? Aku tak pasti. Aku bukan pakar untuk komen mutu dan prestasi skuad negara. Nazmi Faiz masih hadapi masalah, tak boleh bertahan sampai tamat game. Fakri pun main juga tadi. Aku perasan Fakri bagi komitmen yang terbaik untuk game tadi. Support sampai area defend. Aku nampak Fakri macam boleh main defend. Dia robust dan ada kepantasan. Maybe kalau diasah sebagai defend, Fakri boleh jadi defender yang mantap. Mungkin je...tapi siapa tau kan..Shakir plak tak berjaya meledakkan walau satu gol pun sejak kembali dipanggil mewakili negara. Tapi kat liga Malaysia agak tajam juga dia. Entah la...Fakri dah lama tak score. Shakir pun blum berjaya score. Tapi kira ok lagi.. Fernando Torres pun dah lama tak score...hehe...persahabatan lawan skuad Olimpik Malaysia last year pun tak score jugak...heeh..


Bebudak Ultras Malaya plak macam biasa. Sepanjang 90 minit bagi sokongan tanpa henti. Sampaikan lampu stadium dah hampir tutup pun dok menyanyi lagi. Aku syak Ultras Nippon heran tengok Ultras Malaya sebab menyanyi jugak padahal team Malaysia kalah teruk!!! Lagu yang Ultras Malaya nyanyi masa game tadi banyak lagu-lagu yang didendangkan dalam game-game sebelum ni. Tapi ditambah dengan lagu Blues Sehati Sejiwa yang diambil dari Ultras Negori Sembilan. Padu jugak. Bila dah habis game komrad UltraSel pun mendendangkan chants diorang. Macam-macam gelagat dapat tengok bila join bebudak Ultras Malaya. Ada yang buat karekter Ultraman tengah fire la...ada yang teriak Bagero la...tapi dalam ramai-ramai bebudak Ultras Malaya tu, terlihat kelibat minah orang putih. Sama macam sebelum ni, ada mat salih yang bangga pakai jersi Malaysia dan sama-sama support Malaysia. Aku sertakan gambar berkaitan yang aku dapatkan dari page Facebook Dunia Sukan Online. Aku tak dapat snap apa-apa gambar pun sepanjang game sebab bateri handphone aku habis. Kuat betul makan bateri smartphone ni.


Sebelum game tadi aku jumpa kawan lama aku yang juga pernah satu team dengan aku masa aku aktif main bola dulu. Zainal Zuhry atau dikenali sebagai Darkbatman. Blogger jugak tu. Bukan blogger biasa macam aku. Tapi salah sorang top blogger jugak. Sorang lagi aku sempat jumpa kawan Facebook aku yang guna nick Oren Sprite. Nampak ganas dengan rambut mohawk dia. Senang je nak spot dia dalam ramai-ramai kat kelompok Ultras Malaya.


Ok la...sampai sini je ulasan aku 3 jam selepas game perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan. Aku pun tengah bertahan dari tido sebab jam 6:45 pagi esok aku akan terbang ke Sabah. So,pukul 3 pagi dah kena bersiap dan naik tren ERL pukul 4:30 pagi. Nanti aku buat satu entri pasal perjalanan aku ke Sabah. Balik hari plak tu.....gile!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 jam sebelum perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan.


Tak lama je lagi. Tinggal 3 jam je lagi sebelum perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan. Aku baru sampai kat stadium 20 minit tadi. Tiket dah beli. 4 keping je. Kali ni tak ramai kaum yang join.


Kat tepi pentas sebelah foodcourt kelihatan komrad-komrad Ultras Malaya tengah berkumpul dan buat pembahagian merchandise kepada komrad yang beli tshirt dan mafla Ultras Malaya. Takpe nanti aku join korang. Lepas solat magrib settle. Buat masa skang ni ramai yang datang ni aku tengok bebudak remaja. Maybe kebanyakannye student ipt. Fans dewasa tengah berperang kat jalanraya kot. Jem. Time balik kerja kan. Tiket plak baru sampai petang tadi. Maybe sebab tu jual lambat, tak macam biasa.


Kelihatan juga beberapa warga Jepun. Berpeluh-peluh aku tengok diorang. Bawak stick banners dengan tifo. Salute dengan diorang. Walaupun team Jepun berada di ranking yang lebih baik dari Malaysia, diorang tetap datang bagi sokongan.


Sekarang ni dah dengar chants dari bebudak Ultras Malaya yang baru sampai dari stesen lrt. Meremang. Rasa tak bleh tahan. Nak kena join jugak. Tapi tahankan jugak..takut tak de kederat masa game nanti kang.


Ok la...aku rasa ni entri update terakhir pasal game Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan kali ni. Bateri pun x berapa nak mengizinkan ni....apa-apa hal pun 'SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!'...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 21 February 2012

21 Jam Sebelum Perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan.



Entri kali ni aku update status terkini pasal game esok. Masa semakin hampir. Tinggal 21 jam sebelum perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan bermula.




Sepanjang perjalanan aku balik dari tempat kerja tadi melalui MEX Hiway dan melintasi Stadium Nasional Bukit Jalil nampak lampu stadium terang. Maybe ada latihan terakhir dari salah satu team. Tak tau la samada Malaysia atau Japan. Maybe Japan sebab team Japan singgah Singapore training kat sana sebab taknak team Malaysia tau taktik game Japan esok. Maybe juga Japan cuma tengok keadaan padang di SNBJ. Suasana kat SNBJ tenang. Sorry aku tak sempat nak snap gambar.


Tapi kat Facebook banyak group bolasepak yang update pasal kehangatan game Malaysia vs. Japan esok. Banyak juga poster-poster yang dah direka oleh peminat atau penyokong skuad Harimau Muda sempena perlawanan esok. Korang boleh tengok kat entri ni. Ada juga yang meramalkan barisan kesebelasan utama team Malaysia yang akan diturunkan untuk game Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan esok. Ada juga admin page fan player Harimau Muda yang bertanyakan tentang keyakinan peminat dan penyokong terhadap keputusan perlawanan Malaysia vs. Japan esok. Ada juga yang menyamakan pertembungan karakter kartun Bola Kampung vs. Kapten Tsubasa. Ada juga yang cuba melegakan suasana dengan meletakkan gambar Ultraman sebagai simbol Ultras Nippon yang dikhabarkan akan hadir di SNBJ esok..ada juga yang nakal menyamakan perlawanan ni umpama Maria Farida vs. Maria Ozawa...hahaha..takde kena mengena langsung...hehehe...Fandi Othman pulak tenang update twitter dan Facebook beliau menyatakan beliau perlu tido awal malam ni sebagai persediaan game Malaysia vs. Japan esok.


Bola Kampung vs. Kapten Tsubasa.




Ultraman sebahagian dari Ultras Nippon?


Apa pun, aku akan cuba update dari masa ke masa berkaitan perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan sehingga sepak mula. InsyaAllah. Doa-doa la line kat SNBJ esok tak congest supaya aku boleh update status terkini di SNBJ sebelum game esok.
Published with Blogger-droid v1.7.4

26 Jam Sebelum Perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan.

Ultras Malaya Kredit gambar ChiqahPhotography.



Satu lagi tajuk entri yang panjang. 26 jam sebelum perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan. Perlawanan yang amat dinanti-nantikan. Semangat aku untuk perlawanan esok sangat membara.


Aku tak tau kenapa semangat aku lain macam sangat. Padahal, peluang team Malaysia untuk layak ke Olimpik 2012 memang dah tertutup sejak kalah 2-1 masa lawan Bahrain bulan lepas. Mungkin aku dah gian sangat untuk bersama kawan-kawan bersorak bagi sokongan kat team Malaysia iaitu Harimau Muda. Kawan-kawan yang kebanyakannya aku tak kenal pun. Tapi kami bangga sebagai pemain ke-12 untuk memastikan semangat semua player Malaysia sentiasa padu demi mempertahankan maruah. Kalah atau menang kami tak kisah. Menang, kami bangga. Kalah juga kami bangga sebab kami yakin dengan semangat melawan pemain yang tinggi.


Untuk game esok, aku sanggup ambil cuti sehari. Aku nak beli tiket awal. Tapi pagi tadi dapat info, tiket perlawalan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan akan mula dijual pada jam 5:30 petang esok di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kecewa? Ada la sikit. Tapi takpe sebab dalam masa yang sama pagi esok aku boleh pergi amik stok emas yang orang dah beli. Lepas tu aku boleh terus bagi kat tuan punya tanpa delay. Petang tu aku akan terus ke Stadium Nasional Bukit Jalil beli tiket. Tiket untuk Grandstand RM40, tempat duduk terbuka RM20 & kanak-kanak bawah 12 tahun RM5 je.


Aku harap esok ramai rakyat Malaysia datang ke stadium untuk bagi sokongan walaupun peluang dah takde. Aku dengar Ultras Nippon juga akan datang bagi sokongan pada Japan. Siap bawak bersama Nippon Giant Flag. Korang bayangkan diorang yang jauh beribu batu pun sanggup datang bagi sokongan. Jangan risau, kami di Curva 1Q juga ada Malaysia Giant Flag!!!Kita rakyat sepatutnya takde masalah untuk ramai-ramai pergi SNBJ esok. Jangan la bagi alasan mutu bolasepak Japan lebih bagus sebab tu Ultras Nippon sanggup datang Malaysia bagi sokongan. Media Japan juga dah ramai yang membanjiri Malaysia sebab media Japan sangat mengambil berat pasal team bolasepak Japan. Aku harap media Malaysia juga macam media Japan. Jangan lupa suatu masa dulu team bola Japan ni, kena ayam je tiap kali lawan team Malaysia. Sepatutnya kita kena support bolasepak Malaysia supaya boleh kembali menjadi jagoan di Asia!!..


Aku berpegang kepada kata-kata yang dilaungkan di curva 1Q..."tak peduli apa orang nak kata, tak peduli walau bukan juara, aku rela mati pertahankannya, demi daulat negara yang tercinta...!!" Pesanan buat pemain "kami tak peduli walau bukan juara. Kami mahu semua pemain jangan mengalah. Kami sentiasa berada bersama kamu. Dengarkan chants kami memberi semangat dari Curva 1Q dan seluruh SNBJ!!!"




Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 20 February 2012

SMS Free.


Gua nak kongsi satu info dengan korang semua. Info yang gua baru dapat pagi tadi. Info pasal SMS free atau SMS berbayar.

Gua yakin ramai yang penah dapat sms yang offer klip 3gp lucah, awek kolej bogel dan macam-macam lagi sms yang menjerumuskan ke arah maksiat. Dalam masa yang sama kalau setuju nak ON dengan offer tu semua maka bersedialah untuk keluar duit lebih. Kredit prepaid automatik kena potong tu kira ok lagi. Kalau yang guna post paid masak la nak membayar. Gua penah kena bila anak gua main hp gua subscribe download game. Tak sampai seminggu bil handphone gua dah kena RM300!!.

Ok..korang tau setiap sms yang dihantar ada nombor pengirim, kan? Contoh macam 32999,18888, 27777, 68888. Semua nombor ni mesti ada 5 nombor je. Tapi yang mewakili agensi yang hantar sms tu adalah nombor awalan yang pertama sahaja. Gua senaraikan macam kat bawah ni:

1) 1xxxx - sms dari kerajaan & free.
2) 2xxxx - sms dari syarikat telco.
3) 3xxxx - sms dari syarikat pengiklanan atau content manager. Kena charge ni. Charge boleh mencecah RM2-RM5 untuk setiap sms.
4) 6xxxx - sms promosi & free.

Kalau korang ada dapat sms dari awalan nombor 3xxxx, hati-hati la. Jangan salah tekan atau salah reply. Silap-silap nipis poket korang nak membayar bil atau nak top-up prepaid.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 17 February 2012

Menghargai Blog Followers.


Gua nak cakap pasal blog followers pulak kali ni. Tapi sebelum tu gua minta maaf dulu sebab gua belum letak link video iklan 100Plus Safee Sali kat entri semalam. Puncanya sebab gua belum mengadap laptop lagi. Entri semalam tu gua post guna Samsung Galaxy S2. Kalau gua copy link iklan tu maka link yang akan gua letak kat entri tu hanya boleh ditonton melalui mobile phone je. Lagi korang panas nanti. Rileks dulu ye...kita proceed dengan kisah hargai blog followers dulu kali ni.

Blog korang ada followers tak? Ada kan..ramai? Ada yang ramai followers. Ada yang tak ramai followers. Korang rasa best tak bila ada followers kat blog korang? Rasa macam popular Ben Ashaari tak? Tak pun macam Red Mummy atau Hanis Zulaikha ke..tak kisah la apa perasaan korang. Macam blog gua ni blog followers tak ramai. Macam yang korang boleh tengok kat gambar tu, ada 33 orang followers je. Tu pun gua dah rasa best. Bila gua rasa best sebab ada blog followers gua cuba balas balik dengan menghargai blog followers gua tu.





Cara gua menghargai blog followers gua ialah:

1) gua akan jadi follower blog diorg balik. Tapi kadang2 gua terlupa jugak...siapa yang rasa gua terlupa tu, tolong komen ye..

2) gua akan cuba sedaya upaya singgah blog followers gua setiap hari walaupun blog diorang takde updated entri.

Itu la 2 cara gua menghargai blog followers gua. Maklumlah, followers tak ramai. Kalau followers ramai macam Ben Ashaari, Shakiddo, Red Mummy dan ramai lagi bloggers otai tu kita sendiri pun kena la paham kalau diorang tak singgah blog kita hari ni. Maybe esok ke, lusa ke, minggu depan ke, tahun depan ke, lima tahun lagi ke pasti diorang akan singgah ke blog kita. Kita tunggu je giliran sebab gua yakin diorang pun bloggers yang tau menghargai blog followers diorang.....peace....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 16 February 2012

Video Iklan 100Plus Safee Sali.

Iklan 100Plus yang menampilkan Safee Sali dengan Ramli Manchester United dah hampir 2 minggu on air kat tv. Sejak iklan 100Plus dengan Safee Sali tu jugak la ramai yang cuba cari link video iklan 100Plus Safee Sali. Macam mana gua bleh tau ramai yang mencari video iklan 100Plus Safee Sali tu? Kena la rajin tengok keyword search, buat analisa apa yang orang cari sekarang ni bro...gua pun harap kat analisa dari Nuffnang dengan Google Search je...cara lain gua tak tau...gua bukan hustler dalam blogging ni. Maklumla newbie la katakan. Earning pun ciput.. Bufferred Earning (BE) pun segan nak terpikat kat blog gua...heheh..tak relevan langsung...





Ok..iklan 100Plus Safee Sali dah ada kat youtube. Ada orang yang baik hati dah upload kat situ. Nanti gua bagi url atau link iklan 100Plus Safee Sali tu. Gua pun baru tengok. Walaupun gua dah banyak kali tengok kat tv tapi gua tengok lagi kat Youtube.

100Plus memang sedap. Minuman isotonik penambah dan mengembalikan tenaga ni memang terbaik. Dah macam-macam minuman isotonik gua minum sejak gua kecik sampai la dah ada anak 3 orang ni. Trademark kat botol dan tin minuman 100Plus ni pun sempoi. Cun. Minuman isotonik 100Plus memang memberi impak dan kesan setiap kali lepas gua berhempas pulas masa aktif main bola dulu. Cuma gua takde la tahap macam Safee Sali tu walaupun ada orang cakap kalau gua sezaman dengan Safee Sali, mesti gua pun dah jadi Jutawan macam Safee Sali...gua sengih je la... Gua tau gua susah nak setaraf dengan Safee Sali sebab gua suka mengelat masa training bola dulu...tak disiplin. Tapi time game, gua all out bro...

Perkara yang baik pasal 100Plus gua dah cakap. Cuma iklan 100Plus ni macam tak de umphh..takde impak...walaupun Safee Sali dengan Ramli MU ada..mungkin storyline tak cukup kuat macam iklan TM Ramli Manchester United ..gua tengok iklan 100Plus Safee Sali kat Youtube pun macam rasa tengok kosong je..tu hanya pendapat peribadi gua..nanti korang tengok la ye...guna link yang gua bagi tu...KLIK SINI....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 13 February 2012

Bukan Kekasih Neelofa.

Neelofa Bukan Bersama Kekasihnya.

Neelofa, satu nama yang agak hot skang ni. Nama yang selalu disebut-sebut oleh ramai jejaka. Termasuklah bloggers, penghuni kampung Facebook dan kadang-kadang gua sendiri pun sebut. Sebut dalam hati je la.. Gua kenal salah sorang penduduk kampung Facebook yang selalu sebut nama Neelofa ni. Gua syak dia ni minat gile kat Neelofa. Tapi gua silap..dah nama pun syak kan.. Korang boleh tengok gambar yang gua letak kat sini. Tapi gua terpaksa la blurkan wajah dia sebab gua kena hormat peribadi dia...lagipun dia bukan kekasih Neelofa. Nanti tak pasal-pasal orang suratkhabar cari dia plak...siapa yang susah? Orang suratkhabar la yang susah sebab kena cari...hehehe.. Lagipun blog gua ni bukan blog gossip artis...cukup la dah banyak majalah & blog gossip artis kat dunia ni...

Baru-baru ni, Neelofa dijemput sebagai salah sorang artis untuk event Soccerkids. Member gua ni pada mulanya macam tak berapa nak pergi la event tu. Tapi mungkin sebab meroyan asyik sebut nama Neelofa kat status Facebook, last-last pergi gak. Bukan setakat pergi event tu tapi siap bergambar dengan Neelofa. Sekali lagi diingatkan, lelaki dalam gambar tu bukan kekasih Neelofa...hehehe... Berbalik pasal Neelofa pulak.. Memang Neelofa cun. Gua tak nafikan. Gua rasa mungkin sebab dia ni jenis awek yang tido awal. Sebab few times gua tengok Neelofa tweet dia nak tido dalam lebih kurang pukul 9:30 malam. Bila tido awal, wajah nampak segar, cun..Ok..cukup cite pasal Neelofa nak tido. Tu hidup peribadi Neelofa.

Kita cite pasal karier Neelofa plak. Gua tak berapa tau pasal karier Neelofa. Yang gua tau, Neelofa adalah Finalist Dewi Remaja. Champion ke tidak gua tak tau sebab gua sedar gua bukan la remaja lagi...apa jadah gua baca majalah Remaja plak... Jatuh la status gua yang setaraf Zamri Rockers!!! Lepas tu skang ni filem Azura 2012 tengah roll kat panggung. Heroin...Neelofa la...siapa lagi. Tak kan Kak Ogy plak...kan gua tengah cite pasal Neelofa ni...

Sebelum Neelofa dapat jadi heroin Azura 2012 ni pun ada kisah gak sebenarnya. Neelofa dah pergi audition untuk filem tu tapi masa tu asistant Aziz M.Osman yang bikin audition tu sebab Aziz M.Osman takde..apasal Aziz M.Osman takde, jangan la korang tanya...kena darah tinggi plak gua sebab nak mikirkan apa sebabnya... Asistant Aziz M.Osman reject..dia bgtau Aziz yang Neelofa tak boleh berlakon. Nak dijadikan cerita, wife Aziz ni kenal dengan Neelofa. Wife Aziz suruh gak Aziz test audition Neelofa ni. Ada la few times wife Aziz suruh. Aziz pun setuju dan set la audition si Neelofa ni. Bila semua dah setting, Aziz M.Osman frame la wajah Neelofa kat camera monitor. Sekali Aziz M.Osman nampak macam ada something kat wajah Neelofa. Aziz nampak X-Factor kat wajah Neelofa. Aziz pun apa lagi, setuju la amik Neelofa jadi Azura. Ni cerita betul ni. Aziz M.Osman sendiri yang cakap masa kat MHI last 2 weeks.

Gua harap Neelofa jadi la artis yang baik dan kekalkan personaliti yang baik. Jangan terjebak dengan perkara-perkara yang tak elok. Senang-senang nanti boleh join gua main layang-layang ke...main kuda longkang ke...main monopoly ke...join skali la dengan anak bini gua... Lagi best kalau Neelofa nak beli emas atau silver dari gua... Hari tu gua ajak Safee Sali invest simpan emas...tapi sampai skang Safee Sali tak contact gua... Dia tak baca blog gua la tu...hehehe... Ops..lupa plak...gambar yang gua letak kat entri ni, gua dah dapatkan permission dari owner gambar tu dulu sebelum published...thanks bro..you know who you are... .
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday 11 February 2012

Perjanjian Dengan Jin.


Entri yang agak meremangkan bulu roma. Korang pernah tak baca siri buku Bercakap Dengan Jin? Kalau pernah baca, gua syak korang sebaya dengan gua atau dalam ertikata yang sebenar korang pun dah tua. Kalau tak silap gua siri buku tu pun ditulis oleh Tuan Guru Haron Din. Maaf la kalau gua silap. Gua baca sipi sipi je...kali ni gua tampilkan entri Perjanjian Dengan Jin pulak.


Gua tak sure kesahihan perjanjian dengan jin ni. Maybe pihak Etiqa atau DaruSyifa boleh tolong jawab samada betul atau tak. Plant Room, memang kawasan macam ni memang agak seram skit. Dulu masa gua keja maintenance bangunan ramai gak yang goyang kalau kena turn masuk Plant Room. Kalau turn masuk siang pun dah goyang, inikan kalau kena masuk malam. Gua dulu dalam takut pun gua terpaksa gak masuk Plant Room sorang sorang. Tapi siang gua bleh la layan. Kalau malam, takde kaum nak join kompom gua tak pegi..


Kerap jugak gua nampak sekilas kelibat kalau gua sorang sorang masuk Plant Room. Gua kental kan aje. Berbalik kepada surat perjanjian dengan jin ni, gua rasa nak gelak pun ada...sebab korang rasa rasa la kan, jin tau baca tak kandungan surat tu...? Hehehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 8 February 2012

Selangor vs. Lions XII

Tak lama lagi akan berlangsung perlawanan antara 2 musuh tradisi bola sepak Liga Super Malaysia iaitu antara Selangor vs. Lions XII. Lions XII yang dulunya menggunakan nama republik seberang tambak, Singapura. Peminat bolasepak Malaysia dan Singapura memang tau sangat tentang pertembungan kedua-dua pasukan yang sememangnya hebat dan hangat.


Sejarah kehebatan kedua-dua pasukan ni telah dibuktikan sejak dulu lagi. Sejak zaman Piala HMS Malaya, Piala Malaysia kemudian sejak Liga Semi Pro diperkenalkan. Seterusnya Liga Perdana dan kini Singapura atau Lions XII kembali menyertai Liga Super dan membariskan kebanyakkan player muda. Mengikut sejarah pasukan Red Giant iaitu Selangor pernah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 32 kali dan kini memburu kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke 33!!.. Kalau nak tau, Selangor adalah pasukan yang paling banyak kali menjuarai Piala Malaysia. Diikuti oleh pasukan Singapura sebanyak 24 kali.


Pertembungan antara Selangor lawan Singapura boleh dianggap umpama El Classico di La Liga. Pemain import terbaru Selangor, Basko Balaban menyifatkan perlawanan malam ni umpama perlawanan antara Dinamo Zagreb vs. Hajduk Zagreb yang digelar Eternal Derby di Croatia. Khabar angin bertiup kemungkinan Selangor akan menggunakan 100% tenaga pemain tempatan selepas Ramez Dayoub digantung 1 perlawanan dan Basko Balaban sampai skang belum sah diturunkan sebab ITC masih tak dapat dari team lama yang diwakili sebelum ni.


Macamana pun penyokong The Red Giant seperti SSFC dan UltraSel akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sorakan membunuh diorang. Diberitakan juga kebanyakan penyokong Selangor terutama sekali UltraSel akan memakai pakaian Hitam sebagai tanda berkabung di atas kematian bekas bintang Selangor tahun 80an dan tragedi rusuhan bolasepak di Mesir yang mengorbankan lebih dari 70 nyawa dan beribu-ribu lagi yang cedera.


Aku yakin Selangor akan meranapkan impian Lions XII dalam perlawanan Selangor vs. Lions XII malam ni....!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 6 February 2012

Cara Sebenar Untuk Dapatkan Buffered Earning Nuffnang.






Gua jumpa banyak blog entri pasal Buffered Earning atau BE. BE yang ditawarkan oleh Nuffnang memang amat diinginkan, diidamkan dan ditunggu-tunggu oleh hampir kesemua bloggers yang register dengan Nuffnang. Walaupun earning yang dapat takde la setinggi gaji baru Safee Sali kat Pelita Jaya FC, tapi kalau buka je kat bahagian Earning kat account Nuffnang tu tengok ada BE, kira dah rasa jelita sangat dah agaknya... Gua pulak sejak masuk tahun 2012 ni, takde langsung BE yang terpikat dengan blog gua ni.. Gua pun search la cara sebenar untuk dapatkan Buffered Earning Nuffnang kat Incik Google yang makin banyak kerja tu sebab gua makin banyak tanya kat Incik Google so dia kena banyak buat kerja searching untuk gua...

Kebanyakkan blog yang buat entri cara untuk dapatkan BE yang gua jumpa, semua cerita bloggers kena rajin update info kat bahagian Survey kat account Nuffnang masing-masing. Paling kodi pun sebulan sekali update. Gua pun apa lagi, sepantas Road Runner la bikin update survey kat account Nuffnang gua tu. Takde juga masuknya BE tu. Lepas tu ada juga yang kata submit ticket atau tanya Nuffnang pasal cara nak dapatkan BE tu. Sebab ada yang sekadar submit ticket je tak lama lepas tu terus dapat BE dari Nuffnang. Bukan satu BE, tapi dapat 5 BE!!!.. Gua teruja tahap Gaban la..punya la senang kalau macam tu..kan..

Gua pun submit la ticket sambil main kira-kira berangan konon nanti boleh dapat 5 BE jugak...Farahnaz Anwar dari Nuffnang respon ticket gua sehari lepas gua submit ...jawapan dan penerangan yang agak agak rasa macam makan peria tapi masuk akal...so cara sebenar untuk dapat BE adalah pihak Advertisers akan memilih blog mana yang akan diorang gunakan untuk advertise iklan BE tu. Memandangkan lebih 100,000 blog yang bla..bla..blaa..korang baca la sendiri kat gambar yang aku attached ni ye...selain daripada tu, kalau tak silap gua, pemasangan code untuk letak iklan Nuffnang juga mesti betul sepertimana yang diarahkan oleh Nuffnang. So, sekarang kita dah tau dan paham cara sebenar untuk dapatkan Buffered Earning (BE)....harap jangan la nanti bikin ajaran sendiri cara macam mana nak dapatkan BE ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 5 February 2012

Ramli Manchester United Menjadi Gandingan Terbaru Safee Sali.








Keriangan seorang anak dengan kata-kata "Ayah..ayah ..Ramli score 2 gol hari ni..."... Disambut dengan reaksi ayahnya..."Hey..anak jiran sebelah tu score 9A tau??!!" Korang ingat lagi tak iklan TM pemain Malaysia pertama dapat wakil team Manchester United (MUFC)? Ya. Ramli namanya atau nama sebenarnya adalah Zainal Fitri. Ramli adalah karekter yang agak popular seiring dengan kebangkitan Harimau Malaya sejak tahun lepas, 2011. Insyaallah, minggu depan Ramli Manchester United menjadi gandingan terbaru Safee Sali.

Info pasal gandingan Ramli dan Safee Sali diperolehi dan telah disahkan oleh Pengurus Safee Sali, Zakaria Abd. Rahim atau lebih dikenali sebagai Zack Rahim. Insyaallah entri berkenaan Zack Rahim akan menyusul suatu hari nanti kat blog Pesta Irama Jiwa ni. Rajin-rajin la singgah kalau nak kenal dengan Zack Rahim. Dipercayai gandingan Ramli dan Safee Sali bakal menjadikan mereka gandingan paling mantap di Asia. Bayangkan Ramli pernah main untuk Manchester United, bukan setakat main tapi siap score gol kemenangan sedangkan Fernando Torres dah hampir setahun tak dapat score untuk Chelsea FC. Safee Sali pulak striker, kapten dan pemain import Pelita Jaya FC yang digeruni, penjaring gol dan paling popular di Indonesia. Memang padu gandingan diorang.

Tapi gandingan Ramli dan Safee Sali hanya akan berlaku dalam iklan 100Plus bukan dalam mana-mana perlawanan Pelita Jaya FC atau skuad Harimau Malaya. Inilah salah satu usaha Zack Rahim dalam memastikan karier Safee Sali berjaya dan memartabatkan bolasepak tanahair. Orang macam Zack Rahim lah yang diperlukan dalam industri bolasepak tanahair sejak dulu lagi. Bukan mereka-mereka yang hanya mengejar kemewahan, keuntungan dan populariti demi memenuhi nafsu peribadi contohnya bookie dan penerima rasuah!!! Takpe, InsyaAllah aku akan buat satu entri pasal Zack Rahim dengan usaha beliau pulak lepas ni. Aku harap Zack Rahim baca entri aku dan dapat tolong bagi input skit. Sementara tu kalau korang baca entri ni hari ni dan korang rindu nak tengok aksi Safee Sali jangan lupa ada live streaming game Pelita Jaya FC lawan Persib Bandung kat www.mivo.tv jam 7:00 malam ni. Malam ni pulak jam 11:15 malam game Harimau Muda lawan Bahrain untuk perlawanan timbal balik Kelayakan Olimpik. Game kat Manama, Bahrain. Boleh tengok kat RTM1 atau Astro Arena. P/s: Korang rasa Safee Sali nak simpan emas fizikal tak? Bukan apa...emas kan penyimpan nilai pendapatan terbaik. Kalau la Safee Sali nak beli emas dari aku, kecik tapak tangan, padang bola ku tadahkan..."Safee, kalau nak simpan emas atau perak fizikal, beli la dari aku ye...? Hehehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday 4 February 2012

Apartment Springville Untuk Disewa.


Aku buat entri pasal apartment Springville untuk disewa lagi sekali. Sepatutnya awal bulan Februari dah ada orang masuk tapi tak jadi. Bukan sekali tapi 2 kali. First, lelaki kawan FB aku gak sebenarnya. Kalau diikutkan aku nak sewakan kat perempuan bujang je tapi bila pikirkan kawan kan...aku terima je la. Tapi kansel sebab dia nak betu-betul dekat dengan LRT. Takde hal.

Second, dapat perempuan nak sewa. Bujang. Menepati kriteria. Aku siap offer pakej bayar sewa rendah lagi. Harga sewa sebulan RM900, aku turunkan ke harga yang sesuai beserta tambahan barang lagi. Maklum la diorg tu baru je dapat kerja dan aku paham la keperluan orang bujang. Tapi diorg kensel jugak sehari sebelum masuk sebab member diorang kensel last minit. Diorang takut tak boleh bayar sewa sebab tinggal 2 orang je.

So..entri kali ni aku war-war kan aku ada apartment untuk disewa kat Ukay Perdana. Apartment Springville Ukay Perdana untuk disewa. Lagipun aku tengok kat daily keyword seach banyak kali jugak yang search apartment untuk disewa, Apartment Ukay Perdana untuk disewa, Springville untuk disewa. Kalau ada mana-mana perempuan bujang yang nak sewa apartment atau pasangan baru kawin yang nak sewa apartment Springville Ukay Perdana cepat-cepatlah call/sms/email aku. 019-3311275 Fauzi. Kalau jadi, penyewa boleh masuk bila-bila masa. Lagi cepat lebih bagus....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More