Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label SC Beira Mar. Show all posts
Showing posts with label SC Beira Mar. Show all posts

Wednesday, 23 May 2012

Gaji Nazmi Faiz & Gaji Safee Sali.

Lagi entri pasal Nazmi Faiz Mansor. Tapi bukan pasal dia sorang. Entri ni juga melibatkan Safee Sali. Aku tengok ada beberapa keyword yang menggunakan gaji Nazmi Faiz dan Safee Sali.


Tu dia... Sampaikan gaji Nazmi dan gaji Safeerezeki dalam bolasepak ni.


Aku rasa gaji Nazmi Faiz ni mau cecah juta juta RM jugak dalam setahun. Kalau gaji Safee Sali yang main kat Indonesia pun bleh capai juta juta RM, ini kan plak Nazmi Faiz main kat Portugal. Biasanya gaji mingguan. Dibayar dalam matawang Euro. Sebelum ni pun khabar angin Nazmi Faiz pernah ditawarkan gaji RM20,000 sebulan kalau main dgn ATM. Ini cuma pendapat peribadi aku je pasal gaji Nazmi Faiz. Tahun 1994, kalau main bola untuk KL pun dah dpt gaji RM5000 sbln untuk player simpanan...ini plak main kat luar negara...sendiri mau ingat la kan..


Tapi lumrah orang kita ni memang agak sukar untuk mendedahkan brapa banyak gaji kita dapat sebulan. Takut boleh menimbulkan riak. Sebab tu susah nak tau berapa gaji Nazmi Faiz kat SC Beira Mar.. Tak macam kebanyakkan player profesional yang lain yang kebanyakkan peminat tau berapa gaji player pujaan diorang dapat...


Pesanan aku kat korang yang nak tau sangat berapa gaji Nazmi Faiz kat SC Beira Mar tu...kita tunggu la announcement dari ejen dia...tu pun kalau Nazmi rela untuk dedahkan pendapatan dia ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 21 May 2012

Barcelona FC Terpikat kat Nazmi Faiz.

Sejak malam tadi otak aku ni dok nampak Nazmi Faiz je. Terus terang aku cakap memang aku terlalu bangga dengan pencapaian Nazmi Faiz. Bak kata Safee Sali yang twit pada Nazmi Faiz 'ingat, tiada yang mustahil dalam bolasepak'. Maka memang tak mustahil Barcelona FC pun terpikat kat Nazmi Faiz.

Ada yang kata hilang la spotlight kisah Safee Sali. Tapi pada aku Safee Sali pembuka jalan kepada players lain seperti mana yang telah dirancang oleh Allah. Insyaallah lepas ni peluang Wan Zack & Kecik yang dikatakan akan je Jepun. Safiq Rahim ke Thailand. Kita tunggu perkembangannya.

SC Beira Mar amat pantas buat keputusan mengikat Nazmi Faiz. Dalam komen kat entri sebelum ni kata Sporting Lisbon pun dah mula minat Nazmi Faiz. Mungkin itu sebabnya SC Beira Mar ikat Nazmi cepat cepat. Boleh jadi ini khabar angin. Boleh jadi jugak sahih...apa pun Nazmi Faiz dah jadi milik SC Beira Mar dengan kontrak 3 tahun menandakan SC Beira Mar serius!!! Dan Nazmi Faiz akan meninggalkan Harimau MUda A....

Twit dari Barcelona FC (mungkin akaun twitter dari kelab peminat Barcelona Brasil) yang highlight berita pasal Beira Mar sign Nazmi Faiz. Skang ni aku dah berkira kira nak pegi tengok Nazmi Faiz main masa perlawanan liga tu nanti. Tapi modal sendri mau ingat la.

Kawan aku cakap pakej dari KLM 2 dewasa dan 2 kanak-kanak cecah RM12K!!!... Insyaallah andai ada rezeki...dapatla pi sana sambil kibar bendera Malaysia kat stadium SC Beira Mar....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Respon Nazmi Faiz Setelah Tandatangan Kontrak SC Beira Mar.

Susulan kepada entri sebelum ni, kita tengok apa respon Nazmi Faiz setelah tandatangan kontrak SC Beira Mar. Kontrak selama 3 tahun akan tamat pada Jun 2015 nanti. Namun diberitakan pada twitter ESPNSTARMY, Nazmi Faiz hanya akan bermain pada OGos 2012 nanti setelah umurnya mencapai 18 tahun. Mungkinkah Nazmi Faiz terus disenaraikan dalam skuad utama SC Beira Mar? Harus diingat Nazmi Faiz layak untuk mewakili skuad utama dan skuad remaja SC Beira Mar!! P/s Nazmi Faiz sama level dengan Joao Matinho dah skang ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nazmi Faiz Sign Kontrak 3 Tahun di Portugal.

Lama tak update blog. Malam ni aku tak boleh tido. Semuanya sebab dapat info Nazmi Faiz sign kontrak 3 tahun di Portugal. Nazmi dah sign kontrak dengan SC Beira Mar kejap tadi. 2 hari selepas trial Nazmi dengan SC Beira Mar tamat.

SC Beira Mar tak tunggu lama untuk buat keputusan tawarkan kontrak 3 tahun yang akan tamat pada Jun 2015 nanti. Ini meyakinkan bahawa SC Beira Mar nampak bakat besar yang ada pada Nazmi Faiz. SC Beira Mar tak nak terlepas player sehebat Nazmi. Aku yakin tu. Kalau tak takkan secepat ini SC Beira Mar offer kontrak kat Nazmi...betul tak?

Tahniah pada Nazmi Faiz, keluarga dia serta warga AU5 Lembah Keramat. Tak lupa juga Coach OKS yang nampak talent Nazmi Faiz utk diserapkan dlm skuad utama Harimau Muda A. Aku cuma nak pesan walau apa pun yg berlaku, walau di mana saja Nazmi berada..ingat tanggungjawab sebagai Muslim. Allah dah makbulkan impian kau. Lagi sekali TAHNIAH!!!

P/s aku dah deal beli jersi original SC Beira Nazmi Faiz...heheh ..deal direct dgn ultras SC Beira Mar iaitu Ultras AuriNegros..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More