Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Thursday, 20 September 2012

Panduan Dapat BE Bertalu-talu

Alhamdulillah... Masuk lagi BE kat blog ni. Terima Kasih Nuffnang, Digi, Maybank dan Legoland. Bertalu-talu masuk BE. Dapat 2 BE dalam tempoh.seminggu. Tak pernah lagi 'dihadiahkan' BE macam ni sebelum ni. Korang boleh baca full entri pasal BE yang bertalu-talu kat SINI. Sebelum ni ada pengunjung blog ni yang mintak aku bagi tips untuk dapat BE dari Nuffnang. Terus-terang aku cakap, aku takde tips yang spesifik atau panduan padu untuk dapat BE. Apa yang aku buat hanyalah buat entri baru secara konsisten dan maintain trafik. Kalau nak kata trafik ke blog Pesta Irama Jiwa ni meletup...tak de la jugak...jauh bezanya dengan blog-blog lain... Orang kata kena kerap update survey kat Nuffnang, takde plak aku buat benda tu... Aku percaya semua tu rezeki yang Allah bagi laa... Apa pun...teruskan blogging dan cuba share sesuatu yang bermanfaat kepada semua...jangan pernah give up atau kecewa ye...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, 17 August 2012

Punca Tak Dapat Buffered Earning.

Assalammualaikum...Salam sejahtera. Salam Hari Raya. Insyaallah esok kita sambut Hari Raya Aidilfitri..apa apa hal tunggu pengumuman Hari Raya sebab petang ni nanti baru tengok anak bulan Syawal yang akan tentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri. Warga kota ramai yang dah sampai di kampung halaman. Ramai juga yang masih dalam perjalanan dan terjebak dalam kesesakan kat highway. Rata-rata aku tengok kat timeline twitter bagitau sesak bumper to bumper. Aku pulak still kat Putrajaya. Tengah layan DVD Tron!! Sambil tu buka page Nuffnang. Saje nak tengok traffic blog sesak ke tak sesak. Seperti yang dijangka, traffic blog lancar. Tak banyak pengunjung. Mungkin sebab mood raya dah menjelma. Takkan nak layan blog plak kan...mesti la orang tengah prepare persiapan sambut Hari Raya. Usha Earnings Nuffang pulak. BE ke 15 dan 16 dah jadi Metered Earnings. Dah agak dah. Salah satu tips untuk tau Buffered Earnings akan jadi Metered Earnings ialah earning tu takkan bergerak jumlahnya dalam tempoh seminggu. Tapi alhamdulillah..BE ke 17 atau BE yang ke 9 untuk tahun 2012 ni still running. Cuma tak selaju highway LPT sebelum Hari Raya. Yang tak bestnya, tertengok plak kat status Glitterati bertukar Non-Glitterati. Dengan bertukarnya ke status Nin-Glitterati jafi Punca tak dapat Buffered Earnings padahal aku tengok ramai bloggers dah dapat BE baru dari Nuffnang. Ramai yang dapat BE dari John MAster. Ni gara-gara aku test letak iklan affiliates la ni...aku terlupa pulak pantang Nuffnang dimadukan dengan letak iklan pesaing dari Asia terutama sekali dari Malaysia. Tanpa banyak soal, aku remove la iklan affiliates tu. Takde hal...lagipun aku test je... Aku harap dalam tempoh 48 jam spider bot Nuffnang crawling tengok takde ads lain selain dari ads Nuffnang kat blog aku ni...dapat la Nuffnang bagi BE kat sini...heheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 11 August 2012

BE ke-17!!! Terima Kasih Nuffnang!!!

Alhamdulillah...syukur rezeki bertambah lagi. Terima kasih Nuffnang dan adevrtiser yang menyaksikan iklan Step Up Expandables 2 melekat kat blog Pesta Irama Jiwa ni. Dengan melekatnya iklan Step Up Expandables 2 kat sini menjadikan ianya BE ke-17!!! secara keseluruhannya yang pernah blog ni dapat sejak blogging secara serius setahun lepas. Secara serius tu bukan bermaksud aku jadi fulltime blogger, tapi boleh dikatakan setiap hari aku akan usaha cari idea untuk update blog. Update blog kat sini ataupun kat blog baru aku, http://www.fauziblues.com.

Walaupun dah hampir sebulan aku tak update blog ni sebelum semalam la maksud aku, Alhamdulillah, Nuffnang dan advertisers tetap bermurah hati pilih blog Pesta Irama Jiwa untuk bagi Buffered Earnings (BE). Walaupun sebenarnya aku lebih mengharapkan supaya Nuffnang dan advertisers pilih blog fauziblues.com, aku tetap bersyukur ...sekurang-kurangnya aku tetap dapat BE kat sini. At least aku still boleh blogging dalam masa blog fauziblues.com tak boleh access sebab bandwidth reached limit. Nak tak nak terpaksalah aku tunggu domain bandwidth provider akan auto reset bandwidth setiap 1 haribulan.

Pada semua followers, pembaca, haters dan bloggers yang singgah kat blog Pesta Irama Jiwa ni, aku jemput korang untuk ke blog rasmi aku di http://www.fauziblues.com kalau korang tengok takde entri terbaru kat blog Pesta Irama Jiwa ni ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 30 July 2012

Satu Lagi BE, Yang Ke - 16!!

Alhamdulillah...pagi sementara tunggu anak-anak bangun tido utk bersiap untuk pi skolah sat lagi, aku usha tengok Nuffnang Traffic Analysis dan Earnings. Traffic Analysis menunjukkan jumlah visitor ke blog Pesta Irama Jiwa menurun skit sejak aku mula blogging kat tapi masih kira ok. Walaupun dah tak menulis kat sini dan ini adalah entri pertama sejak aku pindah ke blog fauziblues.com gunakan self hosted domain. Tapi Nuffnang dan VW Volkswagon tetap bermurah hati pilih blog Pesta Irama Jiwa sebagai platform untuk publish iklan diorang. Terima kasih aku ucapkan kat Nuffnang dan Volkswagon. Cuma aku harap pihak Nuffnang dan advertisers Nuffnang yang lain dapat consider blog fauziblues.com pulak untuk publish iklan-iklan diorang....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 26 June 2012

Panduan Apa Nak Buat Bila Dapat BE.

Alhamdulillah..murah rezeki. Melekat lagi Buffered Earnings (BE) kat blog Pesta Irama Jiwa. Baru masuk BE ke-13 sejak aku mula blogging dengan blog ni. Out of 13, cuma 2 je BE yang masih running. Lagi 11 BE dah bertukar jadi Metered Earnings. Sikit je BE....hehhe..Walau macamanapun aku tetap bersyukur. Tetap berterima kasih kepada Nuffnang dan Drypers Relaunch yang memilih blog Pesta Irama Jiwa sebagai salah satu medium tapak pengiklanan mereka.

Dulu-dulu masa aku baru mula blogging, aku tak tau pun apa gunanya BE ni. Tak tau langsung kenapa bloggers gilakan BE. Yang aku tau bila check kat bahagian Earnings Nuffnang mesti ada BE. Bila tanya kat Nuffnang, baru la paham apa fungsi BE tu...kodi betul aku ni tak tau untuk apa BE tu...hahaha.. Lagipun masa tu yang aku tau cara dapat duit melalui blogging hanya dengan Google Adsense je....bertambah lagi tahap kekodian aku...hahaha

Aku rasa mesti ada yang terpikir dan terlintas persoalan apa yang perlu buat bila dapat BE? Betul tak? Persoalan yang sama timbul masa aku mula-mula kenal dunia blog ni. Ok, aku kongsi dengan korang panduan apa nak buat bila dapat BE.

Aku takde panduan yang gempak power gila untuk kongsi dengan korang. Cuma aku kongsi apa yang aku tau dan aku buat bila dapat BE. Aku akan cuba cari info untuk sentiasa update blog Pesta Irama Jiwa. Aku cuba pastikan setiap hari ada maklumat baru untuk kongsi dalam blog ni. Maklumat hanya aku kongsi setelah aku pasti info tu sahih. Aku cuba elak untuk membuat entri yang mengundang kontroversi atau maklumat yang tak betul. Bahaya!!! Aku juga cuba untuk tidak menyinggung mana-mana pihak. Sebolehnya aku buat entri maklumat yang dicari atau diperlukan pembaca blog. Secara mudahnya, cuba naikkan trafik ke blog kita bila kita dapat BE. Tapi cara untuk naikkan trafik ke blog kita ni jangan la dengan cara kongsi gambar bogel ke, gambar lucah ke atau sebar fitnah ke... Tak dinafikan trafik visitor ke blog kita akan mencanak-canak naik beribu-ribu andai kongsi benda-benda lucah atau sensasi. Memang mudah dengan cara tu. Tapi cuba pikir balik, kita akan dapat income dari entri blog yang kita buat tu. Tanya balik kat diri kita dengan soalan "apa status rezeki aku dapat kalau aku kongsi gambar lucah kat blog aku?"... Aku pasti korang tau apa jawapannya kan..?

Secara asasnya 'Magic words' panduan apa nak buat bila dapat BE ialah usahalah untuk naikkan trafik Unique Visitors (UV) ke blog korang ye....Insyaallah pendapatan hasil dari blogging meletup!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 18 June 2012

Tamatlah Sudah BE 1001 Idea.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wahh...lama betul tak bagi salam kat pengunjung blog ni. Tak patut betul kan?..hehehe.. Ingat lagi tak aku penah buat satu entri pasal ENTRI NI???? . BE daripada Friso yang bermula sejak 1 Jun 2012 iaitu Friso 1001 Ideas dah tamat tempohnya. Patutlah semalam aku tengok BE tu dah takde. Aku ingatkan hilang...manalah tau kot-kot ada something wrong kat Nuffnang. Aku pun dah berkira-kira nak send ticket kat Nuffnang kalau pagi ni aku check Nuffnang Earnings still sama.

Tapi macam aku cerita kat entri sebelum ni, rutin aku check Traffic Analysis dan Earnings setiap pagi. So, pagi ni aku check Total Earnings dah bertambah. Usha kat Metered Earnings nampak Friso 1001 Ideas dah tersenarai kat situ.... Ok, clear. Tak payah send ticket kepada Nuffnang. Thanks to Friso dan Nuffnang. BE yang still running tinggal sekarang ni hanya BE dari Digi DEP Rider. Harap-harap dapat lagi BE yang padu-padu dari Advertisers dan Nuffnang lagi.... Kalau dapat bagi Advertorial pun lagi best...bleh aku meningkat ke satu tahap lagi...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 15 June 2012

Buffered Earning Masuk Bertalu-talu!!

Syok betul blogging sekarang ni. Kena pulak sekarang ni musim bola, bertalu-talu pulak entri aku buat untuk blog ni. Cuma sejak 2-3 hari ni tak berapa nak padu nafsu serakah aku untuk update blog. Tu yang takde entri terbaru kat blog ni. Tapi nafsu serakah untuk tengok trafik kat Nuffnang tak penah hilang. Kena plak tengok earning hasil dari tulia blog ni memang tak boleh nak elak. Mesti nak tengok jugak. Tapi rutin tengok Nuffnang earning cuma tetiap pagi pukul 10 laaa.. Traffic Analysis memang selalu aku tengok sebab nak tau jumlah visitor ke blog. Penting tu... Walaupun sejak 2-3 hari ni kurang entri yang bestnya ada Buffered Earning masuk bertalu-talu!!! Tu yang paling best.

Yang terbaru ni Buffered Earning Digi Dep Rider masuk. Dah tentulah iklan daripada Digi. Sudah semestinya Digi. Jumlah Buffered Earning setakat ni dah capai yang ke 13. Pada aku banyak la tu. Digi ni agak rajin gak pilih blog aku ni sebagai salah satu medium atau tapak pengiklanan Digi. Terima kasih jugak kat Nuffnang.

Cakap pasal Digi ni, terus terang aku cakaplah aku tak berapa tau pasal produk Digi. Tapi aku tengok iklan Digi kat tv tu memang layan. Iklan dari Digi memang sangat kreatif. Kalau pasal produk aku tak pasti sebab aku bukan pelanggan Digi. Lain la kalau Digi yang baik hati tampal iklan kat blog aku menyerlahkan lagi tahap baik hati Digi dengan menghadiahkan salah satu produk Digi kat aku ke...hehehehe... Bleh aku review produk Digi plak kat blog Pesta Irama Jiwa ni...Kira aku bikin Sponsor Post la...heheh.. Amacam? Ada ke orang kuat Digi baca blog aku yang bermurah hati?

Persoalan yang mungkin keluar adalah "layak ke aku bikin Sponsor Post dari Digi?"..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 7 June 2012

12 Buffered Earnings!!

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah murahkan rezeki untuk aku. Terima kasih juga aku ucapkan kat Friso dan Nuffnang yang pilih blog Pesta Irama Jiwa untuk bagi Buffered Earnings yang sentiasa diinginkan oleh bloggers yang register program Nuffnang. 12 Buffered Earnings setakat ni yang singgah kat blog aku. Tapi 11 dah jadi Metered Earnings. Takpe..no problem. Aku akan usaha lagi untuk share info kat blog aku. Pada korang yang singgah kat blog ni aku harap korang tak terkejut bila tiba-tiba aku bikin entri pasal Buffered Earnings ni. Sejak seminggu ni aku banyak cerita pasal sukan, pasal bolasepak sekali tiba-tiba ada entri pelik plak. Untuk pengetahuan korang aku akan bikin entri blog macam-macam. Ikut rasa jiwa aku. Blog ni bukan blog sukan atau blog bolasepak semata-mata ye... Lagipun bila orang dah bagi something macam Nuffnang dan Friso bagi iklan Buffered Earning kat blog ni, kenalah ucap terima kasih kan...appreciate la skit..betol tak? Ok.. Entri selepas ni entri pasal bola balik...maklumlah game Malaysia lawan Singapore tinggal berapa jam lagi nak berlangsung. EURO 2012 pun dah nak start dah...hehehe.. Lagi sekali thanks Nuffnang & Friso... Oh ye... Anak aku si Aiman pun minum susu Friso masa dia baby dulu...kira relevan la kot Friso dengan famili aku..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 22 April 2012

8 Buffered Earnings!!

As Salam aku ucapkan kat korang semua...aku rasa dah dekat sebulan aku tak update blog aku dengan entri baru. Maka dekat sebulan juga aku x usha page Nuffang Traffic Analysis dan page Nuffnang Earnings aku. Pagi ni tiba tiba tergerak nak usha. Apa lagi aku sambar Samsung Galaxy S2 Smartphone terbaik dalam pasaran dan yang terbaik tahun lepas, 2011. Aku touch icon shortcut Nuffnang yang aku saved kat HOme screen Samsung Galaxy S2. Sekali...WALLLLLAAAHHHHHH...!!!.. Hamik kau!!! 8 Buffered Earnings yang aku penah dapat sebelum ni kekal jadi Metered Earning sejak awal tahun 2012!!..


Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita..tu yang kat atas tu...of course la yang Buffered Earning tu. Yang ada tulis Samsung Olympic Bloggers (Audition) tu la.. Akhirnya blog Pesta Irama Jiwa dipilih untuk diletakkan Buffered Earning (BE) oleh pihak SAMSUNG. SYUKUR ALHAMDULILLAH...melekat jugak..Firstly, aku ucapkan terima kasih kepada ALLAH...seterusnya aku ucapkan terima kasih kepada SAMSUNG, NUFFNANG, my family..my fans...hahahha...macam menang anugerah la plak...hahaha...


So terbuktilah, kebanyakkan tips untuk dapatkan Buffered Earning yang diwar-warkan di Internet tidap tepat...Cuma satu tips yang boleh diterima tentang Cara terbaik untuk dapat Buffered Earnings ialah blogging la dengan seikhlas hati. Jadi la diri sendiri. Blogging ikut stail sendiri. InsyaAllah, BUffered Earnings tu akan datang singgah melekat kat blog kita... Aku rasa korang pun tau kita boleh generate income dari blog. Tapi tak ramai yang berjaya jadi blogger fulltime untuk generate income macam Red MUmmy. Sama la macam aku. Tapi aku gunakan satu lagi cabang untuk generate income. PELABURAN EMAS & PERAK. Dengan pelaburan ni Insyaallah aku akan generate pasif income sebab dah terbukti keuntungan dari Emas boleh dapat profit sebanyak 20% setahun.. minimum!! Aku memang suka dengan pasif income ni..sebelum ni aku dah start generate pasif income dari sewaan apartment aku. Skang ni aku dah start jadi Dealer jual produk Emas dan Perak PUblic Gold. Aku rasa dalam Emas ni aku tak risau andai kata takde jualan. Sebab hanya dengan simpan emas yang aku beli (dapat diskaun tu...) aku bleh dapat.keuntungan!! Jangan tak percaya...so kalau ada antara korang yang nak beli.emas atau perak untuk start simpan emas & perak seterusnya generate profit..korang bleh email aku kat mnfauzi@gmail.com atau cari aku kat Facebook...pm je inbox message aku tu...kita cite...lagipun harga emas berada di paras harga terendah sejak awal tahun 2012 ni..maksudnya skang ni waktu yang sangat sesuai untuk mulakan pelaburan Emas ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 8 March 2012

Terima Kasih Kepada Nuffnang.

Terima kasih sayang...
ku ucap padamu... 



Tiap kali terlintas perkataan terima kasih kat kepala otak aku, mesti aku terdengar Awie nyanyi lagu Terima Kasih Sayang... tu la dua rangkap perkataan kat atas tu sebagai permulaan entri kali ni. Bukan sebab aku tengah jiwang ke hapa...jadahnye aku nak jiwang jiwang ni...tak Blues la kan...Apa-apa hal aku ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dulu ye..



Sebenarnya aku nak ucapkan juga terima kasih kat Nuffnang sebab masih memberi earning walaupun aku still belum boleh cashout kan lagi sebab belum mencapai tahap minimum untuk cashout. Dalam masa yang sama aku nak ucapkan terima kasih kat Shakiddo dengan Eyriqazz sebab selalu eksen tanpa segan silu tunjuk earning Nuffnang yang diorang dapat setiap bulan....hehehe ..Jangan marah la Kid & Eyriqazz... Aku tau sebenarnya korang tunjuk cek Earning Nuffnang yang korang dapat tu sebagai pembakar semangat kat blogger picisan macam aku ni dan sebagai bukti yang kita boleh buat duit dengan blog ...aku takde hal...Positif der....








Apa-apa hal pun tahniah untuk korang.... "Nuffnang bila nak bagi aku BE gempak-gempak macam diorang tu...?..." Aku pun nak masyuk jugak der...

Monday, 6 February 2012

Cara Sebenar Untuk Dapatkan Buffered Earning Nuffnang.






Gua jumpa banyak blog entri pasal Buffered Earning atau BE. BE yang ditawarkan oleh Nuffnang memang amat diinginkan, diidamkan dan ditunggu-tunggu oleh hampir kesemua bloggers yang register dengan Nuffnang. Walaupun earning yang dapat takde la setinggi gaji baru Safee Sali kat Pelita Jaya FC, tapi kalau buka je kat bahagian Earning kat account Nuffnang tu tengok ada BE, kira dah rasa jelita sangat dah agaknya... Gua pulak sejak masuk tahun 2012 ni, takde langsung BE yang terpikat dengan blog gua ni.. Gua pun search la cara sebenar untuk dapatkan Buffered Earning Nuffnang kat Incik Google yang makin banyak kerja tu sebab gua makin banyak tanya kat Incik Google so dia kena banyak buat kerja searching untuk gua...

Kebanyakkan blog yang buat entri cara untuk dapatkan BE yang gua jumpa, semua cerita bloggers kena rajin update info kat bahagian Survey kat account Nuffnang masing-masing. Paling kodi pun sebulan sekali update. Gua pun apa lagi, sepantas Road Runner la bikin update survey kat account Nuffnang gua tu. Takde juga masuknya BE tu. Lepas tu ada juga yang kata submit ticket atau tanya Nuffnang pasal cara nak dapatkan BE tu. Sebab ada yang sekadar submit ticket je tak lama lepas tu terus dapat BE dari Nuffnang. Bukan satu BE, tapi dapat 5 BE!!!.. Gua teruja tahap Gaban la..punya la senang kalau macam tu..kan..

Gua pun submit la ticket sambil main kira-kira berangan konon nanti boleh dapat 5 BE jugak...Farahnaz Anwar dari Nuffnang respon ticket gua sehari lepas gua submit ...jawapan dan penerangan yang agak agak rasa macam makan peria tapi masuk akal...so cara sebenar untuk dapat BE adalah pihak Advertisers akan memilih blog mana yang akan diorang gunakan untuk advertise iklan BE tu. Memandangkan lebih 100,000 blog yang bla..bla..blaa..korang baca la sendiri kat gambar yang aku attached ni ye...selain daripada tu, kalau tak silap gua, pemasangan code untuk letak iklan Nuffnang juga mesti betul sepertimana yang diarahkan oleh Nuffnang. So, sekarang kita dah tau dan paham cara sebenar untuk dapatkan Buffered Earning (BE)....harap jangan la nanti bikin ajaran sendiri cara macam mana nak dapatkan BE ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 13 January 2012

Dapat RM30,000 Hasil Blogging.

Gambar Cilok Dari Blog Eyriqazz Bayaran Pendahuluan (sori bro...main cilok je ni..heheh)..
Sejak dua menjak ni korang perasan tak gua asyik cerita pasal duit je dalam blog aku ni. Mata duitan ke apa aku ni?!! hehehe...Terus-terang cakap la yang kita tak boleh lari dari bercakap pasal duit ni. Kena pulak kalau cerita pasal buat duit dengan blog atau jana duit secara online ni. Aku terbaca pasal sorang blogger ni, aku tak tau nama sebenar dia, mungkin Eyriqazz kot sebab url blog dia eyriqazz.com. Eyriqazz dapat RM30,000 hasil dari blogging!!! 

Perghh...!!! Aku yakin mesti ramai yang tak percaya boleh dapat duit hanya dengan tulis blog je. Memang susah nak percaya tapi ramai blogger yang generate pendapatan dengan  tulis blog. Antaranya adalah Redmummy, Abang Nara, Budak Sekolah Mamat, DarkBatman dan ramai lagi. Tapi bukan senang nak capai tahap macam diorang tu. Aku pun sejak mula blogging balik ni dah mula nak fokus dan mula nampak akan dapat  duit gaji pertama hasil tulis blog tak lama lagi. Cuma sejak masuk tahun baru 2012 ni, status Glitterati aku kat Nuffnang asyik ada masalah je. Aku tak pasti apa masalahnya tapi aku yakin akan selesai sebab setiap kali aku hantar ticket kat Nuffnang, Nuffies yang bertugas tanpa segan silu respon setiap pertanyaan aku dengan baik.






Ops!!!...lupa plak. Berbalik kepada topik dapat RM30,000 hasil dari tulis blog, korang boleh check kat blog Eyriqazz untuk dapatkan kepastian. Mula-mula Eyriqazz main-main je, tapi akhirnya jadi kenyataan....Jangan tak percaya boleh dapat duit dengan tulis blog bro......

Tuesday, 10 January 2012

2077 Dari Nuffnang

Kompom gua bikin lompat bintang kalau betul gua dapat RM2077 dari Nuffnang. Gua rasa bukan gua sorang je bikin lompat bintang, gua rasa ramai lagi akan lompat bintang..siap lompat katak lagi..heheh..asal jangan jadi katak dah la ye...


Sebenarnya earning gua sejak join Nuffnang dengan blog ni tahun lepas baru je RM20.77. Gua rasa agak padu jugak la kalau nak dibandingkan dengan pencapaian masa blogging kat CorneaMelayu.blogspot.com. Skit lagi menyamai RedMummy kot. Sebab RedMummy baru dapat anak ketiga.. Sama tahap dengan gua dah tu..kalau tak dapat capai macam RedMummy pun takpe la. Dapat earning macam Darkbatman pun cukup padu. Earning 4 angka sebulan tu...perghh..


Gua cuba untuk jadi blogger yang 'sebenar' agar kejayaan akan muncul suatu hari nanti. Kalau korang yang singgah kat blog gua ni boleh tolong gua untuk jadi 'blogger sebenar' dengan bagi pendapat dan teguran yang membina lagi best....amacam..bleh? Lagi best kalau korang bleh selalu singgah dan klik iklan Nuffnang tu....heheheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 30 December 2011

Status Glitterati Hilang


Pagi tadi masa aku berada dalam mood kemalasan nak kerja. Biasa la, asal hari Jumaat je takde mood nak kerja. Aku saja la login ke page Nuffnang sebab nak check traffic blog Pesta Irama Jiwa ni. Macam biasa je. Tak ramai yang singgah ke blog aku. Sekali tiba-tiba aku terpandang status Glitterati dah bertukar menjadi Ordinary Member!! STATUS GLITTERATI HILANG!!


Perasaan tak puashati timbul. Membara. Takde de nak dengar bunyi ombak rindu. Terbakar ada la. Aku rasa aku takda pulak letak iklan selain dari Nuffnang. Kalau ada pun cuma iklan says.my. Aku submit ticket kepada Nuffnang. Tapi sampai pukul 2 pagi ni still tak de respon dari Nuffnang. Lagi aku terbakar tapi aku takde la nak sangka buruk. Aku jangka ramai staff Nuffnang yang cuti kot hujung tahun ni.


Aku pun google la samada says.my ni yang menjadi punca status Glitterati hilang. Rupa-rupanya memang betul says.my yang menjadi punca status Glitterati hilang. Say.my tersenarai sebagai competitor kepada Nuffnang. Aku kena keluarkan says.my sebab aku tak nak kehilangan Buffered Earning (BE) aku. Rugi ooo...nak harap orang klik iklan says.my tu baru boleh dapat income, susah la sikit. Kita bukan boleh paksa-paksa orang nak klik iklan tu kan.... Aku yakin dengan BE income aku lebih stabil tanpa mengharap orang klik iklan kat blog aku ni. Kalau nak dapat earning kat says.my kena harap orang klik iklan. Tak sanggup aku... Lagipun sejak pukul 11 pagi semalam aku tengok traffic ke blog ni lain macam pulak ramai orang singgah...rezeki tu. CeSsss....!! Aku kena bertindak pantas. Sepantas larian Zaquan Adha yang main posisi sayap dengan team ATM musim akan datang yang akan start 7 Januari 2012. Nanti bila aku dah clear semua iklan says.my, kita tengok selepas 3-4 hari samada Nuffnang bagi balik tak status Glitterati aku tu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More