Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Thursday 30 June 2011

Penagih


Gua skang ni tengah ketagih blogging balik. Dulu masa mula mula terjebak dalam dunia blog ni, sama jugak. Pantang ada masa terluang, mesti gua akan update. Tapi masa 3-4 tahun dulu la. Masa tu gua handle Network System kat tempat kerja gua, kat Stesen Sentral Kuala Lumpur. Walaupun masa tu pelayan pelayan comel gua HQ dah kidnapped, tapi IT Network Structure still under gua. Lepas tu pulak, ada la satu Leased Line haram yang Big Boss gua gua nak pakai. Gua bikin Wi-Fi la. Senang gua nak tumpang senang. Heheheh….Leased Line tu der….Sendri mau ingat la kan macamana speed dia….Masa tu tiap kali gua rasa tak boleh nak bendung ketagihan je, gua login Blogger prepare entry. Siap je terus post. Takde nak save save as draft lagi dah.

Skang ni pulak gua dah tak handle apa apa lagi dah yang berkaitan dengan IT. Password Wi-Fi pun ada kaum dah tukar. Siapa nak pakai Wi-Fi tu, kena pagi Iphone ke, laptop ke, netbook ke kat brader tu. Kalau brader tu takde, kaum dia bleh tlg key in kan. Diorang dua orang je yang pegang password..Apa la kedek sangat password tu der….Lu kena ingat la, Leased Line tu haram punye der…Zaman gua dulu, siapa nak pakai Wi-Fi tu, gua bagi je password. Kongsi kesenangan la, lu jangan la nak poyo sangat. Gua crack lu punye password Wi-Fi baru lu tau…hahahaha….

Skang ni bila gua ketagih je, contoh macam skang ni Lunch time…gua akan prepare entry gua guna Microsoft Word. Save dulu kat External HDD gua. Bila ada masa terluang macam lepas balik kerja pukul 6:00 petang, gua akan copy & paste ke blog Pesta Irama Jiwa. Ye la …takkan la lu orang balik kerja tajam tajam pukul 6 ptg kan…hehehe…

Gua ingatkan lu orang jangan la blogging time kerja ye…tak baik…dah kira berdosa tu..curik time kerja…tak boleh..Tapi kalau lu orang buat jugak, lu tanggung sendri la …
Ok dah 1330Hrs, gua nak pergi beradu kejap. Umur dah maikn tua ni, gua perlukan waktu beradu kejap sebelum sambung kerja lepas lunch hour ni….

Tuesday 28 June 2011

Lamaran Kepada Cik Yvone

Cik Yvone, gelaran gua kepada YMads. Memandangkan gua dah dapat balik status Geli geli Glitterati dari pada Cik N a.k.a Nuffnang tadi, gua tak jadi nak letak balik gambar gambar Cik Yvone a.k.a YMads yang seksi kat blog Pesta Irama Jiwa ni. Tapi gua nak jemput la korang kalau korang pun nak try Cik Yvone a.k.a YMads. Gua tengok Cik Yvone a.k.a YMads ni habuan belanjanya agak lumayan. Cuma gua belum dapat cashout lagi la. Lagipun gua ada satu blog ni je. Blog Pesta Irama Jiwa ni je la yang gua maintain buat masa ni. Blog lain dah stop dah. Nanti nati la bila gua ada mood nak bikin blog lain gua akan tampal script pinangan Cik Yvone a.k.a YMads.

Pada korang yang nak try Cik Yvone a.k.a YMads, boleh la klik banner / gambar kat bawah ni. Nanti korang akan dipelawa masuk untuk menjamu 'selera'....Don't worry ...Cik Yvone a.k.a YMads mesti layan korang punye....


Monday 27 June 2011

Konsert 2 Raksasa

Konsert 2 Raksasa ni bukan bermaksud 2 ekor Raksasa Gorgon akan buat konsert besar besaran kat Malaysia ni. Tapi Konsert 2 Raksasa ni adalah satu konsert gabungan 2 band yang amat terkenal sejak awal penubuhan kedua dua band ini sampai la sekarang. Kira diorang ni macam The Living Legend la. Band tersebut adalah Sweet Charity dan Blues Gang. Perghhh...siapa tak kenal dengan kedua dua band ni.  Sweet Charity dan Blues Gangadalah nama yang cukup besar dalam industri muzik Malaysia.


 Sweet Charity popular dengan lagu Kamelia & Teratai dan Blues Gangpopular dengan lagu Apo Nak dikato. Bukan saja dua lagu ni, banyak lagi lagu lagu yang popular dari kedua dua kmpulan ni.

9 Julai 2011 akan datang, Konsert 2 Raksasa gabungan  Sweet Charity dan Blues Gangakan diadakan di Stadium Merdeka. Waktu persembahan konsert bermula adalah pada jam 8:30mlm. Gua rasa kali ni bukan saja budak budak muda akan turun layan Konsert 2 Raksasa ni, tapi ramai pak cik pak cik & mak cik mak cik akan datang layan ...

Buktinya petang tadi gua dapat satu call dari awek kat opis gua tanya "abg pegi tak konsert  Sweet Charity ?....Tiket nak beli kat mana bang?....gua pun heran gak la, sebab awek ni tak menggambarkan yang dia layan  Sweet Charity atau Blues Gang. Gua tanya la siapa yang nak pegi konsert tu. Sekali jawapan dia "Mak saya suruh belikan tiket untuk dia la bang..."....
Perghhh...kan gua dah cakap....

Reddish GiveAway : Saya Nak Sarawak Souvenir!


Gua tak kira la orang nak cakap gua Mat jiwang ke apa..Ini kali gua mesti nak try join ini Give Away dari bakal pengantin dari Sarawak ni. Gua nak try gak dapatkan Fridge Magnet Sarawak. Gua nak bagi kat bini gua. Bini gua memang suka kumpul Fridge Magnet. Dulu masa gua pegi Sarawak, gua belum kawin lagi. So gua tak tau la yang bini gua suka kumpul Fridge Magnet. Bila dah tau hobi bini gua kumpul Fridge Magnet, mana je gua pegi tak kira la outstation ke, jalan jalan cari pasal makan je, cuti cuti Malaysia ke, gua mesti akan belikan Fridge Magnet untuk bini gua. Koleksi Fridge Magnet terakhir yang gua bawak balik adalah Fridge Magnet dari Vietnam.

Kalau lu orang pun sama minat dengan hobi bini gua ni & cuba nak dapatkan Give Away daripada bakal pengantin yang bernama Zie ni, lu orang boleh click Banner yang gua pacak kat entry gua ni & join Give Away contest ni. Cuba je..mana la tau kalau gua tak dapat, tapi lu orang yang dapat Fridge Magnet dari Sarawak tu, boleh la lu orang bagi kat gua....hehehe...

Pesanan dari budak peon pizza tadi..."bro, Give Away contest tu sampai 30 June 2011 ni je bro. Lu tak nak try ke...?"

Springville Ukay Perdana

Sebagai kesinambungan kepada blog corneamelayu yang terpaksa gua tinggalkan sebab gua dah tak boleh post entry baru, gua akan update status terkini projek Apartment Springville, Ukay Perdana yang gua beli sejak tahun 2002 dulu. Tapi sampai sekarang CF tak dapat dapat jugak lagi. Macam macam hal. Nak cerita pun banyak sangat. So gua decide tak yah cerita la apa masalah masalahnye.

Bila gua tengok plak traffic visitor blog corneamelayu tu, sampai sekarang carian Springville tu antara hit yang popular. Gua tak tau la apa sebenarnya yang menyebabkan Springville menjadi hit yang popular. Mungkin ada pembeli Springville yang cari sebab nak tau status terkini atau mungkin ada kaum kat luar sana yang berminat nak sewa atau beli unit unit kat Springville tu.

Ok, korang jangan risau. Teruskan dengan carian korang kat Google pasal Springville Ukay Perdana tu. Gua akan cuba update status pasal Springville Ukay Perdana setiap kali gua dapat info. Info terakhir yang gua dapat pasal rental rate kat Springville , RM800.00 - RM850.00. Perghhh...boleh tahan...walaupun belum dapat CF lagi...bila dah dapat CF nanti, dah tentu owner akan sediakan kitchen cabinet, safety grill & etc. Kalau yang siap fully furnished pulak brapa la agaknye ye....

Sunday 26 June 2011

Macamana nak blogging guna Blackberry??

Ok la...entry kali ni gua buat special untuk member gua yang tanya kat Facebook "blogspot application ada tk for bb?" dalam erti kata lain yang gua andaikan adalah "Macamana nak blogging guna Blackberry?". Ok gua cerita sikit la kat sini sebagai memberi bantuan pada member gua & bloggers lain yang guna Blackberry.

Sebenarnya macam ni...korang boleh post entry blog korang kalau korang boleh send email guna Blackberry. Chewahhh...apa brang kalau guna Blackberry tak boleh send email...mesti la boleh kan...kalau setakat pakai Blackberry tapi tak boleh send email, gua cop lu orang poyo je...hehehe...

OK..ok.. Ikut step yang gua tulis kat bawah ni....

Apa apa hal Login dulu ke Blogger.com. Lepas tu pilih Profile - Settings - Email & Mobile. Korang perasan tak kat Posting Options ada satu ruang Email Posting Address??..tu kalau guna Blogger yang baru ni ...kalau guna yang lama korang kena follow Profile - Settings -Email - Mail-to-Blogger Address. Korang akan nampak ruang  username.secretword@blogger.com. Kat username tu, korang punya login username ke Blogger. secretword tu pulak, korang guna la apa apa word yang orang lain tak boleh tau untuk mengelakkan orang lain daripada post ke blog korang.

Lepas tu korang pilih la samada korang nak post korang di published dengan segera atau nak saved as draft dulu & publish kemudian. Jangan lupa pulak nak save Settings bila dah settle tu....

Ok bila ada new blog entry pulak... untuk tajuk new entry korang tulis kat subject email. Manakala untuk content new post korang tulis kat ruangan email. Kalau ada apa apa gambar, korang attached je skali dengan email tu. 

Akhir sekali jangan lupa tambah #end kat akhir email tu kalau korang taknak blog entry korang tu ada tu tulis sent from my blackberry device.

Korang cuba la ye....gua harap berjaya...

Kalau tak berjaya korang boleh ushar sini untuk keterangan bergambar....

Friday 24 June 2011

BrayenGener Dengan Remote Kontrol nya...

Gua baru je tertengok rancangan Jadi Kau Fikir Kau Boleh Menari atau dalam bahasa orang putih So You Think You Can Dance. Gua jadi kagum bila tengok brader yang menari bagai Si Robot ni. Nama dia Brian Gaynor. Brader ni ada penyakit tulang belakang bengkok atau terma perubatan dipanggil sciliosis. Walaupun ada penyakit scoliosis, Brian Gaynor ni seorang yang berjiwa besar. Dia takde segan silu untuk pergi audition rancangan  So You Think You Can Dance buat kali kedua.

Atas sebab itu lah Brian Gaynor diberi peluang untuk buat persembahan dalam satu episod So You Think You Can Dance oleh Nigel Lythgoe. Nigel Lythgoe tu salah sorang juri untuk rancangan So You Think You Can Dance. Korang tengok la betapa gempak, hebat, cool dan macam macam lagi yang gua tak boleh nak luahkan bila tengok persembahan Brian Gaynor & Remote Kontrol.

Cik N Yang Kental



Kelmarin, hari Rabu gua ada satu entry pasal 'Cik N' a.k.a Nuffnang vs YMads. Korang ingat lagi tak? Tak ingat!!!..Apa barang yang korang pikir ni..mungkin jiwa korang tengah serabut. Ok, kalau tak ingat gua kasi korang ingat dengan menyuap korang dengan cara korang klik kat sini . Gua takde hal untuk suap sesiapa saje. Ni kan blog Pesta Irama Jiwa, sentiasa cuba untuk mendendangkan irama jiwa yang pelbagai.

Gua dapat email dari 'Cik N' a.k.a Nuffnang perihal soalan gua yang agak keliru pasal Glitterati status gua. Sama keliru macam jurulatih Olimpik Lebanon, Samir Saad, yang masih anggap team kendaliannya lebih bagus daripada Olimpik Malaysia padahal Olimpik Lebanon gagal untuk tewaskan Olimpik Malaysia yang main dengan hanya 10 pemain semalam. Tahniah Harimau Malaya!!!


Rupa-rupanya pihak 'Cik N' a.k.a Nuffnang menganggap YMads sebagai saingan kepada 'Cik N' a.k.a Nuffnang walaupun YMads bukan company yang berdaftar di mana mana negara SEA (Asia Tenggara). Sebab tu Glitterati membership status gua kena sita!!!...So, gua kena la remove semua script dari blog Pesta Irama Jiwa ni. Gua akur sebab gua setia pada yang satu...hehehe. Gua suka kat 'Cik N' a.k.a Nuffnang tu sebab 'Cik N' a.k.a Nuffnang selalu bagi iklan yang cun cun dan gua anggap sebagai penyeri blog Pesta Irama Jiwa ni walaupun gua belum dapat apa apa sen pun dari pada 'Cik N' a.k.a Nuffnang. Mungkin sebab blog gua tak popular kot....Alaa..lagipun 'Cik N' tak suka pada orang yang tak setia dan tak suka dimadukan....

Thursday 23 June 2011

Olimpik Malaysia Vs Olimpik Lebanon Updates

Olimpik Malaysia Vs Olimpik Lebanon Updates.

Malaysia promising attacking midfielder, Irfan Fazail scored first goal on 7th minutes of the first half. Nice half volley!!!!...He also wearing a number 7 jersey!!!...


Click here for the video of the goal by Irfan Fazail.


2nd goal for Malaysia by Wan Zack Haikal at 40th minutes!!!! Player #16.


Click here for the video of the goal by Wan Zack Haikal.


36th. minute,  a stunning volley by Lebanon striker, Haidar and hit Malaysia right corner goal post and no goal.....

1st Half match ended at 47th minutes.

Gary Steven Robbat, Malaysia holding midfielder get 2nd Yellow Card and sent off at 51st minutes.

63rd minutes, Lebanon scored a goal by Chadi after a rebounced.

Match getting aggresive after 5 Yellow Cards shown by referee to both teams.

Full match ended.
MALAYSIA WON THE MATCH 2-1!!!!

Congratulation MALAYSIA!!!
Congratulation Harimau Malaya!!!
Congratulation Ultras Malaya!!!!

Wednesday 22 June 2011

Olimpik Malaysia Vs. Olimpik Lebanon 2nd Leg


Malam ni, Skuad Olimpik Malaysia yang lebih dikenali sebagai Harimau Muda akan menentang pasukan Olimpik Lebanon. Game malam ni adalah game kedua untuk Kelayakan Olimpik 2012 di London, England. Game pertama 19 Jun 2011 Harimau Muda hanya sekadar seri 0-0.

Maklumat yang gua dapat semalam, Mahali Jasuli, right defender digantung satu game. Maknanya, game malam ni tempat Mahali mungkin akan digantikan oleh Affizie. Mahali dikenakan tindakan satu game sebab dapat 2nd Yellow Card masa 1st leg game kat Sport City Stadium, Beirut hari tu. 1st yellow card kalau tak silap masa game lawan Qatar. Gua pun heran jugak macam mana FIFA bleh amik kira yellow card masa perlawanan persahabatan. Tapi itu la maklumat yang gua dapat malam tadi. Surat pasal penggantungan Mahali tu pun FAM dapat dari FIFA semalam.

Pada gua, takde hal la Mahali kena gantung untuk game malam ni pun. Gua yakin semua player dalam skuad Harimau Muda akan main mati matian bagi merealisasikan impian seluruh warga Malaysia untuk ke pusingan seterusnya dan layak ke Olimpik 2012, iaitu layak buat kali ke 3. Gua yakin malam ni Harimau Muda akan baham skuad Lebanon. Jangan tak tau game 1st leg hari tu, ball possession Harimau Muda 56% dan banyak percubaan yang dilakukan. Jom ramai ramai kita mengaum bagi sokongan kat Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni…!!!!!....OOOOooooOOOOoooOOO Ma…lay..sia!!!!!

Kita masuk padang,
Dia cuma pandang pandang,
Kita tunjuk belang,
Dia lari lintang pukang!!!!....

Nuffnang & YMads

Status Glitterati gua telah dilucutkan oleh Nuffnang. Gua heran jugak apa kes gua kena turun jawatan. Bila jadi macam tu, gua pun bengang la. Sama bengang macam Mail Lambung. Cuma gua belum nak contact Mail Lambung je untuk settlekan. Gua check dulu kat Nuffnang. Rupa rupanya, gua tak boleh letak iklan lain yang register kat mana mana dari Asia Tenggara. Gua suspect mesti iklan dari BlueAds. Gua pun try la removed iklan BlueAds tu semua. Still gua belum dinaikkan ke pangkat Glitterati tu balik. Pastu gua tanya la kat Pak Cik Google asal usul iklan YMads pulak. Mana la tau kot kalau kalau YMads pun sama dari Asia Tenggara jugak. Sah!!!....YMads register kat Zimbabwe. Maknanya gua kena tunggu paling cepat pun lagi 4 hari untuk gua tau pangkat gua naik balik ke Glitterati atau tak.

Tapi gua tak boleh tunggu sebab gua nak PING Blog gua kat innit.nuffnang.com.my. Gua try la 'jual' tiket kat Nuffnang. Tapi Nuffnang bukan boleh bagi jawapan time tu jugak. Biasalah kan...Nuffnang pun banyak keja lain nak buat selain nak jawab soalan gua yang dah terkantoi ni. Nak tak nak, kena la tunggu jugak lagi 4 hari paling cepat pun....Tapi kalau boleh gua harap Nuffnang dapat settlekan cepat cepat selepas baca post gua ni...itu pun kalau Nuffnang baca la blog gua ni...

Malaysia Vs. Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil


Hari Rabu minggu depan, 29 Jun 2011 nanti, perlawanan Kelayakkan Piala Dunia 2014 diantara Malaysia vs Chinese Taipei. Gua harap ramai penyokong Harimau Malaya pegi stadium bagi sokongan. Join Ultras Malaya, Harimau Malaya & banyak lagi kelab penyokong pasukan negeri mengaum kat stadium nanti. Game start pukul macam biasa pukul 8:45 malam. Harga tiket plak RM 30.00 (Grandstand) RM 20.00 (terbuka) dan RM 5.00 untuk tiket kanak-kanak.Korang boleh beli tiket Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari game tu nanti.
Info terbaru Datuk K.Rajagobal panggil striker Harimau Muda A, Izzaq Faris untuk menyertai barisan striker pasukan Senior Malaysia untuk game Kelayakan Piala Dunia 2014 tu nanti.So sekarang ni Harimau Malaya selain Izzaq, ada lagi 3 orang striker, Saffe Sali yang baru tamat game untuk Pelita Jaya FC kat Liga Indonesia, Hadi Yahya & Ashaari Shamsudin. Norshahrul Idlan Talaha Pulak injured. Tak pe, takde masalah. Striker lain pun boleh menyengat jugak.

Untuk game Kelayakan Olimpik & Kelayakan Piala Dunia nanti jangan la ada penyokong yang bawak mercun, main laser tu semua....Gua yakin Team Malaysia boleh menang tanpa ada bantuan anasir sedemikian.

Monday 20 June 2011

Loudness Live In KL


Jangan betulkan penglihatan anda. Jangan gosok mata anda nanti rosak kornea. Maklumat ini sah. Memang betul Loudness akan datang ke Malaysia tak lama lagi. Loudness, satu satunya band dari negara matahari terbit, Jepun, akan turun Malaysia untuk konsert hujung bulan, iaitu 24 Julai 2011 nanti. Gua tak berapa dengar sangat lagu lagu band ni. Kalau tak silap gua Loudness popular masa tahun 80-an. Ini bermakna gua masih pergi sekolah pakai seluar pendek keler biru. Sekolah gua plak masa tu sekolah lencana burung hantu.

Kumpulan Loudness ni popular dengan lagu Heavy Chains. Masa tu kalau siapa yang pakai singlet putih ada lambang matahari kaler merah memang gua cakap "brader ni memang rock la!!"...Gua pun cuba cuba la lukis trademark Kumpulan Loudness ni kat beg skolah gua. Lukis guna marker pen kaler merah je pun.

Pada lu orang yang minat atau teringin nak merasai aura rock kapak 80-an dendangan Kumpulan Loudness, apa kata lu orang pergi Life Centre kat Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dekat area Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, bukan HRC Penang atau HRC HCM tau. Pada gua berbaloi kalau layan konsert tu nanti. Loudness juga akan featuring Amy Search & beberapa kumpulan rock masa konsert tu nanti.

Gua?...sorry beb....gua layan kat youtube je la...hehehe

Kuasa Cincin Hijau

Last week hari Sabtu, gua bawak famili gua layan movie Kuasa Cincin Hijau. Mesti korang heran movie apa yang tengah main kat wayang tajuk Kuasa Cincin Hijau. Mana ada movie tajuk tu. Memang la takde, sebab tajuk movie tu yang sebenar ialah Green Lantern dalam bahasa Melayu Hijau Tanglung kalau translate guna Google Translate. Ok la sepatutnya bila translate jadi Tanglung Hijau.



Gua ingat movie ni tak dapat sambutan sangat la kalau nak dibandingkan dengan movie Abang Long Ayah Long a.k.a KL Gangster yang gua dengar dah mencecah kutipan RM6juta!!!...Gua dengar dengar cukup minggu ni boleh cecah RM11juta. Perghhh…rezeki Allah bagi. Rupa rupanya movie Green Lantern pun dapat sambutan. Saja la gua pi beli tiket bila dekat dekat nak waktu tayangan pukul 2:15 petang. Sekali bila turn gua nak beli je tiket, mamat kaunter Panggung GSC Alamanda Putrajaya tu cakap “FULL HOUSE la Incik. Yang ada pun pukul 10 malam nanti. So gua sebat la pukul 5:45 petang punya show. Layan 3D. First time gua layan movie in 3D ni. Memang best la..menakjubkan!!!..Anak gua sampai hulur tangan macam nak amik objek yang keluar kat screen tu…hahaha…




Gua rasa lepas ni kalau keluar cerita cerita yang macam ni, gua akan layan in 3D. Terutama skali movie Transformers 3:Dark Of The Moon yang akan start hujung bulan June 2011 ni….

Sunday 19 June 2011

Olympic Malaysia Vs. Olympic Lubnan

Pukul 10 malam tadi gua dah terpacul kat depan tv Sony saiz 25 inci gemuk gedempol yang bini gua beli sejak zaman bercinta dengan gua lebih 10 tahun dulu. TV tu pun dah tak popular dah skang ni. TV kurus kering macam papan lapis mengambil alih Carta TV Paling Popular sejak 2-3 tahun lepas. Makin kurus TV tu, maka makin popularlah ia. Lagak gua malam tadi membuatkan anak bini gua bertambah yakin bahawa gua memang peminat pasukan bolasepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya.

Malam tadi game pertama, pusingan dua skuad Olympic Malaysia yang dibarisi majoriti oleh player Harimau Muda A. Ada la sesikit player negeri lain masih blum cukup umur, bawah 23 tahun . Nak cerita panjang panjang pun malas. Game malam tadi lawan Skuad Olympic Lubnan. First half gua tengok player Malaysia banyak buat simple mistake. Geram gak gua tengok. Tapi second half, memang gua puast hati. Sebab diorang dah mula ada keyakinan. Dah mula berani attack kaw kaw. Kurang buat mistake. Paling gua syok tengok budak nama Irfan Fazail. Gua harap Datuk K.Rajagobal give attention to this player untuk absorb ke senior team in future. Nombor berapa ntah, gua pun tak ingat sebab syok tengok budak tu main cun. Lain lain player pun bagus. Terutama skali defenders & Apek. Congrats kat korang.

Gua harap game kedua lawan team yang sama yang gua dengar dengar akan diadakan kat Stadium Shah Alam Khamis ni. 23 Jun 2011, korang akan main lagi cun. Main kasi menang. Score banyak banyak biar team lain dengar je nama Malaysia a.k.a Harimau Malaya diorang menggigil macam diorang betul betul jumpa Rimau!!!...

Kalau ikut perancangan gua nak join Ultras Malaya bagi support dari curva tapi terpaksa kensel. Gua terpaksa bagi sokongan dari rumah dengan anak anak gua sebab bini gua kena pergi kursus. Takpe, gua anak beranak akan pakai jersi Harimau Malaya masa game tu nanti!!....

Gua lupa nak bagi ulasan pasal friendly match Senior Team Malaysia Vs. Mynmar kat Kota Bharu Sabtu lepas. Team Malaysia laukkan Mynmar 2-0. Tapi gua puashati lagi sekali sebab player yang gua jangka diabsorb ke National Skuad main starting eleven 7-Eleven. Gua aim Shakir, midfilder Kelantan akan jadi star player atau playmaker yang baik dalam Malaysia. Gua jugak harap Datuk K. Rajagobal akan panggil Nurul Azwan Roya & Joseph Kalang Tie untuk join National Team.

Friday 17 June 2011

Gula Gula Hacks


Dah 2-3 hari gua tengok tajuk suratkhabar cerita pasal godaan godam atau lebih sedap disebut hack. Agak kecoh satu Malaya orang bercakap pasal hack. Mana taknya, 51 website gomen kena hacked.

Anonymous, Dragon Force, RileksCrew antara nama nama yang dikatakan menjadi angkara. Jenuh gua nak menjawab kat member member gua yang tanya pasal hacking ni. Bertalu talu pertanyaan diorg. Apa diorang ingat gua kaunter pertanyaan ke?? Atau diorg ingat gua ni tau buat kerja macam tu agaknya...gula gula Hacks gua tau la der...






Pada gua, geng yang buat kerja ni memang cerdik pandai. Rugi kalau hukum diorang atas kesalahan yang macam ni. Pada gua elok gomen mempertingkatkan lagi usaha banteras jenayah buang bayi, rogol tu semua. Ni tak nak cari Anonynous, Dragon Force tu buat apa...Dah kalau 'gula gula' diorang kena sekat, diorang bengang la. Cuba la block 'gula gula' perogol, mak bapak bayi yang kena buang tu, kan lagi bagus. Tau tak apa 'gula gula' golongan tadi tu?...website porno tu la...block habis habisan!!. Walaupun berjuta juta porn site diwujudkan setiap hari, pihak berwajib kena main peranan la.


Bukan gua sokong gak geng hackers tu semua, tapi gua pandang dari sudut positif. Dengan adanya golongan macam ni, maka masyarakat dah nampak betapa lemahnya pertahanan siber negara kita ni. Nasib baik hack website je. Kalau hack military network ke tak ke haru....tak payah la nak cakap pasal $$$ ye, sebab gua aware pasal tu ....Dan diorg cuma attack main page je..bukan semua pun...

Thursday 16 June 2011

Is Packing

Time time macam ni biasanya gua akan login ke Facebook. Usha Most Recent status kat Facebook kawan kawan gua. Walaupun kat suratkhabar Metro & Kosmo ada artikel pasal pengguna Facebook berkurangan sekarang ni, gua tetap yakin pengguna Facebook dari Malaysia tak berkurangan walaupun harga minyak RON97 diturun ke sebanyak RM1.00 RM0.10.

Sebaik je semua status kawan kawan gua muncul kat dinding Facebook gua, muncul la status Ani Tiger is packing. Mak Chemah is packing..malasnya.. Si Fakhrul tengah mengemas baju... Nampaknya status paling popular kawan kawan gua kat Facebook malam ni adalah status 'is packing'.

Gua plak tak nak menyampuk bagi komen. Sebab gua tak nak serah diri untuk join diorang sebagai penyumbang kepada populariti status 'is packing' kat Facebook malam ni....

Wednesday 15 June 2011

Gua Tak Kacau Lu, Lu Jgn Kacau Gua

Mula mula gua dpt email dari HR nama gua naik untuk pi kursus. Tak silap gua email tu bulan April hari tu. Lepas tu 2nd email, juga dari HR bagi date baru sebab date yang mula mula tu kensel. Dalam email tu siap bagi list nama peserta kursus dgn pasangan utk kongsi bilik. Gua tengok nama gua tak menghilangkan diri. Gua scroll naik turun banyak kali, kompom nama gua takde. Caya la...gua memang tak minat nak pi kursus ala ala Team Building ni. Diorng tu pun satu, kursus yang gua nak pergi tak penahnye dapat. Bukan gua minta pi kursus kawin pun.

Pastu rupanya ada email yang ke-3. Kali ni gua tak dpt email tu. Gua beranggapan sohih gua tak yah pergi kursus tu. Skali pagi tadi masa gua on the way pi meeting kat Shah Alam, pergi beregu (tiga orang la tu...) Tekong (Bos) gua tanya samada gua pegi ke tak. Gua cakap la nama gua takde. Tekong cakap semua 'KuliCutive' kena pegi. Gua cakap, dah nama gua takde takkan gua nak pegi. Gua nak tidor mana plak nanti?...Dalam diam gua yang bertindak sebagai Feeder dlm regu tu, perasan Killer semacam tak puas hati je gua tak kena pi kursus tu. Petang tadi plak sebelum balik, member gua cakap Killer cuba korek rahsia.

Kredit to raydevil.com



Gua pegang prinsip Gua tak kacau lu, lu jangan kacau gua. Lu banyak hal gua roger Tumulak je. Kalau tak jalan jugak, gua roger Mail Lambung je untuk bagi settle. Mail Lambung tak makan rasuah laaa.....
Facebook Mail Lambung
Kredit to artdicted.com

Tuesday 14 June 2011

Hot & Mengiurkan

Gua memang nak sangat layan 'dia' sejak gua jumpa 'dia' dengan 'kawan-kawan' masa kat opis petang semalam. Sebab gua tau, 'dia' memang hot lagi mengiurkan. So disebabkan gua sukar untuk membendung keinginan gua terhadap 'dia', masa perjalanan balik tadi gua nekad untuk dapatkan 'dia' gak.

Gua dah plan, tengah malam lepas anak bini gua tido, gua mesti puaskan nafsu serakah gua...huahahaha...tepat jam 1 pagi, gua nampak ada lagi geng yang menggugat nafus gua. Tapi gua memang dah tak bleh tahan lagi dah. Gua selak 'dia' sampai nampak benda yang menjadi idaman kebanyakan orang mcm gua ni. Dan akhirnya.....gua memuaskan nafsu gua yang memang membuak buak sampai habis. sambil layan Criss Angel Mindfreak 3...burppp...!!...kenyang...Alhamdulillah....

Pemberi saingan.


 Inilah si 'dia'....gua selak sampai nampak bahagian yang diidamkan...



Baca Al-Quran Setiap Hari

Oh...tidak tidak. Entri gua kali ni bukan pasal agama. Gua pun bukan Ustaz atau seorang yang arif dalam ilmu agama. Jauh sekali untuk gua jadi calon Imam Muda...Cuma entri gua kali ni pasal Tony Blair, bukan Tony Stark. Tony Stark tu Ironman der..Tony Blair membuat pengakuan yang dia membaca Al-Quran setiap hari. Maksudnya, dia baca terjemahan Al-Quran. Untuk berita selanjutnya lu orang bleh ke Kosmo Online.

Penganut Katholik baca Al-Quran setiap hari tu. Kita?...sendiri jawab la ye...

Gegar bersama Komen-komen Poyo

Pagi semalam kecoh kat area Putrajaya ni pasal gegaran. Gua yang tengah bersantai sambil baring-baring, konon konon tersentak dengan satu panggilan ke handphone wife gua bertanyakan pasal gegaran tu. Member wife gua kata, semua penghuni Parcel C, Putrajaya dah berkumpul kat ground floor bangunan. Masa tu dalam pukl 8:15pagi kot...gua agak agak aje...sebab masa tu gua tgh bersantai kan...hehehe..wife gua plak MC lagi pagi semalam...2 hari dah..

Pastu gua redah hujan gerak pegi kerja. Sampai opis pukul 10:45 pagi!!!...Pailang..!!..Kalau kantoi, hilang la kepailangan gua... Gua tengok ada skit kelainan suasana dalam opis gua tu. Ada 4-5 orang tengah port kat meja gua..sebelah meja gua sebenarnya..Chait!!!...makhluk makhluk tu semua tengah layan movie, cerita Penunggu Istana. Maka gua pun terjebak la skali. Tengah syok layan, handphone member gua bunyi. Dengar percakapan macam cemas. Rupanya member gua punya member kata ada lagi gegaran. Kali ni kat Shah Alam plak.

Gua plak lepas tu login ke Facebook. Kebanyakan tulis status pasal gegaran. Pasal Gempa bumi. Pastu para pengkomen yang setia kat Facebook, ramai yang komen "kiamat dah hampir..."...dunia hampir dipenghujung.." & bermacam macam komen ala ala insaf & alim lagi la...

Sorry beb...gua bukan nak kutuk atau tak setuju dengan komen komen tu semua. Daripada komen yang ala ala tu, baik kita laksanakan kewajipan sebagai hamba Allah dulu. Gua bukan la baik sangat pun. Tapi semua orang tau pasal janji Allah tu. Tak payah la nak bagi komen yang ala ala, sebab bila orang geledah lu orang punya Photo Album kat Facebook tu, mungkin orang akan cakap..."hek elehhh....lu ni poyo la beb..."...

Thursday 9 June 2011

Rancangan Tak Menjadi

Sekarang ni gua ada kat kampung bini gua, kat Kuantan, Pahang. Dah nak masuk hari ke-7 dah pun. Maknanya esok petang lepas solat Jumaat kitorang gerak balik KL. Sepatutnya Isnin lepas kitorang akan gerak ke Labis, Johor untuk join rombongan meminang untuk adik ipar gua. Tapi Jumaat lepas, bini gua dapat satu call bagitau bapak mertua gua masuk Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Kes lelah. First time gua tengok orang sakit lelah ni. Kesian der gua tengok pak mertua gua, teruk kena counter attack lelah ni. Nak bernafas susah gile. Disebabkan kes tu, maka rombongan Mak Kiah ke Labis untuk meminang awek kat sana dibatalkan. Kesian lagi skali kat famili bini gua.


Bapak mertua gua kena stay kat HTAA 6 hari 5 malam. Macam amik pakej melancong ke hospital plak. Bila Pak mertua gua kena stay kat spital, maka Mak mertua gua pun kena la join sebagai 'pelancong bersama' kat HTAA dengan disertai oleh adik ipar gua yang bongsu tu.


Gua plak satu famili akan jenguk diorg kat HTAA tiap petang. Hantar apa yang patut kat diorg.Malam plak, adik ipar gua yang tak jadi bertunang tu akan ambil alih. Gua takde hal. Masa ni masa diorg, masa gua plak tak tau bila. Tiap kali gua jenguk pak mertua gua kat HTAA, macam macam ragam pesakit gua tengok. Ada gak yang banduan ditempatkan kat wad yang sama. Mamat tu kantoi kes ngedar dadah. Kesian gak gua tengok mamat tu. Pasrah je, walaupun muka ganas macam BOTAK dalam cerita JUVANA kat TV3 yang ditayangkan pukul 9 malam tiap Isnin. Makan pun tunduk je. Mungkin malu & segan sebab makan sambil tangan sebelah digari ke katil. Takpe la, tu bahagian dia. Banyak lagi ragam pesakit kat HTAA tu, tapi gua malas nak cerita.


*Gambar ni hanya sbg gambaran je...gua crop skit gambar orginal yang gua copy kat website http://apps.tv3.com.my/juvana/

Walaupun kali ni gua bercuti kat kampung dalam keadaan yang tak berapa nak best, ada beberapa peristiwa yang jadi akan gua kongsi dengan korang kat sini. Nanti la gua balik KL gua adjust balik.....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More