Thursday, 25 October 2012

Senarai Pemain Bolasepak Pasukan Selangor Liga Malaysia 2013.

Liga Malaysia dah melabuhkan tirai. Musim 2012 dilihat agak meriah. Kelantan membuktikan mereka kembali menguasai arena bolasepak Malaysia setelah menggondol kejayaan trebel. Piala Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia. Kesemuanya diraih pada musim 2012. Musim 2012 juga kita disajikan dengan mutu permainan yang dilihat ada peningkatan. Pasukan dari Liga Perdana mampu pergi jauh. Lihat saja Pahang dan ATM. ATM berjaya sampai ke peringkat Final Piala Malaysia 2012 namun terpaksa akur kepada keampuhan barisan pasukan bolasepak Kelantan yang diketuai oleh Piya apabila tewas dengan jaringan gol 3-2 setelah beraksi sehingga 120 minit. Selangor yang mengimpikan kejuaraan Piala Malaysia dengan Misi 33 juga gagal mengekang kehandalan Kelantan. Amri Yahyah mengetuai Selangor pada sebahagian besar musim Liga Super 2012  Kemudian Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim diberi tanggungjawab sebagai kapten Selangor oleh Irfan Bakti di penghujung Liga Super seterusnya sehingga peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2012. Dikhabarkan ramai pemain Selangor musim 2012 akan berhijrah atau digugurkan dari pasukan Selangor untuk musim 2013.

Kita tengok senarai pemain pasukan bolasepak Selangor musim 2013.

PENJAGA GOL.
Norazlan Razali
Sharbinee Alawi
Faizrul Azwan

PERTAHANAN.
Bunyamin Umar
Ramez Dyoub
Asararuddin Putra Omar
Fairuz Abdul Aziz
Nasriq Baharum
Mahali Jasuli
Adib Aizuddin

MIDFIELD.
K.Gurusamy
K.Soley
Shukur Jusoh
Fitri Syazwan
S.Kunanlan
S. Veenod
Kavi Chelan
Raimi Mohd Nor

PENYERANG.
Amri
Afiq Azmi
Forkey Doe
Ramzul Zahini
Wan Hoesne

Sumber: Facebook Page Info Skuad Olimpik Malaysia.


3 comments:

salam perkenalan dari blogger beritaMY..saya dh jadi follower terbaru blog anda.jika tidak keberatan perlukan kunjungan balas..hehe

artikel terbaru Saya akan saman orang yang bogelkan saya-RCW

Live Streaming malam ni Liga Super Kelantan vs Johor Darul Takzim hanya di http://sepaktonjol.blogspot.com.

dapatkan juga update dan video Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM hanya di http://sepaktonjol.blogspot.com.

I'd like to thank you for the efforts you have put in penning this blog. I am hoping to view the same high-grade blog posts by you later on as well. In fact, your creative writing abilities has inspired me to get my own website now ;)
Feel free to surf my website payday loan lenders

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More