Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Wan Zack Haikal. Show all posts
Showing posts with label Wan Zack Haikal. Show all posts

Friday, 25 May 2012

Coach Ong Nafi Wan Zack Ke Real Betis | Latest

Ni info terbaru yang diperolehi dari twitter @ESPNSTARMY. Coach Ong Kim Swee menafikan Wan Zack Haikal akan ke Real Betis.

Pulak dahhh...mana satu nak percaya ni? Coach Ong dah tentu lebih arif pasal player kendalian beliau. Cuma kesahihan belum jelas. Mungkin Coach tak nak persiapan mental Wan Zack Haikal dan Harimau Muda Aterjejas. Maklumla ada tournament besar just around the corner. Atau mungkin jugak betul Wan Zack Haikal bukan ke Real Betis. Mungkin juga tak ke Real BEtis tetapi ke team lain dalam La Liga juga..sebabnya Coach Ong menafikan Wan Zack Haikal ke Real Betis, tidak menafikan Wan Zack Haikal ke La Liga....jeng jeng jengggg....spekulasi la plak...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wan Zack Haikal Ke Real Betis.

Hebat betul skang ni sejak Nazmi Faiz diikat oleh kelab profesional dari Portugal, SC Beira-Mar. Player muda dari Harimau Muda semakin panas dan semakin mendapat perhatian. Yang terbaru diberitakan Wan Zack Haikal akan ke Real Betis. Salah satu kelab dari Sepanyol, La Liga. Liga nombor satu di dunia. Liga terbaik!!!

Info yang diperolehi dari FAM, sepertimana yang disampaikan pada status Facebook Info Skuad Olimpik Malaysia sebentar tadi. Kesahihan berkenaan info ni belum dapat disahkan. Belum ada apa-apa pengumuman dari pihak FAM. Tapi sebelum ni Coach Ong Kim Swee pernah maklumkan akan ada lagi 3 player dari Harimau Muda A akan dapat trial dengan kelab Eropah.

Nama Wan Zack Haikal pun hangat diperkatakan akan dipancing oleh kelab Divisyen 2 Jepun. Bukan dia sorang. Tapi sorang lagi player Harimau Muda A, Wan Zaharul Nizam atau lebih dikenali sebagai Kecik, pun akan join kelab yang sama kat Jepun.

Apa-apa hal pun kita tunggu pengumuman dari pihak yang berkenaan. Aku cari gak info untuk pengesahan, tapi tak jumpa. Tapi kalau jadi la kan, bertambah la sorang lagi player profesional dari Malaysia. Harap-harap bila semakin ramai player Malaysia dapat main dengan kelab profesional luar negara, mutu bolasepak pasukan Harimau Malaya akan lebih paduuu!!! Setakat ni yang aku tau anak Malaysia yang berkelana main pro kat luar Arif Zulkifly (Island Bay United, New Zealand), Nazmi Faiz (SC Beira Mar, Portugal), Titus James Palani (Nanteuil FC, Peranchis), Fandi Anuar (Gisborne City FC, New Zealand), Faril Anuar (Gisborne City FC), Tam Sheang Tsung (Shanghai Shenhua FC, China), S. Kumaahran (trial Cruzeiro FC, Brazil). Aku yakin ada lagi player yang main kat luar...siapa tau sila la komen bagi nama ye..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More