Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Thursday 29 March 2012

KLCC Terbakar.

Lebih kurang 2 jam lepas agak kecoh kat Facebook mengatakan terdapat emergency kat KLCC. Banyak asap tebal keluar dari KLCC. Kebanyakkan pemandu atau penumpang yang nak ke KLCC update status yang diorang terpaksa patah balik. Kedengaran juga announcement 'KECEMASAN' kat kawasan tu. Rupa-rupanya memang ada kebakaran di KLCC!! Salah sebuah kafe kat KLCC terbakar. Korang tengok la gambar yang aku attached kat sini. Sumber gambar dari page Facebook Info Skuad Olimpik Malaysia. Apa apa hal pun kita tunggu maklumat rasmi dari pihak berwajib ye... 7:10pm : Dikhabarkan 5 jentera Bomba dah ada kat KLCC untuk padam kebakaran. Semua pengunjuang evacuated guna eskalator. 7:23pm : sah! Kebakaran dari Chinoz on the park. Disyaki kebocoran gas.operadi LRT seperti biasa.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 28 March 2012

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum ...salam sejahtera kepada korang semua. Sebelum aku teruskan huraian perkongsian panduan tentang persoalan apa nak buat bila dapat gaji aku rasa agak molek juge kalau aku kongsi sesuatu yang lebih baik. Aku kongsikan jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk rujukan kita semua.

Perkongsian berkaitan panduan pengurusan duit gaji tu aku anggap demi kelangsungan kehidupan kat atas Bumi ni. Perkongsian jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus ni pula demi untuk kita dapatkan ilmu bukan je untuk panduan kehidupan kita kat dunia ni tapi sebagai panduan untuk kita dapatkan bekalan kehidupan selepas mati. Semua hidupan kat dunia ni kan akan mati. Mati tu pasti. Takdenye statement "kalau aku mati..." dalam kematian tiada kalau. Kematian PASTI. Bukan PASTI sekolah tadika Pusat Asuhan Tadika.Islam tu tau...heheh

Ok..dah cukup. Sebelum jauh aku mengarut, aku letak gambar jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus sepanjang bulan April 2012 yang aku dapat dari perkongsian kawan Facebook aku. Kawan aku tu pun dapat jadual tu dalam page Facebook Ustaz Azhar Idrus jugak....jome kite...!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 27 March 2012

Apa Nak Buat Tiap Kali Dapat Gaji.

Assalamualaikum....Salam Sejahtera...Dah macam budak sekolah bagi ucap salam tiap kali cikgu masuk kelas...heheh..Ok, seperti yang aku janjikan dalam entri sebelum ni pasal gaji. Aku kongsikan dengan korang apa nak buat tiap kali dapat gaji.


Info ni aku dapat dari member aku yang juga sifu aku masa aku belajar pasal beli rumah dapat duit, Bro Budin. Beli rumah dapat duit?? Orang beli rumah kena keluar duit, tapi aku beli rumah boleh dapat duit pulak. Ok, tu kisah lain...kalau aku ada mood aku cerita, kalau takde entri pasal tu kiranya aku takde mood la ye...heheheh..Skang ni kita crita apa nak buat tiap kali dapat gaji. Aku listkan kat bawah apa yang sepatutnya kita semua buat dengan duit gaji kita. Lepas tu sama-sama la kita cuba ikut panduan tu. Insyaallah, kita akan tau apa jadi dengan duit gaji kita. Kita boleh rancang kewangan kita dengan baik. Tapi sebelum tu aku bagitau kat korang yang ini hanyalah panduan dan aku tak bertanggungjawab kalau apa-apa jadi ye...Aku bukan pakar kewangan!!!...hehehe





1. FFA - Financial Freedom Account - 10% dr gaji bulanan.
2. LTSS - Long Term Saving & Spending Account - 10% dr gaji bulanan.
3. NEC - Necessity Account - 55% dr gaji bulanan.
4. PLAY - Play account - 10% dr gaji bulanan.
5. EDU - Education account - 10% dr gaji bulanan.
6. GIV - Give account - 5% dr gaji bulanan.


Itulah 6 panduan apa nak buat tiap kali dapat gaji.... korang dah bole cuba ikut panduan ni.. Mula-mula susah jugak sebenarnya sebab setiap org lain komitmennya. Ada jugak di antara kita yang selalu over belanja sampai rasa duit gaji tak cukup (macam aku...hhehehe). Elok kita kira dulu komitment bulanan kita. Yang penting DISIPLIN....Nanti aku olah sikit 6 panduan tu satu-satu ye...

Monday 26 March 2012

Cerita Pasal Gaji.

Sumber Google Images
Hi...Assalamualaikum sekali lagi aku ucapkan pada korang yang rajin singgah blog aku. Tak lupa jugak pada korang yang baru first time sampai kat sini. Salam sejahtera kepada korang yang bukan Muslim. Salam 1Malaysia??...Tak nak la..aku tak suka dengan cara ucapan tu. Ntah kenapa aku pun tak tau apa sebabnya. Yang pasti takde kena mengena dengan politik ye..Kompom..aku pun dah penah bagitau aku tak berapa gemar dengan politik ni. Tak percaya??!!..Jom ke SINI...Kali ni kita cerita pasal gaji pulak. 


Tiap-tiap bulan ramai di antara kita yang kerja makan gaji pasti dapat gaji. Ada yang dapat sebulan sekali. Ada yang dapat 2 bulan sekali. Ada yang dapat hujung bulan. Ada yang dapat di awal bulan. Jangan ada yang tak dapat gaji sudah laa...jangan datang mintak gaji kat aku dah....Tapi apa yang korang akan buat setiap kali dapat gaji? Apa korang buat dengan gaji yang baru korang dapat baru-baru ni? Macam KiD, dia belanja famili layan makan-makan. Usha SINI...... bagus la tu..amalan yang paling baik. Hargai keluarga dulu. Cuba la korang buat macam KiD...


Aku pulak belum dapat lagi gaji bulan ni. Belum sampai hujung bulan lagi. So kena tunggu la sampai hujung bulan. Yang keje gomen dah boleh berpoya-poya dah dengan duit gaji tu...Setiap bulan ada tak persoalan "apa aku nak buat dengan gaji bulan ni?" "gaji bulan ni nak bayar apa ek?" dan macam-macam persoalan lagi kot yang timbul. Aku ada sikit panduan apa nak buat dengan duit gaji yang tiap-tiap bulan kita dapat tu. Aku kongsi dengan korang untuk entri seterusnya ye....jangan marah....heheheh

Sunday 25 March 2012

Usha Blog Diorang.

Assalamualaikum...aku update lagi entri. Kali ni aku update guna laptop pulak. Tak macam selalu, aku update blog guna Samsung Galaxy S2. Sebab tu kalau korang perasan kat bahagian bawah skali di penghabisan setiap entri aku sebelum ni mesti ada ayat ni "Published with Blogger-droid v1.7.4". Selalu jugak kawan-kawan tegur "bercakap dengan orang bro...." tiap kali aku tengah bikin entri. Kadang-kadang bukan aku tengah bikin entri blog. Tapi aku tengah baca blog orang. Macam entri aku sebelum ni pasal Menghargai Follower. Selain dari aku singgah blog followers aku, ada jugak blog yang selalu aku singgah. Boleh dikatakan hari-hari mesti aku nak usha blog diorang.


Sebab utama aku mesti akan singgah blog diorang ialah sebab diorang hari-hari update blog diorang dengan entri terbaru. Ada jugak antara bloggers tu update blog sampai 3-4 kali dalam sehari. Dasat jugak tahap keupayaan diorang ni. Agaknye mentol lampu idea tu sentiasa menyala kot kat atas kepala diorang tu.


Aku dedahkan blog yang hari-hari aku singgah. Bukan nak dedah yang bukan-bukan ye...jauh sekali nak dedahkan individu dalam rakaman video seks ahli politik...heheheh


Blogger Putrajaya.


Selalu Buat Contest. Setakat ni aku tak penah join contest GTO. 
Owner E-Book SEO Untuk Semua. Bila la aku nak beli E-Book Ariff Shah...?
Ben Ashaari Top Blogger. Aku syak dia pun Blogger dari Putrajaya jugak.

Syok layan entri event yang selalu update. Blog layout pun cun...

Friday 23 March 2012

Kisah Pilihanraya Ke-13

Gua sebenarnya bukanlah minat sangat dengan politik. Jauh sekali sebagai ahli politik. Tak layak langsung rasanya. Pada gua politik ni banyak sangat rencah, cabaran dan onarnya. Bukan senang bro.. Nak tadbir keluarga pun belum tentu senang. Inikan pula nak tadbir kerajaan.


Gua tgk dah macam-macam spekulasi timbul pasal bila tarikh sebenar pilihanraya ke-13. Ada yang kata 11/11/2011 sebab diorg kata PM suka no. 11. Ada yang kata bulan December 2011. Serius la gua cakap, gua memang tak boleh nak agak bila tarikh sebenar pilihanraya ke-13. Ada gak yang kata bulan March 2012. Skang ni dah bulan March dah. Takde apa apa pun lagi. Tapi yang kedengaran khabar bertiup kata bulan June 2012 plak.


Gua pun tak pasti bila Pilihanraya ke-13 akan diadakan. Tapi gua rasa memang dah dekat sebab gua penah nampak banyak kenderaan baru yang siap dengan logo parti politik. Gua dengar-dengar jugak kelengkapan jentera pilihanraya parti politik dengan poster bagai dah ready kat salah satu warehouse kat area KL ni. Berpuluh kontena dengar ceritanya.








Gua rasa pilihanraya ke-13 ni kompom gempak..sengit kaw kaw punya...Pesanan kepada pengundi semua buatlah pilihan dengan baik. Dan yakin dengan ketentuan kerana pilihan yang dibuat masa tu ada betul pada ketika itu. Masa depan takde siapa yang tau...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Angau Kat Monster.

Ini Mamee Monster
Ducati Monster 796

Ini la yang terjadi pada aku skang ni. Angau. Memang tengah angau tahap Monster merah skang ni. Sebelum ni member aku yang kawan-kawan panggil dia Pok Din angau. Kali ni aku pulak yang angau. Bukan angau kat awek tapi angau kat Monster merah. Bukan Mamee Monster ye...








Member aku si Din angau kat Yamaha R6 sebelum ni. Habis macam-macam kawan-kawan nasihat supaya jangan ikutkan nafsu. Aku pun salah sorang dari diorg yang bagi nasihat. Tak jalan bro.. Din nak jugak Yamaha R6 tu. Tapi atas sebab yang munasabah (kenapa Sabah ek?.. Munasarawak ke..munaperak ke x bleh ke.. ;) Din berundur. Skang ni aku pulak yang terjebak dengan angau ni.


Semuanya berpunca dari kawan aku yang sorang tu, Hasz (bukan Hans Isaac dan Hasz takde kena mengena dengan Hans Isaac jauh sekali dengan Isaac Newton..).Dia punye pasal la ni..pi tampal gambaq Ducati Monster 796 kat wall Facebook dia. Sembang punya sembang dengan Hasz, aku dah geram dengan machine merah ni. 4-5 hari lepas tu, Ducati Monster ni lalu depan aku pulakkk..!!! Memang demm la!! Gara-gara dengar bunyi Ducati Monster 796 secara live, malam tu aku bleh mimpi plak si Ducati Monster 796 ni!!!..Rupa-rupanya Ducati Monster 796 ni salah satu wishlist kawan aku jugak..tapi dia ni pompuan tu bro...pompuan paling pailang kat area KL Sentral ni!! Kawan-kawan aku yg sama kerja mesti kenal dia...heheheh


Skang ni memang kalau ada rezeki, aku sambar. Aku tunggu info dari member aku. Info ni kalau terbaek, sendri mau ingat laa der...hehehehe.."sembang bagi bimbang "bak kata kawan aku yang sorang tu...
hei..brapa banyak kawan daaa dalam ini cerita...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Borak Bengkel Motor.

Petang tadi lepas balik kerja dalam pukul 6:30ptg aku pergi bengkel motor. Dekat je dengan tempat kerja aku. Kat Brickfields je. Nak tukar tayar motor yang dah botak macam tayar motor Vallentino Rossi je rupa tayar aku tu. Tukar la bateri motor skali. Tapi saiz tayar yang aku nak tu takde stok. Saiz tayar 100/80/17. So kena la tunggu tauke bengkel motor Steben pi amik stok baru. Sambil tu dengar la sesi borak bengkel motor antara pomen-pomen kat situ. Diorang tu macam amik kesempatan je sebab bos diorang takde. Kebetulan stok spare part motor plak takde. Daripada diorang melangut je diorang borak la sakat menyakat satu sama lain.


Pomen India 1 : dey! Lu punya nombor ekor ada kena ka?


Pomen Cine : mana ada kena. Kalau kena mau kaya saya maa..serupa saya punya rumah punya harga lu tau...


Pomen India 2: lu punya rumah brapa harga?


Pomen Cine : kalau kena aaa..buleh dapat 4juta lu tau..!! Itu nombor saya beli 40 linggit sama hadiah 4 juta wooo...


Pomen India 2: mana lu punya rumah kalau 4 juta lu takda kerja sini jadi pomen laa dey..lu tau ka..itu hadiah ekor lu boleh dapat empat puluh ratus ribu saja la..dey..


Dalam hatu Aku : Erk!!??? Empat puluh ratus ribu??!! Bukan ke 4 juta maksud nya.. 40 00 000..juta la tu..


Aku : dey Macha, itu 4 juta la..


Pomen Cine: apa la ini dua orang..byk kesian la sama lu orang punya bini ..ini macam punya muka pun dia mau..4 juta pun dia 2 orang tak tau...


Aku: dah..dah ..lu orang mau 4 juta ka..empat puluh ratus ribu ka..tayar moto gua kasi tukar cepat...
Published with Blogger-droid v1.7.4



Thursday 22 March 2012

Tips Buffered Earning Nuffnang?

Assalamualaikum..salam sejahtera. Terus terang aku nak bagitau entri ni bukan entri untuk bagi tips Buffered Earning Nuffnang. Percaya la cakap aku. Aku takde satu tips pun untuk dapatkan Buffered Earning dari Nuffnang.

Aku rasa keyword Buffered Earning Nuffnang atau singkatannya BE Nuffnang ni mesti antara carian yang agak tinggi kat Google. Sebab selain dari menulis blog sebagai isi masa lapang atau sebagai hobi aku yakin sikit sebanyak pasti ada keinginan untuk dapatkan sikit pulangan hasil dari menulis blog. Keyword yang sebenar ialah jana duit online atau buat duit secara online.

Ok..gini la. Bukan senang nak buat duit secara online. Bukan mudah untuk buat duit dengan blogging. Betul apa yang kebanyakan blogger otai cakap. Ramai yang hilang semangat bila tengok page earning Nuffnang tu tak berganjak. Kalau ada pun ciput je. Macam-macam tips untuk dapat Buffered Earning Nuffnang. Ada yang kata update survey kat Nuffnang la..ada yang kata traffik UV kena tinggi la.

Korang tengok gambar traffic visitor yang aku letak tu. Tak banyak kan? Korang rasa kalau traffik ciput macam tu bleh dapat BE Nuffnang tak? Tak bleh?? So kena UV Traffic tinggi? Tak jugak. Aku puas dapat BE masa traffic ke blog aku lagi ciput dari sekarang. Blog ni penah dapat Traffic UV lagi tinggi walaupun tak cecah ribu-riban. Tak jugak dapat Buffered Earning Nuffnang. So, apa caranya nak dapat BE Nuffnang? Ada tips tak kat entri ni?? Takde kan? So, takde siapa yang tau atau boleh kompom tips nak dapat BE Nuffnang yang bersepah-sepah kat Internet ni betul ke tidak. Yang pasti Nuffnang ada cara diorang camana nak bagi BE kat blog yang join program Nuffnang. Aku rasa kalau dapat Sponsored Post lebih masyuk daripada BE Nuffnang...betol?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 20 March 2012

Ganjaran Wang Tunai RM5000 Untuk Blogger Malaysia.

Siapa kata tulis blog ni hanya buang masa? Kita kena la tau camana nak generate income dengan tulis blog ni. Skang ni ada ganjaran wang tunai RM5000 untuk blogger Malaysia. Hamikkk kau!! RM5000 tu...gaji sebulan pun tak dapat banyak macam tu.

Program ganjaran wang tunai RM5000 untuk blogger Malaysia ni dianjurkan oleh bloggerwanita.com. Walaupun aku bukan blogger wanita, sebab dah pasti aku lelaki aku tetap nak try program ni. Mana la tau ada rezeki. Aku harap sempat dan terpilih sebab hanya 100 blogger terawal akan terpilih untuk join program ni... Harap korang support la..

Jom usha www.bloggerwanita.com ...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 19 March 2012

Macamana Nak Khusyuk Dalam Solat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri yang agak keagamaan skit dengan tajuk macamana nak khusyuk dalam solat?

Firstly, aku bukan ustaz. Tahap ilmu agama aku pun terlalu cetek. Sebenarnya aku pikir banyak kali juga samada nak buat entri berkaitan khusyuk dalam solat ke tak. Aku sedar dan tau tahap aku yang amat kerdil ni. Ramai lagi ustaz dan ustazah kat luar sana yang hebat dan lebih layak untuk berbicara berkaitan agama ni. Tapi memandangkan aku dapat tips macamana nak khusyuk dalam solat ni dari Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu dan maklumat yang sama juga disampaikan masa khutbah Jumaat lepas. Ye la, last week kan aku pergi Kuala Terengganu sempena pertunangan adik aku. Lagipun benda yang baik ni elok dikongsikan. Sesuatu yang baik tu datangnya dari Allah kan...

Ok...aku kongsikan cara bagaimana nak khusyuk dalam solat....Insyaallah..kita amalkan bersama ye..

1) merancang dan bersedia jasad serta rohani untuk menunaikan solat dengan menjadualkan kerja atau tugasan harian supaya tak terbawa bawa semasa solat.

2) menyedari solat ialah ibadat untuk mendekatkan diri bersama mengingati Allah.

3) tumpuan perhatian ke arah tempat sujud dan kawal pemikiran dengan memusatkan ingatan kepada Allah dan solat yang ditunaikan.

4) memahami setiap bacaan, zikir dan pergerakan dalam solat.

5) anggap solat yang ditunaikan umpama solat terakhir yang kita kerjakan sebab mungkin ajal tiba sebaik selesai solat.

6) pakai pakaian yang sesuai dan solat di masjid atau surau.

Itu lah 6 cara khusyuk dalam solat yang aku dapat masa solat Jumaat kat Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu minggu lepas. Sama-sama la kita berusaha untuk khusyuk dalam solat supaya ibadat kita diterima Allah Taala....Wallahualam..senang-senang boleh la singgah website masjid tu http://masjid-ambs.com/v1/index.php dan sumber gambar dari specialterengganu.blogspot.com. Aku tak sempat snap gambar sebab anak aku layan game kat handphone...heheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 14 March 2012

Bekalan Air Kembali Pulih.

Aku dapat maklumat pagi ni pasal gangguan bekalan air di Lembah Kelang yang bermula 14 Mac 2012. Bekalan air telah kembali pulih. Aku dengar kat radio Sinar.fm masa geng Khairil Rashi (Krill), Salih Yaakob (SY) & Kak Engku (KE) call pegawai SYABAS untuk dapatkan maklumat status terkini gangguan bekalan air sempena kerja penyelengaraan oleh SPLASH.

Dimaklumkan oleh pegawai dari SYABAS iaitu En. Halim. Beliau Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Koporat SYABAS kejap ni tadi. Kerja-kerja yang pihak SPLASH buat berjaya disiapkan lebih awal bagi memulihkan kembali bekalan air di beberapa kawasan. Insyaallah semua kawasan yang sebelum ni terlibat dengan gangguan bekalan air akan settle 100%. 

Sesuai dengan nama SYABAS...Tahniah diucapkan kepada diorang dengan kejayaan menyelesaikan kerja dengan pantas demi memberikan perkhidmatan terbaik pada kita semua...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jadi Jurugambar Majlis Pertunangan.

Sabtu lepas mak bapak aku datang singgah ke rumah tumpangan yang kerajaan Malaysia bagi aku satu famili tinggal kat Putrajaya. Datang amik Aiman untuk bawak pergi Kota Tinggi Johor >>>klik sini untuk entri tu<<<. Sambil tu borak la sikit-sikit sebelum diorang gerak..

Aku : Camana plan kita nak gerak pi K. Terengganu nanti, Abah?

Abah : macam yang kita bincang hari la. Tapi adik-adik hang pi naik kapai terbang sebab adik bongsu hang x dapat cuti awai.

Aku : apa kodi sangat susah nak cuti..

Abah : dah kerja dia macam tu..nak buat macam mana. Hang jangan lupa bawak kamera hang tu.

Aku : Awatnya? Kemera handphone ni kan ada...

Abah : Hang jadi jurugambar majlis pertunangan adik hang nanti..kan hang dah pi blaja amik gamba..

Aku : Erk!!! Memang la dah blaja. Tapi bukan pernah tangkap gamba orang kawin..orang bertunang ni semua. Amik gambar anak-anak je pun...lagipun orang sana mesti dah upah phoyographer pro..

Abah diam..buat derkkk je..aku diam ...tak bleh nak tolak. Aku pun tak nak jadi anak derhaka.

Abah punya pasal aku akan selongkar balik almari cari kamera D80 dengan lense yang ada tu. Study balik guna Speedlight. Insyaallah aku buat yang terbaik...Untuk majlis kahwin adik aku tu nanti elok guna pro- photographer. Kawan-kawan aku ramai yang amik job macam tu. Salah sorangnye adalah.....nantikan entri seterusnya..hehehe...tu pun bila aku ada mood la ye..entri promo la kiranya tu...free je..bukan sponsored post mcm Shakiddo, Eyriqazz, Madammondoq, Redmummy biasa dapat...kalau entri berbayar kompom laju je aku bikin...mesti la laju der. Orang bayar kan...so sendri mau ingat la ...hahah

Skang dah jam 1 pagi. Pukul 9 pagi kang nak gerak ke Kuala Terengganu dah. Aku plak tak tido gak lagi.... Harap-harap perjalanan lancar serta selamat pergi ke K.Terengganu dan selamat pulang ke Putrajaya nanti...InsyaAllah...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 12 March 2012

Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air Selama 36 Jam





Info 1               Info 2               Info 3              Info 4


Info 5          Info 6          Info 7          Info 8


Salam sejahtera skali lagi aku ucapkan kat semua pelawat blog aku ni. Hari ni aku nak kongsi info pasal keperluan asas yang amat diperlukan oleh semua. Dimaklumkam gangguan bekalan air dianggarkan selama 36 jam akan berlaku dalam bulan Mac 2012. Secara tepatnya gangguan bekalan air akan bermula 8:00 pagi 14 March 2012 hingga 8:00 malam 15 March 2012. Secara umumnya senarai kawasan yang terlibat adalah di Lembah Kelang iaitu Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.


Punca gangguan bekalan air ini adalah disebabkan kerja-kerja penggantian Sluice Valve, Delivery Sluice Valve dan Suction Butterfly Valve serta kerja-kerja penyelenggaraan elektrikal oleh pihak SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor) kat Rumah Pam Air Mentah.


Lama jugak tu gangguan bekalan air. So semua penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk simpan air secukupnya. Jangan membazir air. Lagipun membazir tu kan amalan syaiton yang dilaknat!!! Jangan kawan dengan syaiton!! Tapi jangan plak korang tak mandi bila nak ke mana-mana dan yang paling penting jangan jadikan alasan tak solat sebab air takde. Tayyamum kan boleh. Islam itu mudah...


Untuk kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air 36 jam, sila rujuk senarai kat bawah. Mana la tau kawasan tempat tinggal korang terlibat. Boleh la start simpan air dari sekarang.


Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air:

HULU SELANGOR.
1. Kg. Sg. Serai, Kuang
2. Kg. Kuang, Kuang
3. Kg. Cempedak, Kuang
4.Kg. Gombak, Kuang
5. Kg. Baru, Kundang
6. Kg. Melayu Sri, Kundang
7. Kg. Permata, Kundang
8. Taman Desa, Kundang
9. Bandar Baru Kundang 
10. Kundang Jaya, Kundang
11. Taman Rajmat Jaya, Kundang
12. Taman Tasik Biru, Kundang
13. Kawasan Industri, Kundang
14. Keseluruhan Bandar Tasik Puteri  


WILAYAH PETALING 
1. SS 1 � 6, PJ
2. SS 7, Kelana Jaya
3. SS 8, Trade Zone
4. SS 9A, Sg. Way
5. SS 20, Damansara Kim
6. SS 21 & 21A, Damansara Utama
7. SS 22, Damansara Jaya
8. SS 22 � 23, Kg. Sg. Kayu Ara
9. SS 24, Taman Megah
10. Ss 25, Taman Mayang Mas
11. SS 26, Taman Mayang
12. PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
13. PJU 1A, Damansara Idaman
14. PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
15. PJU 6A, Kg. Kayu Ara
16. PJU 7, Mutiara Damansara
17. PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
18. Taman Megah Mas
19. Bandar Utama
20. Tropicana Golf
21. TTDI & Pinggiran TTDI
22. Sg. Pencala
23. Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
24. PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
25. U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
26. Seksyen 12 hingga 14, PJ
27. Kg. Melayu Subang
28. U3, Subang Perdana
29. U5, Mah Sing
30. Subang Bestari  


Kuala Lumpur.
1. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
2. Kelab DiRaja Selangor 
3. Bukit Kiara Resort
4. Pusat Sukan Bukit Kiara
5. Pusat Sains Negara
6. Suruhanjaya Sekuriti
7. Bahagian Teknologi Pendidikan
8. Pusat Konvensyen Sime Darby 
9. Jalan Segambir
10. Jalan Belimbing
11. Jalan Setia Bistari
12. Jalan Setia Murni 1 hingga 12
13. Jalan Setia Budi
14. Jalan Setia Rasa
15. Jalan Setia Raya
16. Jalan Setia Jaya
17. Jalan Medan Setia
18. Jalan Setia Bakti
19. Jalan Setia Kasih
20. Plaza Damansara
21. Taman Seri Beringin  


Klang/Shah Alam.
1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
4. Seluruh Kawasan Puncak Perdana
5. Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, 
Bukit Kapar dan kawasan sekitar
7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri 
9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam 
10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru 
11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
13. Seluruh Kawasan Jalan yadi
14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic 
22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gedung Indah A
33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
34. Seluruh Kawasan Kg. Pandamar
35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
38. Seluruh Kawasan pandamaran
39. Seluruh Kawasan pandamaran jaya
40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pendamar  


Kuala Langat.
1. TMN PERWIRA SIJANGKANG
2. TMN SRI MEDAN SIJANGKANG
3. MITER PUKAL - KEBUN BARU KE BKT KEMANDOL
4. TMN SIJANGKANG INDAH SIJANGKANG.
5. TMN SIJANGKANG JAYA
6. RANCANGAN RUMAH MURAH SIJANGKANG
7. BT 8 SIJANGKANG
8. BT 8 1/2 & BT 9 KG MEDAN SIJANGKANG
9. BT 9 KG MEDAN
10. BT 9 SIJANGKANG
11. BT 10 KEBUN BARU
12. LADANG TELOK TLK PANGLIMA GARANG
13. TMN SRI PANGLIMA T P GARANG
14. TMN PANGLIMA T P GARANG
15. TMN DATO HORMAT TPG
16. TMN EMAS TPG
17. TMN HALIJAHTON TPG
18. TMN DESA WIRA TPG
19. TMN INDAH JAYA TPG
20. JLN KENANGA SIJANGKANG
21. TMN TELOK TPG
22. TMN GEMBIRA (JAYA UTAMA) TPG
23. TMN JAYA UTAMA TPG
24. TMN PAHLAWAN
25. TMN MEDAN INDAH TLK P GARANG
26. TMN PERKASA TPG
27. TMN PERTIWI (J/PERTIWA 1 3 5) TPG
28. KG MUJAHIDDIN BT 9 KEBUN BARU
29. JLN GOTONG ROYONG BT 8 SIJANGKANG
30. JLN TELOK MENGKUANG TPG
31. JLN KUBUR TPG
32. TMN DESA WIRA TPG
33. JLN MANGGIS KG MEDAN
34. JLN PISANG KG MEDAN
35. JLN HELANG KEBUN BARU
36. JLN MERAK KEBUN BARU
37. JLN SEKOLAH BT 9 KEBUN BARU
38. JLN MURAI BT 9 KEBUN BARU
39. JLN SIANTAN BT 10 KEBUN BARU
40. JLN MASJID BT 10 KEBUN BARU
41. JLN CEMPAKA BT 10 KEBUN BARU
42. JLN ENGGANG KEBUN BARU
43. JLN RAJAWALI BT 9 KEBUN BARU
44. JLN BESAR SIJANGKANG
45. LADANG TELOK TPG
46. KAW.KILANG KEBUN BARU/TPG.
47. PEKAN TELOK TPG  



Info 1               Info 2               Info 3              Info 4

Info 5          Info 6          Info 7          Info 8


Last skali, ada jugak kawasan yang tak terjejas sebab dapat supply air dari loji air berdekatan. Tapi elok jangan amik risiko la, mana la tau tetiba takde air plak kan. Kalau nak amik risiko jugak, tanggung sendiri la ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Karektor Baru Flash & Dash.







Macam biasa semalam tanggungjawab untuk top up barang keperluan rumah dilaksanakan. Tapi kali ni aku cuma bawa wife aku, arshad dengan awatif. Aiman follow tok dengan tok wan dia pergi Kota Tinggi Johor. Layan pergi kenduri kahwin.


Lepas settle semua barang dah siap pilih dan grabbed kitorang pun pusing-pusing la kat area Carrefour Alamanda Putrajaya. Aku pun tak tau apa nak cari sebenarnya tapi aku memang selalu macam tu. Ronda usha barang. Usha basikal excercise. Usha mangkuk. Usha sofa. Setakat usha je la.


Tapi sebelum sampai kat area sofa tu ada satu area yang pihak Carrefour bikin untuk promosi produk Audley Flash & Dash. Siap buat litar lumba kereta control Flash & Dash plak tu. Arshad pun apa lagi sambar remote control, terus layan 7-8 round race ..hahah.. Lepas tu ada plak maskot karektor Flash & Dash kat situ. Arshad ni plak jenis tak takut. Dia pun siap nak amik gambar dengan maskot karektor Flash & Dash tu. Konon-konon dia salah sorang karektor baru Flash & Dash la tu...aku layan je..apa ada hal.


Pada korang yang minat dengan Flash & Dash atau anak-anak korang minat boleh la bawak anak-anak korang pergi ke Carrefour Alamanda Putrajaya. Promosi ni sebenarnya start 9 MArch - 18 March 2012. 18 March ni nanti ada pertandingan kereta control Flash & Dash. Hadiah korang bleh tengok kat gambar-gambar yang aku letak tu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 11 March 2012

Self-Hosted Domain.

Salam kepada korang semua yang rajin singgah & support blog aku. Sekali lagi ucapan terima kasih keluar dari aku. Kalau sebelum ni aku ucapkan terima kasih kepada Nuffnang -->>>klik sini untuk entri tersebut<<<-- kali ni aku ucapkan berbanyak terima kasih kat korang semua. Aku tengok statistik visitor ke blog aku ni padu la jugak....hehehe..poyo... Maka dengan itu aku ambik keputusan untuk mempunyai blog dengan self-hosted domain.


Self-hosted domain? Apa tu? Apa maksud Self-hosted domain?Mungkin ada yang tertanya-tanya apa maksud self-hosted domain. Self-hosted domain bermaksud menggunakan nama yang dipilih sendiri untuk url ke blog masing-masing. Korang paham tak? Tak paham? Aku pun tak paham apa yang aku cakap tu...hahah... Bukan apa, aku cuma tak tau camana nak explain maksud self-hosted domain tu. Paling senang macam ni la, contoh sekarang aku gunakan http://pestairamajiwa.blogspot.com. Bila guna self-hosted domain, aku boleh buangkan blogspot tu supaya jadi lebih pendek dan ringkas macam ni http://www.pestairamajiwa.com. Itu la maksud Self-Hosted Domain...Haaa...paham?..aku harap korang paham la ye...






Memandangkan aku dah buat keputusan untuk register self-hosted domain ni, InsyaAllah aku akan daftar dan gunakan url macam ni http://fauziblues.com. Amacam? Ok tak? Aku rasa macam ok dah. Senang untuk ingat dan ringkas untuk ditaip. Aku tak nak guna pestairamajiwa.com sebab panjang sangat dan hampir menyamai url yang digunakan oleh seorang folk artist yang aku hormati, MEOR. Aku tak nak kacau trademark dia....tak best la macam tu kan...


APA KATA SURVEY??? Kalau ok, aku akan register tak lama lagi.....

Saturday 10 March 2012

Model Terbaru Kereta Proton.


Perghh...!!! Baru aku perasan yang sejak aku start blogging kat sini, aku tak pernah bagi salam kat korang yang singgah kat sini. Apa la kodi sangat aku ni...hahaha...Ok, untuk tidak menambahkan kekodian aku, aku ucapkan Assalammuaalaikum dan Salam Sejahtera kat korang semua. Kali ni kita cerita pulak pasal kereta. Pasal kenderaan berjenama Malaysia dan dah tentu kenderaan buatan Malaysia, PROTON. Sejak 2-3 minggu lepas, aku tengok ramai yang dah bikin entri pasal model terbaru kereta Proton.


Kalau tak silap aku model terbaru kereta Proton yang dikenali sebagai P3-21A. Model terbaru ni dipercayai untuk jualan di pasaran antarabangsa. Kalau korang nak tengok rupa bentuk model baru Proton, aku minta maaf banyak la sebab aku takde gambarnya. Mungkin korang boleh usha blog Paultan. Blog yang hanya berbicara topik berkaitan automotif.









Tapi kalau korang nak tengok model terbaru kereta Proton secara 'live', aku cadangkan korang pegi kat lapangan tempat letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil minggu depan. Kat sana akan berlangsung pameran automotif POWER OF 1. Patut la tiap kali aku balik kerja lalu kat Lebuhraya MEX dan melintasi Stadium Bukit Jalil, mesti aku akan nampak banyak khemah kaler putih. Aku rasa mesti banyak acara kat POWER OF 1 tu nanti...mungkin drift pun ada...So jangan lupa next week 14-18 March 2012 jom kita serbu Stadium Bukit Jalil tengok model terbaru kereta Proton. Untuk maklumat selanjutnya pasal POWER OF 1 sila klik >>>>SINIIIII<<<<


Info 1       Info 2       Info 3       Info 4       Info 5       Info 6      Info 7

Friday 9 March 2012

Masa Untuk Menuntut Bela.






2 minggu lepas aku kena pergi Sabah. Kerja punya hal. Sabah satu satunya negeri dalam Malaysia yang aku belum jejak. Balik hari tu der... Sabah punya pasal aku menanggung sikit sengsara. So skang adalah masa untuk menuntut bela!!!


Dah la sehari sebelum aku gerak pegi Sabah tu aku layan tengok bola Malaysia lawan Bahrain kat Stadium Bukit Jalil. Memang rabak la tenaga aku malam tu. Kalau korang join bersorak dengan Ultras Malaya korang tau la macam mana dia punya rabak. Balik rumah tak tido sebab takut tak sedar plak. Nak kena gerak pi LCCT kul 4 pagi. Ahh..tu aku cerita kat entri lain la...


Skang ni aku nak menuntut bela di atas kekurangan duit kat dalam poket aku plak. Bukan je claim transportation ke Sabah tapi claim handphone aku yang dah 5 bulan aku peram macam kumpul setem...ada la dekat setengah ribu ringgit Malaysia...walaupun tak sebanyak earning Nuffnang Abang Petak tapi amat bermakna pada aku...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 8 March 2012

Terima Kasih Kepada Nuffnang.

Terima kasih sayang...
ku ucap padamu... 



Tiap kali terlintas perkataan terima kasih kat kepala otak aku, mesti aku terdengar Awie nyanyi lagu Terima Kasih Sayang... tu la dua rangkap perkataan kat atas tu sebagai permulaan entri kali ni. Bukan sebab aku tengah jiwang ke hapa...jadahnye aku nak jiwang jiwang ni...tak Blues la kan...Apa-apa hal aku ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dulu ye..



Sebenarnya aku nak ucapkan juga terima kasih kat Nuffnang sebab masih memberi earning walaupun aku still belum boleh cashout kan lagi sebab belum mencapai tahap minimum untuk cashout. Dalam masa yang sama aku nak ucapkan terima kasih kat Shakiddo dengan Eyriqazz sebab selalu eksen tanpa segan silu tunjuk earning Nuffnang yang diorang dapat setiap bulan....hehehe ..Jangan marah la Kid & Eyriqazz... Aku tau sebenarnya korang tunjuk cek Earning Nuffnang yang korang dapat tu sebagai pembakar semangat kat blogger picisan macam aku ni dan sebagai bukti yang kita boleh buat duit dengan blog ...aku takde hal...Positif der....








Apa-apa hal pun tahniah untuk korang.... "Nuffnang bila nak bagi aku BE gempak-gempak macam diorang tu...?..." Aku pun nak masyuk jugak der...

Wednesday 7 March 2012

Kerajaan Suka Berhutang?



Aku dah tinggal kat Putrajaya ni dah masuk 6 tahun dah rasanya. Sebab anak aku yang nombor dua tu, Arshad dah nak masuk umur 5 tahun. Sejak hampir 6 tahun lepas jugak la aku akan jumpa keadaan macam gambar kat atas tu. Kekadang aku terpikir jugak, orang kerja kerajaan atau dalam bahasa sempoinya kerja gomen ni suka berhutang ke?



Aku bukan pandang serong kat orang gomen walaupun masa sekolah dulu aku selalu gak serong skolah..hehehe. Serius aku tak pandang serong atau pandang rendah kat diorang. Jangan salah sangka ye der...Tapi cuma timbul persoalan kenapa banyak sangat flyers pasal pinjaman ni kat kuarters kerajaan Putrajaya ni? Sengkek sangat ke staff gomen ni? Nak kata sengkek, tapi aku tengok banyak gak kereta plet baru. Banyak gak kereta mewah kat Putrajaya ni. Banyak gak motor besar kat Putrajaya.



Lagi satu plak, tak best la bila tengok banyak flyers diorang edarkan macam ni. Kawasan kuarters kerajaan Putrajaya ni akan jadi semak. Bersepah. Motif entri ni cuma aku nak bagitau yang aku rimas, semak tengok benda flyers ni bersepah...tu aje...dah jangan buat sepah...!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4




Sunday 4 March 2012

Expo Buku Islam 2 Putrajaya.









Aku ni jarang sangat buat entri pasal aktiviti hujung minggu. Sebabnya, aku jarang beraktiviti tiap kali weekend. Puncanya, aku terlalu letih travel naik moto ke tempat kerja dari Putrajaya ke KL. Maklumla, rutin aku skang ni pagi ke opis. Tengahari balik Putrajaya amik Aiman balik sekolah dan hantar ke sekolah agama. Lepas tu patah balik ke opis kat KL nun. Malam plak baru balik umah kat Putrajaya. Lebih kurang hampir 200km perjalanan aku sehari atas moto. Tapi bukan la hari-hari sebab wife aku pun tolong gak amik alih rutin tu. Wife aku memang ohsem bro...!!! Last weekend layan Ghost Rider 2. Pada aku Ghost Rider 1 lagi padu. Sabtu lepas aku bawak Aiman dengan Arshad layan Expo Buku Islam 2 Putrajaya demi menunaikan permintaan Aiman.


Sebenarnya Aiman nak tengok kawan-kawan sekolah agama dia dari CIC Presint 9 perform. Katanya pukul 1 tengahari performance tu. Aku tak rasa akan ada performance time tu. Dah dekat nak masuk Zohor dah kan. Takkan ada nyanyi-nyanyi pulak. Tapi aku layan kan je la. Sebelum tu aku bawak la Aiman dengan Arshad layan gerai-gerai syarikat yang join Expo Buku Islam 2 Putrajaya kali ni. Aiman pun memang ada ajak singgah kat booth Ana Muslim. Nak beli buku katanya. Takde hal. Kat booth Ana Muslim tu saje Aiman dengan Arshad sambar 6 buku!!! Bukan buku pelajaran, tapi buku komik!! Adus..layankan aje la..aku tambah satu buku tajuk 'Pesan Nabi'. Buku berilustrasi. Saja aku beli buku berilustrasi tu sebagai tarikan kat diorang untuk baca nanti.


                                                    
Lepas tu sambung ronda. Singgah booth Les Copaque. Booth Upin Ipin la tu. Sambar lagi 2 komik. Dapat mahkota raja Upin Ipin sebagai souvenir. Ronda lagi. 3 kali round tempat yang sama. Takde hal. Aku ikut je rentak anak-anak aku. Singgah booth Ana Muslim lagi. Kali ni beli keychain plak sorang satu.









Tengok jam kat handphone dah 5 minit nak pukul 1 tengahari. Gerak ke pentas utama. Takde apa apa pun. Beli air dua cup lepak kat atas bukit. Mula-mula Aiman dengan Arshad layan baca komik yang beli tadi. Tapi kejap je. Arshad ni jenis tak boleh duduk diam. Macam abang dia masa kecik dulu. Sekarang ni Aiman dah ok..dah cool. Arshad main lari turun bukit. Berguling turun bukit. Aku biarkan aje la dia aktif layan dunia dia. Tepat pukul 2:30 petang aku ajak diorang balik. Dah berpeluh dah aku tengok Arshad. Aiman pun sama sebab dia join adik dia main guling turun bukit tu.


 
Aku harap anak-anak aku enjoy walaupun sekejap je kat Expo Buku Islam 2 Putrajaya. Malam tu pulak aku bawak famili aku layan dinner kat Restoran Makanan Cina Muslim kat Sungai Merab. Apa nama restoran tu aku tak ingat. Nanti aku tengok kat gambar restoran yang aku snap. InsyaAllah akan ada entri dinner kat restoran tu. Entri jalan-jalan cari makan. Bukan jalan-jalan cari pasal ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More