Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Saturday 30 July 2011

Fafau Jatuh Cinta

Korang jangan tak percaya dengan tajuk entri gua kali ni - Fafau Jatuh Cinta. Siapa Fafau? Fafau tu Fara Fauzana la....Fara Fauzana tu kan DJ atau dalam Bahasa Malaysia Penyampai Radio. Radio HotFM.

Terpulang pada korang nak percaya atau tak. Gua memang tak penah bikin entri pasal selebriti ni. Blog gua ni bukan MELODI. Gua pun tak reti nak tulis gosip-gosip ni semua. Tapi gua ada bukti. Kalau tak percaya korang klik SINI. Tak percaya lagi?...Apa? Keluar gambar Toyota Vios Roadshow?...Biar betul...Jap gua check...





A'ah betul la keluar page Toyota Vios Roadshow. Sorry gua silap. Toyota Vios Roadshow tu, iklan Grapevine. Sorry ...Gua sengaja...hehehe...

Ok korang tengok gambar yang gua letak kat bawah ni kalau korang tak percaya. Cer tengok...kan betul kat gambar tu Fafau tulis Fafau Love Harimau Malaya. Betul la kan....? Bukan gosip kan...Gambar ni gua dapat dari Facebook ChiqahPhotography. Chiqah ni salah sorang komrad Ultras Malaya jugak.



Klik untuk maklumat selanjutnya.
Ada apa dengan PROTON...
Lee Chong Wei nak bagi hadiah.
Touch N Go pun nak bagi hadiah.

Friday 29 July 2011

Keputusan Malaysia Vs. Singapore:Malaysia Tak Kalah


Keputusan Malaysia Vs. Singapore untuk game 2nd leg Kelayakan Piala Dunia 2014 semalam memihak kepada Singapore. Team Malaysia tak kalah ye…korang kena tau tu. Untuk game semalam Team Malaysia seri 1-1 dengan Singapore. Ramai yang cakap Malaysia kalah. Sebenarnya Malaysia tak kalah la…Cuma Malaysia tak menang setelah jaringan aggregate dikira sebab untuk Kelayakan Piala Dunia jumlah jaringan aggregate dikira. So kira Singapore layak ke pusingan peringkat kumpulan setelah jumlah aggregate 6-4 selepas game 2nd leg semalam.



Korang kena ingat team Malaysia masih mengekalkan rekod belum tewas di Stadium Nasional Bukit Jalil. Untuk official game je ye…game yang boleh memberi point untuk ranking FIFA. Game persahabatan dgn team EPL tak dikira. Muktamad!!!...So apa yang nak kita kecewa. Ya memang betul Team Malaysia tak lepas untuk ke Grouping Round, gua tak peduli la..sebab target sebenarnya untuk Piala Asia 2015. Kena tau tu….



Lagipun Team Malaysia still ada peluang untuk layak ke Olimpik 2012 pulak. Kan Team Harimau Muda yang skang ni ada kat Slovakia layak ke Grouping Round. Korang dah lupa ke dengan pencapaian Team Malaysia skang ni?...Tak kisah la senior team (Harimau Malaya ) atau pun Harimau Muda.



Semalam punya game, memang tak mengecewakan gua. Walaupun cuma seri & tak layak ke Grouping Round, gua tetap puashati. Semua player dah berjuang habis-habisan. Yang paling gua puashati sebab stadium penuh. Sorakkan tak putus-putus bagi sokongan & semangat untuk player. Gua yang join port kat Curva 1Q, Curva Ultras Malaya memang enjoy.Cuma ada terjadi situasi yang membantutkan kerancakan gua untuk chants bersama Ultras Malaya. Takpe, gua simpan je dalam diri gua. Tak payah la nak cerita kat sini. Sokongan Ultras Malaya semalam berpanjangan sampai stadium hamper gelap. Penyokong Singapore pun still tak berganjak dari tempat duduk diorang. Maybe sebab Polis tak bagi diorang keluar lagi. Sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini kot…



Apa-apa hal pun, sampai pukul 5:00 petang ni, gua masih rasa letih. Syok punya pasal masa chants 90 minit melanjut ke masa tambahan dengan Ultras Malaya punya pasal la ni…..Chants masa tambahan sebab Ultras Malaya chants sampai lampu stadium tutup & sambung kat luar stadium pulak...

Wednesday 27 July 2011

Ultras Malaya Digantung!!!

Image kredit kpd Encik Ahmad

Gua noticed dah brapa hari dah Ultras Malaya digantung. Ni semua gara-gara nama Ultras Malaya yang semakin popular sebagai penyokong Harimau Malaya yang bertindak sebagai Ekor Harimau Malaya. Ultras Malaya sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada Harimau Malaya. Sejak Harimau Malaya ‘tidur lena’ untuk satu tempoh yang agak lama, Ultras Malaya tetap berjuang sebagai pemain ke-12 untuk mengejutkan Harimau Malaya yang ‘tidur lena’. Padahal zaman kejatuhan Harimau Malaya tu, penyokong-penyokong yang lain pun ikut ‘tidur lena’ sambil bermimpi yang indah-indah kononnya lahir di England dan menyokong pasukan-pasukan EPL. Sebab tu masa Man Utd & Chelsea dtg Malaysia, hanya sikit sangat penyokong Harimau Malaya yang memakai jersi kuning.







Kalau zaman Harimau Malaya ‘tidur lena’ Ultras Malaya sentiasa bagi support walau hanya dengan kuantiti yang kecil, Skang ni, kebangkitan Harimau Malaya menyebabkan peminat bolasepak pun terjaga dari tidur. Ultras Malaya semakin popular. Semakin ramai yang nak join Ultras Malaya.



Kena pulak esok game Malaysia vs. Singapore 2nd leg. Harimau Malaya dah terluka. Rakyat Malaysia juga terasa. Ramai yang cuba untuk mengenali Ultras Malaya. Ada jugak yang claim dirinya Ultras. Gua rasa pada yang claim dirinya Ultras, jom la kita ke SNBJ esok. Kenali apa itu Ultras. Jom sama-sama berjuang. Kita tengok siapa sanggup berjuang sama seperti perjuangan Ultras Malaya. Lepas tu baru kenal diri korang samada Ultras atau sekadar penonton bolasepak.



Stakat pukul 5:01ptg tadi, Ultras Malaya masih digantung. Bukan digantung daripada masuk stadium tapi akaun website Ultras Malaya digantung (Account Suspended). Semua gara-gara hit ke website Ultras Malaya terlalu tinggi. Bandwidth habis. Nampaknya makin ramai yang cuba mendekati Ultras Malaya. Gua harap jangan hanya ketika Harimau Malaya berada dipuncak, ramai yang nak join Ultras Malaya. Sebab tu gua cakap, selami dulu apa itu Ultras…….sebab gua sendri pun bukan Ultras…..hehehe…


Skang ni TM sponsor utama bolasepak Malaysia...korang rasa company mana yang patut join TM sponsor bolasepak atau sukan Malaysia?....PROTON?...TOYOTA?...MAXIS?...SAMSUNG?...MYEG? ...  TOUCH N GO?...kalau tak nak click, korang tulis je kat comment...

Tuesday 26 July 2011

Nak Beli Tiket Malaysia vs. Singapore ke??

Sejak game Malaysia vs. Singapore yang berkesudahan Harimau Malaya terluka, gua tengok keyword Tiket Malaysia vs. Malaysia jadi keyword carian utama kat Google (gua refer kat Nuffnang Analytics). Setakat hari ni, 60,000 tiket dah hais dijual. Tiket habis dijual pukul 3.30 petang tadi!!!...Padahal kaunter tiket sepatutnya dibuka untuk jualan sampai pukul 7 malam. Nak Beli Tiket Malaysia vs. Singapore ke?? Ok, esok baki 20,000 tiket akan dijual kat SNBJ 12,250 tiket,  STD shah alam 6,250 & 6,250 di STD MBPJ.




Atas bantuan kawan-kawan gua, kitorang berjaya dapatkan sebanyak 46 keping tiket untuk game 2nd leg tu nanti. Perghh...!!! Penuh satu bas panjang ni...siap ada yang kena berdiri. Kali ni memang terserlah keghairahan dan impian semua peminat bolasepak Malaysia untuk tengok team Harimau Malaya pergi lebih jauh dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 dengan kalahkan team Singapore. Yang tak penah pegi stadium pun tempah tiket minta belikan. Dah tentu nak pi stadium sama-sama bagi sokongan kat Harimau Malaya.


Support MALAYSIA!!!!...Skang ni TM dah jadi penaja utama sukan bolasepak Malaysia...Gua harap lepas ni PROTON pun pump dana untuk bolasepak Malaysia....lagipun PROTON kan baru je kluar model baru ni...Jom usha...

Monday 25 July 2011

Tiket Malaysia Vs. Singapore Habis!!!???

Baru je gua upload cerita pasal tiket Malaysia vs. Singapore kejap tadi. Sebenarnya gua nak cerita pasal rumours tiket bagi 2nd leg game Malaysia Vs. Singapore 28 July 2011 nanti. Rumours ni gua dah dengar sejak gua masuk kerja pagi tadi. Memula gua dengar tickethotline dah jual jual 5000 keping tiket game Malaysia Vs. Singapore 2nd leg ni. Tetiba masa tengahari pulak dah heboh kat Facebook kata 50,000 tiket utk game tu dah terjual melalui online!!!


Gila jadahnye!!!..Takkan cepat sangat??!!..Gua mula la bengang sebab gua nak beli tiket untuk 44 orang tu bro...brapa banyak duit gua nak dulukan...RM30 x 44=RM1320.00!!!! Gile la...dah la setiap tiket yang nak beli secara online dikenakan RM3 upah tempahan & 3% charge lagi.

Toyota Vios Roadshow
Lepas tu, gua terpikir. Takkan FAM tak kontrol kot...?...Takkan semua tiket nak jual online?. Gua syak mesti ada kuota untuk jualan tiket Malaysia vs. Singapore. Jual online brapa kuota..Jual offline brapa plak kuotanya?...Lepas tu mesti ada complimentary tiket lagi....
Gua harap rumours ni tak betul la. Esok pagi-pagi runner gua dah terpacak depan kaunter untuk beli tiket Malaysia vs. Singapore tu....Insyaallah dapat la nanti hendaknye...

Tiket Malaysia Vs. Singapore

Tinggal 2-3 hari je lagi perlawanan kedua antara Malaysia vs. Singapore akan berlangsung. Game ni jadi penentuan hidup mati perjuangan Harimau Malaya dalam mengejar impian untuk ke pusingan seterusnya dalam melayakkan diri ke Piala Dunia Brazil 2014 nanti. Sang Harimau Malaya yang terluka Sabtu lepas memang membuatkan ekor Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya akan mengamuk. Gua yakin tiket Malaysia vs. Singapore untuk game 28 July 2011 ni akan laris gile!!!...





Ngauman Harimau Malaya bersama Ultras Malaya akan menggamatkan SNBJ. Kalau di Stadium Jalan Besar, hanya 1000 Ultras Malaya mengaum, 28 July 2011 ni, beribu-ribu Ultras Malaya akan hadir bagi memberi sokongan & ngauman demi memastikan pasukan Singapore gentar di gelanggang keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil!!!

Hari ni gua dah buat collection untuk beli tiket esok. Sebanyak 44 tiket akan runner gua dapatkan esok. Jumlah yang menyamai jumlah satu buah bas!!!  Tu baru geng satu opis gua. Belum campur penyokong-penyokong Harimau Malaya yang lain.

LATW (Lions All The Way), yang dikatakan penyokong fanatik atau Ultras dari Singapore mengatakan diorang lebih hebat daripada Ultras Malaya. Pada gua, jangan cakap je. Stakat cakap, sesiapa pun boleh bro!!!... Buktikan...gua nak tengok. Ultras Malaya langgar Singapore hanya dengan 1000 komrad, tu pun termasuk penyokong SSFC & persendirian yang lain. Itu pun LATW tak boleh pertahankan tanah korang. Untuk game 28 July 2011, peruntukan tiket utk Singapore 2000. Kalau betul LATW hebat, gua nak tengok KallangRoar korang tu hebat macam mana!!!....

Pesanan untuk LATW "Harimau Malaya yang terluka pasti akan mengamuk Khamis ni!!!!" Ekor Harimau Malaya pasti akan mengaum!!!!

Apa-apahal mai tengok hadiah yang Lee Chong Wei nak bagi.
V-Zone?? Sorry gua memang tak tau pasal V-Zone. Lepas gua pi SINI, baru gua tau apa itu V-ZOne.
Toyota buat Roadshow utk Vios.

Malaysia Vs. Singapore Perjuangan Belum Berakhir!!!

Photo by Mashelmy Mastor of Piccalasso.com





Jiwa gua masih tak tenteram dengan keputusan game Malaysia vs. Singapore malam kelmarin. Gua tengok kat tv je pun. Memang emosi habis gua malam kelmarin. Gua perasan ada something happen kat komrad Ultras Malaya masa game semalam. Gua tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Cuma gua harap semua komrad Ultras Malaya ok sebab gua akan join Ultras Malaya kat SNBJ Khamis ni untuk bagi sokongan pada pejuang pejuang Harimau Malaya. Walaupun harga tiket dah dinaikkan ke RM30, gua bertekat untuk join Ultras Malaya. Gua tak kira. Gua akan pastikan ngauman Harimau Malaya akan membuatkan Sang Singa kecut perut. Lagipun gua bangga jadi penyokong Harimau Malaya yang dibarisi 100% rakyat Malaysia berbanding pemain Singapore yang dibarisi oleh orang luar yang diberikan taraf kerakyatan oleh Singapore.

Photo by Nadzmi James Zakaria

Sunday 24 July 2011

Apa itu Grapevine?

Masa gua tengah adjust-adjust template blog Pesta Irama Jiwa ni, tetiba gua terperasan ada satu iklan muncul kat tengah tengah. Gue pelik je tengok iklan tu. Lepas ditelek telek, baru gau perasan, iklan Grapevine rupanya. Gua tak tau apa iklan Grapevine ni sebenarnya. Serius gua tak tau. Gua ni kan blogger baru...hehhehe..kena la ngaku bro. Blog gua ni pun takde la gempak mana pun. Nak dibandingkan dengan blog Ben Ashaari tu ...perghhh...memang jauh gile la. Bertiang tiang blog gua ni kena tinggal. Lagipun Ben Ashaari tu otai bro. Nak kejar si Mamat pun gua tak mampu, walaupun Mamat baru je blogging start bulan May 2011. Berkampung jugak gua kena tinggal.

Ok, back to the point. Grapevine. Apa sebenarnya Grapevine tu? Gua harap korang yang dah lama & penah layan Grapevine tu, tolong la cerita skit kat gua. Gue penah jugak tanya kat Pak cik Google, gua still tak paham apa itu Grapevine. Memang gua harap sangat ada orang yang boleh cerita kat gua pasal Grapevine ni....tolong ye...


Lepas gua isi maklumat yang diperlukan kat iklan Grapevine tu, gua pun check la kat email. Gua dapat email dari ChurpChurp. Serius lagi skali gua tak tau nak buat apa melainkan gua paste kat Facebook gua untuk promote iklan Grapevine tu. Lain lain gua tak tau nak buat apa....lagi skali gua mintak tolong dgn korang semua.....tolongggg...

Thursday 21 July 2011

Gol Kontroversi Chelsea Vs Pilihan Malaysia

Frendly game team Chelsea FC vs. Pilihan Malaysia sempena Chelsea Asian Tour 2011 dah settle lebih kurang 2 jam lepas. Keputusan Chelsea FC menang 1-0. Boleh tahan jugak la skuad Pilihan Malaysia. Skuad Pilihan Malaysia dibarisi gabungan player tua & player muda (Skuad Olimpik) hehehehe....Dalam frenly game Chelsea FC vs. Pilihan Malaysia hero sebenar adalah Goal Keeper, Farizal Marlias. Banyak cubaan dari player Chelsea FC yang semuanya jutawan diselamatkan. Tapi dalam bolasepak ni tak boleh la nak cakap sorang or dua je yang main bagus. Bolasepak kan permainan berpasukan.

Tapi gua bukan nak cerita pasal hero skuad Pilihan Malaysia. Tapi gua nak player Malaysia yang main tadi jangan nak rasa rendah diri sangat diatas kekalahan tadi. Pada gua keputusan sebenarnya 0-0. Serius ....sebenarnya freekick Drogba tu tak boleh dikira sebagai goal. Goal yang sah adalah keseluruhan sebijik bola melepasi garisan gol, baru dikira sebagai goal. Nak bukti???!!!...Tengok la gambar....malas nak cakap banyak...


Apple Bakal Menjadi Santapan?


Blackberry PlayBook dah sampai Malaysia. Gajet ni kira dalam kategori Tablet la. Gua pun tak berapa tau pasal Blackberry PlayBook ni. First time dengar pasal Blackberry PlayBook. Macamana function Blackberry Playbook ni pun gua tak tau. Tapi gua syak Blackberry PlayBook ni ala-ala Apple iPad / iPad2 atau Galaxy Tab. Gua syak je la. Lagi sekali gua syak Apple bakal menjadi santapan Berry Hitam. Kalau lu orang teringin nak tau pasal Blackberry PlayBook ni, lu orang boleh klik gambar. Nanti ada satu awek cun, yang se'cun' Cody Love akan bawak lu orang ke alam Blackberry PlayBook ni. Apa tunggu lagi.....klik Cody Love kalau nak tau kejelitaan si Cody Love ni macamana.... 

Tuesday 19 July 2011

Tiket Loudness Live In Kuala Lumpur

Gua rasa ramai peminat-peminat muzik rock skang ni tengah berdebar-debar tunggu hari untuk enjoy Konsert Loudness Live In Kuala Lumpur. Mungkin juga sama macam rasa berdebar masa tunggu wife melahirkan anak pertama...hehehe...Pada semua peminat Loudness, tiket dijual online kat www.ticketpro.com.my. Lu orang boleh click gambar kat bawah untuk terus ke website TicketPro.


Klik Gambar utk besarkan.

Kat area tu pun ada mat/minah rempit lepak, tapi tak menang hadianh macam ni pun...
Layan music video kat sini, music video Loudness ada ke tak?..tak tau la ....

Tak berapa lama je lagi. Hari ni dah 20 July. Konsert Loudness 24 July, Ahad. Sehari lepas Team Malaysia vs. Singapore kat Stadium Jalan Besar Singapore. Memang weekend ni enjoy la. Tapi sebelum tu gua nak bagitau lu orang boleh pegi jalan jalan kat CHina dengan RM99 je!!! Jangan tak percaya...

Gua nak kongsi satu grafiti pasal konsert Loudness Live In Kuala Lumpur. Gua jumpa grafiti ni lastweek kat Wangsa Maju dekat dengan Carrefour. Masa tu gua hantar wife gua pi check up kat Naluri Medical Centre. Gua salute dengan artis grafiti ni. Memang cun. Gua perasan grafiti Loudness kat wall tu memang selalu update. Memang cun. Gua letak gambar yang gua copy dari Facebook page muzikrock sebab masa gua jumpa grafiti tu gua tak bawak kamera. Kira ok la at least muzikrock share kat Facebook page diorang.

Gua ter'persona'...
Khas untuk awek-awek sebelum & selepas layan Konsert Loudness
Contact Lense RM80k untuk Suzuki Alto???
Tinted Kereta Secara Online???
Burger Online pun ada???

Monday 18 July 2011

Tiket Malaysia Vs. Singapore


Team Chelsea dah sampai ke KL siang tadi. Press Conference sempena perlawanan persahabatan antara Skuad Pilihan Malaysia lawan Chelsea akan dilangsungkan 21 Julai nanti. Tak lama je lagi. Kalau tak silap gua Coach Ong panggil 9 player senior Joseph Kalang Tie & Piya adalah antara player yang gua rasa patut King Raja panggil untuk masuk ke skuad senior Harimau Malaya antara yang dipanggil untuk game tu nanti. Tapi game dengan Chelsea tak berapa nak hangat sangat la. Pada gua la. Pada orang lain gua tak tau. Sebab 2 hari lepas game lawan Chelsea, 23 Julai nanti Skuad Utama Malaysia akan lawan Singapore untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua.

Topup kredit handphone korang kat sini

Untuk pengetahuan korang, tiket Malaysia vs. Singapore kat Stadium Jalan Besar Singapore dah HABIS!!!... Senang-senang je habis sebab kapasiti Stadium Jalan Besar tu pun 6000 orang je...hehehe

Pergi Beli Tiker Naik Proton Persona


Tapi untuk perlawanan kedua tiket Malaysia Vs. Singapore kat Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual lebih awal, tak macam biasa. Biasanya tiket akan mula dijual pada hari game. Tapi kali ni tiket akan mula dijual 2 hari sebelum game. 26 Julai dah start jual kat Stadium MBPJ, Stadium Shah Alam & SNBJ. Kaunter tiket dibuka start pukul 9pagi sampai 5petang. Harga tiket pulak RM50 Grandstand. RM30 terbuka. RM5 untuk bawah 12 tahun.

Gua rasa kali ni SNBJ mesti penuh. Gua yakin sangat. Rakyat Malaysia dah mula seronok nak bagi sokongan pada team Malaysia sejak Malaysia Champion AFF hari tu. Kena pulak Malaysia dapat score 3 bijik masa lawan Liverpool Sabtu lepas. Walaupun kalah, tapi permainan team Malaysia dah makin bagus.

Music Video Semangat Malaysia.

Gua pulak kali ni akan join Ultras Malaya lagi sekali untuk sama-sama berjuang bagi semangat pada player Malaysia. Gua harap Curva Ultras Malaya dapat diperluaskan lagi. Gua juga harap agar seluruh penyokong yang pergi SNBJ 28 Julai nanti akan join ikut Ultras Malaya chants. Gua yakin kali ni pejuang-pejuang Ultras Malaya akan bertambah. Geng-geng opis gua dari KL Sentral yang nak pergi SNBJ pun dah hampir 30 orang. Tapi tak tau la diorang tu sanggup tak berjuang sama macam Ultras Malaya. Gua tak kisah. Diorang pun 1st time nak join Ultras Malaya. Gua harap sokongan diorang pada team Malaysia takkan pudar walau apa jua keadaan team Malaysia.

korang boleh top-up kredit handphone korang kat sini
Layan Music Video Semangat Malaysia.
Pergi Beli Tiket Bola Naik Proton Persona.

Sunday 17 July 2011

Cara-cara Blogging Guna iPhone / iPod Touch

Korang pernah tak post entry blog guna Iphone atau iPod touch? Gua rasa pada yang dah lama guna iPhone atau iPod Touch mesti dah tau caranya. Gua pulak baru je guna  iPod Touch . iPhone plak takde lagi. Tengah tunggu bila Steve Jobs nak launch iPhone 5. Gua dengar-dengar dalam tahun ni jugak. Ok, berbalik pada cara-cara nak blogging guna iPhone atau iPod Touch , korang boleh ikut panduan yang gua tulis kat sini.




Mula-mula click App Store. Then search free blog. Macam-macam apps blog akan keluar dalam list. Korang pilih mana yang sesuai. Gua pilih BlogBooster. Lepas korang add account blog korang & key in username password, korang akan synchronized BlogBooster dengan Blogspot, itu kalau korang guna Blogspot la kan... 


Lepas tu bila Blogspot dah synchronized dengan BlogBooster, korang boleh add new entry macam biasa. Senang. Simple je cara-cara nak blogging guna iPhone / iPod Touch. Nanti gua akan bagitau pulak cara-cara nak upload photo ke Blogspot guna Blogbooster.

Thursday 14 July 2011

P1 4G Broadband Pencabar Team Arsenal.

     Vs.   
Korang pilih la Team mana yang korang rasa akan menang......Klik salah satu gambar kat atas untuk tau team mana yang akan menang!!!!!!!!!!!

Ni kalau sesiapa yang dok pakai line Internet opis untuk surfing ke...layan Facebook ke...gua rasa elok korang subscribe dengan P1 4G Broadband. P1 tengah ada promotion gile gile ni...gua memang amat menyokong kalau korang guna P1 4G Broadband ni. Broadband 4G!!...Kalau 3G Broadband pun dah mantap, korang pikir sendri la kan kalau 4G ni macamana speed dia...Kena pulak skang ni promotion kalau korang subscribe P1 4G Boradband skang ni, korang akan dapat lagi satu P1 4G Broadband modem. Kira 2 unit P1 4G Boardband modem la!!!...Gile laaa!!!...Nak lagi gile, tahap gile kentang Kalau subscribe P1 4G Broadband melalui online, dapat diskaun RM100 !!!!...
Memang terbaik....apa lagi..jom follow gua ke SINI untuk subscribe....tak pun klik P1 4G

Tuesday 12 July 2011

Arsenal Asia Tour 2011: Arsenal Vs. Malaysia. Bagus Sangat ke Arsenal Tu?







Peminat-peminat team Arsenal yang baca tajuk entri gua kali ni mesti bengang, panas hati kan...? Rilex der...gua takde niat nak panaskan hati sesiapa pun.  Lagi beberapa jam team kesayangan korang akan bersaing lawan team Malaysia a.k.a Harimau Malaya. Sempena Arsenal Asia Tour 2011: Arsenal Vs. Malaysia. Gua syak korang peminat Arsenal tak tido lagi malam-malam ni. Biasa la tu, teruja lebih la katakan. Padahal skuad Arsenal tu tengah nenyak tido kat hotel. Sebagai pro athlete diorang kena disiplin la kan...

Masa gua baca surat khabar tadi, gua ternampak la beberapa gambar-gambar penyokong Arsenal yang seronok gile sebab pasukan pujaan diorang tu datang Malaysia. Gua harap korang penyokong Arsenal tu jangan la ada perasaan seronok atau gembira kalau team pujaan korang tu dapat score gol. Pada gua, kalau korang seronok sangat, umpama korang seronok tengok negara korang kena belasah.

Gua harap korang yang pergi Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok sempena Arsenal Asia Tour 2011: Arsenal Vs. Malaysia tu, ramai-ramai la pakai jersi Harimau Malaya. Bagi la sokongan korang pada Harimau Malaya sebagai tanda korang bangga dengan team negara sendiri. Biar Arsenal terkejut & respect sebab Malaysia punyai penyokong yang sentiasa berjuang bersama pasukan negara sendiri.


Gua sendiri ada favorite team gua (bukan EPL team). Tapi kalau favorite team gua datang lawan dengan team Malaysia, gua akan tetap pakai jersi atau mafla Harimau Malaya. Gua akan tetap bersorak untuk bagi semangat & sokongan pada team negara gua. Gua takkan berbangga untuk pakai jersi favorite team gua sebab gua lebih bangga untuk support team negara gua sendiri. TANAH TUMPAH DARAHKU. Pada gua IF YOU ARE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLORS, YOU BETTER SEEK FOR ANOTHER FLAG!!!!

Walaupun esok Ultras Malaya secara rasminya tak turun atas sebab sebab tertentu, tapi gua yakin ada Ultras Malaya yang turun SNBJ untuk bagi sokongan pada Harimau Malaya.

Singapore Yang Letih

Gua skang ni memang tengah letih gile. Letih sebab gua baru balik dari Singapore. Gua gerak pergi Singapore sabtu lepas. Semalam baru balik ke K.L. Gua rasa kalau gua gerak pergi Singapore naik flight, kompom gua takkan letih. Tapi kali ni gua terpaksa travel naik bas. Kali ni bajet ciput. Tu yang letih tu...

Pagi semalam, sebelum gerak balik Putrajaya dari JB, opss..gua lupa nak bagitau gua pegi Singapore tapi tak tido kat Singapore tapi tido kat JB. Tunggu la nanti bila dapat duit Nuffnang banyak-banyak baru gua pegi Singapore & tido kat hotel area Singapore. Ok, sebelum gerak balik Putrajaya dari JB, gua dapat sms dari wife gua. Gua goyang jugak la. Gua memang risau kalau dapat sms atau call dari wife gua masa gua  kat luar klang valley ni. Bila baca sms tu, gua ok je kali ni, tak goyang sangat. Bini gua bagitau kereta tua gua tu pintu kanan sebelah driver tak boleh bukak dari luar atau dalam. Gua suspect mesti door handle patah.

Sampai je KL Sentral, gua dengan rakusnya gerak beli tiket ERL utk balik Putrajaya. Gua bajet mesti orang tak ramai kalau naik train pukul 6ptg. Sekali bila turun je...perghhhh...ramai gile!!...Nanti lain kali gua cerita pasal situasi tu. Itupun kalau gua nak cerita la kan...

Sampai Putrajaya, gua cari spare part door handle untuk ganti door handle yang patah tu. Lepas solat maghrib, gua turun ke parking dengan anak gua, Arshad. Settle ganti door handle dalam pukul 9:45 malam. Semua kerja-kerja gua dibantu oleh anak gua, Arshad, yang baru berumur 4 tahun...hehehe...boleh diharap dah anak gua yang nombor 2 ni...ikut abang dia la tu...Dalam keadaan gua yang letih gile tu, gua berjaya jugak settlekan...yes, of course dgn bantuan arshad.

Malam pulak gua layan KL Gangster. Layan Astro First je. Kekadang tu tertido gak la layan KL Gangster tu. Sedar-sedar je wife gua kejut solat subuh. Perghhh...memang gua letih gile. Lepas settle hantar anak-anak gua pegi skolah & nurseri, gua sms bos gua " Salam Bos, gua masuk lewat. Halfday."...sebab gua Letih ........

Thursday 7 July 2011

Perhimpunan

Pehimpunan.
Memang daripada dulu sejak sekolah sampai la dah tua ni memang tak brapa minat dengan perhimpunan ni. Kalau dulu masa sekolah, setiap pagi Isnin kena pegi perhimpunan. Kena nyanyi macam macam lagu. Dah la sound system pakai horn speaker yang langsung tak merangsang adrenalin gua. Takde bunyi riff gitar, takde bunyi pukulan dram yang gumpak. Tapi kena nyanyi juga. Lepas semua lagu dah abis nyanyi, dengar pulak pesanan, teguran & amanat dari cikgu. Masa tu kalau dengar ucapan dari cikgu-cikgu memang ok la. Tapi skang ni gua tengok cikgu-cikgu yang bagi ucapan masa perhimpunan suka jerit-jerit. Padahal diorang berucap pakai microphone & speaker.

Sekarang ni bila dah kerja ni pun ada perhimpunan jugak kena attend. Tapi nasib baik la sebulan sekali je. Tapi yang paling best, perhimpunan tu siap ada makan-makan lagi. Tu la yang paling best pun.

Tapi ada lagi satu perhimpunan. Perhimpunan yang ni memang tak best. Tak best sampai bila-bila pun. Gua paling tak suka perhimpunan yang yang tunjuk-tunjuk perasaan ni. Bila dah tunjuk perasaan, macam macam perasaan yang diluahkan. Selalunya perasaan tak puashati je yang diluahkan. Macam perhimpunan BERSIH 2.0 yang nak diadakan esok 9 July 2011, memang menyusahkan. Macam-macam spekulasi pasal perhimpunan BERSIH 2.0 tu. Gua pun tak paham apa yang diorang tak puashati.

Pada gua, semua perkara yang tak kena, semua ada jalan penyelesaian. Semua boleh dibawa bincang. Tak payah nak buat perhimpunan, lepas tu berdemonstrasi bagai. Lepas tu banyak kerosakan akan jadi. Kerosakan harta benda, kerosakan fizikal manusia yang mungkin menghilangkan nyawa. Lepas tu semua nak kena bersihkan kawasan-kawasan perhimpunan yang terlibat. Pada gua orang yang buat hal macam tu semua jiwa teramat kacau!!!!...

Wednesday 6 July 2011

Mood Ke Universal Studio Singapore Dengan Duit Nuffnang.

Hari ni baru hari Rabu. Pertengahan minggu kerja la kiranya. Tapi gua sejak semalam lagi mood kerja tu dah takde. Mood gua dah masuk mood pergi bercuti dah. Kena pulak Jumaat malam akan datang nanti gua nak pi layan Transformers 3 dengan famili gua. Kira mood 'bertukar' gua dah meluap-luap dah ni. Layan Transformers 3 in 3D plak tu...perghh...sendri mau ingat la kan. Hari tu layan Green Lantern pun dah mantap. Inikan pulak Transformers 3 in 3D. Cuma yang tak best Megan Fox je dah takde.

Esoknye pulak, Sabtu gua akan ke Temasek. Singapore la tu. Company trip. Lama gila tak ke Singapore. Last pergi Singapore pun tahun 80-an. Kali ni peruntukan tak meriah, so tak dapat la trip jauh-jauh naik kapal terbang. Tak pe, asalkan luar negara. Singapore tu kira luar negara la kan....Walaupun cuma naik bas je, gua takde hal.  Yang penting gua akan layan Universal Studio Singapore.

Gua nak survey dulu Universal Studio Singapore tu. Nanti gua ada bajet yang mantap, gua nak bawak famili gua layan Universal Studio Singapore pulak. Lagi best kalau guna duit dari Nuffnang. Macam bloggers yang power-power & otai tu semua. Dapat duit Nuffnang sampai 4-5 angka. Boleh la pi jalan-jalan ke negara orang dengan famili. Gua harap-harap korang yang singgah blog Pesta Irama Jiwa ni, rajin-rajin la singgah lagi. Lagi best kalau korang petik iklan-iklan Nuffnang & Churp- Churp kat blog Pesta Irama Jiwa ni....

Sebab mood gua skang ni dah Mood ke Universal Studio Singapore dengan duit Nuffnang...!!!!





Tuesday 5 July 2011

Cara Aizat Kuruskan Badan

Sambil gua layan baca blog para bloggers yang mempunyai ramai follower ni kat TV tu cite Fuhh! tengah disiarkan. Bukan gua tengok pun. Gua biar je TV tu terpasang. Skali artis undangan dalam Fuhh! tu Aizat Amdan muncul. Masa tu gua still buat tak reti je. Tiba-tiba gua terdengar diorang borak pasal berat badan Aizat. Keluar la gambar-gambar Aizat masa mula-mula jadi artis. Berat dia masa tu dah lebih 100kg, kalau tak silap gua 112kg. Sekarang ni berat Aizat around 70kg-71kg. Korang kira la sendiri brapa banyak berat Aizat ni dah turun!!...


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo

Aizat bagitau dia ada kongsi tips cara-cara dia kuruskan badan kat Facebook Page dia. Gua pun search kat Facebook & jumpa page Aizat Amdan. Gua click Notes & kat situ ada dia kongsikan cara Aizat kuruskan badan. Gile simple je cara si Aizat ni, tapi gua yakin memang susah jugak la sebenarnya. Hanya orang yang komited dan berdisiplin macam Aizat Amdan je yang mampu buat....apa-apa hal pun Aizat Amdan memang gile kreatif...!!!!


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo


Monday 4 July 2011

Geli-Geli Glitterati Nuffnang

Status Geli-Geli Glitterati gua dengan Nuffnang kembali diturunkan kepada status Ordinary Member. Kali ni berpunca daripada percubaan gua untuk memahami adakah status Geli-Geli Glitterati Nuffnang gua akan diturunkan kepada Ordinary Member walaupun gua tampal script pesaing Nuffnang kat dalam content entri gua hari tu.







Gua tempek script manggaonline & YMads. Maka padanlah dengan muka gua menerima padah di atas percubaan haram gua tu....Lagi sekali gua harap status Geli-Geli Glitterati Nuffnang Pesta Irama Jiwa dikembalikan setelah gua delete script pesaing Nuffnang. Gua cuba menjadi pasangan yang setia kepada Nuffnang...Gua minta ampun la wahai Cik N a.k.a Nuffnang....





External Hard Disk

Sebenarnya gua dah sediakan satu entri yang sepatutnya gua post malam ni. Entri tu gua buat siap siap sebelum gua kluar lunch tengahari tadi. Gua save entri gua tu dalam external Hard Disk. Tapi malangnya, gua tertinggal la pulak external Hard Disk gua kat opis gua. Nak pegi amik Hard Disk tu, gua rasa macam tak berbaloi. Opis gua tu bukannye dekat der...jauh tu. Kat KL Sentral. Gua pulak skang ni ada kat Putrajaya. 42km jauhnye dari Putrajaya ni.

Nak tak nak, pagi esok sampai je terus gua post entri gua. Entri yang mempunyai tajuk yang agak seram. Tajuk yang boleh meremangkan bulu hidung tengkuk korang. Entri pasal tarikh kematian. Kalau nak tau pasal tarikh kematian ni, rajin rajin la jengah blog Pesta Irama Jiwa ni ye....

Pada yang Google pasal Apartment Springville Ukay Perdana, nanti la ye. Bila gua ada mood nak post pasal Springville, gua akan post pasal apartment tu nanti....yang penting selalu selalu la singgah sini....

Aidil Zafuan Mendapat Perhatian Liverpool

Jaringan gol yang dihasilkan oleh pemain pertahanan Malaysia, Mohd Aidil Zafuan, melalui sepakan percuma mendapat perhatian Liverpool. Sepakan percuma yang diambil dari jarak lebihkurang 40 meter adalah satu jaringan World Class. Aidil Zafuan adalah pemain pertahanan yang memakai jersi nombor 7. Hampir hampir menyamai sepakan percuma yang diambil oleh Roberto Carlos yang juga menghasilkan gol. Klip rakaman jaringan gol pada perlawanan Malaysia lawan Taiwan tu disiarkan kat weblog Liverpool dengan tajuk Aidl Zafuan's Thunderous Free Kick. Gua memang tumpang bangga dengan kejayaan Harimau Malaya mara ke pusingan seterusnya walaupun kalah masa game tu. Yang pasti gua akan terus bersama Ultras Malaya mengaum di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai 2011 nanti....


Sunday 3 July 2011

Satay Kajang Haji Samuri Vs. Satay Willy

Petang semalam masa gua kat rumah mak bapak gua, kakak gua satu famili datang. Bukan datang kosong je, tapi bawak 2 bungkus plastik. Plastik putih yang gua kenal. Tertera kat plastik putih tu logo Satay Kajang Haji Samuri. Satay beb, favorite gua tu. Ayam KFC yang tinggal 2 ketul yang gua beli sebagai lauk makan tengahari tu pun gua tak usik lagi. Sebab kakak gua tau gua ni memang hantu satay, dia beli sampai 150 cucuk!!!...Gile jadahnya, takkan gua nak habiskan sampai 150 cucuk satay kot..!! Agak agak la...


Tapi kali ni memang gua tak rasa ghairah untuk terus terkam Satay Kajang Haji Samuri. Terus terang la gua cakap, sejak gua rasa Satay Willy yang abang ipar gua beli kat tepi hiway Sg. Ramal Kajang tu jauh lebih power dari Satay Kajang Haji Samuri gua dah tak brapa nak pandang dah Satay Kajang Haji Samuri.


Mintak maaf la Haji Samuri. Produk Haji Samuri tu dah lari la kualiti rasanya. Jauh sangat lari. Mungkin Haji Samuri terlepas pandang tentang kualiti Satay Kajang Haji Samuri. Elok Haji Samuri tengok balik apa yang kurang. Ni pendapat gua sebagai penggemar satay & pernah menjadi penggemar setia Satay Kajang Haji Samuri.

Rumah Sewa

Semalam masa gua balik umah mak bapak gua kat area U.K, Ulu Kelang lah..mak bapak gua dah sediakan satu mission untuk gua. Ala ala Mission Impossible yang sebenarnya Possible is nothing. Macam biasa la gua akan balik jenguk mak bapak gua 2 minggu sekali. Bukan jauh pun.



Mission yang disediakan adalah membuat lawatan sambil belajar membaiki kerosakan yang terdapat kat salah satu rumah sewa milik mak bapak gua. Chewah, macam banyak je bunyinye.. Mak gua cakap kipas kat rumah sewa tu rosak, soket outlet ada masalah. Gua ni bukan apa, gua tak reti pasal karen karen ni. Disebabkan gua dah join dengan Mail Lambung, kira ramai skit la kaum. Senang nak mintak tolong. Bukan tolong kosong, tapi bayar la kan...dah orang buat kerja mesti kena bayar.

Sampai je kat rumah sewa tu, kat Cheras je pun, gua jumpa penyewa. Dia pun bagitau kat gua apa yang gua dah tau pasal masalah rumah sewa tu. Tapi ada penambahan, lampu kat bilik mandi pun rosak. Gua takde hal sebab gua bawak Din yang kawan kawan gua panggil Mail Lambung Abang Kawasan Ampang hahahahaha...



Lepas settle semua tugasan kat rumah sewa yang mak bapak gua sediakan, gua bawak Din layan roti telur...lepas tu gua balik rumah sambil bawak balik satu pengalaman dan ilmu pasal pengurusan rumah sewa. Ilmu ni akan gua gunakan bila sampai masa bila gua sewakan apartment Springville gua yang kat Ukay Perdana tu.....Tapi sebelum gua sampai umah mak bapak gua, gua singgah tengok status Apartment Springville Ukay Perdana yang bakal gua iklankan Rumah Untuk Disewa.

Adalah sikit gua amik gambar Springville Ukay Perdana tu...Nanti bila gua ada mood nak cite pasal apartment tu...gua post je terus...

Tido Tapi Mata Celik Lepas tu Mimpi & Berjalan

Gua heran tengok anak gua skang ni. Tiap-tiap malam mimpi, mengigau-ngigau. Yang paling gua heran disertai dengan adik beradik heran iaitu si pelik, anak gua tu mengigau tapi mata celik. Tapi bila gua tegur atau tanya dia, dia tak respon. Macam dia still dalam dunia mimpi dia, padahal mata dia celik.


Risau gua tengok. Dah dua malam dia macam tu. APa kes?...penat sangat ke main masa siang?







Ni gua belum tido. Kalau gua dah tido, pastu gua tak sedar plak yang dia mimpi mengigau macam tu kan ke bahaya. Sebab dia berjalan der...berjalan dalam tido. Ishhh..tak tau gua nak explain.


Anak gua yang mimpi mengigau berjalan sambil mata celik, walhal dia tido tu Aiman namanya....Walaupun Aiman tak kisah, gua kisah der....

Saturday 2 July 2011

Rompak, Tembak, Tebusan Di KL Sentral.

Entri ni adalah sambungan kepada Entri Ini.

25 June lepas, ada satu kedai Money Changer kat KL Sentral kena rompak. Perompak 4 orang, semua lelaki. Gua syak semua rakyat tempatan. Gua rasa masa tu kedai Money Changer sebelah McDonald tu tengah nak tutup. Gile betul perompak tu. Bukan je merompak, tapi siap main bakar-bakar lagi kat KL Sentral. Perompak tu bukan tak tau kat KL Sentral tu ramai Polis Bantuan. Tapi perompak tu nekad. Biasa la nak buat kerja jahat ni memang kena nekad la kan. Tapi perompak tu semua tak takut der, sebab diorang siap ada pistol. Berapa ramai Polis Bantuan yang mati kena tembak. Orang awam pun ramai gak yang mati kena tembak. Kebanyakkan yang kena tembak tu semua kawan kawan gua tu…sedih gak la…







Tapi Polis Malaysia terer laa…Siapa tak kenal Polis Malaysia. Polis Malaysia datang berlumba-lumba, satu peluru pun diorang tak lepas der…Tapi semua 4 perompak tu kena tangkap, menyerah diri. Polis guna Negotiator. Bukan main nego nego macam nak beli barang kat Uptown. Tapi ada la cara Negotiator Polis tu nak buat. Gua pun tak boleh la nak cerita. Polis kena guna cara negotiate sebab 4 perompak tu ada tebusan. Lepas rompak Money Changer & tembak-tembak kat tingkat 1 KL Sentral, diorang lari sembunyi kat dalam Surau Perempuan KL Sentral. Sebab tu Polis tak serbu & bunuh semua perompak tu.
 


Suspen jugak la masa kejadian rompak & ada tebusan kat KL Sentral. Kalau tengok gambar pun memang ngeri la. Tapi tu semua adalah latihan kecemasan yang pihak Building Management KL Sentral iaitu Semasa Sentral Sdn Bhd kena buat setiap tahun. Tiap tahun lain scenario. So kali ni, scenario rompak & ada tebusan dipilih. Latihan Kecemasan ni melibatkan semua pihak macam Bomba pun datang berlumba-lumba, Hospital, Polis & ramai lagi….Korang tengok je la gambar-gambar yang gua attached. Gambar-gambar diambil oleh member gua Encik Osman & Encik Musalman (dua dua bukan nama sebenar)….Kalau tak gua pun join amik gambar jugak…tapi kan masa tu gua kena jaga anak-anak gua sebab bini gua out station…hehehe

Eksekutif Mati Ditembak Di KL Sentral

Ni kisah kawan gua yang sama tempat kerja dengan gua kat Stesen Sentral Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebgaia KL Sentral. Kawan gua ni yang kerja sebagai Eksekutif Parking masa tu tak kerja. Tapi dia pergi jugak KL Sentral dengan kawan kawan dia. Masa dia nak tengah beratur dengan kawan dia nak beli tiket Komuter kat KL Sentral tu, tiba tiba je kena tembak. Kesian gua tengok. Bukan dia je yang kena tembak masa kat KL Sentral tu. Kawan gua yang sama kerja dengan kawan gua yang Eksekutif kat KL Sentral tu pun mati jugak kena tembak. Korang tengok je la gambar mayat kawan gua yang kena tembak tu...

Apa punca dia kena tembak sampai mati kat KL Sentral tu, nanti gua cerita next entri...ok....lagipun kejadian kat KL Sentral tu baru lagi...dalam minggu lepas..25hb June 2011.... 

Jasad Eksekutif Parking Yg Mati Kena Tembak Di KL Sentral.

Friday 1 July 2011

Tiket Free Liverpool

Pada korang yang memang peminat tegar team bolasepak HatiKolam, Liverpool la tu, kalau korang nak layan tengok sesi latihan team Liverpool & perlawanan persahabatan lawan team bola sepak Malaysia. Korang boleh klik link yang gua bagi ni atau pun klik gambar poster kat bawah. Mana la tau kalau-kalau  korang dapat jumpa brader Jerat Percintaan ke..Korang tak kenal ke brader tu?...Steven Gerrard la der....hehehehe... Tak pun Steven Gerrard ajak korang main untuk Liverpool ke masa perlawanan persahabatan tu nanti...angan-angan mesti mau ada der...klik link MotorTrader ni  pastu Like je page MotorTrader...Kalau korang menang nanti diorg akan call korang....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More