Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Monday 24 December 2012

Gambar Proses Pos Barang Ke Portugal.

Entri penuh kat SINI.






Thursday 20 December 2012

Gambar-gambar My Happy Moments

Aku post gambar-gambar My Happy Moments sebagai kesinambungan entri aku kat blog baru aku Fauzi Blues | Suara Yang Dilihat yang aku join contest My Happy Moment  anjuran blogger Eryqazz. Contest tu boleh submit satu gambar je...so aku share la antara gambar-gambar happy moments yang aku suka kat sini.





Wednesday 7 November 2012

Video Gol Thailand Tewaskan Malaysia 2 - 0 Perlawanan Persahabatan 7 November 2012.

Perlawanan bolasepak persahabatan Thailand vs. Malaysia 7 November 2012 menyaksikan skuad Harimau Malaya sekali lagi gagal mencatatkan kemenangan apabila Malaysia tewas 2 -0 kepada Thailand. Dapatkan komen atau ulasan penuh perlawanan persahabatan Malaysia vs. Thailand di blog FauziBlues[dot]com

Saturday 3 November 2012

Video Gol Vietnam vs. Malaysia 3 November 2012.

Perlawanan persahabatan Vietnam vs. Malaysia di Stadium My Dinh Hanoi, Vietnam berkesudahan Vietnam kalahkan Malaysia 1-0. Jom tengok video gol Vietnam vs. Malaysia 3 November 2012. Dapatkan ulasan live update perlawanan persahabatan Vietnam vs. Malaysia dan ulasan rumusan selepas perlawanan persahabatan Malaysia vs. Vietnam kat http://www.fauziblues.com/2012/11/03/21-hari-sebelum-piala-aff-suzuki-2012-malaysia-kalah-lagi/

Saturday 27 October 2012

Kedudukan Beira Mar Juniores Liga Remaja Divisyen 2 Portugal.

Pasukan SC Beira Mar U19 atau Beira Mar Juniores mengungguli tahkta Liga Remaja Duvisyen 2 Portugal setelah mengharungi 7 perlawanan dengan 6 kemenangan dan 1 seri. Kemenangan terbaru adalah menewaskan AC Viseu 2-0 dengan Nazmi Faiz menjaringkan gol pertama Beira Mar Juniores pada minit ke 35 sebelum membuat satu assist yang menghasilkan gol ke 2 Beira Mar Juniores pada minit ke 49 oleh Ricardo Tavares. Saksikan video gol jaringan Nazmi Faiz bersama Beira Mar Juniores di blog Fauzi Blues [dot] com | Suara Yang Dilihat.


Friday 26 October 2012

Rio Ferdinand Ucap Selamat Hari Raya.

Rio Ferdinand.. siapa tak kenal Rio Ferdinand? Aku yang tak berapa follow EPL pun kenal Rio Ferdinand. Pemain pertahanan Manchester United, ya..itu la Rio Ferdinand. Tapi korang tau tak Rio Ferdinand ucap Selamat Hari Raya kepada Muslim? Korang boleh tengok gambar Rio Ferdinand ucap Eid Mubarak melalui twitter dia.... Thank you Rio Ferdinand


Thursday 25 October 2012

Senarai Pemain Bolasepak Pasukan Selangor Liga Malaysia 2013.

Liga Malaysia dah melabuhkan tirai. Musim 2012 dilihat agak meriah. Kelantan membuktikan mereka kembali menguasai arena bolasepak Malaysia setelah menggondol kejayaan trebel. Piala Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia. Kesemuanya diraih pada musim 2012. Musim 2012 juga kita disajikan dengan mutu permainan yang dilihat ada peningkatan. Pasukan dari Liga Perdana mampu pergi jauh. Lihat saja Pahang dan ATM. ATM berjaya sampai ke peringkat Final Piala Malaysia 2012 namun terpaksa akur kepada keampuhan barisan pasukan bolasepak Kelantan yang diketuai oleh Piya apabila tewas dengan jaringan gol 3-2 setelah beraksi sehingga 120 minit. Selangor yang mengimpikan kejuaraan Piala Malaysia dengan Misi 33 juga gagal mengekang kehandalan Kelantan. Amri Yahyah mengetuai Selangor pada sebahagian besar musim Liga Super 2012  Kemudian Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim diberi tanggungjawab sebagai kapten Selangor oleh Irfan Bakti di penghujung Liga Super seterusnya sehingga peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2012. Dikhabarkan ramai pemain Selangor musim 2012 akan berhijrah atau digugurkan dari pasukan Selangor untuk musim 2013.

Kita tengok senarai pemain pasukan bolasepak Selangor musim 2013.

PENJAGA GOL.
Norazlan Razali
Sharbinee Alawi
Faizrul Azwan

PERTAHANAN.
Bunyamin Umar
Ramez Dyoub
Asararuddin Putra Omar
Fairuz Abdul Aziz
Nasriq Baharum
Mahali Jasuli
Adib Aizuddin

MIDFIELD.
K.Gurusamy
K.Soley
Shukur Jusoh
Fitri Syazwan
S.Kunanlan
S. Veenod
Kavi Chelan
Raimi Mohd Nor

PENYERANG.
Amri
Afiq Azmi
Forkey Doe
Ramzul Zahini
Wan Hoesne

Sumber: Facebook Page Info Skuad Olimpik Malaysia.


Saturday 20 October 2012

Video [HD] Gol Kelantan vs. ATM Final Piala Malaysia 2012



Gol pertama pasukan Kelantan jaringan Norshahrul Idlan Talaha a.k.a Mat Yo pada minit ke 43.



ATM membalas dengan pantas sebaik separuh masa kedua bermula melalui jaringan gol oleh Rezal Zamri Yahya pada minit ke 49. Jaringan gol terhasil setelah rembatan deras dari luar petak penalti oleh Rezal terkena Nwaneri dan terbiasa seterusnya menerjah jaring gol Kelantan.

Tak sampai seminit Mat Yo mengejutkan skuad ATM dengan jaringan gol mudah sekali lagi setelah menerima lorongan dari Piya seterusnya membuat rembatan rendah dan deras mengatasi Farizal Harun.



Sekali lagi ATM menyamakan kedudukan pada minit ke 62 apabila Marlon Alex James menanduk bola ke dalam gol Kelantan hasil sepakan percuma yang diambil oleh Rezal. Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra pada minit ke 96 masa tambahan. Sekali lagi gol berpunca dari hantaran Piya ke pada Indra yang membuat first timer volley yang sangat cantik menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun. Gol cantik dari Indra Putra.!!!

Video kredit kepada Youtube Buletin Sukan.

Tuesday 16 October 2012

Friday 5 October 2012

Menanti CPUV/BE Baru Dari Nuffnang.

Korang ingat lagi tak entri Buffered Earning Masuk Bertalu-talu? Kalau tak ingat sila la tengok kat SINI. Semalam tamatlah sudah CPUV/BE yang dianugerahkan kat blog ni. So sekarang aku menanti CPUV/BE baru dari Nuffnang lagi. Tak kisah la samada Nuffnang CPUV tu singgah kat blog ni atau singgah kat blog Fauzi Blues [dot] com | Suara Yang Dilihat. Harapan kalau boleh melekatlah CPUV kat blog Fauzi Blues. Senang aku nak maintain....hehehe...apa apa pun terima kasih Nuffnang serta advertisers iaitu Maybank, Legoland & Digi....lain kali bagi la CPUV berbakul-bakul lagi yee....baru la PADU!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 2 October 2012

Jaringan Gol Perlawanan Suku Akhir 2 Selangor vs. Johor FC 2 Oktober 2012 | Piala Malaysia 2012

Perlawanan Suku akhir 2 Piala Malaysia Selangor vs. Johor FC di Stadium Shah Alam berkesudahan Selangor menang 2-1. Selangor layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 dengan agregate 5-2. Lawan Selangor di Separuh Akhir ialah Kelantan yang layak selepas menang dengan agregate 4-3 ke atas Felda United.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kesebelasan Utama Pahang Perlawanan Suku Akhir Kedua Pahang vs. Lions XII Piala Malaysia 2012 | 2 Oktober 2012.

Azamuddin Akil atau lebih dikenali sebagai Alex bernazar akan membotakkan kepala sekiranya berjaya tewaskan Lions XII malam ni. Misi Azamuddin tak mustahil..kita kena ingat dia pernah score kat Stadium Jalan Besar sebelum ni. Kita tengok senarai kesebelasan utama Pahang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia Pahang vs. Lions XII.

Jalaluddin (K)
Saifulnizam
Kochkin
Maycon
Azamudin
Zaiza
Fauzi
Shahrizan
Hafiz
Wan Azraei
Gopinathan

Published with Blogger-droid v2.0.8

Live Update & Kesebelasan Utama Negeri Sembilan Perlawanan Suku Akhir Kedua Negeri Sembilan vs. ATM Piala Malaysia 2012 | 2 Oktober 2012.

Nampaknya Syakir Ali tak disenaraikan dalam kesebelasan utama Negeri Sembilan dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia Negeri Sembilan vs. ATM.
Kita tengok kesebelasan utama Negeri Sembilan untuk perlawanan malam ni.

Farizal Marlias (PG)
Kunanlan
Farbak
Shukor (K)
Azmeer
Shahurain
Ismaidham
Alif
Thanaraj
Izuwan
Effa Owona

Negeri Sembilan score minit ke 7. Jaringan oleh Alif. Negeri Sembilan 1 - 0 ATM

Aidil jaring gol penyamaan untuk ATM minit ke 10

Minit 44 ATM score lagi. Kali ni melalui Marlon Alex James.

Minit 58 Marlon score lagi satu gol. ATM 3-1 NS.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kesebelasan Utama ATM Perlawanan Suku Akhir Kedua ATM vs. Negeri Sembilan Piala Malaysia 2012 | 2 Oktober 2012.

Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2012 akan berlangsung serentak kejap lagi. Game ATM vs. Negeri Sembilan akan berlangsung kat Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi. Kiranya Negeri Sembilan beraksi depan penyokong sendiri dengan misi mencari kelebihan 2 gol untuk layak ke separuh akhir. ATM pulak hanya perlu seri. Skuad ATM takde masalah untuk turunkan kesebelasan terbaik. Tiada kecederaan atau penggantungan pemain. Negeri Sembilan pasti akan main bermati-matian. Adakah kita akan saksikan sekali lagi gol cantik dari Syakir Ali? Adakah Farizal Harun akan melepaskan gol mudah setelah rakan lain menjaringkan gol kemenangan?

Kita tengok senarai kesebelasan utama ATM dalam Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia.

Farizal Harun (PG)
Azmi Muslim
Aidil Zafuan
Irwan Fadli
K. Reuben
Christie Jeyaseelan
Bruno
Rezal Zambri
Zaquan Adha
Hairudin Omar (K)
Marlon Alex James.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday 29 September 2012

Video Gol Perlawanan Piala Sultan Selangor 2012.

Perlawanan yang mempertemukan skuad Pilihan Selangor vs. Pilihan Singapura berakhir dengan keputusan Pilihan Selangor kalahkan Pilihan Singapura 3-1. Piala Sultan Selangor Edisi ke 11 didahului dengan perlawanan antara Veteran Selangor vs. Veteran Singapura. Perlawanan pasukan veteran berlangsung selama 20 minit setiap separuh masa memperlihatkan pemain veteran kedua-dua pasukan bermain dengan tenang dan permainan yang kemas. Legenda Selangor contohnya Dato' Soh Chin Aun, Shahrin Majid, K.Gunalan, Dollah Salleh, Kamaruzaman Yusof tidak ketinggalan Coach Rajagobal masih berupaya beraksi dengan lincah. Lagenda 17 pasukan Veteran Selangor dan Singapura iaitu Zainal Abidin Hassan dan Fandi Ahmad masing masing berjaya menjaringkan satu gol. Gol yang dijaringkan oleh Zainal adalah melalui sepakan percuma. Manakala Fandi Ahmad menerusi sepakan deras luar kitak penalti. Penonton juga dapat melihat skill yang menjadi trademark Fandi Ahmad di zaman kegemilangannya, sepakan gunting. Walaupun berjaya dihalang oleh K.Gunalan namun aksi sepakan gunting Fandi Ahmad berjaya mengubat kerinduan peminatnya. Keputusan penuh Veteran Selangor 1 - 2 Veteran Singapura.

Saksikan video perlawanan Veteran Selangor vs. Veteran Singapura kat sini.

Perlawanan tumpuan Pilihan Selangor vs. Pilihan Singapura menyaksikan Pilihan Selangor menggunakan Helmi Lousaeif sebagai pemain Midfield bersama Kapten Safiq Rahim. Safee Sali bertindak sebagai Left Wing dan membiarkan Bosko Balaban sebagai solo striker. Pilihan Singapura mendahului melalui jaringan gol Aleksender Duric yang menggunakan kelebihan fizikalnya menewaskan 3 pemain pertahanan Pilihan Selangor sebelum melepaskan sepakan deras untuk gol tunggal Pilihan Singapura.

Tersentak dengan gol dari Duric,  Pilihan Selangor mula mengasak dengan agresif namun kemas. Hasilnya Pengadil dari Thailand menghadiahkan sepakan penalti kepada Pilihan Selangor setelah Amri Yahyah dijatuhkan dalam kotak penalti. Safiq Rahim tenang mengambil tanggungjawab dan Ito, Penjaga Gol Abirex Nigata tewas.

Separuh masa kedua, Bosko Balaban menambah derita Pilihan Selangor dengan satu cubaan jarak jauh yang membias setelah terkena pemain Pilihan Singapura dan menerjah gawang gol Pilihan Singapura bagi menjadikan kedudukan 2-1. Rozaimi yang masuk menggantikan Veenod dengan tenang menjaringkan gol ke 3 Pilihan Selangor sebelum perlawanan tamat.

Pemain tumpuan perlawanan Pilihan Selangor vs. Pilihan Singapura adalah Helmi Loussaeif. Sentuhan dan hantaran pemain yang dipinjam dari PKNS FC sangat kreatif dan sesuai bergandingan dengan Safiq Rahim. Safee Sali masih gagal menjaringkan gol walaupun Safee salah seorang scorer pada perlawanan tak rasmi lawan Kemboja, jelas kelihatan Safee struggle untuk memecah kebuntuan. Amri Yahyah juga bermain cemerlang dengan hantaran serta larian beliau sangat bersemangat. Satu cubaannya mengelirukan Ito, namun terkena tiang gol.

Keputusan penuh Pilihan Selangor vs. Pilihan Singapura, Pilihan Selangor menang 3-1.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday 28 September 2012

Video Jaringan Gol ATM vs. Negeri Sembilan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 28 September 2012.

Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 antara ATM vs. Negeri Sembilan berakhir dengan keputusan Negeri Sembilan tewas 2-3 di gelanggang lawan. Pertembungan yang berlangsung di Stadium MPS, Selayang menyaksikan 2 jaringan gol menarik. Gol-gol menarik tersebut dihasilkan setiap satu dari kedua-dua pasukan.

Gol menarik pertama dijaringkan oleh Hairudin Omar. Gol placing dengan teknik curling inswinger chip berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan pada minit ke 79. Manakala gol menarik atau boleh dikatakan gol paling menarik dalam perlawanan ATM vs. Negeri Sembilan dihasilkan oleh Shakir Ali. Sepakan gunting yang dilakukan Shakir Ali setelah bola sepakan volley Norismaidham Ismail yang terkena palang gol melantun ke arah Shakir Ali telah menewaskan Penjaga Gol ATM, Farizal Harun pada minit ke 88. Gol yang boleh dikategorikan sebagai jaringan gol bertaraf dunia oleh Shakir Ali!!

Keputusan penuh perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2012 ATM vs. Negeri Sembilan, ATM 3 - 2 Negeri Sembilan.

Info bolasepak : Kelantan FA bakal ke SC Corinthians Sao Paolo, Brazil. Kerjasama jangka panjang atas jemputan SC Corinthians. [KLIK SINI.]

P/s : Kenapa masih kedengaran bunyi vuvuzela dan air horn dalam perlawanan ni??? Pihak keselamatan buat apa?? Kan dah diharamkan...kenapa tak rampas??!!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 25 September 2012

Video Jaringan Gol Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 Pahang vs. Lions XII 25 September 2012.

Aku share video jaringan gol perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2012 Pahang vs. Lions XII yang berkesudahan Pahang tewaskan Lions XII dengan jaringan 2-1. Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh pemain Pahang. Maknanya 1 gol yang diperolehi oleh Lions XII adalah gol jaringan sendiri pemain Pahang.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday 23 September 2012

Video Jaringan Gol Liverpool vs. Manchester United 2 - 1 23 September 2012.

Perlawanan antara Liverpool vs. Manchester United 23 September 2012 adalah perlawanan yang dinanti-nantikan oleh kedua-dua peminat pasukan EPL. Setiap kali kedua-dua team ni bertembung pasti akan ada provokasi antara penyokong. Masing-masing mempertahankan pasukan kesayangan diorang. Biasalah tu... Ok aku ringkaskan highlight perlawanan Liverpool vs. Manchester United yang berkesudahan Manchester United tewaskan Liverpool dengan jaringan gol 2 - 1.

Minit 46 : Steven Gerrard jaringkan gol yang cantik melalui satu volley setelah mendada bola yang diterima dan tanpa dikawal oleh pemain Manchester United.

Minit 51 : Luis Suarez dikasari dalam petak penalti. Namun pengadil tak beri sebarang penalti kepada Liverpool.

Minit 57 : Manchester United menyamakan kedudukan setelah Rafael menjaringkan gol melalui satu rembatan lencong yang mengenai tiang gol kanan dan terus melantun menerjah jaring gol Liverpool.

Minit 81 : Van Persie menjaringkan gol penalti setelah pertahanan Liverpool dikatakan mengasari pemain Manchester United.

Sila klik sini untuk tengok video Highlights dan Gol Liverpool vs Manchester United 2 - 1 23 September 2012.
Keputusan penuh Manchester United 2 - 1 Liverpool.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday 22 September 2012

Aizat Pecah Rahsia Episod 2.

Korang boleh ke blog Fauzi Blues [dot] com | Suara Yang Dilihat untuk full entri kisah Aizat Pecah Rahsia Episod 2. Insyaallah....aku akan buat sikit summary kalau ada rezeki aku tengok episod ke 2 ni malam nanti. Episod yang akan menceritakan Aizat berjaya tawan Bukit Broga dengan kawan-kawannya sebagai salah satu cara untuk turunkan berat badan.

KLIK SINI UNTUK TENGOK VIDEO PROMO AIZAT PECAH RAHSIA

Published with Blogger-droid v2.0.8

Video Harimau Muda tewaskan Woodlands Wellington FC 2-1.

Malam ni Harimau Muda menentang Woodlands Wellington FC dalam perlawanan pusingan 2 Liga Singapore. Kita tengok dulu perlawanan pusingan pertama Liga Singapore yang menyaksikan Harimau Muda kalahkan Woodlands Wellington FC 2-1. Untuk live update perlawanan Harimau Muda vs. Woodlands Wellington FC 22 September 2012 sila klik SINI.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday 21 September 2012

Video Aizat Pecah Rahsia.

Episod pertama siri Aizat Pecah Rahsia dah mula ditayangkan di Channel 104 Astro Ria. Episod pertama ditayangkan pada minggu lepas 16 September 2012. Insyaallah esok akan ditayangkan episod kedua Aizat Pecah Rahsia tepat pada jam 7:00 malam di Astro Ria. Insyaallah...kiranya ada peluang aku akan buat sikit review setiap episod Aizat Pecah Rahsia kat blog Fauzi Blues.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar Semasa Blogger Fauzi Blues Sertai Oh! My English.

Entri ni hanyalah gambar sekitar aku join kursus Profesional English Communication kendalian British Council. Konon-konon macam gambar blogger Fauzi Blues sertai Oh! My English laaa...heheh..poyo-poyo je ..takde bakat pun jadi pelakon... Full entri kat blog FauziBlues [dot] com | Suara Yang Dilihat. Untuk pengetahuan korang..aku takde dalam gambar gambar ni...dalam tu semua kawan-kawan aku...I'm the man behind the camera...chewahh..hehe

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday 20 September 2012

Panduan Dapat BE Bertalu-talu

Alhamdulillah... Masuk lagi BE kat blog ni. Terima Kasih Nuffnang, Digi, Maybank dan Legoland. Bertalu-talu masuk BE. Dapat 2 BE dalam tempoh.seminggu. Tak pernah lagi 'dihadiahkan' BE macam ni sebelum ni. Korang boleh baca full entri pasal BE yang bertalu-talu kat SINI. Sebelum ni ada pengunjung blog ni yang mintak aku bagi tips untuk dapat BE dari Nuffnang. Terus-terang aku cakap, aku takde tips yang spesifik atau panduan padu untuk dapat BE. Apa yang aku buat hanyalah buat entri baru secara konsisten dan maintain trafik. Kalau nak kata trafik ke blog Pesta Irama Jiwa ni meletup...tak de la jugak...jauh bezanya dengan blog-blog lain... Orang kata kena kerap update survey kat Nuffnang, takde plak aku buat benda tu... Aku percaya semua tu rezeki yang Allah bagi laa... Apa pun...teruskan blogging dan cuba share sesuatu yang bermanfaat kepada semua...jangan pernah give up atau kecewa ye...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 18 September 2012

Berita Tergempar Untuk Peminat Bolasepak Malaysia.

Aku cuma share keratan artikel Laporan Khas Utusan Malaysia. Korang boleh dapatkan artikel penuh aku kat blog Fauzi Blues. Berita tergempar untuk peminat bolasepak Malaysia.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Video Gol Jaringan Arbil SC vs. Kelantan Suku Akhir Pertama Piala AFC 18 September 2012.

Perlawanan suku akhir pertama Piala AFC antara Arbil SC vs. Kelantan baru saja tamat. Perlawanan yang berkesudahan Kelantan ditewaskan dengan jaringan gol yang agak besar, 5-1 membuatkan Kelantan terpaksa bekerja keras di perlawanan timbal balik nanti. Perlawanan suku akhir kedua akan diadakan di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan pada 25 September nanti diharapkan skuad Kelantan kembali dibarisi oleh pemain utama bagi memberi saingan sekaligus mendapatkan jumlah gol yang besar seterusnya berjaya layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2012 nanti. Aku share video jaringan gol pertama Arbil SC dan Kelantan pada perlawanan suku akhir pertama Piala Asia 2012 18 September 2012 di blog Fauzi Blues.

Video Jaringan Gol Arabil SC vs. Kelantan Suku Akhir Pertama Piala AFC 18 September 2012.

Live Streaming & Live Update Kelantan vs. Arbil SC | Suku Akhir Pertama Piala AFC 2012.

Malam ni waktu Malaysia pukul 11:30 malam, perlawanan suku akhir pertama Piala AFC antara Kelantan vs. Arbil SC akan berlangsung. Kelantan satu-satunya pasukan dari Liga Malaysia yang berjaya melangkah jauh setakat ni. Perlawanan ini akan dilangsungkan di StadiumFrancouse Al-Hareeri.
Tugas yang amat berat menanti pasukan Kelantan setelah ramai tonggak utama pasukan ini tidak dapat turut serta untuk beraksi dalam suku akhir pertama ni. Antaranya ialah Subra, Mat Yo, Ghaddar dan Indra. Disamping beberapa lagi pemain import Kelantan yang masih belum dapat sijil perpindahan antarabangsa mereka. Difahamkan Arbil SC mengambil peluang untuk menandatngani 13 pemain baru yang dibarisi oleh pemain kebangsaan Iraq pada sesi pemindahan dan pendaftaran pemain yang dibuka oleh AFC baru-baru ni. Perlawanan timbal balik suku akhir Piala AFC akan diadakan pada 25 September 2012 di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu Kelantan. Dalam perlawanan suku akhir pertama ini pihak RTM akan mengadakan Siaran Langsung perlawanan Suku Akhir Pertama Piala AFC Kelantan vs. Arbil SC melalui TV1. Insyaallah aku sedang usahakan live streaming Kelantan vs. Arbil SC kat SINI untuk penyokong pasukan Kelantan The Rew Warriors yang berada di luar negara.
Live Streaming Page Kelantan vs. Arbil SC Suku Akhir Pertama Piala AFC 2012.
Published with Blogger-droid v2.0.8

LIVE Update
Perlawanan bermula. Sepakmula oleh Kelantan.
Minit ke 6 : Kelantan membuat percubaan menerusi Shakir Shaari. Cubaan luar kotak penalti. Mudah ditangkap penjaga gold Arbil SC.

Minit 7 : Satu tandukan kencang menuju gawang gol Kelantan dan ditepis keluar oleh Apek. memberikan corner kick untuk Arbil SC.
Minit 9 : Sepakan sudut kedua. Arbil SC masih menguasai bola. Sepakan sudut ketiga setelah bola ditanduk keluar oleh Sharul Azim.
Arbil SC terus mengasak Kelantan. Kelantan bermain secara defensive.
Minit 12 : Lontaran ke dalam untuk Kelantan. Bola kembali dikuasai oleh Arbil SC. Sepakan sudut untuk Arbil SC lagi sekali dari sudut kiri gol Kelantan.

Minit 13 : Kelantan mengatur serangan. Bola dirampas oleh pertahanan Arbil SC dari Daudsu.
Minit 25 : Tandukan ke arah gol diselamatkan oleh Apek hasil dari tendangan sudut untuk Arbil SC.
Minit 27 : Mafry Balang dikenakan kad kuning setelah menghalang gerakan pemain Arbil SC. Sepakan percuma untuk Arbil SC dari jarak 30 meter tidak menghasilkan ancaman kepada The Red Warriors.
Minit 30 : Kelantan mengatur gerak menerusi Piya. Daudsu membuat hantran kepada Antwi!! Antwi membuat cubaan namun dikawal kemas oleh pertahanan lawan.
Minit 36 : Sepakan percuma untuk Arbil SC dihantar ke tengah. Namun berjaya dikeluarkan oleh Kelantan.
Minit 37 : Akhirnya Apek ditewaskan setelah Arbil SC berjaya menjaringkan gol pertama untuk Arbil SC menerusi satu sepakan drive oleh pemain No. 7 Arbil SC, Halkard Mulla Muhammad dari luar petak penalti..
Minit 41 : Dennis Antwi dijatuhkan di dalam kotak penalti!! Penalti untuk KElantan!! dan diambil oleh Piya!!! GOOOLLLLLLL!!!
Perlawanan masuk ke minit 45...masa tambahan 1 minit diberikan sambil Arbil SC mengasak Kelantan.

Half Time : Kelantan 1 - 1 Arbil SC

Separuh Masa Kedua dimulakan oleh Arbil SC dan terus mengasak ke kawasan Kelantan. Sepakan sudut yang pertama diseparuh masa kedua dari kanan gol Kelantan. Namun tidak mengancam gol Kelantan.
Minit 47 : Piya melakukan satu percubaan tepat ke gawang gol Arbil SC namun ditangkap mudah oleh penjaga gol lawan.
Minit 61: Arbil SC mendapat penalti setelah Daudsu dipersalahkan kerana mengasari penyerang lawan. Arbil berjaya menambah gol ke 2.
Minit 66 : Arbil manjaringkan gol ke 3.
Minit 68 : Afiq Azmi masuk menggantikan Antwi.
Minit 71 : Satu sepakan deras dari luar kotak penalti Kelantan gagal diselamatkan oleh Apek menghasilkan gol ke 4 Arbil SC.
Minit 76 : situasi 1 lawan 1 antara pemain Arbil SC dan Apek. Namun cubaan leret Arbil SC tersasar sedikit saja.
Minit 80 : Jelas Arbil SC mendominasi perlawanan dan membuat satu lagi cubaan yang tersasar ke sisi gol Kelantan.
Minit 83 : Keadaan kelam kabut depan gol Kelantan. Sepakan tepat ke arah gol di selamatkan oleh Mafry Balang. Arbil SC terus mengasak.
Minit 87 : Piya @ Baddri Radzi kelihatan terhincut-hincut ..mungkin mengalami kecederaan namun masih meneruskan tanggungjawabnya memimpin rakan sepasukan.
Minit 90 : Gawang Kelantan teruk diasak. 2 kali cubaan Arbil SC terkena tiang gol. Apek bekerja keras nampaknya.
Minit 90+ : Okine masuk gantikan Azlan.
Minit 90 ++ : Sepakan percuma untuk Arbil SC. Gol lagi. Sepakan terus menuju ke gawang gol Kelantan tanpa dapat disentuh oleh Apek. Kedudukan Arbil SC 5-1 Kelantan.

Full Time : Arbil SC 5 - 1 Kelantan.

Suku Akhir Kedua 25 September 2012 Stadium Sultan Mohamad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan.

Tutorial 4 Langkah Mudah Delete Gambar Instagram.


Ramai yang dah guna smartphone sekarang ni. Biasa la...zaman moden la kata kan..banyak benda canggih-canggih ni. Dulu orang panggil telefon mudahalih. Besar gedabak!! Lepas tu muncul la handphone yang boleh lipat bagai. Daripada ringtone monophonic ke polyphonic. Daripada dengar suara je...lepas tu dah boleh texting..lepas tu boleh tengok muka..video call la tu... Sekarang ni dah ada kombinasi fungsi telefon dan kamera pulak. Bukan je kombinasi dua tu je...tapi siap boleh surf internet lagi...tu yang dikatakan smartphone. Boleh install macam-macam applikasi. Smartphone yang ada fungsi kamera kebanyakkan penggunanya mesti nak install Instagram. Tapi korang perasan tak kat aplikasi Instgram takde fungsi delete? Cuba la cari kalau ada...heheh..Takde kan? Kompom punye laa...
Ok...jangan susahkan diri korang cari fungsi atau button delete tu...tak kan jumpa.. Aku bagi korang senang...aku share dengan korang tutorial 4 langkah mudah delete gambar Instagram. Tapi aku tak share kat sini... Aku share kat blog baru aku... (tiap kali aku bikin entri kat sini..mesti aku bagitau pasal blog baru aku tu...apa daaaa..heheh).. Korang boleh klik SINI UNTUK TUTORIAL DELETE GAMBAR INSTAGRAM kat BLOG FauziBlues. Senang je...tapi tutorial ni untuk pengguna smartphone Android je ye... Untuk iPhone aku tak sure...nanti aku dah guna iPhone ..aku share dengan korang ye...heheh
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday 16 September 2012

Cara Artis Kuruskan Badan | Aizat Pecah Rahsia.

Korang ingat lagi tak aku pernah bikin satu entri pasal 'Cara Aizat Amdan Kuruskan Badan' kat blog ni? Kalau yang belum pernah baca, korang boleh klik sini. Cumanya dalam entri tu Aizat cuma dedahkan sikit je rahsia cara macamana Aizat kuruskan badan. Mulai hari ni Aizat akan dedahkan rahsia turunkan berat badan secara lebih detail lagi.

Aizat akan dedahkan teknik dia kurus melalui episod Aizat Pecah Rahsia. Aizat akan bagitau beberapa aktiviti yang dia buat masa nak kurus tu. Kalau tak silap aku antara aktivitinya ialah berenang dan mendayung. Cara pemakanan pun Aizat akan dedahkan. Kita boleh tengok Aizat Pecah Rahsia Astro Ria mulai hari ni jam 7 malam. Mesti kena tengok sebab Aizat dah buktikan cara yang dia buat tu berjaya.

Aku pulak mungkin tak dapat tengok sebab anak aku dah booking awal-awal nak tengok Boboi Boy yang ditayangkan pada waktu yang sama kat TV3. Aku harap pihak Astro Ria akan buat siaran ulangan pukul 11 malam pun ok...boleh aku tengok Aizat Pecah Rahsia.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday 15 September 2012

Video Gol Perlawanan Piala Malaysia Selangor vs. Sarawak 14 September 2012.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia antara Selangor vs. Sarawak pada 14 September 2012 menyaksikan kewibawaan Amri Yahyah sebagai pemain paling berpengaruh dalam pasukan Selangor Darul Ehsan…. 2 gol jaringan Amri Yahyah berjaya memastikan pasukan bolasepak Selangor layak ke pusingan Suku Akhir Piala Malaysia. Nampaknya, pasukan Piala Malaysia Selangor kembali berada dilandasan yang betul dalam mengejar impian serta Misi 33 mereka. Sila ke blog Fauzi Blues untuk tengok highlight video klip jaringan 2 gol Amri Yahyah dalam perlawanan ke enam Piala Malaysia Selangor vs. Sarawak.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday 14 September 2012

Video Jaringan Gol Kelantan vs. Terengganu Piala Malaysia 14 September 2012.

Perlawanan di antara <b>Kelantan vs. Terengganu</b> yang dikatakan sebagai <b>The East Coast Derby</b> menyaksikan satu keputusan yang dijangka oleh peminat bolasepak Malaysia. <b>Kelantan menewaskan Terengganu 6-1</b>. Terengganu dilihat tidak bermaya dalam mengekang asakan pasukan tuan rumah sehingga melepaskan gol-gol mudah. Mungkin akibat kontroversi melanda pasukan Terengganu yang dikatakan ada pemain terlibat dengan aktiviti menjual permainan atau rasuah. Jom sama-sama tengok gol-gol yang dijaringkan dalam perlawanan Piala Malaysia Kelantan vs. Terengganu kat blog FauziBlues.

Video Gol Kelantan vs. Terengganu 14 September 2012.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Senarai Rasmi Pemain Bolasepak Malaysia Latihan Pusat 17 September 2012.

Aku kongsikan Senarai Rasmi Pemain Bolasepak Malaysia Latihan Pusat 17 September 2012. Korang boleh ke blog baru aku iaitu blog FauziBlues untuk baca artikel penuh "Adakah Coach Rajagobal Masih Bereksperimen?"

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday 13 September 2012

Himpunan Bantah Filem Hina Nabi.

Himpunan bantah filem hina Nabi akan diadakan selepas Solat Jumaat hari ini. Kewajipan seluruh umat Islam untuk mempertahankan Nabi junjungan kita. Mempertahankan kesucian agama Islam. Mempertahankan kepercayaan kita. Kami tidak sentuh atau cerca atau caci agama lain. Penganut agama lain juga tiada hak untuk menyentuh agama Islam. Sekiranya tidak paham tentang Islam..sila tanya, pelajari dan fahami Islam. Jangan suka-suka berkarya tanpa mengenali dan memahami sesuatu yang anda tidak tahu. Kepercayaan politik diketepikan....Ini berkenaan Islam...aku sokong dan amat berharap pihak berwajib kerajaan Malaysia menyekat filem pendek 'Innocence of Muslims' karya pengarah Yahudi Israel warga America, Sam Bacile...yang mendapat dana $5 juta dari 100 orang Yahudi. Aku juga seru dan minta semua Muslim yang baca blog aku ni sharekan artikel ni demi mempertahankan Nabi kesayangan kita....!!! Untuk maklumat dan artikel penuh korang boleh ke Blog DenaiHati

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday 12 September 2012

Gambar Handphone iPhone 5.

Macam yang pernah aku bagitau kat blog Fauzi Blues sebelum ni, Apple akan release iPhone 5 pada 12 September 2012. Yang ditunggu dah tiba...iPhone 5 tampil dengan rupabentuk yang besar skit je dari iPhone 4s. Disertakan dengan A6 Chip yang menjanjikan performance yang menakjubkan. Retina screen 4 inci yang besar skit daripada sebelum ni menampilkan display yang lebih 'hidup'!! Walaupun gunakan A6 chip yang dua kali lebih power dari A5 chip macam yang digunakan pada iPhone 4s, iPhone 5 dikatakan tak munggunakan bateri yang banyak...kira orang cakap tak makan bateri laaa...Teknologi Wi-Fi yang lebih baik supaya 'kaki' Internet yang selalu online Facebook ke...layan youtube ke...tak mengalami sebarang gangguan masa surf Internet. Dikatakan jugak iPhone 5 adalah iPhone yang paling ringan sejak iPhone dicipta...nak cerita banyak pun tak guna... Nanti ada yang tanya "bila iPhone 5 akan mula dijual?" ... Kalau diikutkan Website ni iPhone 5 boleh mula ditempah bermula pada 14 September 2012. Harga jualan bermula pada $199!! Tapi tu harga kat US la....harga kat Malaysia ni..tak tau lagi...hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar Perbualan Respon Pemain Bolasepak Malaysia Terhadap Vuvuzela.

Aku share dengan korang semua gambar perbualan respon pemain bolasepak Malaysia terhadap vuvuzela dan airhorn. Perbualan antara aku dengan diorang ni berlangsung melalui social media network macam Facebook dan Twitter. Untuk entri penuh, korang boleh ke blog baru aku, Fauzi Blues dengan klik kat nama blog baru aku tu Fauzi Blues.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar-gambar Ultras Malaya Di Perlawanan Persahabatan Malaysia vs. Vietnam 11 September 2012.

Gambar pertama diambil selepas perlawanan tamat bila FRU mula berbaris depan teres Ultras Malaya. Gambar kedua aku dapatkan dari Facebook page Ultras Malaya. Gambar kedua adalah banner yang dirampas oleh pihak berkuasa Stadium Shah Alam. Gambar ketiga adalah banner terbaru yang dibuat oleh Ultras Malaya memohon agar pucuk pimpinan FAM dirombak. Banner yang sebelum ini menggunakan huruf rumi telah dirampas. Korang boleh tengok entri topik 'KENAPA POLIS FRU AWASI ULTRAS MALAYA?' kat blogFauzi Blues.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 11 September 2012

Klip Video Jaringan Gol Vietnam | Perlawanan Bolasepak Persahabatan Malaysia vs. Vietnam 11 September 2012.

Satu keputusan yang agak mengecewakan. Sesuatu harus dilakukan oleh Coach Rajagobal. Aku rasa dah sampai masa untuk Coach Rajagoba turunkan full strenght skuad untuk perlawanan akan datang. Apa-hal pun korang boleh tengok klip <b>Video Highlights & Jaringan Gol Vietnam Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Vietnam 0-2 11.09.2012. | Fauzi Blues [dot] com </b> kat blog FauziBlues. Klik je kat link FauziBlues pun boleh ye...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Dalam Perlawanan Bolasepak Persahabatan Malaysia vs. Vietnam | 11 September 2012 Stadium Shah Alam.

Perlawanan bolasepak antarabangsa Kelas A antara Malaysia lawan Vietnam akan berlangsung di Stadium Shah Alam tepat jam 8:35 malam. Terima kasih kepada page Facebook Malaysia Soccer News yang berkongsi senarai pemain bolasepak Malaysia untuk perlawanan Malaysia vs. Vietnam. Insyaallah aku akan berada kat stadium untuk sama-sama bagi sokongan kepada skuad Harimau Malaya. Aku akan senaraikan barisan kemungkinan kesebelasan utama skuad Malaysia kat blog FFauzi Blues.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday 9 September 2012

Gambar Malaysia U22 Juara Piala SCTV 2012

Juara Piala SCTV 2012 | MALAYSIA U22. Kredit Pemilik Gambar Nasrul Tajuddin.

Video K.Ruben Jaringkan Gol Kemenangan Harimau Muda Pada Piala SCTV 9 September 2012.

Perlawanan Malaysia U22 lawan Indonesia U22 yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno dan telah tamat dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia U22. K.Ruben menjadi wira negara apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan Malaysia U22. Satu sepakan padu dan kencang menggegar jaring gol pasukan Indonesia U22 pada minit ke 43 perlawanan mengesahkan Malaysia U22 menewaskan Indonesia U22 dengan jaringan 1-0. Saksikan klip video jaringan K.Ruben dalam perlawanan yang menyaksikan Malaysia U22 membaham Indonesia U22 kat blog baru aku Fauzi Blues. Klik Sini Untuk Tengok Klip Video Jaringan Gol Kemenangan Malaysia U22 Yang Dijaringkan Oleh K.RUBEN.

LIVE STREAMING HARIMAU MUDA Malaysia U22 vs. GARUDA MUDA Indonesia U22 | SCTV Cup 2012 9 September 2012.

Aku jemput korang untuk layan Live Streaming atau Siaran Langsung Harimau Muda Malaysia U22 vs. Garuda Muda Indonesia U22 SCTV Cup 2012 yang aku sediakan kat blog baru aku , www.fauziblues.com. Aku sediakan 2 channel iaitu siaran langsung terus melalui Channel SCTV Indonesia dan satu lagi melalui Channel Astro Arena Malaysia…Enjoy dan support skuad bolasepak negara kita….DEMI MALAYSIAAAAAA!!!! KLIK SINI UNTUK KE PAGE LIVE STREAMING MALAYSIA U22 vs. INDONESIA U22

Wednesday 5 September 2012

Pakej Dari Portugal.

Inilah gambar pakej yang dihantar kawan Facebook aku dari Portugal. Korang boleh baca full entri pasal pakej dari Portugal ni kat blog Fauzi Blues. Tak sabar tunggu ketibaan barang ni...heheh

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday 3 September 2012

10 Gambar Koleksi Instagram Blogger Fauzi Blues.

Aku ada buat entri bertajuk 'Kegilaan Instagram' kat blog Fauziblues.com. Korang boleh dapatkan full entri kat sini. Kat blog Pesta Irama Jiwa ni aku cuma share beberapa 10 gambar koleksi Instagram blogger Fauzi Blues.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More