Tuesday 18 September 2012

Live Streaming & Live Update Kelantan vs. Arbil SC | Suku Akhir Pertama Piala AFC 2012.

Malam ni waktu Malaysia pukul 11:30 malam, perlawanan suku akhir pertama Piala AFC antara Kelantan vs. Arbil SC akan berlangsung. Kelantan satu-satunya pasukan dari Liga Malaysia yang berjaya melangkah jauh setakat ni. Perlawanan ini akan dilangsungkan di StadiumFrancouse Al-Hareeri.
Tugas yang amat berat menanti pasukan Kelantan setelah ramai tonggak utama pasukan ini tidak dapat turut serta untuk beraksi dalam suku akhir pertama ni. Antaranya ialah Subra, Mat Yo, Ghaddar dan Indra. Disamping beberapa lagi pemain import Kelantan yang masih belum dapat sijil perpindahan antarabangsa mereka. Difahamkan Arbil SC mengambil peluang untuk menandatngani 13 pemain baru yang dibarisi oleh pemain kebangsaan Iraq pada sesi pemindahan dan pendaftaran pemain yang dibuka oleh AFC baru-baru ni. Perlawanan timbal balik suku akhir Piala AFC akan diadakan pada 25 September 2012 di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu Kelantan. Dalam perlawanan suku akhir pertama ini pihak RTM akan mengadakan Siaran Langsung perlawanan Suku Akhir Pertama Piala AFC Kelantan vs. Arbil SC melalui TV1. Insyaallah aku sedang usahakan live streaming Kelantan vs. Arbil SC kat SINI untuk penyokong pasukan Kelantan The Rew Warriors yang berada di luar negara.
Live Streaming Page Kelantan vs. Arbil SC Suku Akhir Pertama Piala AFC 2012.

Published with Blogger-droid v2.0.8

LIVE Update
Perlawanan bermula. Sepakmula oleh Kelantan.
Minit ke 6 : Kelantan membuat percubaan menerusi Shakir Shaari. Cubaan luar kotak penalti. Mudah ditangkap penjaga gold Arbil SC.

Minit 7 : Satu tandukan kencang menuju gawang gol Kelantan dan ditepis keluar oleh Apek. memberikan corner kick untuk Arbil SC.
Minit 9 : Sepakan sudut kedua. Arbil SC masih menguasai bola. Sepakan sudut ketiga setelah bola ditanduk keluar oleh Sharul Azim.
Arbil SC terus mengasak Kelantan. Kelantan bermain secara defensive.
Minit 12 : Lontaran ke dalam untuk Kelantan. Bola kembali dikuasai oleh Arbil SC. Sepakan sudut untuk Arbil SC lagi sekali dari sudut kiri gol Kelantan.

Minit 13 : Kelantan mengatur serangan. Bola dirampas oleh pertahanan Arbil SC dari Daudsu.
Minit 25 : Tandukan ke arah gol diselamatkan oleh Apek hasil dari tendangan sudut untuk Arbil SC.
Minit 27 : Mafry Balang dikenakan kad kuning setelah menghalang gerakan pemain Arbil SC. Sepakan percuma untuk Arbil SC dari jarak 30 meter tidak menghasilkan ancaman kepada The Red Warriors.
Minit 30 : Kelantan mengatur gerak menerusi Piya. Daudsu membuat hantran kepada Antwi!! Antwi membuat cubaan namun dikawal kemas oleh pertahanan lawan.
Minit 36 : Sepakan percuma untuk Arbil SC dihantar ke tengah. Namun berjaya dikeluarkan oleh Kelantan.
Minit 37 : Akhirnya Apek ditewaskan setelah Arbil SC berjaya menjaringkan gol pertama untuk Arbil SC menerusi satu sepakan drive oleh pemain No. 7 Arbil SC, Halkard Mulla Muhammad dari luar petak penalti..
Minit 41 : Dennis Antwi dijatuhkan di dalam kotak penalti!! Penalti untuk KElantan!! dan diambil oleh Piya!!! GOOOLLLLLLL!!!
Perlawanan masuk ke minit 45...masa tambahan 1 minit diberikan sambil Arbil SC mengasak Kelantan.

Half Time : Kelantan 1 - 1 Arbil SC

Separuh Masa Kedua dimulakan oleh Arbil SC dan terus mengasak ke kawasan Kelantan. Sepakan sudut yang pertama diseparuh masa kedua dari kanan gol Kelantan. Namun tidak mengancam gol Kelantan.
Minit 47 : Piya melakukan satu percubaan tepat ke gawang gol Arbil SC namun ditangkap mudah oleh penjaga gol lawan.
Minit 61: Arbil SC mendapat penalti setelah Daudsu dipersalahkan kerana mengasari penyerang lawan. Arbil berjaya menambah gol ke 2.
Minit 66 : Arbil manjaringkan gol ke 3.
Minit 68 : Afiq Azmi masuk menggantikan Antwi.
Minit 71 : Satu sepakan deras dari luar kotak penalti Kelantan gagal diselamatkan oleh Apek menghasilkan gol ke 4 Arbil SC.
Minit 76 : situasi 1 lawan 1 antara pemain Arbil SC dan Apek. Namun cubaan leret Arbil SC tersasar sedikit saja.
Minit 80 : Jelas Arbil SC mendominasi perlawanan dan membuat satu lagi cubaan yang tersasar ke sisi gol Kelantan.
Minit 83 : Keadaan kelam kabut depan gol Kelantan. Sepakan tepat ke arah gol di selamatkan oleh Mafry Balang. Arbil SC terus mengasak.
Minit 87 : Piya @ Baddri Radzi kelihatan terhincut-hincut ..mungkin mengalami kecederaan namun masih meneruskan tanggungjawabnya memimpin rakan sepasukan.
Minit 90 : Gawang Kelantan teruk diasak. 2 kali cubaan Arbil SC terkena tiang gol. Apek bekerja keras nampaknya.
Minit 90+ : Okine masuk gantikan Azlan.
Minit 90 ++ : Sepakan percuma untuk Arbil SC. Gol lagi. Sepakan terus menuju ke gawang gol Kelantan tanpa dapat disentuh oleh Apek. Kedudukan Arbil SC 5-1 Kelantan.

Full Time : Arbil SC 5 - 1 Kelantan.

Suku Akhir Kedua 25 September 2012 Stadium Sultan Mohamad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More