Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Saturday 27 October 2012

Kedudukan Beira Mar Juniores Liga Remaja Divisyen 2 Portugal.

Pasukan SC Beira Mar U19 atau Beira Mar Juniores mengungguli tahkta Liga Remaja Duvisyen 2 Portugal setelah mengharungi 7 perlawanan dengan 6 kemenangan dan 1 seri. Kemenangan terbaru adalah menewaskan AC Viseu 2-0 dengan Nazmi Faiz menjaringkan gol pertama Beira Mar Juniores pada minit ke 35 sebelum membuat satu assist yang menghasilkan gol ke 2 Beira Mar Juniores pada minit ke 49 oleh Ricardo Tavares. Saksikan video gol jaringan Nazmi Faiz bersama Beira Mar Juniores di blog Fauzi Blues [dot] com | Suara Yang Dilihat.


Friday 26 October 2012

Rio Ferdinand Ucap Selamat Hari Raya.

Rio Ferdinand.. siapa tak kenal Rio Ferdinand? Aku yang tak berapa follow EPL pun kenal Rio Ferdinand. Pemain pertahanan Manchester United, ya..itu la Rio Ferdinand. Tapi korang tau tak Rio Ferdinand ucap Selamat Hari Raya kepada Muslim? Korang boleh tengok gambar Rio Ferdinand ucap Eid Mubarak melalui twitter dia.... Thank you Rio Ferdinand


Thursday 25 October 2012

Senarai Pemain Bolasepak Pasukan Selangor Liga Malaysia 2013.

Liga Malaysia dah melabuhkan tirai. Musim 2012 dilihat agak meriah. Kelantan membuktikan mereka kembali menguasai arena bolasepak Malaysia setelah menggondol kejayaan trebel. Piala Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia. Kesemuanya diraih pada musim 2012. Musim 2012 juga kita disajikan dengan mutu permainan yang dilihat ada peningkatan. Pasukan dari Liga Perdana mampu pergi jauh. Lihat saja Pahang dan ATM. ATM berjaya sampai ke peringkat Final Piala Malaysia 2012 namun terpaksa akur kepada keampuhan barisan pasukan bolasepak Kelantan yang diketuai oleh Piya apabila tewas dengan jaringan gol 3-2 setelah beraksi sehingga 120 minit. Selangor yang mengimpikan kejuaraan Piala Malaysia dengan Misi 33 juga gagal mengekang kehandalan Kelantan. Amri Yahyah mengetuai Selangor pada sebahagian besar musim Liga Super 2012  Kemudian Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim diberi tanggungjawab sebagai kapten Selangor oleh Irfan Bakti di penghujung Liga Super seterusnya sehingga peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2012. Dikhabarkan ramai pemain Selangor musim 2012 akan berhijrah atau digugurkan dari pasukan Selangor untuk musim 2013.

Kita tengok senarai pemain pasukan bolasepak Selangor musim 2013.

PENJAGA GOL.
Norazlan Razali
Sharbinee Alawi
Faizrul Azwan

PERTAHANAN.
Bunyamin Umar
Ramez Dyoub
Asararuddin Putra Omar
Fairuz Abdul Aziz
Nasriq Baharum
Mahali Jasuli
Adib Aizuddin

MIDFIELD.
K.Gurusamy
K.Soley
Shukur Jusoh
Fitri Syazwan
S.Kunanlan
S. Veenod
Kavi Chelan
Raimi Mohd Nor

PENYERANG.
Amri
Afiq Azmi
Forkey Doe
Ramzul Zahini
Wan Hoesne

Sumber: Facebook Page Info Skuad Olimpik Malaysia.


Saturday 20 October 2012

Video [HD] Gol Kelantan vs. ATM Final Piala Malaysia 2012



Gol pertama pasukan Kelantan jaringan Norshahrul Idlan Talaha a.k.a Mat Yo pada minit ke 43.



ATM membalas dengan pantas sebaik separuh masa kedua bermula melalui jaringan gol oleh Rezal Zamri Yahya pada minit ke 49. Jaringan gol terhasil setelah rembatan deras dari luar petak penalti oleh Rezal terkena Nwaneri dan terbiasa seterusnya menerjah jaring gol Kelantan.

Tak sampai seminit Mat Yo mengejutkan skuad ATM dengan jaringan gol mudah sekali lagi setelah menerima lorongan dari Piya seterusnya membuat rembatan rendah dan deras mengatasi Farizal Harun.



Sekali lagi ATM menyamakan kedudukan pada minit ke 62 apabila Marlon Alex James menanduk bola ke dalam gol Kelantan hasil sepakan percuma yang diambil oleh Rezal. Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra pada minit ke 96 masa tambahan. Sekali lagi gol berpunca dari hantaran Piya ke pada Indra yang membuat first timer volley yang sangat cantik menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun. Gol cantik dari Indra Putra.!!!

Video kredit kepada Youtube Buletin Sukan.

Tuesday 16 October 2012

Friday 5 October 2012

Menanti CPUV/BE Baru Dari Nuffnang.

Korang ingat lagi tak entri Buffered Earning Masuk Bertalu-talu? Kalau tak ingat sila la tengok kat SINI. Semalam tamatlah sudah CPUV/BE yang dianugerahkan kat blog ni. So sekarang aku menanti CPUV/BE baru dari Nuffnang lagi. Tak kisah la samada Nuffnang CPUV tu singgah kat blog ni atau singgah kat blog Fauzi Blues [dot] com | Suara Yang Dilihat. Harapan kalau boleh melekatlah CPUV kat blog Fauzi Blues. Senang aku nak maintain....hehehe...apa apa pun terima kasih Nuffnang serta advertisers iaitu Maybank, Legoland & Digi....lain kali bagi la CPUV berbakul-bakul lagi yee....baru la PADU!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 2 October 2012

Jaringan Gol Perlawanan Suku Akhir 2 Selangor vs. Johor FC 2 Oktober 2012 | Piala Malaysia 2012

Perlawanan Suku akhir 2 Piala Malaysia Selangor vs. Johor FC di Stadium Shah Alam berkesudahan Selangor menang 2-1. Selangor layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 dengan agregate 5-2. Lawan Selangor di Separuh Akhir ialah Kelantan yang layak selepas menang dengan agregate 4-3 ke atas Felda United.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kesebelasan Utama Pahang Perlawanan Suku Akhir Kedua Pahang vs. Lions XII Piala Malaysia 2012 | 2 Oktober 2012.

Azamuddin Akil atau lebih dikenali sebagai Alex bernazar akan membotakkan kepala sekiranya berjaya tewaskan Lions XII malam ni. Misi Azamuddin tak mustahil..kita kena ingat dia pernah score kat Stadium Jalan Besar sebelum ni. Kita tengok senarai kesebelasan utama Pahang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia Pahang vs. Lions XII.

Jalaluddin (K)
Saifulnizam
Kochkin
Maycon
Azamudin
Zaiza
Fauzi
Shahrizan
Hafiz
Wan Azraei
Gopinathan

Published with Blogger-droid v2.0.8

Live Update & Kesebelasan Utama Negeri Sembilan Perlawanan Suku Akhir Kedua Negeri Sembilan vs. ATM Piala Malaysia 2012 | 2 Oktober 2012.

Nampaknya Syakir Ali tak disenaraikan dalam kesebelasan utama Negeri Sembilan dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia Negeri Sembilan vs. ATM.
Kita tengok kesebelasan utama Negeri Sembilan untuk perlawanan malam ni.

Farizal Marlias (PG)
Kunanlan
Farbak
Shukor (K)
Azmeer
Shahurain
Ismaidham
Alif
Thanaraj
Izuwan
Effa Owona

Negeri Sembilan score minit ke 7. Jaringan oleh Alif. Negeri Sembilan 1 - 0 ATM

Aidil jaring gol penyamaan untuk ATM minit ke 10

Minit 44 ATM score lagi. Kali ni melalui Marlon Alex James.

Minit 58 Marlon score lagi satu gol. ATM 3-1 NS.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kesebelasan Utama ATM Perlawanan Suku Akhir Kedua ATM vs. Negeri Sembilan Piala Malaysia 2012 | 2 Oktober 2012.

Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2012 akan berlangsung serentak kejap lagi. Game ATM vs. Negeri Sembilan akan berlangsung kat Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi. Kiranya Negeri Sembilan beraksi depan penyokong sendiri dengan misi mencari kelebihan 2 gol untuk layak ke separuh akhir. ATM pulak hanya perlu seri. Skuad ATM takde masalah untuk turunkan kesebelasan terbaik. Tiada kecederaan atau penggantungan pemain. Negeri Sembilan pasti akan main bermati-matian. Adakah kita akan saksikan sekali lagi gol cantik dari Syakir Ali? Adakah Farizal Harun akan melepaskan gol mudah setelah rakan lain menjaringkan gol kemenangan?

Kita tengok senarai kesebelasan utama ATM dalam Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia.

Farizal Harun (PG)
Azmi Muslim
Aidil Zafuan
Irwan Fadli
K. Reuben
Christie Jeyaseelan
Bruno
Rezal Zambri
Zaquan Adha
Hairudin Omar (K)
Marlon Alex James.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More