Saturday 6 August 2011

Safiq Rahim ke Persija Jakarta, Amirul Hadi ke Jepun






Sejak 2 hari lepas info pasal Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim akan ke Persija Jakarta. Memang dah agak kecoh jugak pasal perpindahan Safiq Rahim ke Persija Jakarta. Kalau diikutkan, info ni dah disahkan oleh orang kuat dalam FAS. Gua pun apa lagi, terus la pm Safiq Rahim kat Facebook. Gua rasa elok gua tanya Safiq Rahim terus. Setakat entri ni ditulis, Safiq Rahim belum respon pertanyaan gua pasal perpindahan dia ke Persija Jakarta. Tapi kalau confirm, Safiq akan jadi player Harimau Malaya yang ke-2 gerak main pro kat Indonesia.



Lagi satu info yang gua dapat, Amirul Hadi Zainal, player Harimau Malaya yang juga player The Red Giants, Selangor sedang di usha oleh kelab dari Jepun & Indonesia. Lagi sekali, info ni gua tak dapat nak pastikan kebenarannya. Gua nak tanya terus kat Amirul Hadi, gua tak friend dengan dia kat Facebook tu. Tapi kalau betul la kelab dari Jepun & Indonesia minat nak sign Amirul Hadi, gua memang sangat setuju kalau dia gerak. Pada gua elok Amirul Hadi gerak pergi Jepun. Bukan nak kata League Indonesia tak bagus, tapi pada gua biarlah Amirul Hadi jadi player Malaysia yang main pro kat Jepun tu. Kat Indonesia, Safee Sali dah main pro. Insyaallah lepas ni, Safiq Rahim join main kat Indonesia pulak. Amirul Hadi elok la main kat Jepun. Develope & asah skill dari J-League. Nanti bila diorang main untuk Malaysia, pasti mantap.


Gua memang sangat sokong player Harimau Malaya gerak main pro kat obersea. Bukan maksud Liga Malaysia tak bagus, tapi kalau semua player main domestic league, level player dalam Harimau Malaya tu nanti semua sama je. Kita boleh tengok performance Safee Sali sejak main pro kat Indonesia makin mantap. Kalau boleh biar ramai lagi player bola dalam Malaysia ni main kat obersea. Tak payah la nak naturalisasi kan foreigners supaya boleh main untuk Malaysia. Lagipun kalau korang selidik, ada rakyat Malaysia yang memang dah main kat obersea sejak dulu sampai skang. Kat Jepun ada sorang budak Malaysia (budak cine) main kat kelab remaja kat sana. Siap dihantar trainning kat Brazil lagi, kelab Jepun hantar. Kat England pun ada, 2 orang kalau tak silap gua. Kat US ada sorang, Wan Kuzain tengah main dengan kelab remaja liga amatur kat sana. So elok la Safiq Rahim & Amirul Hadi gerak main kat luar.

Gua pulak berangan-angan agar anak gua jadi pro football player. Sejak gua bujang lagi, gua teringin kalau dah ada anak nanti nak galakkan anak gua main bola. Maklumla, gua ni memang addicted to football...hehehe...tapi sampai skang, gua tak nampak anak-anak gua minat nak main bola. Dua-dua pulak tu...hmmmm..maybe sebab gua pun dah tak main bola sangat dah kot....

3 comments:

bagus jugak kalau si mirul ni pegi jepun. dye ade bakat.

kena slalu gilap ...kalau nak kasut sentiasa kilat..kena la slalu gilap kan...sama mcm main bola, kalau berbakat cuma tggl nak gilap je la...

Mutu bolasepak tanah air semakin berkembang..
p/s: Sori komen tak dapat nak papar la awak.. terclash dengan IntenseDebate dalam blog. :)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More