Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Spain. Show all posts
Showing posts with label Spain. Show all posts

Saturday, 23 June 2012

Gambar Jaringan Gol Spain vs. France EURO 2012.

Perlawanan Quarter Final EURO 2012 Spain vs. France telah yang berlangsung awal pagi tadi. Seperti biasa perlawanan yang melibatkan pasukan Spain pasti berat sebelah memandangkan penguasaan bola lebih kepada pasukan Spain yang mengamalkan corak permainan hantaran bola pendek dan tepat yang lebih mudah untuk dikawal. Kecuali perlawanan Spain vs. Italy yang melihatkan perlawanan seimbang setelah corak permainan Italy tidak lagi banyak bertahan tetapi menyerang. Menyerang adalah pertahanan terbaik!!

Perlawanan Spain vs. France berakhir dengan kemenangan 2 - 0 kepada Spain. Kedua-dua jaringan gol dijaringkan oleh Midfielder Spain yang mendapatkan caps ke-100 mewakili Spain, Xabi Alonso. Gol pertama Spain dijaringkan pada minit ke 19 melalui tandukan setelah Jordi Alba membuat satu hantaran lintang dari sebelah kanan gol France tepat kepada Xabi Alonso yang berlari tanpa dikawal di sebelah kiri gol France. Tandukan Xabi Alonso ke gawang kanan gol France gagal ditepis penjaga gol France, Lloris terus menerjah jaring.

Manakala gol kedua Spain dijaringkan melalui sepakan penalti juga oleh Xabi Alonso pada minit ke 89. Penalti diperolehi setelah Riviellere menjatuhkan Pedro di dalan kawasan petak penalti. Spain akan bertemu Portugal di peringkat semi final EURO 2012 pada Rabu nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 30 May 2012

David Villa Tak Main EURO 2012.

Merujuk kepada entri sebelum ni mesti ada yang perasan nama striker Barcelona iaitu David Villa takde dalam senarai skuad kendalian Vicente del Bosque. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa David Villa tak main EURO 2012.

Korang ingat lagi tak kecederaan yang David Villa alami masa perlawanan akhir World Club Cup menentang Al-Sadd bulan Disember 2011 lepas? Perlawanan yang dimenangi oleh Barcelona FC dengan jaringan 4-0 juga menyaksikan David Villa mengalami kecederaan patah tulang kering kaki kirinya.

Sejak Disember 2011 juga David Villa tak sentuh bola. Boleh dikatakan kecederaan yang dialami David Villa agak teruk. Hampir 6 bulan selepas kejadian tu, David Villa masih tak yakin untuk kembali cergas dan beliau telah memaklumkan kedudukan beliau kepada del Bosque baru-baru ni....

So...korang dah paham dah kenapa nama David Villa tak tersenarai untuk EURO 2012 nanti?.. del Bosque meletakkan sandaran kepada Fernando El Nino Torres sebagai peledak jaringan gol pada EURO 2012 edisi ke 14 ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 29 May 2012

EURO 2012 & Senarai Skuad Sepanyol EURO 2012.

Kejohanan bolasepak tahap tertinggi di benua Eropah iaitu UEFA European Football Championship 2012 atau lebih dikenali sebagai EURO 2012 oleh peminat bolasepak seluruh dunia. Kejohanan edisi ke 14 ni buat pertama kalinya akan dianjurkan oleh dua buah negara.

Tournament yang dianjurkan oleh UEFA ni akan dihoskan oleh 2 negara iaitu Poland dan Ukraine bermula pada 8 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012. Pertama kali dihoskan oleh kedua-dua negara setelah diputuskan oleh UEFA pada tahun 2007. Edisi kali ni juga adalah edisi terakhir disertai oleh 16 pasukan bertanding. Pada edisi akan datang iaitu edisi ke 15 yang akan diadakan pada 2016, sebanyak 24 pasukan layak untuk bertanding pada pusingan akhir EURO 2016.

Disertakan bersama entri ni adalah senarai akhir pemain pasukan juara edisi ke 13 tahun 2008 yang juga juara bertahan, Sepanyol.

SENARAI AKHIR PEMAIN SEPANYOL EURO 2012.

Goalkeeper.
Iker Casillas (Real Madrid)
Victor Valdes (Barcelona)
Jose Manuel Reina (Liverpool)

Defender.
Jordi Alba (Valencia)
Raul Albiol (Real Madrid)
Alvaro Arbeloa (Real Madrid)
Sergio Ramos (Real Madrid) Juanfran (Atletico Madrid)
Gerard Pique (Barcelona)
Javi Martinez (Athletic Bilbao)

Midfield.
Xavi (Barcelona)
Andres Iniesta (Barcelona)
Sergio Busquets (Barcelona)
Cesc Fabregas (Barcelona)
Xabi Alonso (Real Madrid)
Silva (Manchester City)
Santi Cazorla (Malaga)
Jesus Navas (Sevilla)
Juan Mata (Chelsea)

Striker.
Fernando Llorente (Athletic Bilbao) Fernando Torres (Chelsea)
Alvaro Negredo (Sevilla)
Pedro (Barcelona).
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More