Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts
Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts

Saturday, 22 September 2012

Video Harimau Muda tewaskan Woodlands Wellington FC 2-1.

Malam ni Harimau Muda menentang Woodlands Wellington FC dalam perlawanan pusingan 2 Liga Singapore. Kita tengok dulu perlawanan pusingan pertama Liga Singapore yang menyaksikan Harimau Muda kalahkan Woodlands Wellington FC 2-1. Untuk live update perlawanan Harimau Muda vs. Woodlands Wellington FC 22 September 2012 sila klik SINI.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, 9 September 2012

Video K.Ruben Jaringkan Gol Kemenangan Harimau Muda Pada Piala SCTV 9 September 2012.

Perlawanan Malaysia U22 lawan Indonesia U22 yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno dan telah tamat dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia U22. K.Ruben menjadi wira negara apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan Malaysia U22. Satu sepakan padu dan kencang menggegar jaring gol pasukan Indonesia U22 pada minit ke 43 perlawanan mengesahkan Malaysia U22 menewaskan Indonesia U22 dengan jaringan 1-0. Saksikan klip video jaringan K.Ruben dalam perlawanan yang menyaksikan Malaysia U22 membaham Indonesia U22 kat blog baru aku Fauzi Blues. Klik Sini Untuk Tengok Klip Video Jaringan Gol Kemenangan Malaysia U22 Yang Dijaringkan Oleh K.RUBEN.

Tuesday, 3 July 2012

Cuit Sikit Sang Harimau.

Game penentuan halatuju team Malaysia U22 dalam kempen Kelayakan Piala Asia U22 menyaksikan kita tewas di tangan team tuan rumah, Myanmar U22. Keputusan tewas 2-1 memang mengecewakan. Apa tidaknya, hanya kemenangan yang menjanjikan satu slot secara automatik ke Piala Asia 2013 gagal dicapai. Aku juga kecewa.

Aku kecewa dengan corak permainan yang ditampilkan. Corak permainan hantaran jauh tidak lagi relevan. Dan pendapat aku kekuatan sebenar team bolasepak Malaysia, tak kira la Harimau Malaya atau Harimau Muda, adalah hantaran pendek. Dah beberapa game aku tengok bila main long pass, kita out. Dulu kelebihan team Malaysia adalah counter attack. Tapi sampai bila kita nak main macam tu? Corak permainan bolasepak yang padu telah ditunjukkan oleh skuad Barcelona FC dan skuad Spain. Ball posession. Kesabaran dan keyakinan diri adalah kunci kepada corak permainan ball possession. Dalam melaksanakan corak permainan sebegini, kualiti kawalan bola setiap pemain mesti sentiasa berada ditahap tertinggi. Mesti sentiasa bergerak. Pantas berfikir dan membuat keputusan. Aku bukan nak jadi lebih pandai dari Coach Ong Kim Swee. Aku tak de sijil kelayakan sebagai jurulatih. Sebagai juruletih tu kompom laa..haha.. Dalam hal taktikal pasukan, aku yakin Coach OKS lebih arif. Sorry Coach. Aku cuma nak bagi pendapat aku.

Aku nak sentuh sikit pasal kekuatan mental pemain. 2 gol yang dijaringkan pasukan Myanmar U22 tadi berpunca dari kesilapan di bahagian Midfield. Lantas memberi padah kepada defender dan goalkeeper. Seterusnya menghukum skuad kita. Kenapa aku cakap puncanya kat Midfield? Passing yang nampak sangat tak yakin dan takut takut untuk menghantar bola kepada rakan menyebabkan bola mudah dirampas oleh opponent. Kurang keyakinan diri dalam diri pemain. Mudah..Kalau keyakinan diri tinggi dan percaya apa yang ingin dilakukan tu adalah betul dan tepat, permainan korang pasti meletup!! Mungkin orang akan kata "cakap senang la bro...lu main la tengok..boleh ke tak boleh.." Ok..aku cakap macam tu sebab korang dah tunjuk dan buktikan banyak kali. Last skali korang tunjuk masa lawan Qatar U22 kat Shah Alam. Korang banyak main short pass.

Sedikit persoalan timbul. Kenapa formasi yang menghasilkan kemenangan ditukar? Solo striker? 5 Midfield? Maybe Coach OKS tau apa yang dibuat. Pastinya dia dah buat homework. Itu kerja dia. Tanggungjawab dia. Dan dia lebih kenal team dia. Kita sebagai penyokong harus terima keputusan yang beliau buat. Apa yang kita boleh buat adalah bagi pendapat. Aku yakin bukan semua pendapat dia terima dan bukan semua pandangan kita OKS tolak. Tetapi pendapat dan pandangan kita kena la rasional. Bagi pandangan yang membina dan membantu beliau.

Perbaiki dan tingkatkan keyakinan diri, kecergasan dan kemahiran. Size doesn`t matter sekarang ni. Spain dah buktikan. Tiki-taka proven. Ada yang kata tiki taka boring. But still its a beutiful ball possession game. Dan kejayaan dicapai melaluinya. Aku juga agak terkejut dengan cara permainan Myanmar U22 tadi. Hampir menyamai tiki taka. Tadi memang aku mengharapkan corak permainan hantaran pendek diamalkan oleh Malaysia U22. KITA MAMPU MAIN CORAK ITU. Dan ianya harus sentiasa dipolish.

Entri ni bukan untuk aku kondem skuad Harimau Muda kita. Juga bukan untuk bantai Harimau Malaya. Bukan untuk tunjuk pandai dari OKS atau Rajagobal. Tapi hanya cuba untuk membantu dan memberi pandangan kerana mungkin ada yang kurang dilihat atau terlepas pandang oleh mereka yang terlibat dengan skuad bolasepak negara. Aku sayang Harimau Muda. Aku sayang Harimau Malaya. Aku peminat bolasepak berdarah Malaya. Aku bukan berdarah Italy, Spain, France, England atau Jerman. Aku tak pernah bangga apabila Spain jadi juara EURO atau WORLD CUP. Walaupun aku meminati pasukan Spain. Aku juga tak kecewa bila Italy tewas walaupun kagum dengan karisma Pirlo. Aku yakin skuad Malaysia juga pasti bangga apabila menang sebab bawa kejayaan untuk rakyat Malaysia. Dan aku juga pasti diorang sedih apabila memberi kekecewaan kepada kita.

Tapi yakinlah bahawa aku pasti bangga bila MALAYSIA menang dan aku akan kecewa bila MALAYSIA tumbang. Namun, sokongan aku akan terus bersama HARIMAU MALAYA kerana MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU!!!

Pesanan kepada majalah hiburan dan suratkhabar tabloid: Tolong jauhi permata baru yang digilap. Pendekatan korang boleh mencalarkan permata seperti mana yang korang buat kepada Nazmi Faiz dan Syahul Azwari. Diorang masih muda. Diorang perlukan guidance bukan dimomokkan dengan berita tanpa asas dari korang. Korang terus la siarkan berita pasal seks, pembunuhan, siarkan selebriti bergambar separuh bogel kat kolam.renang. Sebab itu yang korang suka demi melariskan jualan majalah dan suratkhabar tabloid korang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 2 July 2012

Piala Asia U22 | Harimau Muda Tenang Hadapi Perlawanan Penentuan.

Perlawanan terakhir bagi menentukan 2 pasukan dari Kumpulan G yang akan layak ke Pusingan Akhir Piala Asia B22 antara Malaysia U22 vs. Myanmar U22 bakal berlangsung malam ni. Keputusan perlawanan ini akan menentukan pasukan mana yang akan mengiringi Korea Selatan ke kejohanan yang akan diadakan kali pertama ini tahun depan. Pastinya satu perlawanan getir menanti Harimau Muda. Namun, kelihatan Harimau Muda tenang hadapi perlawanan penentuan ini.

Walaupun berita yang agak panas dan kontroversi sedang diperkatakan berkaitan Myanmar U22 menggunakan khidmat pemain melebihi umur 22 tahun, pasukan Malaysia U22 tetap menjalani latihan seperti biasa. Perlawanan menentang Myanmar U22 akan dihadapi dengan kemenangan menjadi matlamat mereka. Kyaw Ko Ko dan Kyaw Zayar Win adalah pemain yang telah beraksi pada Sukan SEA lalu dan masing-masing berumur 25 tahun dan 23 tahun. Pesanan kami dari Malaysia agar skuad Harimau Muda bermain dengan matlamat mencari kemenangan. Usah dipeduli dengan perkara remeh tu. Kami di Malaysia sentiasa sokong anda. Demi tanah tumpah darah kita, hancurkan musuh mu!!

Skuad Malaysia U22 menjalani latihan dengan tenang tanpa tekanan. Pihak kedutaan Malaysia di Myanmar juga menjemput skuad Malaysia U22 menjamu selera makanan Malaysia di Hotel Mikasa.

Pihak Astro Arena akan membuat siaran secara langsung perlawanan Malaysia U22 vs. Myanmar U22. Perlawanan akan bermula tepat jam 7:45 malam waktu Malaysia dan akan disiarkan melalui channel 801. Insyaallah blog ini akan menyediakan keputusan semasa dan terkini perlawanan Malaysia U22 vs. Myanmar U22 kalau ada permintaan.

Sumber gambar dari page ESPNSTAR.MY
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 30 June 2012

Rozaimi Diintai Kelab Thailand dan Kelab Eropah Serta Gambar Perlawanan Malaysia U22 vs. Vietnam U22.

Perlawanan di antara Malaysia U22 vs. Vietnam U22 yang selesai semalam adalah perlawanan keempat dalam kempen Kelayakan Piala Asia B22. Kejohanan Piala Asia B22 yang akan diadakan tahun hadapan adalah kejohanan peringkat bawah umur 22 tahun kali pertama diadakan. Perlawanan diantara Malaysia U22 vs. Vietnam U22 yang berkesudahan Malaysia U22 berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan gol 3 - 0.

Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh pemain Midfield berasal dari Sabah, tetapi Coach Ong Kim Swee meletakkan Rozaimi Abdul Rahman sebagai Striker pasukan Malaysia U22. Percaturan Ong Kim Swee menjadi sepanjang kempen Kelayakan Piala Asia B22 selepas mengharungi empat perlawanan apabila Rozaimi yang bermain sebagai Striker disenaraikan sebagai pemain utama skuad Malaysia U22 telah menjaringkan 9 gol dari 3 perlawanan beliau diturunkan. Jaringan hatrik yang dijaringkan oleh Rozaimi semalam adalah hatrik yang kedua dalam kempen kelayakan ini setelah melakukannya kali pertama ketika menumpaskan Filipina U22 Khamis lalu. Jumlah jaringan gol yang dijaringkan Rozaimi meletakkan Rozaimi sebagai pendahulu senarai penjaring gol terbanyak Kelayakan Piala Asia U22setakat ini. Kelincahan, keupayaan dan kemahiran Rozaimi menyebabkan beliau mengalami sedikit kecederaan pada bahagian muka setelah beliau disiku oleh pemain Vietnam U22 dalam perlawanan semalam. Dikhabarkan juga kelab bolasepak dari Thailand iaitu BEC Tero Sasana dan satu kelab dari Eropah mula mengintai beliau. Namun masih belum mendapat apa-apa pengesahan rasmi dari pihak pengurusan Harimau Muda. Semestinya pencapaian Rozaimi ini sukar diperolehi sekiranya tiada kerjasama dari rakan sepasukan yang lain. Komitmen yang diberikan oleh rakan sepasukan yang diketuai oleh Kapten Harimau Muda, Irfan Fazail sangat tinggi demi memastikan pasukan Malaysia U22 atau lebih dikenali sebagai Harimau Muda mencapai kemenangan yang diperlukan sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia B22 tahun depan.

Sumber gambar dari ESPNSTARMY dan Fanpage Rozaimi Abdul Rahman Official.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 28 June 2012

Keputusan Terkini Perlawanan Asia Cup U22 Malaysia U22 vs. Taiwan U22.

Memandangkan tiada siaran langsung di tv atau live streaming di mana-mana website kerana kekurangan infra di Stadium Aung San, Myanmar. Aku akan cuba update keputusan terkini Asia Cup U22 perlawanan Malaysia U22 vs. Taiwan U22. Aku akan dapatkan kedudukan terkini dari pelbagai sumber. Rajin-rajin singgah dan refresh blog Pesta Irama Jiwa ni ye... Gambar player Malaysia tu adalah gambar sebelum memulakan latihan di Stadium Aung San semalam.

Update pertama, Jam 4:00 petang. Kira-kira satu jam sebelum perlawanan bermula, diberitakan cuaca di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar mendung dan hujan.

20 minit sebelum perlawanan bermula. Senarai skuad Malaysia U22 vs. Taiwan U22. Irfan Fazail (C), Izham Tarmizi (GK), Fandi Othman, Shahrul Saad, Fadhli Shas, Nazirul Naim, Azrif Nasrulhaq, Gary Steven Robbart, Saarvindran, Shahrul Azwari, Mohd Rozaimi

Minit ke 7, gol pertama untuk pasukan Malaysia U22 dijaringkan oleh penjaring terbanyak skuad Malaysia U22 setakat ini, Rozaimi!!!!

Perlawanan sudah masuk minit ke 26. Kedudukan masih kekal Malaysia U22 mendahului Taiwan U22 1-0. Manakala satu lagi perlawanan Veetnam U22 mendahului Filipina U22 juga dengan jaringn yang sama 1-0.

GOLLLL!!! Gol kedua untuk pasukan Malaysia U22. Jaringan gol sendiri oleh pemain Taiwan U22 jersi no.24 Ciow Yi Huang pada minit ke 32.

Gol lagi...!!! Jaringan gol yang ke 3 untuk perlawanan ini dari Rozaimi pada minit ke 40!!!

tepat 5:30petang Half-time. Kedudukan still Malaysia U22 3 - Taiwan U22.

Perlawanan separuh masa kedua Malaysia U22 vs. Taiwan U22 dah bermula jam 5:45 petang

Minit ke 50 pemain no.10 Hsieh Ming Hsuan Taiwan U22 menjaringkan gol pertama untuk Taiwan U22.

Minit ke 55, Ong Kim Swee membuat pertukaran pertama dengan memasukkan seorang penyerang dari Kuala Lumpur, Hazwan Bakri bagi menggantikan Wan Zaharulnizam a.k.a Kecik.

Minit ke 65, pemain yg akan ke SC Beira-Mar, Nazmi Faiz Mansor masuk menggantikan Gary Steven Robbart.

Perlawanan sudah masuk minit ke 76. Kedudukan masih kekal Malaysia U22 3 - Taiwan U22 1.

Saarvindran yang juga penjaring gol ke 7 perlawanan menentang Filipina U22 menjaringkan gol ke 4 Malaysia U22 pada minit ke 78!!!!

Pertukaran terakhir yang dibuat oleh Ong Kim Swee pada minit ke 79 dengan menggantikan penjaring gol terbanyak skuad Malaysia U22 Rozaimi Abdul Rahman. Digantikan oleh Azizzan Nordin.

Taiwan U22 merapatkan jurang gol dengan jaringan gol ke 2 oleh pemain no.12 Wen Chih Hao pada minit ke 92. Sementara Vietnam U22 mendahului Filipina U22 dengan jaringan gol 9-0!!!

Perlawanan tamat jam 6:33 petang waktu Malaysia dengan kemenangan kepada skuad Malaysia U22 4 gol menewaskan Taiwan U22 2 gol...

Insyaallah ada peluang aku akan update lagi untuk game melibatkan skuad negara...Terima kasih semua yang sudi singgah!!! Kita masuk padang dia cuma pandang-pandang, Kita tunjuk belang dia lari lintang pukang!!!

Sumber info dari Saudara Wan Fakhrul Wartawan Sukan Berita Harian.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 27 June 2012

Sah! Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal ke Jepun.

Beberapa bulan lepas desas-desus berkaitan dua pemain dari skuad Harimau Muda bakal dipancing kelab bolasepak dari Jepun. Kelab yang dimaksudkan itu adalah FC Ryukyu, sebuah kelab yang berpengkalan di daerah Okinawa, Jepun. FC Ryukyu yang beraksi di Divisyen 3 Liga Jepun menerusi wakil mereka iaitu Japan Dream FA mula menemui Ong Kim Swee pada perlawanan kelayakan Olimpik Malaysia vs. Jepun di Jepun menyatakan bahawa mereka berminat untuk menawarkan ujian kepada Wan Zaharulnizam. Ong Kim Swee mencadangkan agar Wan Zack Haikal turut diuji oleh FC Ryukyu. Kini, sah! Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal ke Jepun pada 12 Julai 2012 hingga 28 Julai 2012 untuk menjalani ujian pemilihan di sana. Perkara ini telah disampaikan sendiri oleh Ong Kim Swee kepada pihak ESPNSTAR.

Satu lagi perkembangan yang amat baik untuk bolasepak Malaysia. Setelah beberapa pemain seperti Nazmi Faiz Mansor yang berjaya mengikat kontrak 3 tahun bersama kelab dari Portugal, SC Beira-Mar dan Ariff Zulkilfy yang beraksi di New Zealand serta beberapa lagi pemain yang telah mula membuka mata kelab antarabangsa. Dengan perkambangan ini juga diharap bolasepak Malaysia maju dan menaikkan ranking Malaysia sekaligus kembali menjadi gergasi bolasepak di Asia seterusnya layak ke peringkat akhir Piala Dunia. Siapa tahu suatu hari nanti cita-cita kita akan tercapai kan....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 26 June 2012

Selepas Tewaskan Filipina U22 7-0, Skuad Malaysia U22 Tak Turun Berlatih.

Petang esok jam 4:45 petang, skuad Malaysia U22 akan mengharungi perlawanan ke 3 dalam pusingan kelayakan Piala Asia U22. Perlawanan Malaysia U22 vs. Taiwan U22 esok dijadualkan akan diadakan di Stadium Aung San, Mynmar. Namun berita bertiup kencang selepas Malaysia U22 tewaskan Filipina U22, skuad Malaysia U22 tak turun berlatih.

Skuad Malaysia U22 diberi cuti satu hari oleh pihak pengurusan skuad bolasepak Malaysia U22. Cuti yang diberikan kepada skuad Malaysia U22 ada sebagai satu cara untuk memberi peluang kepada pemain-pemain melegakan tekanan mental dan fizikal setelah mengharungi 2 perlawanan. Dengan jadual perlawanan dan latihan yang padat ditambah lagi perlawanan yang mereka hadapi di dalam keadaan cuaca yang panas. Pihak pengurusan berpendapat pemain harus diberi sedikit kelonggaran sebelum mrnghadapi baki 3 perlawanan akan datang.

Pemain skuad Malaysia U22 diberi peluang bersiar-siar dan mendapatkan sedikit ole-ole di sekitar Yangon, Myanmar untuk dibawa pulang ke tanahair. Dalam satu temuramah wartawan Astro Arena bersama pemain pertahanan Fadhli Shas dan Shahrul Saad menyatakan cuti yang diberikan benar-benar memberi sedikit kelegaan kepada pemain dalam persediaan menghadapi perlawanan akan datang. Rozaimi pula kelihatan enjoy sambil petik gitar......

Pesanan kami di tanahair..."cuti..cuti juga...jalan jalan..pun kena beringat..jangan leka esok dah la ye..."....heheheeh

Sumber Nadi Arena. Gambar pun petik dari depan tv je... ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 25 June 2012

Gambar Ultras Malaya di Stadium Yangoon, Myanmar.

Skuad Malaysia U22 yang bangkit setelah tewas di tangan Korea Selatan U22, menjadikan skuad Filipina U22 mangsa setelah meratah Filipina U22 dengan jaringan gol 7-0 semalam. Dalam perlawanan tersebut menyaksikan Rozaimi menjaringkan 4 gol. Salam perlawanan Malaysia U22 vs. Filipina U22 itu juga kelihatan kelibat komrad Ultras Malaya di Stadium Yangoon, Myanmar.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Gambar Penjaring Gol Malaysia U22 vs. Filipina U22.

Seperti yang kita sedia maklum pasukan bolasepak Malaysia U22 yang diketuai oleh Irfan Fazail telah berjaya menewaskan Filipina U22 dengan berpesta gol 7-0!! Jom kita kenali wajah-wajah dan gambar penjaring gol Malaysia U22 vs. Filipina U22 dalam perlawanan tadi. Seterusnya kita tengok kedudukan terkini Malaysia U22 selepas dua perlawanan kelayakan Piala AFC Kumpulan G. Perlawanan ketiga akan berlangsung pada 28 Jun 2012 menentang pasukan Taiwan U22. Gambar-gambar kredit dari page Facebook Bolasepak Malaysia dan Hidup Bolasepak Malaysia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC Malaysia U22 vs. Filipina U22.

Minit ke 80, Malaysia U22 mendahului Filipina U22 dengan jaringan 6-0!! Skuad Harimau Muda umpama meratah The Azkals cukup-cukup, bangkit setelah tewas kepada Korea Selatan U22 2-3 Sabtu lalu. Keputusan perlawanan Kelayakan Piala AFC Malaysia U22 vs. Filipina U22 sehingga minit ke 80, pemain kelahiran Sabah, Rozaimi telah menjaringkan 4 gol. Gol pertama dijaringkan Rozaimi pada minit ke 3. Pada minit ke 32, Fandi Othman menjaringkan gol ke 2. Sekali lagi Rozaimi meledak gol ke 3 pasukan pada minit ke 35 manakala Wan Zaharul Nizam a.k.a Kecik menjaringkan gol ke 4 pada minit ke 40.

Setelah Malaysia U22 mendahului 4-0 pada separuh masa pertama, Rozaimi melengkapkan hatriknya pada minit ke 69 melalui sepakan penalti sekaligus gol ke 5 Malaysia U22. Pada minit ke 74 sekali lagi Rozaimi menjaringkan gol ke 6.

Malaysia U22 menamatkan perlawanan dengan penuh gaya apabila berjaya menewaskan Filipina U22 dengan jaringan 7-0 setelah D.Saarvindran menjaringkan gol pada minit 90+2. Manakala Korea Selatan U22 juga menamatkan perlawanan dengan menewaskan skuad Taiwan U22 8-1. Sebagai makluman, Taiwan U22 menewaskan Filipina U22 5-1 pada perlawanan pertama mereka pada Sabtu lepas.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 19 June 2012

Senarai Pemain Malaysia U22 ke Kelayakan Piala Asia.

Setelah beberapa siri perlawanan persahabatan yang diharungi selepas menjuarai pingat emas Sukan SEA oleh skuad bimbingan Ong Kim Swee antaranya perlawanan yang diadakan di Slovakia, Hungary, China dan yang terakhir di Stadiun Shah Alan menentang Qatar U22. Perlawanan menentang skuad China U22 di China berkesudahan tewas 0-1 dan yang terbaru menewaskan Qatar U22 2-0 juga menyaksikan Nazmi Faiz dilayangkan merah kerana menumbuk Kapten Qatar U22, Abdelkarim. Abdelkarim juga menerina nasib yang sama setelah membuat serangan balas kepada Nazmi Faiz. Akhirnya senarai pemain Malaysia U22 ke Kelayakan Piala Asia yang akan diadakan di Mynmar telah pun dikeluarkan.

Difahamkan beberapa pemain telah digugurkan akibat kecederaan. Salah sorang pemain yang digugurkan adalah Zubir Azmi. Coach Ong Kim Swee optimis dengan skuad yang akan membawa cabaran di Kelayakan Piala Asia ini. Beliau yakin skuad ini boleh pergi jauh.

Beberapa jurulatih dari negara luar juga mula membuka mata dengan prestasi dan corak permainan skuad muda Malaysia ini. Antara jurulatih tersebut adalah Jurulatih Skuad U23 Jepun dan Jurulatih Qatar U22.

Takashi Sekizuka, Coach Japan U23 menyatakan Malaysia akan menjadi gergasi bolasepak Asia dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Manakala Coach Qatar U22, Allain Perrin mengakui terkejut dengan prestasi dan corak permainan mantap serta teratur yang ditunjukkan skuad Malaysia U22 selepas perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam ahad lepas.

Skuad Malaysia U22 akan memulakan pertandingan menentang Korea Selatan Sabtu, 23 Jun 2012 jam 3:15 petang waktu Mynmar. Sama-sama la kita bagi sokongan dari jauh. Diharapkan juga ada siaran secara langsung perlawanan melibatkan Malaysia U22 nanti. Dapat live streaming Malaysia U22 kat Internet pun ok. Berikut adalah senarai pemain Malaysia U22 ke kelayakan Piala Asia Mynmar:

Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D. Saarvindran, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azzizan Nordin, Muhamad Ilham Amirullah Razali, Ashri Chuchu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa, Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 17 June 2012

Punca Nazmi Faiz Dilayangkan Kad Merah.





Perlawanan persahabatan antara Malaysia U22 vs Qatar U22 berlangsung di Stadium Shah Alam jam 4:30petang semalam. Perlawanan yang dijadualkan menentang skuad bolasepak Timor Leste telah dibatalkan dan skuad Qatar U22 sudi untuk menyahut jemputan Malaysia. Keputusan perlawanan berpihak kepada skuad Malaysia U22 yang diketuai oleh Irfan Fazail dengan jaringan 2-0. Kedua-dua jaringan dihasilkan daripada sepakan freekick yang diambil secara terus oleh Irfan Fazail menghasilkan gol pertama. Manakala gol kedua juga dari sepakan susulan Rozaimi setelah sepakan percuma yang diambilnya mengenai benteng pertahanan Qatar U22. Nazmi Faiz hanya beraksi selama hampir 40 minit sahaja setelah Nazmi Faiz dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dari Malaysia, Nagor Amir Noor Mohamed. Punca Nazmi Faiz dilayangkan kad merah setelah beliau menumbuk Kapten Qatar U22, Abdelkarim Hassan.


Kejadian berlaku setelah Nazmi Faiz berang apabila Abdelkarim melakukan sliding tackle yang agak keras dan berbahaya sambil mengangkat tinggi kakinya. Nazmi yang berada di bahagian tengah padang telah membuat satu hantaran yang cantik ke sebelah kanan padang untuk rakan sepasukan, Azrif Nasrulhaq, telah meluru dan terus menumbuk pemain Qatar U22 tersebut. Abdelkarim itu juga dilayangkan kad merah setelah melakukan tumbukan balas terhadap Nazmi Faiz dan ianya jelas dilihat oleh pengadil perlawanan.


Dikatakan Coach Ong Kim Swee agak terkejut dengan tindakan Nazmi Faiz. Namun beliau menyedari ada sesuatu yang tak kena pada emosi Nazmi Faiz sejak pagi lagi. Ini dikatakan ada kena-mengena dengan satu siaran akhbar tabloid yang mengatakan bahawa Nazmi Faiz seorang playboy!!!??? Mungkinkah itu punca emosi Nazmi Faiz terganggu dan seterusnya menjadi punca Nazmi gagal mengawal emosi semasa perlawanan lantas menumbuk pemain Qatar U22??


Mungkin juga... Ada juga yang mengatakan Nazmi Faiz besar kepala setelah ditawarkan kontrak bermain di Eropah. Ada juga yang mengatakan "alaaa Nazmi..sikit je tu suratkhabar usik, camana jadi player profesional kalau kena cuit sikit dah melatah"... Isu Nazmi Faiz besar kepala tak timbul. Kalau dia nak besar kepala, dia takkan buat kat padang. Kat luar padang lagi dah boleh buat... Insyaallah Nazmi boleh kawal diri.


Tapi isu Nazmi Faiz kena cuit dengan suratkhabar adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Sebab suratkhabar tidak melaporkan perkara yang berkaitan kerjaya Nazmi Faiz sebagai pemain bolasepak profesional. Media usahlah diulangi perkara yang sedemikian demi melariskan jualan anda. Usikan sebegitu boleh merosakkan dan seterusnya menghancurkan permata negara kita.


Sepatutnya kita guide atlit macam Nazmi Faiz tu. Nazmi Faiz sangat muda. Mungkin dia belum tau cara untuk kawal perkara sebegitu. Diharap agar jangan diulangi lagi. Berbicaralah mengenai perkara berkaitan kerjaya mereka.


Nazmi Faiz memohon maaf kepada skuad Malaysia U22 dan semua penyokong dan perkara sebegitu tidak akan berlaku lagi. Pesanan untuk Nazmi Faiz, ini adalah proses kematangan kau. Kau harus hadapi dengan tenang dan waras. Jangan dimusnahkan perrjalanan kau baru bermula. Banyak lagi yang harus kau tempuh di hadapan dik...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 25 May 2012

Wan Zack Haikal Ke Real Betis.

Hebat betul skang ni sejak Nazmi Faiz diikat oleh kelab profesional dari Portugal, SC Beira-Mar. Player muda dari Harimau Muda semakin panas dan semakin mendapat perhatian. Yang terbaru diberitakan Wan Zack Haikal akan ke Real Betis. Salah satu kelab dari Sepanyol, La Liga. Liga nombor satu di dunia. Liga terbaik!!!

Info yang diperolehi dari FAM, sepertimana yang disampaikan pada status Facebook Info Skuad Olimpik Malaysia sebentar tadi. Kesahihan berkenaan info ni belum dapat disahkan. Belum ada apa-apa pengumuman dari pihak FAM. Tapi sebelum ni Coach Ong Kim Swee pernah maklumkan akan ada lagi 3 player dari Harimau Muda A akan dapat trial dengan kelab Eropah.

Nama Wan Zack Haikal pun hangat diperkatakan akan dipancing oleh kelab Divisyen 2 Jepun. Bukan dia sorang. Tapi sorang lagi player Harimau Muda A, Wan Zaharul Nizam atau lebih dikenali sebagai Kecik, pun akan join kelab yang sama kat Jepun.

Apa-apa hal pun kita tunggu pengumuman dari pihak yang berkenaan. Aku cari gak info untuk pengesahan, tapi tak jumpa. Tapi kalau jadi la kan, bertambah la sorang lagi player profesional dari Malaysia. Harap-harap bila semakin ramai player Malaysia dapat main dengan kelab profesional luar negara, mutu bolasepak pasukan Harimau Malaya akan lebih paduuu!!! Setakat ni yang aku tau anak Malaysia yang berkelana main pro kat luar Arif Zulkifly (Island Bay United, New Zealand), Nazmi Faiz (SC Beira Mar, Portugal), Titus James Palani (Nanteuil FC, Peranchis), Fandi Anuar (Gisborne City FC, New Zealand), Faril Anuar (Gisborne City FC), Tam Sheang Tsung (Shanghai Shenhua FC, China), S. Kumaahran (trial Cruzeiro FC, Brazil). Aku yakin ada lagi player yang main kat luar...siapa tau sila la komen bagi nama ye..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More