Tuesday, 3 July 2012

Cuit Sikit Sang Harimau.

Game penentuan halatuju team Malaysia U22 dalam kempen Kelayakan Piala Asia U22 menyaksikan kita tewas di tangan team tuan rumah, Myanmar U22. Keputusan tewas 2-1 memang mengecewakan. Apa tidaknya, hanya kemenangan yang menjanjikan satu slot secara automatik ke Piala Asia 2013 gagal dicapai. Aku juga kecewa.

Aku kecewa dengan corak permainan yang ditampilkan. Corak permainan hantaran jauh tidak lagi relevan. Dan pendapat aku kekuatan sebenar team bolasepak Malaysia, tak kira la Harimau Malaya atau Harimau Muda, adalah hantaran pendek. Dah beberapa game aku tengok bila main long pass, kita out. Dulu kelebihan team Malaysia adalah counter attack. Tapi sampai bila kita nak main macam tu? Corak permainan bolasepak yang padu telah ditunjukkan oleh skuad Barcelona FC dan skuad Spain. Ball posession. Kesabaran dan keyakinan diri adalah kunci kepada corak permainan ball possession. Dalam melaksanakan corak permainan sebegini, kualiti kawalan bola setiap pemain mesti sentiasa berada ditahap tertinggi. Mesti sentiasa bergerak. Pantas berfikir dan membuat keputusan. Aku bukan nak jadi lebih pandai dari Coach Ong Kim Swee. Aku tak de sijil kelayakan sebagai jurulatih. Sebagai juruletih tu kompom laa..haha.. Dalam hal taktikal pasukan, aku yakin Coach OKS lebih arif. Sorry Coach. Aku cuma nak bagi pendapat aku.

Aku nak sentuh sikit pasal kekuatan mental pemain. 2 gol yang dijaringkan pasukan Myanmar U22 tadi berpunca dari kesilapan di bahagian Midfield. Lantas memberi padah kepada defender dan goalkeeper. Seterusnya menghukum skuad kita. Kenapa aku cakap puncanya kat Midfield? Passing yang nampak sangat tak yakin dan takut takut untuk menghantar bola kepada rakan menyebabkan bola mudah dirampas oleh opponent. Kurang keyakinan diri dalam diri pemain. Mudah..Kalau keyakinan diri tinggi dan percaya apa yang ingin dilakukan tu adalah betul dan tepat, permainan korang pasti meletup!! Mungkin orang akan kata "cakap senang la bro...lu main la tengok..boleh ke tak boleh.." Ok..aku cakap macam tu sebab korang dah tunjuk dan buktikan banyak kali. Last skali korang tunjuk masa lawan Qatar U22 kat Shah Alam. Korang banyak main short pass.

Sedikit persoalan timbul. Kenapa formasi yang menghasilkan kemenangan ditukar? Solo striker? 5 Midfield? Maybe Coach OKS tau apa yang dibuat. Pastinya dia dah buat homework. Itu kerja dia. Tanggungjawab dia. Dan dia lebih kenal team dia. Kita sebagai penyokong harus terima keputusan yang beliau buat. Apa yang kita boleh buat adalah bagi pendapat. Aku yakin bukan semua pendapat dia terima dan bukan semua pandangan kita OKS tolak. Tetapi pendapat dan pandangan kita kena la rasional. Bagi pandangan yang membina dan membantu beliau.

Perbaiki dan tingkatkan keyakinan diri, kecergasan dan kemahiran. Size doesn`t matter sekarang ni. Spain dah buktikan. Tiki-taka proven. Ada yang kata tiki taka boring. But still its a beutiful ball possession game. Dan kejayaan dicapai melaluinya. Aku juga agak terkejut dengan cara permainan Myanmar U22 tadi. Hampir menyamai tiki taka. Tadi memang aku mengharapkan corak permainan hantaran pendek diamalkan oleh Malaysia U22. KITA MAMPU MAIN CORAK ITU. Dan ianya harus sentiasa dipolish.

Entri ni bukan untuk aku kondem skuad Harimau Muda kita. Juga bukan untuk bantai Harimau Malaya. Bukan untuk tunjuk pandai dari OKS atau Rajagobal. Tapi hanya cuba untuk membantu dan memberi pandangan kerana mungkin ada yang kurang dilihat atau terlepas pandang oleh mereka yang terlibat dengan skuad bolasepak negara. Aku sayang Harimau Muda. Aku sayang Harimau Malaya. Aku peminat bolasepak berdarah Malaya. Aku bukan berdarah Italy, Spain, France, England atau Jerman. Aku tak pernah bangga apabila Spain jadi juara EURO atau WORLD CUP. Walaupun aku meminati pasukan Spain. Aku juga tak kecewa bila Italy tewas walaupun kagum dengan karisma Pirlo. Aku yakin skuad Malaysia juga pasti bangga apabila menang sebab bawa kejayaan untuk rakyat Malaysia. Dan aku juga pasti diorang sedih apabila memberi kekecewaan kepada kita.

Tapi yakinlah bahawa aku pasti bangga bila MALAYSIA menang dan aku akan kecewa bila MALAYSIA tumbang. Namun, sokongan aku akan terus bersama HARIMAU MALAYA kerana MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU!!!

Pesanan kepada majalah hiburan dan suratkhabar tabloid: Tolong jauhi permata baru yang digilap. Pendekatan korang boleh mencalarkan permata seperti mana yang korang buat kepada Nazmi Faiz dan Syahul Azwari. Diorang masih muda. Diorang perlukan guidance bukan dimomokkan dengan berita tanpa asas dari korang. Korang terus la siarkan berita pasal seks, pembunuhan, siarkan selebriti bergambar separuh bogel kat kolam.renang. Sebab itu yang korang suka demi melariskan jualan majalah dan suratkhabar tabloid korang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comments:

lama zie tak tgk bola kat stadium :( merindu plak. nk gi, tp tak leh coz of this pregnancy...huhuhu

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More