Thursday 12 July 2012

Titus James Palani Ke Blackburn Rovers FC.

Titus James Palani satu nama yang pernah meletup pada satu ketika dizaman kanak-kanaknya dulu. Kemahiran menimang bola untuk satu tempoh yang lama mencetuskan keturujaan peminat bolasepak ketika itu. Sehinggakan Titus James terpilih sebagai salah seorang pemain dari Piala Nike B14 tahun beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan di Piala Dunia 1998, Peranchis bersama lagi 3 orang pemain yang dipilih melalui kejohanan Piala Nike B14. Pada tahun yang sama juga skuad Peranchis yang diketuai oleh Didier Dechamps, Emanuel Petit, Robert Pires dan Zinedine Zidane menjadi juara Piala Dunia 1998. Berita terbaru, Titus James Palani akan ke Blackburn Rovers FC untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab England itu.

Titus kini berusia 26 tahun mendapat peluang setelah Penasihat Global Blackburn Rover FC mengadakan rundingan bersama kelab yang diwakili Titus kini untuk diuji oleh Blackburn Rovers. Titus yang berkelana di Peranchis sejak 10 tahun lalu dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah permit kerja sekira berjaya memikat pihak Blackburn Rovers FC seterusnya menawarkan kontrak kepada beliau. Permit kerja menjadi halangan kepada pemain-pemain berbakat dari Malaysia sepertimana yang dihadapai oleh Safee Sali dan Safiq Rahim yang turut memikat pihak Cardiff City FC. Manakala Middlesbrough FC juga terpaksa melupakan untuk mendapatkan khidmat Syed Adney.

Titus kini bermain untuk pasukan Normandy dan pernah mewakili pasukan FC Villenoy diawal pembabitan beliau dalam arena bolasepak Peranchis. Impian beliau untuk mewakili pasukan PSG dan beraksi di Ligue 1 tidak pernah luntur. Titus James Palani juga pernah dipanggil untuk menjalani latihan pusat pasukan bolasepak Malaysia untuk ke Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada edisi 2005 dan 2007. Namun gagal memikat ketua jurulatih skuad Harimau Malaya pada ketika itu iaitu Bertalan Bisckei dan B.Sathianatan. Mungkin faktor kecergasan akibat perbezaan cuaca yang amat ketara membataskan keupayaannya pada ketika itu. Sekiranya Titus James berjaya memikat kem Blackburn Rovers FC sudah pastinya cuaca bukan lagi penghalang kepada beliau yang sudah biasa dengan keadaan di Eropah sejak 10 tahun lalu. Kita nantikan maklumat hasil ujian beliau di Blackburn.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More