Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Wednesday, 21 December 2011

Gambar Selebriti Kantoi Bogel Dalam Bilik Gelap.

Gambar selebriti kantoi bogel dalam bilik gelap ni gua yang tangkap sendiri. Gua akui memang gua yag bikin ini gambar sensasi dan bakal mengundang kontroversi satu Malaya. Gua tak kira, gua mesti dedahkan juga gambar selebriti kantoi bogel dalam bilik gelap ni. Gua yakin apa yang gua buat ni pasti akan menyebabkan ramai selebriti-selebriti panas hati dengan gua. Gua dah nekad. Apa nak jadi, jadi la. Keyakinan gua bahawa gambar bogel selebriti kantoi dalam bilik gelap ni bakal mengatasi kehebatan sorakan Ultras Malaya masa perlawanan kelayakan olimpik Harimau Muda lawan Syria bulan lepas.


Gua betul-betul berharap mana-mana selebriti yang selalu atau pernah buat onar dalam bilik gelap-gelap ni agar jangan buat lagi. Bertaubat la. Gua bagi amaran bahawa gua dengan tanpa segan silu dan tanpa was-was akan menyebarkan kemungkaran yang anda lakukan. Gambar seleberiti kantoi bogel dalam bilik gelap ni selamba je gua tangkap. Senang sangat. So, gua bagi ingat kat lu orang yang bergelar selebriti, benda macam ni tak susah untuk gua buat. Gua tak nak cerita panjang lebar lagi.... Lu orang mesti nak tau siapa selebriti yang kantoi bogel dalam bilik gelap kan?...dah tak sabar-sabar lagi nak tengok aib orang kan...?...biasa la, bila sebut je selebriti bogel, ramai yang berebut sampai berdarah hidung nak tengok kan....nikmati la !!!...adios...






















Dah puas dah lu orang tengok gambar selebriti kantoi bogel dalam bilik gelap??!!...Apa lu orang ingat blog gua ni blog lucah ke...???...suka sangat tengok aib orang....dah dah....pi main layang-layang tu.....

Tuesday, 20 December 2011

Tribute To Abang Kawasan KL Sentral.

Suhadita Jusoh @ Abang Kawasan KL Sentral...heheh

Sejak beberapa hari ni gua tengok status Facebook kawan-kawan opis gua agak muram. Banyak kedukaan yang diorg luahkan. Dalam bulan Disember 2011 ni pula dah ramai gak kawan-kawan gua yang hantar surat resign, berenti keja. Salah sorangnye kawan gua yang dah sama-sama kerja dengan gua sejak 9 tahun lepas. “Dah sampai masa ..” kata Abang Kawasan KL Sentral bila ramai yang tanya apa punca dia berenti kerja. Memang ramai kawan-kawan agak terkejut. Bos-bos pun terkejut. Terkejut sebab keputusan muktamad dibuat sebaik saja dia balik dari Republik of Besut.

Sebelum gua teruskan kisah ala-ala Ombak Rindu ni..silap gua x penah tengok movie Ombak Rindu..Gua perbetulkan..kisah ala-ala Malek dalam Filem KL Gangster, gua bagitau dulu kenapa dia digelar Abang Kawasan KL Sentral. Kalau lu orang nak tau, member gua ni dapat gelaran Abang Kawasan KL Sentral sebab dia adalah orang yang paling 'kaya' kat area KL Sentral. Lu orang mesti tak percaya kalau tengok penampilan dia. Dia ni adalah 'pemilik' salah sebuah bangunan kat KL Sentral tu. Kalau setakat beli 2-3 unit kondo kat Suasana Sentral Kondominium tu, tak payah la nak kodi claim lu kaya. Macam gua cakap tadi, member gua ni 'owner' bangunan bro... kondo lu guna Sukahatidiaidilfitri (Sekuriti la ....), dia ada Polis Bantuan untuk jaga keselamatan. Lu ada orang gaji 2-3 orang lu dah sembang kencang. Dia siap ada cleaner untuk jaga kebersihan setiap tingkat kat 'rumah' dia. Kawasan parking kat 'rumah' dia plak boleh muat 200 buah kereta, 200 buah motorsikal. Macam-macam kenderaan parking kat situ, tapi bukan semua bukan dia punya...betapa pemurahnya Abang Kawasan KL Sentral ni..

Tapi dia sempoi bro... walaupun dia 'kaya' dia tetap kerja. Hari-hari dia akan pakai jersi warna biru bagi sumbangan kepada agama, bangsa & negara melalui ilmu serta pengetahuan yang Allah kurniakan kat dia. Lagipun, takkan dia nak tunjuk yang dia 'kaya'. Kantoi la nanti..sebab semua staff dia yang gua cakap tadi tu tak tau yang dia adalah 'owner' bangunan tu... Dressing sempoi...stokin bocor menjadi identiti dia...Kenderaan untuk dia bergerak ke sana, ke mari.. Honda tu bro...Honda 'C' Class...Lu orang tak tau ke Honda 'C' Class?..Honda C70 la...Dengan Honda C70 tu la dia gunakan untuk ke tempat jajahan favourite dia... Gombak, pi layan Pasar Malam. Chow Kit, gunting rambut & Kg. Baru, beli Nasi Briani Kambing. Makan pun sempoi..Nasi putih tanpa kuah, ikan masin & ulam jadi kemestian setiap kali makan tengah hari sejak 3 tahun lepas.

Dalam banyak-banyak memori gua sepanjang gua kenal Abang Kawasan KL Sentral ni, yang paling gua tak akan lupa 2 je...Yang pertama, kes bulb lampu Honda 'C' Class...kes ni melibatkan kawan gua yang sorang lagi, Nyok, skang Nyok ada kat Alor Setar yang mungkin akan jadi 'orang kaya' juga andai kata khabar angin yang gua dapat ni jadi kenyataan...hehehe..Yang kedua pulak, gua takkan lupa sampai bila-bila pun. Kenangan kedua ni tak ramai yang tau. Kali ni gua cerita skit untuk kongsi pasal Abang Kawasan KL Sentral, bukan pasal gua. Gua rasa kes ni jadi 8 tahun yang lepas. Kalau ditakdirkan Allah, masa kejadian tu Abang Kawasan KL Sentral dan Abang Kawasan Lot E takde gua rasa gua mungkin dah ada kat penjara atau tengah tunggu masa nak kena gantung. Masa tu gua hilang pertimbangan, gua hampir ketuk member gua sendiri guna marton...hammer la..Alhamdulillah kejadian tu tak berlaku. Kat sini gua nak minta maaf kat member gua yang hampir-hampir gua ketuk kepala dia dengan marton. Gua minta maaf Yeop...

Panjang dah sebenarnya gua taip ni. Penat juga la menaip sambil makan kerepek, sambil bagi anak minum susu. Berhenti kejap mandikan anak...dugaan jugak tu...lagi pun sebenarnya gua nak blog pasal kedukaan kawan-kawan gua skang ni...kes gaji la...tapi gua decide elok gua jangan campur, sebab boleh mengeruhkan lagi keadaan...Apa-apa hal pun gua ucapkan semoga berjaya kepada Suhadita Jusoh @ Abang Kawasan KL Sentral @ Presiden Republik Of Besut. Jangan lupa kawan-kawan kat KL ni....dan paling penting JANGAN MAKAN GAM!!! Hahhhahaha...

Abang Kawasan KL Sentral santai berkelah atas bumbung bersama jiran yang se'kaya' beliau.


p/s: penggunaan istilah Abang Kawasan takde kena mengena dengan mana-mana individu/entiti. Ianya hanya istilah yang kami gunakan semasa perbualan harian....itu je..

Tuesday, 13 December 2011

Salah Masuk Lubang - Tragedi Tragis Malam Pertama

Gua kesian jugak bila tengok keadaan makhluk yang satu ni. Sampai salah masuk lubang yang menyebabkan satu tragedi tragis malam pertama menimpa. Gua syak makhluk yang satu ni mungkin baru pertama kali menjelajah ke seluruh pelusuk susuk ruang sampai tak tau lubang mana satu yang boleh masuk dan lubang yang mana satu bahaya untuk dimasuki. Sebab tu sebelum dibenarkan menjelajah kita ni sebagai manusia akan dihantar kursus. Paling tidak pun ada penyelia untuk guide. Tapi disebabkan makhluk ni berada dalam dunia yang lain....maka terjadila kisah yang amat tragis pada malam pertama dalam penjelajahanya....


Jom tengok apa jadi kalau salah masuk lubang .......scroll bawah la yeee......



































*Gambar kredit kepada Kami Boikot Buletin Utama TV3 Facebook Fan Page 

Tuesday, 15 November 2011

For The First Time

For the first time....chewahh...gua buat percubaan untuk cakap bahasa orang putih yang selalunya takde la putih sangat pun kulit diorang tu...merah je ada laa...gua selalu jumpa orang putih ni kat tempat kerja gua. So gua tau la...Tak puas hati?...Gua punye pasal la kan...Yang gua selalu jumpa kat tempat kerja gua dan confirm putih selalunya orang Jepun...awek Jepun memang selalu jumpa. Awek Jepun yang nama Maria Ozawa je yang gua belum penah jumpa...hahahah...gua pun tak tau macam mana rupa Maria Ozawa tu. Bukan gua penah tengok pun...Selalu dengar nama Maria Ozawa je...Siapa Maria Ozawa?...Ntah gua pun tak tau...walaupun kerja gua selalu berurusan dengan orang Jepun... 


For the first time, gua nak letak senarai blog yang gua selalu skodeng masa gua kat blog CorneaMelayu. Sejak gua bikin blog baru ni, gua dah jarang skodeng blog diorg ni. Letih der main skodeng skodeng ni. Lagipun diorg dah agak jarang update blog diorg. Sesekali ku rasa teringin je diorang update. Mungkin sibuk kot, biasa la masing-masing ada tanggungjawab kan....


Nanti gua tambah lagi blog-blog yang gua rasa agak panas. Sepanas rancangan The Voice yang terpancar kat TV Soni gemok milik bini gua yang bini gua beli masa kitorang bercinta lebih 10 tahun dulu...Kalau korang nak join gua skodeng, petik la kat link diorang kat sebelah tu...

Thursday, 27 October 2011

Cara Lain Untuk Logout Facebook.

Gua memang tak paham dengan si Mark ni. Apahal ntah suka sangat main tukar tukar rupa wajah Facebook. Gua syak Mark cuba nak usha awek Cinta Muka Buku, si Najwa Latif. Sudah sudah la Mark, lu tak payah la nak try ni Najwa Latif tu. Dia pandai main gitar, lu takat tau tukar rupa paras wajah Facebook je pun. Skang ni lu dah timbulkan masalah pada orang lain terutamanya Aiman. Dia tak tau camana cara nak logout Facebook. Sampai Aiman terpaksa tanya kat penerbit filem kutipan RM4juta... Apa??!! Lu tak kenal jugak dengan penerbit filem tu?!!.. Lu memang cari pasal la Mark. Ok la.. Aiman terpaksa tanya Dr. Rozmey cara untuk logout Facebook la bro... Lu punye pasal la ni Mark..!!!




Sumber gambar gua dapat dari Facebook Incik Hidemichi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 22 October 2011

Gempar! Bukan Ciptaan Steve Jobs!!


Kalau tak silap gua dah hamipr sebulan Steve Jobs meninggalkan dunia ni. Sepanjang hayat Steve Jobs, dah macam macam produk yang Apple perkenalkan. Pada pendapat gua Steve Jobs adalah CEO Apple yang terbaik dalam sejarah dunia gajet. Produk yang famous brand Apple antaranya adalah iPhone, iPad, iPod & MacBook. Kalau dulu dulu iMac antara laptop yang menjadi target gua. Tapi sampai skang gua tak dapat. Yang gua dapat iPod. Tu pun gua dapat masa gua beli rumah Hillpark 2 kat Kajang. Lagi satu gua beli MacBook masa gua jadi ratusribuwan sebab jual ESOS. Itu pun dah rosak 2 tahun lepas.


Target gua nak sambar iPhone 5 tak tercapai sebab gua sambar 'awek korea' dulu. Cik Samsung Galaxy S2.


Satu je yang gua yakin bukan ciptaan Steve Jobs dalam dunia ni. Ciptaan yang takde siapa tau siapa penciptanya sampai skang. iPaid. Ya...itulah 'produk' yang bukan ciptaan Steve Jobs.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More