Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Gajet. Show all posts
Showing posts with label Gajet. Show all posts

Friday, 20 January 2012

Tutorial Cara Logout Facebook Guna Handphone Samsung.

Amik korang...punya la panjang tajuk entri gua kali ni. Tutorial cara logout Facebook guna handphone Samsung. Itu la tajuknye...Gua tengok ada juga yang mencari cara macam mana nak logout Facebook guna handphone Samsung kat Nuffnang Keyword Analisys. Takde la ramai pun yang cari, tapi ada la 3-4 kali gua ternampak keyword tu. So gua tanpa segan silu bak semalu, gua kongsi la sikit apa yang gua tau pasal cara nak logout Facebook guna handphone Samsung ni.



1) Ok, korang assume korang kat page Facebook korang macam contoh gambar pertama ni.



2) Lepas tu korang tengok kat sebelah kiri atas page Facebook korang ada button seperti mana yang gua tanda kat gambar tu. Petik kat situ...


3) Korang akan nampak page macam gambar ke 3 ni. Tengok bawah dengan cara scroll ke bawah ...bukan tunduk kepala korang ke bawah ye..



4) Korang akan nampak Account kat situ. Klik kat Account...kat Account la..bukan kat sini..



5) Korang nampak button Logout? Nampak kan...? Klik la kat button Logout tu untuk logout Facebook guna Handphone Samsung.






Diingatkan bahawa gambar-gambar yang gua bagi dirujuk melalui handphone Samsung Galaxy S2. Handphone terbaik 2011. Gua syak korang boleh guna cara yang sama juga untuk logout Facebook guna Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Tab dan lain-lain handphone Samsung.



Mungkin korang belum nampak dengan jelas cara nak logout Facebook guna handphone Samsung ni sebab gua belum susun dan edit gambar-gambar tu dengan marking yang sepatutnya. Gua post entri blog guna Samsung Galaxy S2 dulu. Nanti sampai umah gua update balik....ye bro...









P/S: Ok, gua dah update entri ni pada 25 Januari 2012...hehehe


Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 30 December 2011

Samsung Galaxy S2 Memang Handphone Terbaik Tahun 2011!!


Sebelum ni aku ada buat entri pasal handphone terbaik tahun 2011 iaitu handphone Samsung Galaxy S2. Kat suratkhabar dah keluar dah kisah berrjuta-juta handphone Samsung Galaxy S2 dijual seluruh dunia. Dan aku adalah salah seorang yang jadi pembeli dan pemilik Samsung Galaxy S2 sejak Hari Raya Aidilfitri lepas.


Sejak Samsung Galaxy S2 keluar, berderet-deret lagi handphone yang hampir menyamai spesifikasi Samsung Galaxy S2. Samsung Galaxy W, Samsung Galaxy Y dan yang terbaru Samsung Galaxy Note. Hebat-hebat model-model yang baru ni. Hebat sangat sampai anak-anak aku lebih pandai godek handphone Samsung Galaxy S2 ni daripada aku. Baru-baru ni jenuh aku cari cara macam mana nak buat setting balik ke asal. Anak-anak aku tukar setting tiap kali ada call atau sms yang masuk siap mention nama atau nombor handphone caller/sender.


Hampir sejam jugak la aku godek Samsung Galaxy S2 ni cari setting cara untuk disable voice notification Samsung Galaxy S2. Maklumlah dah tua-tua ni slow la sikit...hheheh..Akhirnya, berjaya juga. Nanti aku akan buat entry tutorial disable voice notification Samsung Galaxy S2 kat blog caratipstutorial.blogspot.com. Ooo..lupa nak bagitau, blog tadi tu aku akan gunakan untuk kongsi knowledge apa yang aku tau sesikit. Kalau ada yang nak share knowledge kat blog tu boleh la email aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 29 December 2011

Apple iPhone 4s Murah.




Apple iPhone 4s baru je masuk market Malaysia awal bulan December 2011 kalau tak silap aku. Handphone yang jadi idaman buat semua peminat-peminat produk keluaran Apple. Salah satu ciptaan Apple semasa hayat dan zaman kegemilangan pengasas syarikat Apple iaitu Mendiang Steve Jobs yang juga telah meninggal dunia tahun 2011 juga. 


Mengikut pasaran, Apple iPhone 4s ni dijual dengan harga yang pelbagai mengikut spesifikasi modelnya bermula dari harga RM2,180.00 hinggalah RM 2,890.00. Harga yang agak tinggi sebenarnya. Tapi bagi peminat tegar produk Apple, harga bukanlah masalah yang besar bagi diorang ni. Tapi kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan produk Apple terutamanya iPhone 4s, ada juga dijual dengan harga yang agak murah boleh didapatkan kat SINI. Korang try la tengok dulu, mana la tau pakej yang ditawarkan berbaloi dan sesuai dengan bajet korang. 


p/s: Jom dengar apa Micheal Schumacher nak pesan kat korang dulu....

Wednesday, 19 October 2011

Handphone Terbaik 2011

Sambungan kepada entri gua sebelum ni. Tapi kali ni gua bagi tajuk yang straight forward. Takde poyo poyo punya. Gua takkan sebut awek korea tu lagi sebab awek korea gebu cun gila hanya dalam dunia nyata.


Kali ni gua nak memudahkan korang yang mungkin tengah pening kepala, serba salah tak tau nak beli handphone apa. Kena plak macam kes gua. Handphone rosak sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri hari tu. Gua cakap terus terang la handphone terbaik 2011 jatuh kepada Samsung Galaxy S2!! Ya...handphone yang gua guna skang ni. Sebab tu gua berani cakap kat korang handphone terbaik 2011 adalah Samsung Galaxy S2... Walaupun sebenarnya gua tunggu Apple release iPhone 5, tapi sebab handphone gua dah bunuh diri sebelum Apple keluar model iPhone yang baru tu yang gua tak boleh tunggu lagi.


Gua bersyukur gak la sebab benda tu jadi. IPhone 5 yang gua tunggu sekali tak keluar. Yang keluar iPhone 4s. Ok, berbalik pada Samsung Galaxy S2, pengiktirafan sebagai Handphone Terbaik 2011 memang tak boleh disangkal sebab telah dipilih sebagai T3 Best Handphone Award 2011 baru baru ni. Sebelum ni 2 kali keluar artikel dalam suratkhabar yang handphone Samsung Galaxy S2 dah dijual sebanyak 10juta unit diseluruh dunia!!!.... So, nak sembang apa lagi kan...dah sohih dah laa...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 18 October 2011

Awek korea utk gua dipilih oleh wife gua sendiri.


Wife gua betul betul berjaya mempengaruhi gua untuk mempunyai awek baru. Gua penah cite pasal awek korea ni dulu. Awek korea untuk gua dipilih oleh wife gua sendiri. Betul...gua tak kencing la bro... Awek korea ni pulak baru je menang award. Memang gua amat bertuah dan berbaloi sebab terima cadangan wife gua untuk memiliki awek korea ni. Awek korea yg gua pilih ni bernama Cik Samsung Galaxy SII... Hahaha...tajuk, intro poyo gila...


Tapi gua nak bagitau la yang Samsung Galaxy SII ni telah dianugerahkan sebagai Handphone of the Year T3 Award. Korang boleh check kat web T3 utk tgk senarai pemenang T3 Award....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More