Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Nazmi Faiz Mansor. Show all posts
Showing posts with label Nazmi Faiz Mansor. Show all posts

Thursday, 23 August 2012

Gambar Sambutan Harijadi Nazmi Faiz Di SC Beira-Mar.

Tanggal 16 Ogos 2012, genaplah umur bintang bolasepak muda negara kita, Nazmi Faiz Mansor yang berkelana di bumi Beira Mar, Portugal mencapai umur 18 tahun. Maka secara rasminya Nazmi Faiz bergelar pemain bolasepak profesional Malaysia yang bermain di Eropah. Sambutan harijadi Nazmi Faiz yang dirancang oleh Ultras Auri Negros (Ultras Kuning Hitam) seakan satu kejutan kepada Nazmi. Kita boleh tengok reaksi pada wajahnya sepertimana yang dipaparkan kat dalam gambar. Kelihatan juga Leader Ultras Auri Negros, Artur Cruz bergambar bersama Nazmi Faiz. Gambar sambutan harijadi Nazmi Faiz di SC Beira-Mar memperlihatkan kehadiran Nazmi dalam pasukan SC Beira-Mar adalah amat dialu-alukan dan seakan memberi impak positif dalam pasukan yang hampir terperosok ke liga bawahan di Portugal. Difahamkan Nazmi juga telah menjaringkan satu gol pada perlawanan pertamanya bersama skuad U19 SC Beira-Mar dimana SC Beira-Mar U19 menewaskan lawan dengan jaringan 3-0. Nazmi Faiz disenaraikan di dalam pasukan U19 SC Beira-Mar dan skuad utama SC Beira-Mar. Keutamaan beraksi adalah bersama U19 SC Beira-Mar untuk tahun pertama Nazmi di sana. Insyaallah Nazmi akan beraksi dengan pasukan utama di musim akan datang. Pun begitu menjelang perlawanan kedua Liga Primiera SC Beira-Mar vs. SC Braga pada 25 Ogos 2012 nanti, Nazmi dikhabarkan turun menjalani latihan bersama skuad senior SC Beira-Mar. Adakah Nazmi akan diturunkan pada perlawanan menentang SC Braga nanti? Sama-sama kita tengok perkembangan beliau di sana...sumber gambar FB Nucleo Sector 13 (Ultras Auri Negros)...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 10 July 2012

Gambar Nazmi Faiz Training Di SC Beira Mar.

Nazmi Faiz dah ada kat Portugal sekarang sejak Ahad lepas lagi. Nazmi Faiz yang akan sign kontrak secara rasmi bulan depan telah berangkat sendirian untuk melaporkan diri dan mula menjalani latihan bersama SC Beira Mar. Semalam adalah hari pertama Nazmi Faiz training dengan skuad SC Beira Mar. Aku sertakan beberapa gambar Nazmi Faiz training di SC Beira Mar. Sumber gambar dari page FB Nazmi Faiz.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 17 June 2012

Punca Nazmi Faiz Dilayangkan Kad Merah.





Perlawanan persahabatan antara Malaysia U22 vs Qatar U22 berlangsung di Stadium Shah Alam jam 4:30petang semalam. Perlawanan yang dijadualkan menentang skuad bolasepak Timor Leste telah dibatalkan dan skuad Qatar U22 sudi untuk menyahut jemputan Malaysia. Keputusan perlawanan berpihak kepada skuad Malaysia U22 yang diketuai oleh Irfan Fazail dengan jaringan 2-0. Kedua-dua jaringan dihasilkan daripada sepakan freekick yang diambil secara terus oleh Irfan Fazail menghasilkan gol pertama. Manakala gol kedua juga dari sepakan susulan Rozaimi setelah sepakan percuma yang diambilnya mengenai benteng pertahanan Qatar U22. Nazmi Faiz hanya beraksi selama hampir 40 minit sahaja setelah Nazmi Faiz dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dari Malaysia, Nagor Amir Noor Mohamed. Punca Nazmi Faiz dilayangkan kad merah setelah beliau menumbuk Kapten Qatar U22, Abdelkarim Hassan.


Kejadian berlaku setelah Nazmi Faiz berang apabila Abdelkarim melakukan sliding tackle yang agak keras dan berbahaya sambil mengangkat tinggi kakinya. Nazmi yang berada di bahagian tengah padang telah membuat satu hantaran yang cantik ke sebelah kanan padang untuk rakan sepasukan, Azrif Nasrulhaq, telah meluru dan terus menumbuk pemain Qatar U22 tersebut. Abdelkarim itu juga dilayangkan kad merah setelah melakukan tumbukan balas terhadap Nazmi Faiz dan ianya jelas dilihat oleh pengadil perlawanan.


Dikatakan Coach Ong Kim Swee agak terkejut dengan tindakan Nazmi Faiz. Namun beliau menyedari ada sesuatu yang tak kena pada emosi Nazmi Faiz sejak pagi lagi. Ini dikatakan ada kena-mengena dengan satu siaran akhbar tabloid yang mengatakan bahawa Nazmi Faiz seorang playboy!!!??? Mungkinkah itu punca emosi Nazmi Faiz terganggu dan seterusnya menjadi punca Nazmi gagal mengawal emosi semasa perlawanan lantas menumbuk pemain Qatar U22??


Mungkin juga... Ada juga yang mengatakan Nazmi Faiz besar kepala setelah ditawarkan kontrak bermain di Eropah. Ada juga yang mengatakan "alaaa Nazmi..sikit je tu suratkhabar usik, camana jadi player profesional kalau kena cuit sikit dah melatah"... Isu Nazmi Faiz besar kepala tak timbul. Kalau dia nak besar kepala, dia takkan buat kat padang. Kat luar padang lagi dah boleh buat... Insyaallah Nazmi boleh kawal diri.


Tapi isu Nazmi Faiz kena cuit dengan suratkhabar adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Sebab suratkhabar tidak melaporkan perkara yang berkaitan kerjaya Nazmi Faiz sebagai pemain bolasepak profesional. Media usahlah diulangi perkara yang sedemikian demi melariskan jualan anda. Usikan sebegitu boleh merosakkan dan seterusnya menghancurkan permata negara kita.


Sepatutnya kita guide atlit macam Nazmi Faiz tu. Nazmi Faiz sangat muda. Mungkin dia belum tau cara untuk kawal perkara sebegitu. Diharap agar jangan diulangi lagi. Berbicaralah mengenai perkara berkaitan kerjaya mereka.


Nazmi Faiz memohon maaf kepada skuad Malaysia U22 dan semua penyokong dan perkara sebegitu tidak akan berlaku lagi. Pesanan untuk Nazmi Faiz, ini adalah proses kematangan kau. Kau harus hadapi dengan tenang dan waras. Jangan dimusnahkan perrjalanan kau baru bermula. Banyak lagi yang harus kau tempuh di hadapan dik...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 29 May 2012

Gaji Nazmi Faiz Mansor RM300,000.00??!!

Angin bertiup agak kencang jugak sejak pagi tadi orang bercakap pasal gaji player bolasepak paling terkenal dan berbakat yang baru sign pre-contract dengan SC Beira-Mar, Nazmi Faiz Mansor. Betul ke gaji yang Nazmi Faiz Mansor dapat RM300,000.00 sebulan??!!


Perghhh...hebat betul diorang ni. Belum ada apa-apa announcement pun pasal gaji atau kontrak rasmi Nazmi dengan SC Beira-Mar. Nazmi baru sign pre-contract, belum sign official contract sebab Nazmi Faiz ada bersama Harimau Muda A yang skang ni ada kat Hungary sempena persediaan menghadapi Kejohanan Piala Asia U22 di Myanmar bulan depan.

Walaumacamanapun aku harap semua rakyat Malaysia bersabar. Jangan percaya sangat dengan khabar angin ni. Kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Nazmi Faiz Mansor.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More