Thursday 23 August 2012

Gambar Sambutan Harijadi Nazmi Faiz Di SC Beira-Mar.

Tanggal 16 Ogos 2012, genaplah umur bintang bolasepak muda negara kita, Nazmi Faiz Mansor yang berkelana di bumi Beira Mar, Portugal mencapai umur 18 tahun. Maka secara rasminya Nazmi Faiz bergelar pemain bolasepak profesional Malaysia yang bermain di Eropah. Sambutan harijadi Nazmi Faiz yang dirancang oleh Ultras Auri Negros (Ultras Kuning Hitam) seakan satu kejutan kepada Nazmi. Kita boleh tengok reaksi pada wajahnya sepertimana yang dipaparkan kat dalam gambar. Kelihatan juga Leader Ultras Auri Negros, Artur Cruz bergambar bersama Nazmi Faiz. Gambar sambutan harijadi Nazmi Faiz di SC Beira-Mar memperlihatkan kehadiran Nazmi dalam pasukan SC Beira-Mar adalah amat dialu-alukan dan seakan memberi impak positif dalam pasukan yang hampir terperosok ke liga bawahan di Portugal. Difahamkan Nazmi juga telah menjaringkan satu gol pada perlawanan pertamanya bersama skuad U19 SC Beira-Mar dimana SC Beira-Mar U19 menewaskan lawan dengan jaringan 3-0. Nazmi Faiz disenaraikan di dalam pasukan U19 SC Beira-Mar dan skuad utama SC Beira-Mar. Keutamaan beraksi adalah bersama U19 SC Beira-Mar untuk tahun pertama Nazmi di sana. Insyaallah Nazmi akan beraksi dengan pasukan utama di musim akan datang. Pun begitu menjelang perlawanan kedua Liga Primiera SC Beira-Mar vs. SC Braga pada 25 Ogos 2012 nanti, Nazmi dikhabarkan turun menjalani latihan bersama skuad senior SC Beira-Mar. Adakah Nazmi akan diturunkan pada perlawanan menentang SC Braga nanti? Sama-sama kita tengok perkembangan beliau di sana...sumber gambar FB Nucleo Sector 13 (Ultras Auri Negros)...
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More