Tuesday 14 August 2012

Jemputan Jamuan Berbuka Puasa Dari Dato' Lee Chong Wei.

Nampaknya Dato' Lee Chong Wei ingin berkongsi kejayaan beliau pada Sukan Olimpik London 2012 dengan menjemput lima peminat Dato' Lee Chong Wei yang beragama Islam untuk ke jamuan berbuka puasa bersama Dato' Lee Chong Wei. Majlis jemputan berbuka puasa bersama Dato' Lee Chong Wei dijadualkan pada 16 Ogos 2012 pada jam 7:00 malam. Namun venue majlis tersebut belum diumumkan. Jemputan buka puasa bersama Dato' Lee Chong Wei dibuat di laman sosial Facebook milik beliau. Peminat yang ingin hadir pada majlis tersebut hanya perlu membalas komen pada ruangan komen Facebook Dato' Lee Chong Wei yang berbunyi "Saya ingin menghadiri Jamuan Buka Puasa bersama Dato' Lee Chong Wei kerana....." 5 Komen yang paling kreatif dikira sebagai pemenang seterusnya akan menerima jemputan buka puasa bersama pemenang pingat Perak badminton Olimpik London 2012. Setiap pemenang berpeluang bawak seorang rakan hadir bersama dalan majlis tu.... So..kepada peminat Dato' Lee Chong Wei apa lagi tunggu...cepat la...Aku cadaangkan kalau boleh Dato' Lee Chong Wei jemput keluarga Mualaf 18 beranak dari Rawang tu ke majlis tu sekali. Dalam masa yang sama beri sebahagian dari wang tunai hasil dari kemenangan beliau kepada keluarga tersebut untuk buat persiapan Hari Raya yang tak berapa lama je lagi...Sedih baca kisah keluarga tu kat Harian Metro semalam. Keluarga tu tak pernah sambut Hari Raya sejak 20 tahun lalu....Aku harap DLCW baca cadangan aku ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More