
Serius sebelum ni aku memang tak amik port pasal
FAM. Ramai
penyokong dan peminat bolasepak marah FAM. Sebelum ni sejak
FAM cakap "
ranking tak penting", suara-suara menghentam
FAM semakin lantang. Maki dan sumpah seranah mula jadi
lirik sorakan penyokong bolasepak Malaysia kat stadium yang bermula masa tournament
EPL Masters Malaysia 2012 bulan April kat Stadium Malawati, Shah Alam.
Esok satu lagi
aktiviti protes telah dirancang.
PFSLJ BREAKFAST GATHERING. Gathering yang dirancang bila
FAM mengambil keputusan untuk tak terus menghantar protes rasmi kepada AFC setelah
Myanmar menggunakan pemain melebihi umur 22 tahun pada kempen kelayakan
Piala Asia U22 di Myanmar last week. FAM menggunakan alasan yang kita dah jangka.. "FAM tak boleh gunakan bukti dari pihak media. Bukti tak kukuh".
Aku yang selama ni tak kisah pasal tindak tanduk
FAM, mula marah. Apa salahnya kalau teruskan hantar protes officially kepada
AFC? Kalau AFC tak jalan, hantar pulak kepada
FIFA. Tak salahkan? Berjaya atau tidak protes tu, belakang kira. Apa-apa hal protes dulu. Ini tak, belum apa-apa dah mengalah!! Cuba kalau players dan coaches tak nak main andai
Malaysia lawan Spain sebab takut kalah, takut kena buli... FAM marah tak??!! Mesti FAM akan "cakap gaji dah bayar, dapat macam-macam tapi mengalah sebelum berjuang"... Betul tak??!!
C'mon la FAM...
Skuad Malaysia U22 dah buat kerja diorg. Dah bagi full commitment. Appreciate la usaha dan tenaga diorg. Appreciate kami sebagai
penyokong skuad bolasepak Malaysia!! FAM mahukan skuad bertaraf dunia. Mahukan
penyokong bertaraf dunia... Tapi FAM taraf apa??!!
Ok...aku nak tulis panjang-panjang pun tak sempat dah ni. Bateri handphone dah nak habis. JOM!! Semua pencinta bolasepak Malaysia sempena
Kongress FAM ke-8 kat
Royal Chulan Hotel, kita join
BREAKFAST GATHERING pagi esok kat
Royal Chulan Hotel jam 9 pagi esok. SEMUA PENCINTA BOLASEPAK DIJEMPUT HADIR.
Published with Blogger-droid v1.7.4