Tak lama je lagi. Tinggal 3 jam je lagi sebelum perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan. Aku baru sampai kat stadium 20 minit tadi. Tiket dah beli. 4 keping je. Kali ni tak ramai kaum yang join.
Kat tepi pentas sebelah foodcourt kelihatan komrad-komrad Ultras Malaya tengah berkumpul dan buat pembahagian merchandise kepada komrad yang beli tshirt dan mafla Ultras Malaya. Takpe nanti aku join korang. Lepas solat magrib settle. Buat masa skang ni ramai yang datang ni aku tengok bebudak remaja. Maybe kebanyakannye student ipt. Fans dewasa tengah berperang kat jalanraya kot. Jem. Time balik kerja kan. Tiket plak baru sampai petang tadi. Maybe sebab tu jual lambat, tak macam biasa.
Kelihatan juga beberapa warga Jepun. Berpeluh-peluh aku tengok diorang. Bawak stick banners dengan tifo. Salute dengan diorang. Walaupun team Jepun berada di ranking yang lebih baik dari Malaysia, diorang tetap datang bagi sokongan.
Sekarang ni dah dengar chants dari bebudak Ultras Malaya yang baru sampai dari stesen lrt. Meremang. Rasa tak bleh tahan. Nak kena join jugak. Tapi tahankan jugak..takut tak de kederat masa game nanti kang.
Ok la...aku rasa ni entri update terakhir pasal game Kelayakan Olimpik Malaysia vs. Japan kali ni. Bateri pun x berapa nak mengizinkan ni....apa-apa hal pun 'SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!'...
Aveta Nova 125 dan Nova 160 dilancarkan di Malaysia – skuter harga
masing-masing RM5.2k dan RM8k
-
Baru sahaja melancarkan skuter Vanguard 250 bulan lepas, Aveta terus
mengekalkan momentum mereka dengan pengenalan dua lagi skuter iaitu Nova
125 dan Nov...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment