Gua jumpa banyak blog entri pasal Buffered Earning atau BE. BE yang ditawarkan oleh Nuffnang memang amat diinginkan, diidamkan dan ditunggu-tunggu oleh hampir kesemua bloggers yang register dengan Nuffnang. Walaupun earning yang dapat takde la setinggi gaji baru Safee Sali kat Pelita Jaya FC, tapi kalau buka je kat bahagian Earning kat account Nuffnang tu tengok ada BE, kira dah rasa jelita sangat dah agaknya... Gua pulak sejak masuk tahun 2012 ni, takde langsung BE yang terpikat dengan blog gua ni.. Gua pun search la cara sebenar untuk dapatkan Buffered Earning Nuffnang kat Incik Google yang makin banyak kerja tu sebab gua makin banyak tanya kat Incik Google so dia kena banyak buat kerja searching untuk gua...
Kebanyakkan blog yang buat entri cara untuk dapatkan BE yang gua jumpa, semua cerita bloggers kena rajin update info kat bahagian Survey kat account Nuffnang masing-masing. Paling kodi pun sebulan sekali update. Gua pun apa lagi, sepantas Road Runner la bikin update survey kat account Nuffnang gua tu. Takde juga masuknya BE tu. Lepas tu ada juga yang kata submit ticket atau tanya Nuffnang pasal cara nak dapatkan BE tu. Sebab ada yang sekadar submit ticket je tak lama lepas tu terus dapat BE dari Nuffnang. Bukan satu BE, tapi dapat 5 BE!!!.. Gua teruja tahap Gaban la..punya la senang kalau macam tu..kan..
Gua pun submit la ticket sambil main kira-kira berangan konon nanti boleh dapat 5 BE jugak...Farahnaz Anwar dari Nuffnang respon ticket gua sehari lepas gua submit ...jawapan dan penerangan yang agak agak rasa macam makan peria tapi masuk akal...so cara sebenar untuk dapat BE adalah pihak Advertisers akan memilih blog mana yang akan diorang gunakan untuk advertise iklan BE tu. Memandangkan lebih 100,000 blog yang bla..bla..blaa..korang baca la sendiri kat gambar yang aku attached ni ye...selain daripada tu, kalau tak silap gua, pemasangan code untuk letak iklan Nuffnang juga mesti betul sepertimana yang diarahkan oleh Nuffnang. So, sekarang kita dah tau dan paham cara sebenar untuk dapatkan Buffered Earning (BE)....harap jangan la nanti bikin ajaran sendiri cara macam mana nak dapatkan BE ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4
18 comments:
takpe, pelan2 kayuh....hehehe..
yup... kekadang ikut turn., yang penting. maintain trafik
aku dah naik futur dah dengan benda ni tau tak.
Sebenarnya betullah tu apa yang telah ditulis oleh mereka yang berpengalaman. survey pada “Borang Tinjauan Blogger” tu sebenarnya memudahkan advertisers untuk mendapatkan maklumat mengenai ‘target audience’ yang mereka kehendaki berdasarkan maklumat yang telah anda isi. Sekiranya pembaca blog anda termasuk dalam kategori yang mereka kehendaki dan sesuai untuk sesuatu kempen, ada kemungkinan mereka akan membeli ruangan iklan di blog anda. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik blog ialah meninggalkan ruangan tersebut begitu sahaja tanpa diisi.
Selain itu banyak faktor diambilkira sebelum pengiklan ditawarkan BE. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh google tajuk artikel saya "Rahsia nuffnang – cara mendapat BE" yang ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri dan penerangan menyeluruh dari Team Nuffnang.
Salam perkenalan blogger
Dah guna semua cara tuh.Tapi belum dapat2 lagik.huhu =.=' Last2 biarkan aje :)
xpernah pun dapat BE...
:(
ohhh...bunyi macam susah jer nak dapat..haish
Assa! Terbaik! Slalu gak update itu ini kat Nuffnang! Konon nak la jugak BE berkepuk cam orang lain. Tp hape x dapat. Bile bace2 balik terms die barula faham.. Ngahaha!Sabar jela yop.. ^^,
dah lama pasang iklan kat blog cikmawar, tp xkayo jugak.. huhu
btw, follow u..
traffic kena banyak masuk dlm blog kita ek.. shushahnya..... tapi insya allah, usaha tangga kejaayaan...
btw, tima kasih masuk blog saya ya.. nanti kita follow each other ek.. :))))
malas nak pikir la. merajuk da ngan nuffnang
bru 5bln brblogging...BE entah bila...adaapa yg tak kena pun xpasti..jom tlg tengok blog saya..komen cket..pa yg patut dibaiki..
betul tu... apa pun kita berblog. BE ni keje nuff... biarkan pada mereka
Whoaa!!! Ramai yg singgah dan komen kat entri ni..aku kongsi info yg dpt dgn.semua...sori x dpt nak respon.komen.korang semua...apa2 pun trima kasih...kita usaha..ikhlas dan tawakal...insyaalah rezeki akan menyusul...
follow this http://fairytellaasmiza.blogspot.com/
owh...paham kot skit2.. >.<
sape2 yg nk try naikkan trafic leh tgok sini mmg 100% menjadi wei http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=362477
nice entry...
jemput singgah...http://cupcakesgirl2001.blogspot.com/
Post a Comment