Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Saturday 31 December 2011

Gambar Khairul Fahmi Che Mat Berjambang dan Pakai Jersi Baru Kelantan.

Baru je aku update blog caratipstutorial.blogspot.com kejap tadi. Aku kongsi cara disable voice notification Samsung Galaxy S2. Kepada sesiapa yang tercari-cari tutorial tu boleh la ke blog yang aku cakap tu tadi ye... Kat sini aku nak kongsi gambar terbaru penjaga gol terbaik Malaysia dan Asia Tenggara skang ni, Khairul Fahmi Che Mat. Gambar Khairul Fahmi Che Mat berjambang pakai jersi baru pasukan bolasepak Kelantan untuk musim 2012.

Gambar ni aku dapat dari page Facebook Bolasepak Malaysia. Page Facebook Bolasepak Malaysia pulak dapat sumber gambar ni dari website kelate.net. Sampai berjambang si Khairul Fahmi Che Mat ni...sibuk sangat kot...heheh..

Tags: Khairul Fahmi Che Mat, jersi baru team Kelantan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 30 December 2011

Status Glitterati Hilang


Pagi tadi masa aku berada dalam mood kemalasan nak kerja. Biasa la, asal hari Jumaat je takde mood nak kerja. Aku saja la login ke page Nuffnang sebab nak check traffic blog Pesta Irama Jiwa ni. Macam biasa je. Tak ramai yang singgah ke blog aku. Sekali tiba-tiba aku terpandang status Glitterati dah bertukar menjadi Ordinary Member!! STATUS GLITTERATI HILANG!!


Perasaan tak puashati timbul. Membara. Takde de nak dengar bunyi ombak rindu. Terbakar ada la. Aku rasa aku takda pulak letak iklan selain dari Nuffnang. Kalau ada pun cuma iklan says.my. Aku submit ticket kepada Nuffnang. Tapi sampai pukul 2 pagi ni still tak de respon dari Nuffnang. Lagi aku terbakar tapi aku takde la nak sangka buruk. Aku jangka ramai staff Nuffnang yang cuti kot hujung tahun ni.


Aku pun google la samada says.my ni yang menjadi punca status Glitterati hilang. Rupa-rupanya memang betul says.my yang menjadi punca status Glitterati hilang. Say.my tersenarai sebagai competitor kepada Nuffnang. Aku kena keluarkan says.my sebab aku tak nak kehilangan Buffered Earning (BE) aku. Rugi ooo...nak harap orang klik iklan says.my tu baru boleh dapat income, susah la sikit. Kita bukan boleh paksa-paksa orang nak klik iklan tu kan.... Aku yakin dengan BE income aku lebih stabil tanpa mengharap orang klik iklan kat blog aku ni. Kalau nak dapat earning kat says.my kena harap orang klik iklan. Tak sanggup aku... Lagipun sejak pukul 11 pagi semalam aku tengok traffic ke blog ni lain macam pulak ramai orang singgah...rezeki tu. CeSsss....!! Aku kena bertindak pantas. Sepantas larian Zaquan Adha yang main posisi sayap dengan team ATM musim akan datang yang akan start 7 Januari 2012. Nanti bila aku dah clear semua iklan says.my, kita tengok selepas 3-4 hari samada Nuffnang bagi balik tak status Glitterati aku tu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Samsung Galaxy S2 Memang Handphone Terbaik Tahun 2011!!


Sebelum ni aku ada buat entri pasal handphone terbaik tahun 2011 iaitu handphone Samsung Galaxy S2. Kat suratkhabar dah keluar dah kisah berrjuta-juta handphone Samsung Galaxy S2 dijual seluruh dunia. Dan aku adalah salah seorang yang jadi pembeli dan pemilik Samsung Galaxy S2 sejak Hari Raya Aidilfitri lepas.


Sejak Samsung Galaxy S2 keluar, berderet-deret lagi handphone yang hampir menyamai spesifikasi Samsung Galaxy S2. Samsung Galaxy W, Samsung Galaxy Y dan yang terbaru Samsung Galaxy Note. Hebat-hebat model-model yang baru ni. Hebat sangat sampai anak-anak aku lebih pandai godek handphone Samsung Galaxy S2 ni daripada aku. Baru-baru ni jenuh aku cari cara macam mana nak buat setting balik ke asal. Anak-anak aku tukar setting tiap kali ada call atau sms yang masuk siap mention nama atau nombor handphone caller/sender.


Hampir sejam jugak la aku godek Samsung Galaxy S2 ni cari setting cara untuk disable voice notification Samsung Galaxy S2. Maklumlah dah tua-tua ni slow la sikit...hheheh..Akhirnya, berjaya juga. Nanti aku akan buat entry tutorial disable voice notification Samsung Galaxy S2 kat blog caratipstutorial.blogspot.com. Ooo..lupa nak bagitau, blog tadi tu aku akan gunakan untuk kongsi knowledge apa yang aku tau sesikit. Kalau ada yang nak share knowledge kat blog tu boleh la email aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 29 December 2011

Apple iPhone 4s Murah.




Apple iPhone 4s baru je masuk market Malaysia awal bulan December 2011 kalau tak silap aku. Handphone yang jadi idaman buat semua peminat-peminat produk keluaran Apple. Salah satu ciptaan Apple semasa hayat dan zaman kegemilangan pengasas syarikat Apple iaitu Mendiang Steve Jobs yang juga telah meninggal dunia tahun 2011 juga. 


Mengikut pasaran, Apple iPhone 4s ni dijual dengan harga yang pelbagai mengikut spesifikasi modelnya bermula dari harga RM2,180.00 hinggalah RM 2,890.00. Harga yang agak tinggi sebenarnya. Tapi bagi peminat tegar produk Apple, harga bukanlah masalah yang besar bagi diorang ni. Tapi kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan produk Apple terutamanya iPhone 4s, ada juga dijual dengan harga yang agak murah boleh didapatkan kat SINI. Korang try la tengok dulu, mana la tau pakej yang ditawarkan berbaloi dan sesuai dengan bajet korang. 


p/s: Jom dengar apa Micheal Schumacher nak pesan kat korang dulu....

Sunday 25 December 2011

Status Apartment Springville Ukay Perdana | Untuk Disewa.



Safety Grille Tingkap Living Room.


Cat & peralatan untuk misi minggu depan.


Kitchen Table Top + Sinki dan meja konkrit untuk makan. Bar Stool akan desediakan kemudian.

Tengah hari tadi aku gerak ke Ukay Perdana untuk tengok progress status terkini unit Apartment Springville Ukay Perdana untuk disewa dan telah aku beli sejak 2002 dulu. Sepanjang last week kerja-kerja wiring, pemasangan safety grill, awning dan kitchen table top giat dijalankan (chewahh..macam signboard kat tepi jalan je ayat tu..). Basically, aku amat berpuashati dengan hasil kerja yang kawan-kawan aku buat. Cuma safety grille untuk pintu utama je ada sikit masalah, lockset jammed. Tapi takde hal sangat sebab aku dah contact Pak Din untuk settlekan. Selasa depan Pak Din akan hantar budak dia settlekan. Pak Din ni kontraktor welding yang aku baru kenal hujung tahun lepas. Dia ada workshop welding dekat Sri Gombak. Kualiti kerja memang padu. Harga safety grille yang dia caj aku pun murah.


Kerja pendawaian elektrik atau dalam bahasa yang biasa kita panggil, wiring pulak, kawan aku yang kitorang panggil Tom @ Bob Tomato settle buat sejak last weekend lagi. Sangat kemas hasil kerja yang dia buat. Cuma fitting lampu & kipas je belum buat. Aku suruh dia buat next weekend je. Sebab safety grille ada masalah pada lockset.


Untuk kitchen table top pulak, siang tadi baru siap 90% sebab pintu untuk cover ruang bawah table top tu belum pasang. Kalau takde pintu apahal pulak nampak tong gas dengan bottle trap bawah sinki tu kan.


Petang tadi jugak aku angkut anak bini aku pi beli cat. Cat Nippon 5 liter 2 tin. Satu tin color Lavender Print 7184T dan satu lagi color Violet Petal 7171P. Wife aku yang pilih. Next week misi untuk aku mengecat living hall dengan anak aku, Aiman. Sebenarnya aku ada jugak amik job mengecat ni. Aku kan ada company kecik, untuk ambik job kecik-kecik jugak..JV dengan kawan aku. Tapi untuk rumah sendiri aku decide untuk buat sendiri. Ajar anak aku buat kerja-kerja lelaki ni. Baru puassss..!!


Dah siap nanti aku akan update lagi status terkini unit apartment Springville Ukay Perdana tu sebelum aku sewakan dengan rate RM900.00 sebulan. Apartment Springville ni aku decide untuk sewakan kepada kaum Hawa (orang perempuan la tu..) yang berstatus BUJANG sahaja. Mungkin boleh start masuk selewat-lewatnya bulan Februari 2012 nanti. Deposit 2+1+0.5 bulan (0.5 bulan untuk utility deposit). Kepada sesiapa yang berminat untuk sewa Apartment Springville Ukay Perdana ni bolehlah contact aku (Fauzi) di talian 019-3311275 atau email pestajiwa@gmail.com / mnfauzi@gmail.com. Kalau aku tak jawab boleh sms aku kat nombor handphone yang kat atas tu tadi. Kalau nak contractor buat kerja-kerja renovation atau wiring pun boleh email je kat aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday 24 December 2011

Konsert..Concert..Konserto

Pergh..dalam tempoh seminggu ni macam-macam konsert dah berlangsung dan bakal berlangsung. Last week Konsert Search Fenomena 30 Tahun kat Mines Internation Exibition & Convention Centre (MIECC), The Mines. Hari ni konsert yang sama diteruskan pula di Tawau, Sabah. Aku dengar banyak rock band cakap rockers Sabah memang padu kalau layan konsert rock. Aku tak pasti la pasal tu. Aku pun tak penah jejak ke Sabah, apatah lagi layan konsert rock kat Sabah.


Esok pula, satu lagi konsert rock akan berlangsung kat stadium yang penuh dengan sejarah, Stadium Merdeka. Seingat aku sepanjang aku layan konsert ni, baru 2 kali je aku layan konsert kat Stadium Merdeka. 1st. layan konsert Peter Stuyvesant. 2nd. layan Konsert Search dengan bini dan anak aku yang baru lahir 7 tahun lepas, duduk dalam stroller lagi masa tu. Tapi esok gabungan 4 rock band akan menggegar Stadium Merdeka. 2 band lama dan 2 band baru. Wings, favorite band aku. Aku mula kenal music rock dengan Wings. Tak perlu cerita lagi pasal Wings. Another favorite band aku, Heavy Metal band, XPDC. Sama juga tak payah nak cerita pasal band ni. RAJA FUNFAIR tahun 90an. Aku pernah layan konsert XPDC kat Stadium Negara. Head banging sampai basah kuyup baju. Siap boleh perah peluh kat baju!! Azlan & The Typewriter, vokal Lan memang padu. Pernah dijemput untuk perform di Konsert Opera Hidup Wings di Istana Budaya bersama Superfriends. Yang terakhir Faizal Tahir & Royale FT Force, band yang dianggotai oleh musician yang sangat talented. Dengan energy yang akan dipersembahkan oleh keempat-empat band ni esok, aku rasa Konsert Loudspeaker akan menjadi satu konsert berskala besar yang berjaya selepas Konsert Ikhlas yang juga pernah diadakan di tampat yang sama, Stadium Merdeka.


Konsert Loudspeaker ni juga akan disaksikan oleh Afdlin Shauki, salah seorang artis yang performed masa Konsert Ikhlas dulu. Kalau jumpa Afdlin Shauki esok boleh la borak dengan dia esok pasal kegempakan Konsert Ikhlas tu dulu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 23 December 2011

Review Metallica Concert Live In Kuala Lumpur

Gua update blog gua kali ni sambil berbaring kat rumah Jason Newstedt. Lu orang jangan tak percaya pulak. Betul gua cakap lu,Saje je gua lepak kat rumah Jason ni sebab dia jemput gua sempena tahun baru ni kata dia. Lagipun, sejak dia keluar dari Metallica, dia boring. Gua pun tak nak kecewakan Jason Newstedt lagipun boleh la main salji kat luar tu.


Kali ni gua nak bikin review pasal Konsert Metallica Live in Kuala Lumpur. Lu orang tak ingat ke gua pernah buat entri pasal Konsert Metallica Live in Kuala Lumpur sebelum ni. Lu orang boleh usha kat sini......Kat SINI la...Tapi sebelum tu gua nak bagitau gua lepak dengan Jorge Lorenzo..gua ada bukti laa...usha SINI...Macam-macam romours gua dengar pasal Konsert Metallica Live in Kuala Lumpur. Ada yang kata konsert tu akan berlangsung bulan Disember 2011. Secara tak langsung gua bikin la satu entri pasal konsert tu. Blog gua pun menjadi sasaran para-para sakura peminat Metallica dari seluruh dunia, terutama sekali peminat Metallica dari Malaysia sendiri. Tarikh terakhir yang gua dengar Konsert Metallica Live in Kuala Lumpur akan diadakan adalah pada 2 Disember 2011. Mula-mula tu gua malas nak tengok website Metallica.com sebab dulu tahun 2001 Napalm Death bikin gig kat Life Centre pun masuk senyap-senyap...Last-last gua usha jugak kat website Metallica.com untuk tengok tour date. Lu orang tengok la kat bawah tu..






Tapi sampai ke tarikh gua bikin entri untuk Review Konsert Metallica Live in Kuala Lumpur ni, takda apa-apa info pun pasal Konsert Metallica. Yang ada cuma Konsert Fenomena Search 30 Tahun yang gua tak dapat pergi sebab dah ada kat rumah Jason Newstedt dah masa tu main salji. Lepas ni pada 25 Disember 2011, Konsert Loudspeaker plak akan diadakan di Stadium Merdeka. Band Favorite gua Wings, Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir & The Royale FT Force akan perform kat Konsert Loudspeaker. Gua tak pergi jugak... Gua yakin dengan dua konsert tu dah cukup untuk rockers seluruh Malaysia ni rockin'!!!!!...pesanan untuk Metallica "nanti singgah la kat rumah Jason Newstedt join kitorang main salji & AMALKAN CARA HIDUP SIHAT..".


"apahal gua dengar lagu Celine Dion masa taip entri ni...."...Damn!!

Wednesday 21 December 2011

Gambar Selebriti Kantoi Bogel Dalam Bilik Gelap.

Gambar selebriti kantoi bogel dalam bilik gelap ni gua yang tangkap sendiri. Gua akui memang gua yag bikin ini gambar sensasi dan bakal mengundang kontroversi satu Malaya. Gua tak kira, gua mesti dedahkan juga gambar selebriti kantoi bogel dalam bilik gelap ni. Gua yakin apa yang gua buat ni pasti akan menyebabkan ramai selebriti-selebriti panas hati dengan gua. Gua dah nekad. Apa nak jadi, jadi la. Keyakinan gua bahawa gambar bogel selebriti kantoi dalam bilik gelap ni bakal mengatasi kehebatan sorakan Ultras Malaya masa perlawanan kelayakan olimpik Harimau Muda lawan Syria bulan lepas.


Gua betul-betul berharap mana-mana selebriti yang selalu atau pernah buat onar dalam bilik gelap-gelap ni agar jangan buat lagi. Bertaubat la. Gua bagi amaran bahawa gua dengan tanpa segan silu dan tanpa was-was akan menyebarkan kemungkaran yang anda lakukan. Gambar seleberiti kantoi bogel dalam bilik gelap ni selamba je gua tangkap. Senang sangat. So, gua bagi ingat kat lu orang yang bergelar selebriti, benda macam ni tak susah untuk gua buat. Gua tak nak cerita panjang lebar lagi.... Lu orang mesti nak tau siapa selebriti yang kantoi bogel dalam bilik gelap kan?...dah tak sabar-sabar lagi nak tengok aib orang kan...?...biasa la, bila sebut je selebriti bogel, ramai yang berebut sampai berdarah hidung nak tengok kan....nikmati la !!!...adios...






















Dah puas dah lu orang tengok gambar selebriti kantoi bogel dalam bilik gelap??!!...Apa lu orang ingat blog gua ni blog lucah ke...???...suka sangat tengok aib orang....dah dah....pi main layang-layang tu.....

Tuesday 20 December 2011

Tribute To Abang Kawasan KL Sentral.

Suhadita Jusoh @ Abang Kawasan KL Sentral...heheh

Sejak beberapa hari ni gua tengok status Facebook kawan-kawan opis gua agak muram. Banyak kedukaan yang diorg luahkan. Dalam bulan Disember 2011 ni pula dah ramai gak kawan-kawan gua yang hantar surat resign, berenti keja. Salah sorangnye kawan gua yang dah sama-sama kerja dengan gua sejak 9 tahun lepas. “Dah sampai masa ..” kata Abang Kawasan KL Sentral bila ramai yang tanya apa punca dia berenti kerja. Memang ramai kawan-kawan agak terkejut. Bos-bos pun terkejut. Terkejut sebab keputusan muktamad dibuat sebaik saja dia balik dari Republik of Besut.

Sebelum gua teruskan kisah ala-ala Ombak Rindu ni..silap gua x penah tengok movie Ombak Rindu..Gua perbetulkan..kisah ala-ala Malek dalam Filem KL Gangster, gua bagitau dulu kenapa dia digelar Abang Kawasan KL Sentral. Kalau lu orang nak tau, member gua ni dapat gelaran Abang Kawasan KL Sentral sebab dia adalah orang yang paling 'kaya' kat area KL Sentral. Lu orang mesti tak percaya kalau tengok penampilan dia. Dia ni adalah 'pemilik' salah sebuah bangunan kat KL Sentral tu. Kalau setakat beli 2-3 unit kondo kat Suasana Sentral Kondominium tu, tak payah la nak kodi claim lu kaya. Macam gua cakap tadi, member gua ni 'owner' bangunan bro... kondo lu guna Sukahatidiaidilfitri (Sekuriti la ....), dia ada Polis Bantuan untuk jaga keselamatan. Lu ada orang gaji 2-3 orang lu dah sembang kencang. Dia siap ada cleaner untuk jaga kebersihan setiap tingkat kat 'rumah' dia. Kawasan parking kat 'rumah' dia plak boleh muat 200 buah kereta, 200 buah motorsikal. Macam-macam kenderaan parking kat situ, tapi bukan semua bukan dia punya...betapa pemurahnya Abang Kawasan KL Sentral ni..

Tapi dia sempoi bro... walaupun dia 'kaya' dia tetap kerja. Hari-hari dia akan pakai jersi warna biru bagi sumbangan kepada agama, bangsa & negara melalui ilmu serta pengetahuan yang Allah kurniakan kat dia. Lagipun, takkan dia nak tunjuk yang dia 'kaya'. Kantoi la nanti..sebab semua staff dia yang gua cakap tadi tu tak tau yang dia adalah 'owner' bangunan tu... Dressing sempoi...stokin bocor menjadi identiti dia...Kenderaan untuk dia bergerak ke sana, ke mari.. Honda tu bro...Honda 'C' Class...Lu orang tak tau ke Honda 'C' Class?..Honda C70 la...Dengan Honda C70 tu la dia gunakan untuk ke tempat jajahan favourite dia... Gombak, pi layan Pasar Malam. Chow Kit, gunting rambut & Kg. Baru, beli Nasi Briani Kambing. Makan pun sempoi..Nasi putih tanpa kuah, ikan masin & ulam jadi kemestian setiap kali makan tengah hari sejak 3 tahun lepas.

Dalam banyak-banyak memori gua sepanjang gua kenal Abang Kawasan KL Sentral ni, yang paling gua tak akan lupa 2 je...Yang pertama, kes bulb lampu Honda 'C' Class...kes ni melibatkan kawan gua yang sorang lagi, Nyok, skang Nyok ada kat Alor Setar yang mungkin akan jadi 'orang kaya' juga andai kata khabar angin yang gua dapat ni jadi kenyataan...hehehe..Yang kedua pulak, gua takkan lupa sampai bila-bila pun. Kenangan kedua ni tak ramai yang tau. Kali ni gua cerita skit untuk kongsi pasal Abang Kawasan KL Sentral, bukan pasal gua. Gua rasa kes ni jadi 8 tahun yang lepas. Kalau ditakdirkan Allah, masa kejadian tu Abang Kawasan KL Sentral dan Abang Kawasan Lot E takde gua rasa gua mungkin dah ada kat penjara atau tengah tunggu masa nak kena gantung. Masa tu gua hilang pertimbangan, gua hampir ketuk member gua sendiri guna marton...hammer la..Alhamdulillah kejadian tu tak berlaku. Kat sini gua nak minta maaf kat member gua yang hampir-hampir gua ketuk kepala dia dengan marton. Gua minta maaf Yeop...

Panjang dah sebenarnya gua taip ni. Penat juga la menaip sambil makan kerepek, sambil bagi anak minum susu. Berhenti kejap mandikan anak...dugaan jugak tu...lagi pun sebenarnya gua nak blog pasal kedukaan kawan-kawan gua skang ni...kes gaji la...tapi gua decide elok gua jangan campur, sebab boleh mengeruhkan lagi keadaan...Apa-apa hal pun gua ucapkan semoga berjaya kepada Suhadita Jusoh @ Abang Kawasan KL Sentral @ Presiden Republik Of Besut. Jangan lupa kawan-kawan kat KL ni....dan paling penting JANGAN MAKAN GAM!!! Hahhhahaha...

Abang Kawasan KL Sentral santai berkelah atas bumbung bersama jiran yang se'kaya' beliau.


p/s: penggunaan istilah Abang Kawasan takde kena mengena dengan mana-mana individu/entiti. Ianya hanya istilah yang kami gunakan semasa perbualan harian....itu je..

Tuesday 13 December 2011

Salah Masuk Lubang - Tragedi Tragis Malam Pertama

Gua kesian jugak bila tengok keadaan makhluk yang satu ni. Sampai salah masuk lubang yang menyebabkan satu tragedi tragis malam pertama menimpa. Gua syak makhluk yang satu ni mungkin baru pertama kali menjelajah ke seluruh pelusuk susuk ruang sampai tak tau lubang mana satu yang boleh masuk dan lubang yang mana satu bahaya untuk dimasuki. Sebab tu sebelum dibenarkan menjelajah kita ni sebagai manusia akan dihantar kursus. Paling tidak pun ada penyelia untuk guide. Tapi disebabkan makhluk ni berada dalam dunia yang lain....maka terjadila kisah yang amat tragis pada malam pertama dalam penjelajahanya....


Jom tengok apa jadi kalau salah masuk lubang .......scroll bawah la yeee......



































*Gambar kredit kepada Kami Boikot Buletin Utama TV3 Facebook Fan Page 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More