Friday 5 August 2011

Konsert Metallica Live in KL RM15juta!!!

Perghh…gile kentang…Konsert Metallica Live in KL tu….gua dengar cite Metallica akan datang Malaysia untuk buat konsert bulan Disember 2011. Tarikh yang dijangkan adalah *2 Disember 2011. Gua tak pasti samada sahih atau tidak info yang gua dapat ni. Sebelum ni, Metallica shortlisted untuk perform masa penutup F1 kat Sepang International Circuit. Masa tu gua dapat info dari Facebook Sepang F1 Circuit. Tapi akhirnya, Rain yang perform kat SIC.


image source idiotflashback


Kali ni gua dapat info pasal Konsert Metallica Live in KL dari blog ohbulan.. Gua pasti ohbulan.com pasti ada sumber yang lebih tepat, kalau tak takkan ohbulan.com berani announce pasal info ni.


Difahamkan konsert Metallica Live in KL nanti boleh menjangkau kos sehingga RM15juta tidak termasuk kos sampingan yang lain. Gile tinggi betul kos nak merealisasikan inpian semua rockers Malaysia. Gua syak Zamri Rockers mesti teruja kalau dapat tau pasal ni. Gua syak Zamri Rocker mesti join Mail Lambung buat part time tarik kereta…hahahah….

The Big 4.
(source http://www.myspace.com/megadeth/blog/540167281)


Persoalan yang timbul bila dapat tau kos konsert ni nanti bleh sampai juta-juta RM, berapa harga tiket Konsert Metallica Live in KL nanti??...Adakah Konsert The Big Four yang dibarisi oleh band Slayer, Megadeath, Antrax & Metallica akan diluluskan permit & berlangsungnya konsert The Big Four Live in KL kat Stadium Bukit Jalil??...

Gua lebih suka zaman Jason Newsted as Bassist Metallica.
image source idiotflashback


Untuk info selanjutnya, korang bleh terus ke ohbulan.com.
*info terkini:permit dah diluluskan!!!....kesahihan masih samar....

5 comments:

Type of ticket RM 1000, 800, 600, 400, 300 and 200...

konsert apa ni?
x elok la buat kat Malaysia..negara islam ni..

huiyooo! kemain konsertnyeeeee.

org brunei dtg, org spore dtg, bagus utk industri pelancongan. baru lepas beli tiket RM380 beb..... beratur weh.....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More