Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Nazmi Faiz. Show all posts
Showing posts with label Nazmi Faiz. Show all posts

Wednesday, 29 August 2012

4 Info Sukan Paling Menarik Hari Ini.

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya...memandangkan esok 31 Ogos, aku ucapkan juga Selamat Hari Merdeka ke 55 .. Dua hari lepas game ketiga Piala Malaysia. Ada beberapa keputusan perlawanan Piala Malaysia 2012 yang agak mengejutkan. Tapi takpe..semua tu dah lepas.... Kita cerita benda terbaru dan akan datang.. So aku share 4 info sukan paling menarik hari ini... Sumber dari Blog Haresh Deol, Wartawan Sukan Malay Mail.

1. Pemain Selangor yang pernah training dengan kelab PSV Eindhoven iaitu Asraruddin Putra Omar diintai dua kelab Eropah, Divisyen 5 Sepanyol iaitu yang berpusat di Santander dan OS Belenenses
Kelab Divisyen 2 Portugal. Buat masa ni hanya Internacional FC yang dah buat offer secara rasmi dengan bertanyakan harga serta gaji yang ditawarkan kepada Selangor FA. Belum ada apa-apa tawaran rasmi dari OS Belenenses.

2. Vuvuzela diharamkan!! Johor merupakan negeri pertama di Malaysia haramkan penggunaan vuvuzela kat Stadium Larkin. Dikhabarkan Kelantan akan jadi negeri ke 2 haramkan vuvuzela. Bagus la tu...memekak je ..bukan bleh bagi semangat pun bila dengar bunyi vuvuzela tu.. Negeri lain bila lagi nak haramkan vuvuzela tu???

3. Nazmi Faiz dah score satu gol masa game U19 SC Beira Mar sebelum ni. Semalam Nazmi main dengan skuad utama SC Beira Mar vs. Agueda. Nazmi masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 75 dan main sampai habis game. Persefahaman permainan antara Nazmi dan lain-lain pemain utama SC Beira Mar. Insyaallah sebaik sijil sebagai pemain profesional Nazmi dikeluarkan oleh FA Portugal, Nazmi ada peluang cerah untuk beraksi dalam liga utama Portugal, Primiera Liga.

4. Skuad senior bolasepak Malaysia, Harimau Malaya akan beraksi dalam 3 perlawanan persahabatan. Ketiga-tiga game ni dah sah. Terdekat adalah pada 11 September 2012 nanti. Perlawanan persahabatan Malaysia menentang Vietnam akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8:45 malam. Seterusnya perlawanan lawan Hong Kong dan kemudian kembali lawan Vietnam di tempat lawan pulak...

Terbaru...Zaquan Adha yang tidak tersenarai dalam skuad bolasepak kebangsaan sejak sekian lama, kembali mendapat perhatian Coach Rajagopal. Namanya dilihat berada dalam senarai pemain perlawanan persahabatan lawan Vietnam nanti. Tunggu senarai terkini pemain skuad bolasepak Malaysia yang akan disiarkan kat blog ni nanti...Insyaallah
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 25 May 2012

Wan Zack Haikal Ke Real Betis.

Hebat betul skang ni sejak Nazmi Faiz diikat oleh kelab profesional dari Portugal, SC Beira-Mar. Player muda dari Harimau Muda semakin panas dan semakin mendapat perhatian. Yang terbaru diberitakan Wan Zack Haikal akan ke Real Betis. Salah satu kelab dari Sepanyol, La Liga. Liga nombor satu di dunia. Liga terbaik!!!

Info yang diperolehi dari FAM, sepertimana yang disampaikan pada status Facebook Info Skuad Olimpik Malaysia sebentar tadi. Kesahihan berkenaan info ni belum dapat disahkan. Belum ada apa-apa pengumuman dari pihak FAM. Tapi sebelum ni Coach Ong Kim Swee pernah maklumkan akan ada lagi 3 player dari Harimau Muda A akan dapat trial dengan kelab Eropah.

Nama Wan Zack Haikal pun hangat diperkatakan akan dipancing oleh kelab Divisyen 2 Jepun. Bukan dia sorang. Tapi sorang lagi player Harimau Muda A, Wan Zaharul Nizam atau lebih dikenali sebagai Kecik, pun akan join kelab yang sama kat Jepun.

Apa-apa hal pun kita tunggu pengumuman dari pihak yang berkenaan. Aku cari gak info untuk pengesahan, tapi tak jumpa. Tapi kalau jadi la kan, bertambah la sorang lagi player profesional dari Malaysia. Harap-harap bila semakin ramai player Malaysia dapat main dengan kelab profesional luar negara, mutu bolasepak pasukan Harimau Malaya akan lebih paduuu!!! Setakat ni yang aku tau anak Malaysia yang berkelana main pro kat luar Arif Zulkifly (Island Bay United, New Zealand), Nazmi Faiz (SC Beira Mar, Portugal), Titus James Palani (Nanteuil FC, Peranchis), Fandi Anuar (Gisborne City FC, New Zealand), Faril Anuar (Gisborne City FC), Tam Sheang Tsung (Shanghai Shenhua FC, China), S. Kumaahran (trial Cruzeiro FC, Brazil). Aku yakin ada lagi player yang main kat luar...siapa tau sila la komen bagi nama ye..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 23 May 2012

Gaji Nazmi Faiz & Gaji Safee Sali.

Lagi entri pasal Nazmi Faiz Mansor. Tapi bukan pasal dia sorang. Entri ni juga melibatkan Safee Sali. Aku tengok ada beberapa keyword yang menggunakan gaji Nazmi Faiz dan Safee Sali.


Tu dia... Sampaikan gaji Nazmi dan gaji Safeerezeki dalam bolasepak ni.


Aku rasa gaji Nazmi Faiz ni mau cecah juta juta RM jugak dalam setahun. Kalau gaji Safee Sali yang main kat Indonesia pun bleh capai juta juta RM, ini kan plak Nazmi Faiz main kat Portugal. Biasanya gaji mingguan. Dibayar dalam matawang Euro. Sebelum ni pun khabar angin Nazmi Faiz pernah ditawarkan gaji RM20,000 sebulan kalau main dgn ATM. Ini cuma pendapat peribadi aku je pasal gaji Nazmi Faiz. Tahun 1994, kalau main bola untuk KL pun dah dpt gaji RM5000 sbln untuk player simpanan...ini plak main kat luar negara...sendiri mau ingat la kan..


Tapi lumrah orang kita ni memang agak sukar untuk mendedahkan brapa banyak gaji kita dapat sebulan. Takut boleh menimbulkan riak. Sebab tu susah nak tau berapa gaji Nazmi Faiz kat SC Beira Mar.. Tak macam kebanyakkan player profesional yang lain yang kebanyakkan peminat tau berapa gaji player pujaan diorang dapat...


Pesanan aku kat korang yang nak tau sangat berapa gaji Nazmi Faiz kat SC Beira Mar tu...kita tunggu la announcement dari ejen dia...tu pun kalau Nazmi rela untuk dedahkan pendapatan dia ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 22 May 2012

Kehebatan Nazmi Faiz Mansor.

Sejak Nazmi Faiz Mansor sign kontrak dengan kelab dari Liga Divisyen 1 Portugal, trending untuk nama Nazmi Faiz mencanak-canak naik. Memang terserlah kehebatan Nazmi Faiz Mansor sekarang ni.

Lama aku tak update blog aku ni. Lemau semacam je. Takde idea nak blog pasal apa. So terbiar je bersawang. Tapi Nazmi Faiz Mansor ni buat aku tergerak untuk update blog ni balik. Tanda aku berbangga dengan pencapaian dia. Aku penah cakap kat wife aku masa tengok game Malaysia lawan Thailand masa Sukan SEA lepas. Tengok kat klinik. "Gile bagus betul budak skolah ni main...bleh pegi jauh"... Masa game tu aku sorang je yang bersorak kat klinik...terbawak-bawak chants Ultras Malaya...hahaha..ye statement poyo...

Akhirnya...NAzmi Faiz MAnsor betul-betul pergi jauh...kehebatan Nazmi Faiz beri tempias kat blog aku sejak aku update blog pasal Nazmi sign kontrak dengan SC Beira-Mar. Korang tengok printscreen NUffnang Traffic Analysis blog aku ni...ye betul..takde la tinggi pun..tapi bagi impak jugak la skit...aku tak ping langsung pasal entri blog pasal Nazmi Faiz tu. Lepas update aku biar je...skali nampak beza dengan sebelum update pasal Nazmi tu. Kalau aku ping..sendri mau ingat la kan...kena plak ada Buffered Earning...heheh...

Ok...chow..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 21 May 2012

Barcelona FC Terpikat kat Nazmi Faiz.

Sejak malam tadi otak aku ni dok nampak Nazmi Faiz je. Terus terang aku cakap memang aku terlalu bangga dengan pencapaian Nazmi Faiz. Bak kata Safee Sali yang twit pada Nazmi Faiz 'ingat, tiada yang mustahil dalam bolasepak'. Maka memang tak mustahil Barcelona FC pun terpikat kat Nazmi Faiz.

Ada yang kata hilang la spotlight kisah Safee Sali. Tapi pada aku Safee Sali pembuka jalan kepada players lain seperti mana yang telah dirancang oleh Allah. Insyaallah lepas ni peluang Wan Zack & Kecik yang dikatakan akan je Jepun. Safiq Rahim ke Thailand. Kita tunggu perkembangannya.

SC Beira Mar amat pantas buat keputusan mengikat Nazmi Faiz. Dalam komen kat entri sebelum ni kata Sporting Lisbon pun dah mula minat Nazmi Faiz. Mungkin itu sebabnya SC Beira Mar ikat Nazmi cepat cepat. Boleh jadi ini khabar angin. Boleh jadi jugak sahih...apa pun Nazmi Faiz dah jadi milik SC Beira Mar dengan kontrak 3 tahun menandakan SC Beira Mar serius!!! Dan Nazmi Faiz akan meninggalkan Harimau MUda A....

Twit dari Barcelona FC (mungkin akaun twitter dari kelab peminat Barcelona Brasil) yang highlight berita pasal Beira Mar sign Nazmi Faiz. Skang ni aku dah berkira kira nak pegi tengok Nazmi Faiz main masa perlawanan liga tu nanti. Tapi modal sendri mau ingat la.

Kawan aku cakap pakej dari KLM 2 dewasa dan 2 kanak-kanak cecah RM12K!!!... Insyaallah andai ada rezeki...dapatla pi sana sambil kibar bendera Malaysia kat stadium SC Beira Mar....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Respon Nazmi Faiz Setelah Tandatangan Kontrak SC Beira Mar.

Susulan kepada entri sebelum ni, kita tengok apa respon Nazmi Faiz setelah tandatangan kontrak SC Beira Mar. Kontrak selama 3 tahun akan tamat pada Jun 2015 nanti. Namun diberitakan pada twitter ESPNSTARMY, Nazmi Faiz hanya akan bermain pada OGos 2012 nanti setelah umurnya mencapai 18 tahun. Mungkinkah Nazmi Faiz terus disenaraikan dalam skuad utama SC Beira Mar? Harus diingat Nazmi Faiz layak untuk mewakili skuad utama dan skuad remaja SC Beira Mar!! P/s Nazmi Faiz sama level dengan Joao Matinho dah skang ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nazmi Faiz Sign Kontrak 3 Tahun di Portugal.

Lama tak update blog. Malam ni aku tak boleh tido. Semuanya sebab dapat info Nazmi Faiz sign kontrak 3 tahun di Portugal. Nazmi dah sign kontrak dengan SC Beira Mar kejap tadi. 2 hari selepas trial Nazmi dengan SC Beira Mar tamat.

SC Beira Mar tak tunggu lama untuk buat keputusan tawarkan kontrak 3 tahun yang akan tamat pada Jun 2015 nanti. Ini meyakinkan bahawa SC Beira Mar nampak bakat besar yang ada pada Nazmi Faiz. SC Beira Mar tak nak terlepas player sehebat Nazmi. Aku yakin tu. Kalau tak takkan secepat ini SC Beira Mar offer kontrak kat Nazmi...betul tak?

Tahniah pada Nazmi Faiz, keluarga dia serta warga AU5 Lembah Keramat. Tak lupa juga Coach OKS yang nampak talent Nazmi Faiz utk diserapkan dlm skuad utama Harimau Muda A. Aku cuma nak pesan walau apa pun yg berlaku, walau di mana saja Nazmi berada..ingat tanggungjawab sebagai Muslim. Allah dah makbulkan impian kau. Lagi sekali TAHNIAH!!!

P/s aku dah deal beli jersi original SC Beira Nazmi Faiz...heheh ..deal direct dgn ultras SC Beira Mar iaitu Ultras AuriNegros..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More