Monday 21 May 2012

Nazmi Faiz Sign Kontrak 3 Tahun di Portugal.

Lama tak update blog. Malam ni aku tak boleh tido. Semuanya sebab dapat info Nazmi Faiz sign kontrak 3 tahun di Portugal. Nazmi dah sign kontrak dengan SC Beira Mar kejap tadi. 2 hari selepas trial Nazmi dengan SC Beira Mar tamat.

SC Beira Mar tak tunggu lama untuk buat keputusan tawarkan kontrak 3 tahun yang akan tamat pada Jun 2015 nanti. Ini meyakinkan bahawa SC Beira Mar nampak bakat besar yang ada pada Nazmi Faiz. SC Beira Mar tak nak terlepas player sehebat Nazmi. Aku yakin tu. Kalau tak takkan secepat ini SC Beira Mar offer kontrak kat Nazmi...betul tak?

Tahniah pada Nazmi Faiz, keluarga dia serta warga AU5 Lembah Keramat. Tak lupa juga Coach OKS yang nampak talent Nazmi Faiz utk diserapkan dlm skuad utama Harimau Muda A. Aku cuma nak pesan walau apa pun yg berlaku, walau di mana saja Nazmi berada..ingat tanggungjawab sebagai Muslim. Allah dah makbulkan impian kau. Lagi sekali TAHNIAH!!!

P/s aku dah deal beli jersi original SC Beira Nazmi Faiz...heheh ..deal direct dgn ultras SC Beira Mar iaitu Ultras AuriNegros..
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

Memang la Beira Mar sambar Nazmi cepat sebab dgr ura2 Sporting Lisbon pun berminat kat Nazmi..

Makin hot...dgr crita Beira Mar aim lg 2 org...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More