Thursday 31 May 2012

27 Jam Sebelum Perlawanan Persahabatan Malaysia Lawan Filipina.

Tinggal beberapa jam lagi perlawanan akan bermula. Atau secara lebih tepat lagi 28 jam sebelum perlawanan persahabatan Malaysia lawan Filipina akan bermula. Perlawanan persahabatan kedua dalam tahun 2012 ini setelah perlawanan persahabatan yang pertama dilangsungkan di Filipina pada 29 Februari lalu.

Perlawanan persahabatan tersebut yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Pasukan Harimau Malaya pada ketika itu tidak dibarisi oleh pemain terbaik dimana beberapa pemain utama mengalami kecederaan. Berbeza dengan pertemuan esok di Stadium Shah Alam skuad Coach Rajagobal akan dibarisi oleh pemain yang terbaik di mana rata-rata pemain yang dipanggil untuk perlawanan esok bebas dari sebarang kecederaan.

Namun, COach Rajagobal tidak memandang rendah dengan keupayaan skuad Filipina atau digelar sebagai The Azkals. Skuad The Azkals dibarisi oleh sebahagian besar pemain naturalisasi setelah polisi mereka membenarkan pemain kelahiran atau mempunyai ikatan pertalian keluarga Filipina mewakili pasukan bolasepak negara tersebut. Pemain-pemain tersebut ada yang bermain di Belanda, Jerman dan England.

Manakala skuad Harimau Malaya dibarisi oleh sebahagian besar pemain yang berjaya memenangi Piala AFF edisi 2010. 10 orang kesemuanya yang diketuai oleh Kapten Safiq Rahim dan Kapten Pelita Jaya Safee Sali. Manakala pertahanan kiri yang bermain pada Piala AFF 2010, Asrarudin Putra terpaksa digugurkan setelah mengalami kecederaan. Berkemungkinan besar Coach Rajagobal akan meletakkan Fadli Shas menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Asrarudin esok. Manakala Subra yang bermain cemerlang ketika perlawanan persahabatan menentang Chelsea bermain di posisi pertahanan tengah bergandingan dengan Aidil Zafuan atau Amiridzwan Taj yang bermain cemerlang pada perlawanan menentang Sri Lanka bulan lalu.

Wan Zack Haikal yang mengalami kecederaan pada sesi latihan pusat sebelum ini menghadirkan kebimbangan peminat bolasepak telah pun kembali turun menjalani latihan semalam menandakan persembahan mantap bakal disajikan pada perlawanan esok.

Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina esok dan seterusnya menentang Singapura pada 8 Jun 2012 di Stadium Jalan Besar & 12 Jun 2012 di Stadium Shah Alam Selangor.

KELANTAN FA
Khairul Fahmi Che Mat
Norshahrul Idlan Talaha
S. Subramanian
Shakir Shaari
S. Chanturu

TERENGGANU FA
Sharbinee Allawee
Faizal Muhammad
Ashaari Shamsudin

N.SEMBILAN FA
Farizal Marlias
Shahurain Abu Samah
S. Kunalan
Shakir Ali

SELANGOR FA
Bunyamin Omar
Safiq Rahim
K. Gurusamy

KEDAH FA
Amar Rohidan
Sabree Abu
Khyril Muhymeen

HARIMAU MUDA
Mahali Jasuli
Fadhli Shas
Wan Zack Haikal

ATM FA
Aidil Zafuan
Amirizdwan Taj
Azmi Muslim

T-TEAM FC
Faiz Subri

PAHANG
Azimudin Akil

PELITA JAYA (INDONESIA)
Safee Sali

Nantikan senarai pemain pilihan starting 11 Pesta Irama Jiwa untuk perlawanan esok. Tapi sebelum tu...TOLONG INGAT JANGAN BUNYIKAN HORN, VUVUZELA TAPI BERIKAN SORAKAN SEMANGAT KEPADA HARIMAU MALAYA ESOK!!! HORN & VUVUZELA HANYA MENGHASILKAN BUNYI BISING. PEMAIN PERLUKAN SORAKAN DAN SOKONGAN KATA-KATA SEMANGAT SEMASA BERMAIN!!! JADILAH PEMAIN KE-12 YANG PADU!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More