Wednesday 30 May 2012

David Villa Tak Main EURO 2012.

Merujuk kepada entri sebelum ni mesti ada yang perasan nama striker Barcelona iaitu David Villa takde dalam senarai skuad kendalian Vicente del Bosque. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa David Villa tak main EURO 2012.

Korang ingat lagi tak kecederaan yang David Villa alami masa perlawanan akhir World Club Cup menentang Al-Sadd bulan Disember 2011 lepas? Perlawanan yang dimenangi oleh Barcelona FC dengan jaringan 4-0 juga menyaksikan David Villa mengalami kecederaan patah tulang kering kaki kirinya.

Sejak Disember 2011 juga David Villa tak sentuh bola. Boleh dikatakan kecederaan yang dialami David Villa agak teruk. Hampir 6 bulan selepas kejadian tu, David Villa masih tak yakin untuk kembali cergas dan beliau telah memaklumkan kedudukan beliau kepada del Bosque baru-baru ni....

So...korang dah paham dah kenapa nama David Villa tak tersenarai untuk EURO 2012 nanti?.. del Bosque meletakkan sandaran kepada Fernando El Nino Torres sebagai peledak jaringan gol pada EURO 2012 edisi ke 14 ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More