Jumaat ni, 1 Jun 2012 perlawanan persahabatan antarabangsa diantara Malaysia lawan Filipina akan diadakan. Perlawanan yang akan memberikan mata tambahan kepada salah satu pasukan yang menang.
Kepada team yang menang, akan bertambahlah point pada ranking FIFA. Bila ranking FIFA meningkat dan berada dikedudukan yang lebih baik dan tinggi. Bila kedudukan ranking tinggi maka team team terbaik di dunia lebih berminat untuk adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bolasepak Harimau Malaya kita ni. Ni pendapat aku la...sebab aku rasa ranking penting. Aku tak tau la plak dengan FAM...FAM kan lebih tau..sebab tu FAM tak kisah dengan ranking.
Korang tengok gambar poster yang aku dapat dari page Malaysia National Football Team. Kat situ ada beberapa fakta berkaitan kedua-dua pasukan. Hebat jugak Filipina ni dulu rupanya.. Jepun memang lauk la dulu. Dengan Filipina pun penah kena 15-1 dulu. Dengan Harimau Malaya toksah cerita la kan. Korang tau tak dulu ada player Filipina penah main untuk Barcelona FC? Haaa..jangan tak tau...sepertimana yang tak tau Nazmi Faiz bukan player Asia Tenggara yang bermain untuk team bola Eropah sebab ada yang kata Nazmi Faiz pemain Asia Tenggara yang berjaya memikat dan sign kontrak dengan kelab Eropah...heheheh...nanti aku bikin entri pasal tu..Insyaallah
Ok..Insyaallah kalau aku sihat dan aku jadi pergi tengok game dan bagi sokongan pada Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan lawan Filipina nanti, akan ada la update pasal game tu. Lagipun hari kerja tu...agak.berat skit la...tapi game lawan Singapore musti mau turun bro...
Pesanan kepada yang pegi stadium tak kira la tengok bola ke..tengok hoki ke...tolong la jangan bunyikan vuvuzela, airhorn atau trumpet tu semua...semak la..player nak dengar sorakan dan sokongan ..bukan bunyi horn tu semua...tak percaya?? Tengok la bukti gambar yang aku attached tu... Tiket untuk game ni dah start jual. Harga RM20 je..korang bleh beli secara online kat www.tickethotline.com.my ..
Published with Blogger-droid v1.7.4
0 comments:
Post a Comment