Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

Senarai Pemain Malaysia U22 ke Kelayakan Piala Asia.

Setelah beberapa siri perlawanan persahabatan yang diharungi selepas menjuarai pingat emas Sukan SEA oleh skuad bimbingan Ong Kim Swee antaranya perlawanan yang diadakan di Slovakia, Hungary, China dan yang terakhir di Stadiun Shah Alan menentang Qatar U22. Perlawanan menentang skuad China U22 di China berkesudahan tewas 0-1 dan yang terbaru menewaskan Qatar U22 2-0 juga menyaksikan Nazmi Faiz dilayangkan merah kerana menumbuk Kapten Qatar U22, Abdelkarim. Abdelkarim juga menerina nasib yang sama setelah membuat serangan balas kepada Nazmi Faiz. Akhirnya senarai pemain Malaysia U22 ke Kelayakan Piala Asia yang akan diadakan di Mynmar telah pun dikeluarkan.

Difahamkan beberapa pemain telah digugurkan akibat kecederaan. Salah sorang pemain yang digugurkan adalah Zubir Azmi. Coach Ong Kim Swee optimis dengan skuad yang akan membawa cabaran di Kelayakan Piala Asia ini. Beliau yakin skuad ini boleh pergi jauh.

Beberapa jurulatih dari negara luar juga mula membuka mata dengan prestasi dan corak permainan skuad muda Malaysia ini. Antara jurulatih tersebut adalah Jurulatih Skuad U23 Jepun dan Jurulatih Qatar U22.

Takashi Sekizuka, Coach Japan U23 menyatakan Malaysia akan menjadi gergasi bolasepak Asia dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Manakala Coach Qatar U22, Allain Perrin mengakui terkejut dengan prestasi dan corak permainan mantap serta teratur yang ditunjukkan skuad Malaysia U22 selepas perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam ahad lepas.

Skuad Malaysia U22 akan memulakan pertandingan menentang Korea Selatan Sabtu, 23 Jun 2012 jam 3:15 petang waktu Mynmar. Sama-sama la kita bagi sokongan dari jauh. Diharapkan juga ada siaran secara langsung perlawanan melibatkan Malaysia U22 nanti. Dapat live streaming Malaysia U22 kat Internet pun ok. Berikut adalah senarai pemain Malaysia U22 ke kelayakan Piala Asia Mynmar:

Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D. Saarvindran, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azzizan Nordin, Muhamad Ilham Amirullah Razali, Ashri Chuchu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa, Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 18 June 2012

Penjaring Gol Terbanyak EURO 2012 Setakat 17 Jun 2012.

Mario Gomez
Mario Mandzukic
Alan Dzagoev
EURO 2012 dah berlangsung sejak 10 hari yang lepas. Setiap kumpulan hampir selesai melalui 3 perlawanan setiap kumpulan. Hanya pasukan yang berada dalam kumpulan C dan kumpulan D yang akan melalui perlawanan terakhir mereka hari ini dan esok. Dilihat 3 pemain sedang mendahului senarai penjaring gol terbanyak EURO 2012 setakat perlawanan semalam 17 Jun 2012. Mereka adalah Mario Mandzukic dari pasukan Croatia, Mario Gomez dari pasukan Germany dan Alan Dzagoev dari pasukan Russia. Masing-masing mendahului dengan jaringan 3 gol.


Dilihat Mario Mandzukic dan Mario Gomez mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memegang gelaran penjaring gol terbanyak EURO 2012. Ini adalah disebabkan peluang Alan Dzagoev telah tertutup setelah Russia gagal meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya. Hanya pasukan Republik Czech dan Greece dari kumpulan A berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir. Manakala pasukan Poland dan Russia tersingkir.


Pasukan terbaru yang layak ke pusingan suku akhir adalah Portugal dan Germany dari kumpulan B. Mario Gomez pemain penyerang berusia 26 tahun dilihat sebagai pemain yang bakal memegang gelaran penjaring gol terbanyak EURO 2012. Ini berdasarkan konsistensi pasukan Germany yang tidak tewas dalam perlawanan peringkat kumpulan. Tapi harus diingat Cesc Febregas dan Fernando Torres mengikut rapat dengan masing-masing menjaringkan 2 gol untuk pasukan Spain setakat ini. Walaubagaimanapun, pertandingan masih panjang dan peluang semua pemain untuk menjaringkan gol masih terbuka luas....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 17 June 2012

But Bolasepak Paling Berjaya Di EURO 2012.

Sori la geng. Tajuk entri kali ni agak kelakar skit. Aku tak tau nak bagi tajuk macamana...hahah... Sebenarnya nak tunjuk but bolasepak yang penjaring gol EURO 2012 guna. Korang paham-paham sendiri la ye bila tengok gambar EURO 2012 TOP SCORING BOOTS kat atas tu. Aku tak berapa kenal sangat model but-but tu semua. Yang aku kenal hanya Copa Mundial..zaman aku main bola popular la Adidas Copa Mundial tu..tapi skang ni orang cakap Copa Mundial tu but pengadil je pakai... Hahahaha...but bolasepak paling berjaya di EURO 2012.... Hahahaha...Nanti aku share senarai penjaring gol terbanyak EURO 2012 selepas tamat pusingan peringkat kumpulan Final EURO 2012 plak...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Punca Nazmi Faiz Dilayangkan Kad Merah.





Perlawanan persahabatan antara Malaysia U22 vs Qatar U22 berlangsung di Stadium Shah Alam jam 4:30petang semalam. Perlawanan yang dijadualkan menentang skuad bolasepak Timor Leste telah dibatalkan dan skuad Qatar U22 sudi untuk menyahut jemputan Malaysia. Keputusan perlawanan berpihak kepada skuad Malaysia U22 yang diketuai oleh Irfan Fazail dengan jaringan 2-0. Kedua-dua jaringan dihasilkan daripada sepakan freekick yang diambil secara terus oleh Irfan Fazail menghasilkan gol pertama. Manakala gol kedua juga dari sepakan susulan Rozaimi setelah sepakan percuma yang diambilnya mengenai benteng pertahanan Qatar U22. Nazmi Faiz hanya beraksi selama hampir 40 minit sahaja setelah Nazmi Faiz dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dari Malaysia, Nagor Amir Noor Mohamed. Punca Nazmi Faiz dilayangkan kad merah setelah beliau menumbuk Kapten Qatar U22, Abdelkarim Hassan.


Kejadian berlaku setelah Nazmi Faiz berang apabila Abdelkarim melakukan sliding tackle yang agak keras dan berbahaya sambil mengangkat tinggi kakinya. Nazmi yang berada di bahagian tengah padang telah membuat satu hantaran yang cantik ke sebelah kanan padang untuk rakan sepasukan, Azrif Nasrulhaq, telah meluru dan terus menumbuk pemain Qatar U22 tersebut. Abdelkarim itu juga dilayangkan kad merah setelah melakukan tumbukan balas terhadap Nazmi Faiz dan ianya jelas dilihat oleh pengadil perlawanan.


Dikatakan Coach Ong Kim Swee agak terkejut dengan tindakan Nazmi Faiz. Namun beliau menyedari ada sesuatu yang tak kena pada emosi Nazmi Faiz sejak pagi lagi. Ini dikatakan ada kena-mengena dengan satu siaran akhbar tabloid yang mengatakan bahawa Nazmi Faiz seorang playboy!!!??? Mungkinkah itu punca emosi Nazmi Faiz terganggu dan seterusnya menjadi punca Nazmi gagal mengawal emosi semasa perlawanan lantas menumbuk pemain Qatar U22??


Mungkin juga... Ada juga yang mengatakan Nazmi Faiz besar kepala setelah ditawarkan kontrak bermain di Eropah. Ada juga yang mengatakan "alaaa Nazmi..sikit je tu suratkhabar usik, camana jadi player profesional kalau kena cuit sikit dah melatah"... Isu Nazmi Faiz besar kepala tak timbul. Kalau dia nak besar kepala, dia takkan buat kat padang. Kat luar padang lagi dah boleh buat... Insyaallah Nazmi boleh kawal diri.


Tapi isu Nazmi Faiz kena cuit dengan suratkhabar adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Sebab suratkhabar tidak melaporkan perkara yang berkaitan kerjaya Nazmi Faiz sebagai pemain bolasepak profesional. Media usahlah diulangi perkara yang sedemikian demi melariskan jualan anda. Usikan sebegitu boleh merosakkan dan seterusnya menghancurkan permata negara kita.


Sepatutnya kita guide atlit macam Nazmi Faiz tu. Nazmi Faiz sangat muda. Mungkin dia belum tau cara untuk kawal perkara sebegitu. Diharap agar jangan diulangi lagi. Berbicaralah mengenai perkara berkaitan kerjaya mereka.


Nazmi Faiz memohon maaf kepada skuad Malaysia U22 dan semua penyokong dan perkara sebegitu tidak akan berlaku lagi. Pesanan untuk Nazmi Faiz, ini adalah proses kematangan kau. Kau harus hadapi dengan tenang dan waras. Jangan dimusnahkan perrjalanan kau baru bermula. Banyak lagi yang harus kau tempuh di hadapan dik...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 16 June 2012

Liga Super 16 Jun 2012 Selangor vs Sarawak Senarai Pemain & Update Perlawanan.

Senarai pemain utama Liga Super 16 Jun 2012 Selangor vs Sarawak & update perlawanan adalah seperti berikut:

SELANGOR.
Azlan, Dayoub, Razman, Gunalan, Asra, Solihin, Safiq, Amri, Gurusamy, Fitri (Kecik), Bosko.

SARAWAK.
Amar, Zamri, Sahran, Azizan Saperi, Rames, Dzulazlan, Yosri, Shahrol, Azizan Baba, Rajan, Ravindran

Update.

Minit 9 jaringan gol jarak jauh dari Bosko Balaban.

Minit 57 Sarawak buat pertukaran pertama memasukkan Fareez Tukijo bagi menggantikan Ravindran

Minit 65 jaringan Amri Yahyah dibatalkan kerana dikatakan off-side. Masih kekal Selangor 1- Sarawak 0

Minit 82 R. Surendren ganti Amri. Captain Armbend diserahkan kepada Gunalan

Minit 84 Khairul Azahar masuk gantikan Azizan Baba. Petukaran kedua Sarawak.

Minit 87 Freekick Specialist Selangor, Safiq Rahim digantikan oleh Famirul Asyraf.

Tambahan masa kecederaan 4 minit. Minit 91 Wan Hoesne ganti Bosko Balaban

Minit 94 Wisel penamat ditiupkan dan perlawanan kekal dengan keputusan gol Selangor menewaskan Sarawak 1-0!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 11 June 2012

Harimau Malaya Mengaum Bersama Ultras Malaya.

Esok perlawanan ke 2 Causeway Challenge antara Malaysia dan Singapura akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Semakin dekat semakin aku tak sabar untuk berada di stadium. Setelah keputusan perlawanan yang mengecewakan seri 2-2 Jumaat lepas akibat drama yang diarahkan oleh Ng Kai Lam semangat aku semakin membara untuk terus beraksi di curva stadium. Esok kita akan saksikan perjuangan Harimau Malaya sambil dihangatkan oleh Ultras Malaya. Harimau Malaya mengaum bersama Ultras Malaya.

Setelah sambutan yang keruh diterima semasa kunjungan ke Stadium Jalan Besar, aku menjangkakan ngauman Ultras Malaya akan lebih nyaring di tanahair sendiri. Aku rindu untuk tengok nyalaan flare merah menyala sepertimana yang dilakukan di Kota Bharu. Aku rindukan gegak gempita sorakkan komrad-komrad Ultras Malaya melaungkan chants dengan lirik-lirik yang membakar semangat Harimau Malaya sepertimana perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sokongan yang sangat padu dari semua penyokong Harimau Malaya yang memenuhi setiap ruang tempat duduk stadium.

Sejujurnya aku mengharapkan sesuatu yang lebih besar dari Ultras Malaya. Tapi apa yang aku harapkan tu perlu kebenaran dari pihak pengurusan stadium atau FAM. Aku sangat inginkan suasana sepertimana Besiktas Carsi bersorak. Sorang Capo berada di tengah padang mengetuai choreo sebelum perlawanan bermula. Mungkin Lekir atau Fred atau The Living Legend, Rambo boleh melakukannya. Ya..aku tau itu sesuatu yang agak mustahil untuk berlaku dalam masa terdekat. Memandangkan penyokong bolasepak di Malaysia lebih sukakan bunyi vuvuzela dan airhorn!!! Satu banner atau tifo menggesa FIFA siasat Ng Kai Lam juga harus dikibarkan esok memandangkan tiada sebarang info samada FAM sudah atau akan membuat bantahan terhadap Ng Kai Lam!!!

Jom tengok Besiktas Carsi beraksi!!
http://www.youtube.com/watch?v=A8qRylUVmC4&feature=youtube_gdata_player

Kredit dan sumber gambar Facebook Ultras Malaya & ChiqahPhotography.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 10 June 2012

Senarai Pemain Skuad Itali EURO 2012.

Itali juga adalah satu kuasa besar dalam bolasepak Eropah dan dunia. Antara nama-nama besar yang pernah dilahirkan Itali adalah Dino Zoff, Paolo Rossi, Roberto Baggio, Canavarro dan ramai lagi. Setiap kali pasukan Itali beraksi pasti jelas diingatan insiden Zinedine Zidane menghantuk kepalanya ke dada Marco Materazzi pada final Piala Dunia 2006 yang dijuarai oleh Itali. Ok... Jom kita tengok senarai pemain skuad Itali EURO 2012. Manakala kat gambar tu adalah senarai pemain yang akan beraksi pada perlawanan Itali lawan Sepanyol EURO 2012.

Gianluigi Buffon (Juventus)
Morgan De Sanctis (Napoli) Salvatore Sirigu (Paris St Germain) Ignazio Abate (AC Milan)
Federico Balzaretti (Palermo) Andrea Barzagli (Juventus) Leonardo Bonucci (Juventus)
Giorgio Chiellini (Juventus) Christian Maggio (Napoli)
Angelo Ogbonna (Torino)
Daniele De Rossi (Roma)
Alessandro Diamanti (Bologna)
Emanuele Giaccherini (Juventus)
Claudio Marchisio (Juventus)
Riccardo Montolivo (Fiorentina) Thiago Motta (Paris St Germain) Antonio Nocerino (AC Milan)
Andrea Pirlo (Juventus)
Mario Balotelli (Manchester City) Fabio Borini (Roma)
Antonio Cassano (Milan)
Antonio Di Natale (Udinese) Sebastian Giovinco (Parma)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 9 June 2012

Stadium Shah Alam Atau Stadium Nasional Bukit Jalil?

Perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia lawan Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura dah selesai. Perlawanan yang berlangsung Jumaat lepas berakhir dengan keputusan seri 2-2. Azamudin Akil yang masuk menggantikan Shahurain menjaringkan gol pertama dan gol kedua dijaringkan oleh Kapten, Safiq Rahim melalui satu sepakan percuma yang sangat cantik. Manakala gol-gol Singapura dijaringkan oleh Shahdan Sulaiman melalui satu sepakan percuma dalam kotak penalti yang dihadiahkan oleh Ng Kai Lam melalui satu keputusan atau aku katakan drama kontroversi dan jaringan kedua oleh Qiu Li.

Perlawanan kedua dijadualkan dilangsungkan pada Selasa ini, 12 Jun 2012. Kalau ikut perancangan asal perlawanan ni akan diadakan di venue yang sama seperti perlawanan menentang Sri Lanka dan perlawanan menentang Filipina di Stadium Shah Alam. Tetapi dikhabarkan FAM cuba menukarkan lokasi perlawanan kedua Malaysia lawan Singapura ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Info ni aku dapat masa aku terbaca di blog Senior Journalist The Malay Mail, Haresh Deol yang sering menjadi tetapi jemputan di Channel 801 Astro Arena. Ok... Sekarang ni lokasi perlawanan kedua Malaysia lawan Singapura kat mana? Stadium Shah Alam atau Stadium Nasional Bukit Jalil?

Dalam blog Haresh Deol menyatakan FAM cuba buat pertukaran apabila didapati jumlah penonton yang hadir pada 2 perlawanan menentang Sri Lanka dan Filipina tidak tinggi. FAM berpendapat jumlah penonton akan tinggi sekiranya dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan alasan 'mudah untuk ke sana'. Atau mungkin FAM ada agenda dalam mendapatkan kutipan tiket yang tinggi. Tapi pihak pengurusan stadium, KSN, tidak dapat meluluskan permohonan FAM tu.

Pada aku, sebagai penyokong bolasepak kebangsaan aku tak mau ambil peduli pasal jumlah kutipan tiket yang mungkin jadi agenda FAM tu. Cuma aku mempersoalkan kenapa FAM arrange friendly match di lokasi yang agak sukar kepada penyokong dan peminat bolasepak kebangsaan nak pergi? Bila tarikh perlawanan dah dekat, baru cuba nak tukar venue. Takkan perkara kecik macam ni pun tak boleh nak fikir!! Aku yang tak tau apa- apa pasal perancangan FAM ni nak cakap kat FAM, game yang korang arrange ni hari bekerja bukan? Korang tau tak bahawa kami terpaksa apply halfday leave atau terus apply cuti sehari pada hari perlawanan yang korang arrange di lokasi yang sukar untuk kami pergi?! Sebab takde public transport!! Tak macam di Stadium Bukit Jalil. Mudah, habis kerja terus naik LRT ke Bukit Jalil untuk ke stadium!! Nak balik pun senang. Kami tak kisah kalau game tu pada hari Sabtu atau Ahad. Kami tak perlu berkejaran ke sana ke mari kejar masa untuk ke Stadium. Kami boleh memandu dengan tenang tanpa tekanan.

Tolong la wahai Pegawai-pegawai FAM. Lain kali pertimbangkan keadaan dan situasi kami. Kami sayangkan Harimau Malaya. Kami sayangkan bolasepak. Anda semua berpangkat besar dan aku pasti anda semua belajar tinggi. Sepatutnya anda boleh pikir untuk provide sesuatu yang baik untuk kami dan kami akan melakukan tanggungjawab kami menyokong Harimau Malaya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Senarai Pemain Pasukan Portugal EURO 2012.

Pasukan Portugal, pasukan yang dipenuhi oleh pemain-pemain bintang yang beraksi di La Liga dan EPL. Diketuai oleh pemain yang membantu Manchester United menjuarai EPL sebelum ke Real Madrid yang baru menjuarai La Liga, Christiano Ronaldo. Pasukan yang agak mantap ni akan memulakan perlawanan menentang calon favorite juara EURO 2012, Germany. Perlawanan yang dijangka sangat sengit dan menjadi tumpuan peminat sukan bola sepak. Di bawah adalah senarai pemain pasukan Portugal EURO 2012.

Eduardo (SL Benfica)
Rui Patrício (Sporting Clube de Portugal)
Beto (CFR 1907 Cluj)
João Pereira (Sporting Clube de Portugal)
Fábio Coentrão (Real Madrid CF) Bruno Alves (FC Zenit St Petersburg)
Rolando (FC Porto)
Ricardo Costa (Valencia CF)
Pepe (Real Madrid CF)
Miguel Lopes (SC Braga)
Raúl Meireles (Chelsea FC)
Miguel Veloso (Genoa CFC)
João Moutinho (FC Porto)
Rúben Micael (Real Zaragoza)
Hugo Viana (SC Braga)
Custódio (SC Braga)
Nani (Manchester United FC) Cristiano Ronaldo (Real Madrid CF) Hugo Almeida (BeÅŸiktaÅŸ JK)
Ricardo Quaresma (BeÅŸiktaÅŸ JK) Silvestre Varela (FC Porto)
Hélder Postiga (Real Zaragoza) Nélson Oliveira (SL Benfica)

Sumber ESPNSTARMY.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 8 June 2012

Drama Arahan Pengarah Hong Kong Di Stadium Jalan Besar.

Perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia lawan Singapura game pertama dah selesai semalam. Perlawanan yang digelar Causeway Challenge 2012 yang dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan. Diharapkan perlawanan yang menarik bertukar penuh drama dipenghujung perlawanan.

Perlawanan sepak mula oleh Singapura yang diketuai oleh Baihakki Khaizan pada awalnya sangat menarik. Di mana Singapura membuat beberapa percubaan tepat ke arah gol Malaysia. Setelah hampir 10 minit perlawanan berlangsung, Harimau Malaya berjaya settledown dan mengimbangi rentak permainan Singapura yang membariskan skuad Lion XII sepenuhnya. Seterusnya menguasai permainan pada separuh masa pertama. Manakala separuh masa kedua menyaksikan skrip yang berbeza apabila Singapura memasukkan pemain naturalisasi seperti Qiu Li, Shi Jiayi, Daniel Bannet & Mustafic Fahrudin. Tetapi skuad Malaysia berjaya mengekalkan rentak dengan baik. Menyerap segala serangan tanpa sebarang masalah. Sehinggalah minit ke 82, skrip drama di Temasik bermula.

Singapura dihadiahkan sepakkan penalti oleh Pengarah Drama dari Hong Kong, Ng Kai Lam yang disyaki mendapat bayaran tinggi sebagai Pengarah Drama. Ok, mungkin angle dari sudut Pengarah Drama melihat satu kekasaran dilakukan terhadap pelakon drama dari Singapura, Khairul Nizam. Tetapi Pengarah Drama sentiasa ada pembantu untuk memberikan pandangan dari sudut yang lebih baik. Sepakkan penalti yang diambil oleh Qiu Li diselamatkan oleh Apek. Tetapi sekali lagi Ng Kai Lam menggunakan kuasa sebagai pengarah drama dengan menghadiahkan kad kuning kepada Aidil dan sepakkan percuma di dalam petak penalti hanya kerana Aidil menyebut 'YES' sebagai respon gembira Apek berjaya selamatkan penalti!!! Akhirnya 'FREEPENALKICK' yang dihadiahkan Ng Kai Lam berjaya disempurnakan oleh Shahdan Sulaiman. Manakala gol kedua hasil gerakan set piece freekick dari sebelah kiri yang dihantar ke kawasan tengah luar petak penalti dan terus dirembat oleh Qiu Li untuk satu jaringan gol yang cantik. Tapi gol tercantik untuk perlawanan ni adalah gol dari sepakan percuma Safiq Rahim. Gol world class!!!

Entri bukan untuk mengulas perlawanan semalam. Tapi nak cerita pasal drama Temasik hasil Pengarah Drama Hong Kong. Aku tak pasti samada pengadil boleh menghadiahkan freekick apabila seorang pemain datang kepada pengadil dan meraikan kejayaan sambil menyebut 'YES'. Coach Rajagobal cakap insiden tu mengganggu konsentrasi pemain. Ok...menyentuh kepada konsentrasi pemain, aku seakan tak boleh nak terima alasan Coach tu. Sejak dulu memang kita sedar pemain skuad bolasepak Malaysia sering hilang fokus dipenghujung 10-15 minit terakhir pemainan. Kenapa macam tu? FAM atau mana-mana pihak berwajib kena kenal pasti apa masalahnya. Atasi puncanya.

Dari segi permainan, rentak permainan kembali seperti dulu. Kenapa rentak permainan dengan tempo yang laju macam masa lawan Filipina tak diamalkan? Hantaran kurang kemas dan harus diperbaiki. Ada beberapa player yang dah hilang sengat. Seakan kurang bernafsu untuk menyerang. Aku nak kaitkan dengan perlawanan pembukaan EURO 2012. Poland bukan team pilihan menentang Greece yang ranking lebih tinggi. Tapi rentak dan corak permainan Poland buat aku 'WOW'.. Hantaran tepat..laju..larian pantas. Idea fikiran pantas berfikir untuk bertindak. Kenapa Poland boleh jadi macam tu? Apa beza pemain kita dengan pemain Poland? Mungkin dari segi fizikal memang ada beza. Tapi players Poland profesional, players Malaysia juga porfesional. Jadi apa bezanya?

Come on, bangkitlah wahai Pahlawan ku! Kami sentiasa bersamamu! Kami tegur sebab kami sayang kamu! Kami takkan kembali tinggalkan Pahlawan kami yang berjuang demi maruah negara!! Hancurkan musuhmu!! Musuhmu adalah musuh kami!! Demi daulat negara yang tercinta!!!

BERJUANGLAH!!
PAHLAWANKU!!
SATUKANLAH TEKAD SEMANGATMU!!
KAMI RELA KORBAN NYAWA!!
DEMI DAULAT NEGARA TERCINTA!!!

Salute Azamudin!! Tak sambut salam Ng Kai Lam!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Senarai Pemain Pasukan Bolasepak Greece EURO 2012.

Pasukan yang membuat kejutan dengan menewaskan pasukan Portugal pada EURO 2004. Pada kejohanan yang sama juga Greece telah menjadi Juara EURO 2004. Salah seorang pemain yang beraksi pada ketika itu dan menjaringkan gol yang menewaskan Portugal, masih berada dalam senarai pasukan bola sepak Greece untuk kejohanan EURO 2012 ini. Beliau adalah pemain yang bermain untuk kelab Panathinaikos, Karagounis. Beliau juga adalah pemain yang memakai jersi nombor 10 adalah Kapten pasukan Greece. Greece berada pada kedudukan ke 11 ranking FIFA. Chalkias (PAOK), Sifakis (Aris Thessaloniki), Tzorvas (Palermo); Torossidis (Olympiacos), Papadopoulos (Schalke), Papastathopoulos (Werder Bremen), Papadopoulos (Olympiacos), Holebas (Olympiacos), Tzavellas (Monaco), Malezas (PAOK); Katsouranis (Panathinaikos), Karagounis (Panathinaikos), Maniatis (Olympiacos), Fotakis (PAOK), Makos (AEK Athens), Fetfatzidis (Olympiacos), Ninis (Panathinaikos), Fortounis (Kaiserslautern); Salpingidis (PAOK), Samaras (Celtic), Gekas (Samsunspor), Liberopoulos (AEK Athens), Mitroglou (Atromitos).
Published with Blogger-droid v1.7.4

Senarai Pemain Pasukan Poland EURO 2012

Poland bertindak sebagai tuan rumah bersama untuk EURO 2012 bersama Ukraine. Selain menduduki tangga ke 65 ranking FIFA, Poland bukanlah satu kuasa besar dalam sukan bola sepak Eropah. Namun, diharapkan Poland dapat melakukan sesuatu dalam kejohanan EURO 2012. Senarai pemain pasukan Poland EURO 2012 adalah seperti di bawah.

Wojciech Szczesny (Arsenal FC), Przemys³aw Tyton (PSV Eindhoven), Grzegorz Sandomierski (KRC Genk), Sebastian Boenisch (SV Werder Bremen),
Marcin Kaminski (KKS Lech Poznan), Damien Perquis (FC Sochaux-Montbeliard),
Lukasz Piszczek (Borussia Dortmund),
Marcin Wasilewski (RSC Anderlecht), Jakub Wawrzyniak (Legia Warszawa),
Grzegorz Wojtkowiak (KKS Lech Poznan),
Jakub B³aszczykowski (Borussia Dortmund),
Dariusz Dudka (AJ Auxerre),
Kamil Grosicki (Sivasspor),
Adam Matuszczyk (Fortuna Düsseldorf 1895),
Adrian Mierzejewski (Trabzonspor AS),
Rafal Murawski (KKS Lech Poznan), Eugen Polanski (1. FSV Mainz), Ludovic Obraniak (FC Girondins de Bordeaux),
Maciej Rybus (FC Terek Grozny), Rafa³ Wolski (Legia Warszawa), Pawel Brozek (Celtic FC),
Robert Lewandowski (Borussia Dortmund),
Artur Sobiech (Hannover 96).
Published with Blogger-droid v1.7.4

Barisan Kemungkinan Skuad Kesebelasan Utama Malaysia.

Satu senarai kemungkinan skuad kesebelasan utama Malaysia pada perlawanan persahabatan bolasepak menentang Singapura telah diperolehi dari twitter Wan Fakhrul Bakar yang juga Wartawan Sukan Berita Harian.

Kesebelasan utama yang sama semasa perlawanan persahabatan menentang Filipina awal bulan ini akan digunakan pada malam ini. Kecuali Mahali yang beraksi sebagai pemain pertahanan kiri menggantikan tempat Azmi Muslim akan diturunkan sebagai kesebelasan utama apabila Azmi Muslim menyertai Wan Zack Haikal dan Ashari Shamsudin atau Saha yang cedera. Difahamkan Wan Zack Haikal langsung tidak dibawa ke Singapura.

Keselebelasan kemungkinan skuad bolasepak Malaysia pada malam ini adalah seperti yang disenaraikan kat bawah.

GOALKEEPER.
Khairul Fahmi Che Mat (Apek).

PERTAHANAN.
Mahali Jasuli.
Fadhli Shas.
Aidil Zafuan.
Bunyamin Umar.

MIDFIELD.
Safiq Rahim.
K. Gurusamy.
Shahurain (Kecik).
S. Kunalan.

STRIKER.
Safee Sali.
Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo).
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 7 June 2012

Kelebihan Berada Di Pihak Pasukan Singapura.

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat dan penyokong bola sepak Malaysia dah tiba. Malam ni pukul 7:45 malam perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia menentang Singapura yang sememangnya seteru utama sejak sekian lama akan berlangsung. Untuk perlawanan kali ni aku tengok kelebihan berada di pihak pasukan Singapura.

Pasukan Singapura kali ni adalah sebab diorang beraksi di hadapan penyokong sendiri. Semangat pemain bila main depan penyokong sendiri pasti membuak-buak. Tapi sorakkan Kallang Roar akan ditenggelamkan oleh chants Ultras Malaya yang baru bergerak menuju Stadium Jalan Besar awal pagi tadi dengan menaiki 5 buah bas. Faktor tambahan yang aku cakap Singapura ada kelebihan lagi ialah 18 pemain yang disenaraikan adalah dari skuad Lions XII yang bermain dalam Liga Super. Diorang tak perlu susah susah nak arrange friendly game untuk mantapkan keserasian permainan pasukan. Faktor padang juga memberi kelebihan kepada pasukan bola sepak Singapuran. Padang rumput tiruan ternyata tidak memberi sebarang masalah kepada Singapura. Manakala penggunaan pemain naturalisasi seperti Qiu Li dan Shi Jiayi iaitu pemain yang berasal dari China mempunyai kemahiran serta teknik yang sangat tinggi.

Tetapi kalau diikutkan kepada rekod pertemuan sejak 2007 kedua-dua pasukan mempunyai rekod yang sama. Aku harap Coach Rajagobal serta pemain tak menerapkan permainan yang terlalu berhati-hati. Permainan menyerang harus dimulakan sebaik wisel permulaan ditiupkan. Tiada lagi formasi eksperimen untuk pasukan pada perlawanan kali ni dan seterusnya. Sampai bila nak eksperimen? Sepatutnya Coach Rajagobal dah ada pemain serta formasi yang mantap sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakkan pasukan terkuat di seluruh dunia. Memang betul Coach Raja kenal dengan pemain dan pasukannya, tapi kami sebagai penyokong juga mahukan permainan terbaik dan dahagakan kemenangan. Aku yakin Coach Rajagobal dan semua pemain yang diturunkan malam ni akan memberikan komitmen 100% sebab mereka juga dahagakan kemenangan!!! Aku sikit pun tak merasakan diorang akan bermain ala kadar. Safee Sali juga menyatakan adrenalinnya pumpin' untuk perlawanan menentang Singapura dalam twitternya. Harimau Malaya pasti mengaum dan membaham Singapura malam ni.

Nantikan senarai kemungkinan kedua-dua pasukan dalam entri akan datang.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More