Saturday, 9 June 2012

Stadium Shah Alam Atau Stadium Nasional Bukit Jalil?

Perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia lawan Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura dah selesai. Perlawanan yang berlangsung Jumaat lepas berakhir dengan keputusan seri 2-2. Azamudin Akil yang masuk menggantikan Shahurain menjaringkan gol pertama dan gol kedua dijaringkan oleh Kapten, Safiq Rahim melalui satu sepakan percuma yang sangat cantik. Manakala gol-gol Singapura dijaringkan oleh Shahdan Sulaiman melalui satu sepakan percuma dalam kotak penalti yang dihadiahkan oleh Ng Kai Lam melalui satu keputusan atau aku katakan drama kontroversi dan jaringan kedua oleh Qiu Li.

Perlawanan kedua dijadualkan dilangsungkan pada Selasa ini, 12 Jun 2012. Kalau ikut perancangan asal perlawanan ni akan diadakan di venue yang sama seperti perlawanan menentang Sri Lanka dan perlawanan menentang Filipina di Stadium Shah Alam. Tetapi dikhabarkan FAM cuba menukarkan lokasi perlawanan kedua Malaysia lawan Singapura ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Info ni aku dapat masa aku terbaca di blog Senior Journalist The Malay Mail, Haresh Deol yang sering menjadi tetapi jemputan di Channel 801 Astro Arena. Ok... Sekarang ni lokasi perlawanan kedua Malaysia lawan Singapura kat mana? Stadium Shah Alam atau Stadium Nasional Bukit Jalil?

Dalam blog Haresh Deol menyatakan FAM cuba buat pertukaran apabila didapati jumlah penonton yang hadir pada 2 perlawanan menentang Sri Lanka dan Filipina tidak tinggi. FAM berpendapat jumlah penonton akan tinggi sekiranya dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan alasan 'mudah untuk ke sana'. Atau mungkin FAM ada agenda dalam mendapatkan kutipan tiket yang tinggi. Tapi pihak pengurusan stadium, KSN, tidak dapat meluluskan permohonan FAM tu.

Pada aku, sebagai penyokong bolasepak kebangsaan aku tak mau ambil peduli pasal jumlah kutipan tiket yang mungkin jadi agenda FAM tu. Cuma aku mempersoalkan kenapa FAM arrange friendly match di lokasi yang agak sukar kepada penyokong dan peminat bolasepak kebangsaan nak pergi? Bila tarikh perlawanan dah dekat, baru cuba nak tukar venue. Takkan perkara kecik macam ni pun tak boleh nak fikir!! Aku yang tak tau apa- apa pasal perancangan FAM ni nak cakap kat FAM, game yang korang arrange ni hari bekerja bukan? Korang tau tak bahawa kami terpaksa apply halfday leave atau terus apply cuti sehari pada hari perlawanan yang korang arrange di lokasi yang sukar untuk kami pergi?! Sebab takde public transport!! Tak macam di Stadium Bukit Jalil. Mudah, habis kerja terus naik LRT ke Bukit Jalil untuk ke stadium!! Nak balik pun senang. Kami tak kisah kalau game tu pada hari Sabtu atau Ahad. Kami tak perlu berkejaran ke sana ke mari kejar masa untuk ke Stadium. Kami boleh memandu dengan tenang tanpa tekanan.

Tolong la wahai Pegawai-pegawai FAM. Lain kali pertimbangkan keadaan dan situasi kami. Kami sayangkan Harimau Malaya. Kami sayangkan bolasepak. Anda semua berpangkat besar dan aku pasti anda semua belajar tinggi. Sepatutnya anda boleh pikir untuk provide sesuatu yang baik untuk kami dan kami akan melakukan tanggungjawab kami menyokong Harimau Malaya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

drama kontroversi tu, apa isunya? sape yang salah sebenarnya?

kan padang kat bukit jalil tu dah buruk & kurang mantap..so lebih baik main dkt stadium shah alam yg cun melecun padangnya tuu..fikir aspek tu ye.

Kes kad kuning yg x masuk akal...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More