Sunday, 3 June 2012

Bolasepak Filipina Makin Maju??

Keputusan seri tanpa jaringan antara Malaysia lawan Filipina Jumaat lepas menjelmakan pelbagai anggapan terhadapat situasi bolasepak negara. Pelbagai kata-kata yang kembali memperlekeh skuad negara dihamburkan. Ada yang kutuk player, ada yang maki player. Yang kutuk FAM toksah kata laaa... Umpama skuad bolasepak negara kembali mundur. Harimau Malaya kembali tidor. Ada yang kata bolasepak Filipina makin maju!! Betul ke bolasepak Filipina makin maju??

Inilah lumrah attitude peminat bolasepak Malaysia. Nak salahkan, kang ada yang kata "apa dah tak boleh kritik ke!! ".. Boleh kritik tapi biarlah dengan fakta yang munasabah. Aku nak tanya adakah dengan menggunakan pemain naturalisasi menandakan tahap bolasepak sesebuah negara tu dah maju? Bangga ke gunakan players naturalisasi untuk dapatkan sesuatu kejayaan?

Betul, Filipina 'BERJAYA' ikat Malaysia daripada menang perlawanan persahabatan hari tu. Tapi boleh ke dibanggakan 'KEJAYAAN' sebegitu? Aku lebih bangga dengan players anak jati Malaysia, yang lahir, dibesarkan dan mengerah keringat berbakti kepada negara. Dalam game hari tu, sebahagian besar pemain Filipina adalah pemain naturalisasi. Antara diorang ialah Stephen Schrock (JERMAN), Dennis Wolf (JERMAN), Luiz Guirado (SPAIN) & Angel Guirado (SPAIN).

Korang boleh Google pasal players yang aku bagitau ni. Check asal usul diorang. Sebenarnya bolasepak Filipina tak kemana-mana pun. Yang berubah hanya dasar pemilihan pemain skuad negara Filipina je... Situasi sekarang ni menyebabkan ada yang kutuk "ada striker gaji berjuta-juta pun tak boleh score!!" .."player Malaysia ni nak glamer je, tu yang buat fesyen rambut pelik-pelik"... Kamon laaa... Fernando Torres tu berapa lama tak score? Lawan team rojak Malaysia pun tak boleh score... Lagi berkepuk-kepuk gaji Fernando Torres tu. Tapi bagi peminat Fernando Torres, korang tetap bersabar sambil cakap " kita bagi dia masa". Kenapa bila player MAlaysia tak boleh score korang bising-bising kutuk dia? Pasal fesyen rambut pulak, relevan ke stail rambut dengan kegagalan jaringkan gol? Kita kena yakin semua pemain yang dipilih sentiasa memberi sepenuh komitmen tak kira gaji besar atau gaji kecik. Player Super League atau Primier League tak jadi isu. Diorang tetap bagi 100% komitment!! Diorang sedar diorang tengah bawa nama negara!! Aku rasa kalau Filipina membariskan pemain warga Filipina, sejarah 1962 pasti berulang. Filipina pasti dibelasah!!

Aku tak nak tulis panjang-panjang. Sebab kadang-kadang orang bukan boleh paham dengan apa yang nak kita sampaikan melalui penulisan macam ni. Tapi aku nak tinggalkan satu soalan untuk dipikirkan "Adakah anda berbangga sekiranya isteri anda mengandung dan melahirkan anak yang spermanya dari lelaki lain? Sebab anda tidak subur dan anda mahukan anak" Ops!! Lupa plak... Ranking Thailand lagi tinggi tanpa pemain naturalisasi tapi pemain bolasepak Thailand bermain untuk kelab luar. Nampak tak? Dah lama dan dah ramai players Thailand main kat luar. Players kita baru dapat peluang. Insyaallah satu hari nanti Malaysia kembali menjadi raja bolasepak di rantau Asia.
Lelaki lain = pemain naturalisasi.
Anak = kejayaan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

6 comments:

terbaik br0!! Kalau diorg xpaham ayat yg atas2~ ayat perumpamaan tu c0nfirm ble wat org paham~ selamanya harimau malaya~

16 peluang Malaysia ada tp gagal disempurnakan....semua ke Langit bola. Coach pula bg bermacam2 alasan selepas AFF cup. Sebagai penonton n penyokong aku mahukan permainan yg kemas dan gooll dr Malaysia. Lagi pun masa lawan philipina, pemain di org sama standard je dgn pemain local Malaysia. Tp keputusan cam tu gak, alasan macam2. Tan Sri Ghani pon menyampah....aku pun sama....

Ehm...nk kejayaan ke nak kebanggaan??nk masuk piala dunia ke nk main piala AFF jer??

Menyampah? Ramai yg menyampah kot...tapi takkan stakat menyampah je..buat la sesuatu..tegur dgn cara yg betul..

Sila pahami perumpaan kejayaan dpt anak dari sperma lelaki lain yg aku bg kat atas tu...
Utk bg jelas...satu lagi perumpaan.. anda dpt kerja sbb guna sijil dan keputusan org lain yg cemerlang..bangga? Mungkin anda bangga..tapi tidak pada aku...masing2 punya pendapat bro..

aku tak soal keputusan perlawanan. yang wajar kita tanya ialah kenapa singapura dan thailand boleh main dengan kemas, ringkas dan nampak tepat sedangkan pemain kita lari torkontang kanting. pemain kita lebih laju, lebih kuat dan ada skill. tapi teknik dan taktikal sangat2 boleh dipersoalkan. mungkinkah hanya aku yg perasan? tapi memang itu la yg aku nampak. pasukan mcm singapura nampak selesa ketika menyerang dan tersusun ketika bertahan. cumanya dia org lebih slow, cepat penat dan kurang skill. tapi masih boleh kalahkan malaysia sbb taktikal bagus. cuna kita pikir. sampai bila kita nak main bola mcm kejar ayam???

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More