Thursday, 7 June 2012

25 Jam Sebelum Perlawanan Persahabatan Malaysia Lawan Singapura | Stadium Jalan Besar Singapura.

Pasukan Harimau Malaya dah sampai di Singapura sejak semalam didahului oleh ketibaan Safee Sali yang terbang terus dari Indonesia ke Singapura. Team bolasepak Malaysia sampai tak berapa lama kemudian dan terus ke Stadium Jalan Besar, Singapura untuk menjalani latihan pada pada jam 5 petang semalam dan sekali lagi latihan akan diadakan di lokasi yang sama hari ini jam 7 malam.

Tengahari tadi sidang akhbar perlawanan persahabatan Malaysia lawan Singapura yang dimulakan oleh pasukan Singapura telah diadakan. Sidang akhbar yang diwakili oleh Jurulatih Radojko dan Baihakki Khaizan, Kapten Singapura untuk perlawanan esok.

Dalam press conference Coach Radojko cakap team Malaysia adalah pasukan yang kuat dan telah membuktikannya dengan menjuarai Piala AFF dua tahun lepas. Baihakki pula cakap setiap perlawanan menentang Malaysia adalah perlawanan yang berbeza dan Singapura ingin menang di hadapan penyokong sendiri.

Coach Rajagobal pulak yakin terhadap prestasi Safee Sali walaupun kemarau gol bersama skuad kebangsaan sejak 6 bulan lalu dan masalah berat badan Mat Yo yang diperkatakan sejak tampil pada perlawanan menentang Filipina adalah tanggungjawab FA Kelantan. Dalam sidang akhbar tersebut >b>Safee Sali yakin akan menjaringkan gol sekaligus menang pada perlawanan esok.

Dalam ranking yang dikeluarkan FIFA semalam, ranking Malaysia berada dikedudukan 154 dunia dengan 151 mata setelah turun 1 tangga walaupun seri lawan Filipina pada 1 Jun lepas. Ranking Singapura pula berada di kedudukan 3 tangga kebawah dikedudukan 157 dengan 143 mata. Kedudukan ranking FIFA akan diupdate sekali lagi pada 4 Julai 2012.

Sumber info dan gambar dari ESPNSTARMY.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More