Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Dalam Perlawanan Bolasepak Persahabatan Malaysia vs. Vietnam | 11 September 2012 Stadium Shah Alam.

Perlawanan bolasepak antarabangsa Kelas A antara Malaysia lawan Vietnam akan berlangsung di Stadium Shah Alam tepat jam 8:35 malam. Terima kasih kepada page Facebook Malaysia Soccer News yang berkongsi senarai pemain bolasepak Malaysia untuk perlawanan Malaysia vs. Vietnam. Insyaallah aku akan berada kat stadium untuk sama-sama bagi sokongan kepada skuad Harimau Malaya. Aku akan senaraikan barisan kemungkinan kesebelasan utama skuad Malaysia kat blog FFauzi Blues.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, 31 August 2012

Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Perlawanan Persahabatan Malaysia vs. Vietnam 11 September 2012.

Sempena kembalinya aku blogging kat blog Fauziblues.com, aku cuma akan share senarai pemain bolasepak Malaysia sempena perlawanan persahabatan Malaysia vs. Vietnam 11 September 2012 nanti. Maklumat selanjutnya aku share kat blog fauziblues.com ye...jemput la ke blog fauziblues.com ...sumber info ESPNSTAR.MY

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, 29 August 2012

4 Info Sukan Paling Menarik Hari Ini.

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya...memandangkan esok 31 Ogos, aku ucapkan juga Selamat Hari Merdeka ke 55 .. Dua hari lepas game ketiga Piala Malaysia. Ada beberapa keputusan perlawanan Piala Malaysia 2012 yang agak mengejutkan. Tapi takpe..semua tu dah lepas.... Kita cerita benda terbaru dan akan datang.. So aku share 4 info sukan paling menarik hari ini... Sumber dari Blog Haresh Deol, Wartawan Sukan Malay Mail.

1. Pemain Selangor yang pernah training dengan kelab PSV Eindhoven iaitu Asraruddin Putra Omar diintai dua kelab Eropah, Divisyen 5 Sepanyol iaitu yang berpusat di Santander dan OS Belenenses
Kelab Divisyen 2 Portugal. Buat masa ni hanya Internacional FC yang dah buat offer secara rasmi dengan bertanyakan harga serta gaji yang ditawarkan kepada Selangor FA. Belum ada apa-apa tawaran rasmi dari OS Belenenses.

2. Vuvuzela diharamkan!! Johor merupakan negeri pertama di Malaysia haramkan penggunaan vuvuzela kat Stadium Larkin. Dikhabarkan Kelantan akan jadi negeri ke 2 haramkan vuvuzela. Bagus la tu...memekak je ..bukan bleh bagi semangat pun bila dengar bunyi vuvuzela tu.. Negeri lain bila lagi nak haramkan vuvuzela tu???

3. Nazmi Faiz dah score satu gol masa game U19 SC Beira Mar sebelum ni. Semalam Nazmi main dengan skuad utama SC Beira Mar vs. Agueda. Nazmi masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 75 dan main sampai habis game. Persefahaman permainan antara Nazmi dan lain-lain pemain utama SC Beira Mar. Insyaallah sebaik sijil sebagai pemain profesional Nazmi dikeluarkan oleh FA Portugal, Nazmi ada peluang cerah untuk beraksi dalam liga utama Portugal, Primiera Liga.

4. Skuad senior bolasepak Malaysia, Harimau Malaya akan beraksi dalam 3 perlawanan persahabatan. Ketiga-tiga game ni dah sah. Terdekat adalah pada 11 September 2012 nanti. Perlawanan persahabatan Malaysia menentang Vietnam akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8:45 malam. Seterusnya perlawanan lawan Hong Kong dan kemudian kembali lawan Vietnam di tempat lawan pulak...

Terbaru...Zaquan Adha yang tidak tersenarai dalam skuad bolasepak kebangsaan sejak sekian lama, kembali mendapat perhatian Coach Rajagopal. Namanya dilihat berada dalam senarai pemain perlawanan persahabatan lawan Vietnam nanti. Tunggu senarai terkini pemain skuad bolasepak Malaysia yang akan disiarkan kat blog ni nanti...Insyaallah
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 10 July 2012

Gambar Nazmi Faiz Training Di SC Beira Mar.

Nazmi Faiz dah ada kat Portugal sekarang sejak Ahad lepas lagi. Nazmi Faiz yang akan sign kontrak secara rasmi bulan depan telah berangkat sendirian untuk melaporkan diri dan mula menjalani latihan bersama SC Beira Mar. Semalam adalah hari pertama Nazmi Faiz training dengan skuad SC Beira Mar. Aku sertakan beberapa gambar Nazmi Faiz training di SC Beira Mar. Sumber gambar dari page FB Nazmi Faiz.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 9 July 2012

Senarai Pemain Dipanggil Untuk Perlawanan Persahabatan Arsenal dan Manchester City.

Perlawanan persahabatan di antara skuad Malaysia menentang kelab EPL iaitu Arsenal FC pada 24 Julai 2012 dan 30 Julai 2012 nanti. Perlawanan yang akan berlangsung pada bulan Ramadhan??!! Hmmm...tak tau nak cakap apa. Harap-harap buat jugak la solat terawikh tu. Senarai pemain-pemain yang dipanggil untuk perlawanan persahabatan menentang Arsenal FC dan Manchester City FC dah dikeluarkan. Antara yang dipanggil adalah penjaring terbanyak pada kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 22 yang berasal dari Sabah baru-baru ni, Rozaimi Abdul Rahman.
Jom tengok senarai penuh pemain yang akan bermain dalam perlawanan yang tak menyumbang apa-apa point demi mengekalkan motto 'Ranking Tak Penting'.

Kedah.
Ammar Rohidan
Baddrol Bahtiar
Khyril Muhymeen Zambri


Selangor.
Asraruddin Putra Omar
Norazlan Razali
Bunyamin Umar
Safiq Rahim

Negeri Sembilan.
Shakir Ali
Shahurain
Farizal Marlias
S.Kunanlan

Kelantan.
S. Subramaniam
Shakir Shaari
Norsharul Idlan Talaha
Khairul Fahmi Che Mat

Terengganu.
Ashaari Samsudin
Muslim Ahmad
Faizal Muhamad

Pahang.
Azamuddin Akil

Sabah.
Rozaimi Abdul Rahman

Harimau Muda A.
Mahali Jasuli
Fadhli Shas

ATM.
Aidil Zafuan
Amiridzwan Taj
Azmi Muslim

Felda United.
Yong Kuong Yong

Pelita Jaya FC.
Safee Sali

Nampaknye kelibat Kapten Kelantan, Badri Radzi atau Piya tidak akan kelihatan untuk dua perlawanan persahabatan ini sebab Piya dan Faiz Subri akan beraksi bersama skuad Ong Kim Swee pada kejohanan Java Cup nanti. Adakah kita akan lihat gandingan Safee Sali bersama Rozaimi? Atau Rozaimi masih terlalu mentah untuk diberikan tanggungjawab bergandingan dengan penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali? Adakah kita bakal memyaksikan Safee Sali yang digelar Abang Besar atau Super Safee menamatkan kemarau gol beliau bersama skuad negara?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 3 July 2012

Cuit Sikit Sang Harimau.

Game penentuan halatuju team Malaysia U22 dalam kempen Kelayakan Piala Asia U22 menyaksikan kita tewas di tangan team tuan rumah, Myanmar U22. Keputusan tewas 2-1 memang mengecewakan. Apa tidaknya, hanya kemenangan yang menjanjikan satu slot secara automatik ke Piala Asia 2013 gagal dicapai. Aku juga kecewa.

Aku kecewa dengan corak permainan yang ditampilkan. Corak permainan hantaran jauh tidak lagi relevan. Dan pendapat aku kekuatan sebenar team bolasepak Malaysia, tak kira la Harimau Malaya atau Harimau Muda, adalah hantaran pendek. Dah beberapa game aku tengok bila main long pass, kita out. Dulu kelebihan team Malaysia adalah counter attack. Tapi sampai bila kita nak main macam tu? Corak permainan bolasepak yang padu telah ditunjukkan oleh skuad Barcelona FC dan skuad Spain. Ball posession. Kesabaran dan keyakinan diri adalah kunci kepada corak permainan ball possession. Dalam melaksanakan corak permainan sebegini, kualiti kawalan bola setiap pemain mesti sentiasa berada ditahap tertinggi. Mesti sentiasa bergerak. Pantas berfikir dan membuat keputusan. Aku bukan nak jadi lebih pandai dari Coach Ong Kim Swee. Aku tak de sijil kelayakan sebagai jurulatih. Sebagai juruletih tu kompom laa..haha.. Dalam hal taktikal pasukan, aku yakin Coach OKS lebih arif. Sorry Coach. Aku cuma nak bagi pendapat aku.

Aku nak sentuh sikit pasal kekuatan mental pemain. 2 gol yang dijaringkan pasukan Myanmar U22 tadi berpunca dari kesilapan di bahagian Midfield. Lantas memberi padah kepada defender dan goalkeeper. Seterusnya menghukum skuad kita. Kenapa aku cakap puncanya kat Midfield? Passing yang nampak sangat tak yakin dan takut takut untuk menghantar bola kepada rakan menyebabkan bola mudah dirampas oleh opponent. Kurang keyakinan diri dalam diri pemain. Mudah..Kalau keyakinan diri tinggi dan percaya apa yang ingin dilakukan tu adalah betul dan tepat, permainan korang pasti meletup!! Mungkin orang akan kata "cakap senang la bro...lu main la tengok..boleh ke tak boleh.." Ok..aku cakap macam tu sebab korang dah tunjuk dan buktikan banyak kali. Last skali korang tunjuk masa lawan Qatar U22 kat Shah Alam. Korang banyak main short pass.

Sedikit persoalan timbul. Kenapa formasi yang menghasilkan kemenangan ditukar? Solo striker? 5 Midfield? Maybe Coach OKS tau apa yang dibuat. Pastinya dia dah buat homework. Itu kerja dia. Tanggungjawab dia. Dan dia lebih kenal team dia. Kita sebagai penyokong harus terima keputusan yang beliau buat. Apa yang kita boleh buat adalah bagi pendapat. Aku yakin bukan semua pendapat dia terima dan bukan semua pandangan kita OKS tolak. Tetapi pendapat dan pandangan kita kena la rasional. Bagi pandangan yang membina dan membantu beliau.

Perbaiki dan tingkatkan keyakinan diri, kecergasan dan kemahiran. Size doesn`t matter sekarang ni. Spain dah buktikan. Tiki-taka proven. Ada yang kata tiki taka boring. But still its a beutiful ball possession game. Dan kejayaan dicapai melaluinya. Aku juga agak terkejut dengan cara permainan Myanmar U22 tadi. Hampir menyamai tiki taka. Tadi memang aku mengharapkan corak permainan hantaran pendek diamalkan oleh Malaysia U22. KITA MAMPU MAIN CORAK ITU. Dan ianya harus sentiasa dipolish.

Entri ni bukan untuk aku kondem skuad Harimau Muda kita. Juga bukan untuk bantai Harimau Malaya. Bukan untuk tunjuk pandai dari OKS atau Rajagobal. Tapi hanya cuba untuk membantu dan memberi pandangan kerana mungkin ada yang kurang dilihat atau terlepas pandang oleh mereka yang terlibat dengan skuad bolasepak negara. Aku sayang Harimau Muda. Aku sayang Harimau Malaya. Aku peminat bolasepak berdarah Malaya. Aku bukan berdarah Italy, Spain, France, England atau Jerman. Aku tak pernah bangga apabila Spain jadi juara EURO atau WORLD CUP. Walaupun aku meminati pasukan Spain. Aku juga tak kecewa bila Italy tewas walaupun kagum dengan karisma Pirlo. Aku yakin skuad Malaysia juga pasti bangga apabila menang sebab bawa kejayaan untuk rakyat Malaysia. Dan aku juga pasti diorang sedih apabila memberi kekecewaan kepada kita.

Tapi yakinlah bahawa aku pasti bangga bila MALAYSIA menang dan aku akan kecewa bila MALAYSIA tumbang. Namun, sokongan aku akan terus bersama HARIMAU MALAYA kerana MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU!!!

Pesanan kepada majalah hiburan dan suratkhabar tabloid: Tolong jauhi permata baru yang digilap. Pendekatan korang boleh mencalarkan permata seperti mana yang korang buat kepada Nazmi Faiz dan Syahul Azwari. Diorang masih muda. Diorang perlukan guidance bukan dimomokkan dengan berita tanpa asas dari korang. Korang terus la siarkan berita pasal seks, pembunuhan, siarkan selebriti bergambar separuh bogel kat kolam.renang. Sebab itu yang korang suka demi melariskan jualan majalah dan suratkhabar tabloid korang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 2 July 2012

Piala Asia U22 | Harimau Muda Tenang Hadapi Perlawanan Penentuan.

Perlawanan terakhir bagi menentukan 2 pasukan dari Kumpulan G yang akan layak ke Pusingan Akhir Piala Asia B22 antara Malaysia U22 vs. Myanmar U22 bakal berlangsung malam ni. Keputusan perlawanan ini akan menentukan pasukan mana yang akan mengiringi Korea Selatan ke kejohanan yang akan diadakan kali pertama ini tahun depan. Pastinya satu perlawanan getir menanti Harimau Muda. Namun, kelihatan Harimau Muda tenang hadapi perlawanan penentuan ini.

Walaupun berita yang agak panas dan kontroversi sedang diperkatakan berkaitan Myanmar U22 menggunakan khidmat pemain melebihi umur 22 tahun, pasukan Malaysia U22 tetap menjalani latihan seperti biasa. Perlawanan menentang Myanmar U22 akan dihadapi dengan kemenangan menjadi matlamat mereka. Kyaw Ko Ko dan Kyaw Zayar Win adalah pemain yang telah beraksi pada Sukan SEA lalu dan masing-masing berumur 25 tahun dan 23 tahun. Pesanan kami dari Malaysia agar skuad Harimau Muda bermain dengan matlamat mencari kemenangan. Usah dipeduli dengan perkara remeh tu. Kami di Malaysia sentiasa sokong anda. Demi tanah tumpah darah kita, hancurkan musuh mu!!

Skuad Malaysia U22 menjalani latihan dengan tenang tanpa tekanan. Pihak kedutaan Malaysia di Myanmar juga menjemput skuad Malaysia U22 menjamu selera makanan Malaysia di Hotel Mikasa.

Pihak Astro Arena akan membuat siaran secara langsung perlawanan Malaysia U22 vs. Myanmar U22. Perlawanan akan bermula tepat jam 7:45 malam waktu Malaysia dan akan disiarkan melalui channel 801. Insyaallah blog ini akan menyediakan keputusan semasa dan terkini perlawanan Malaysia U22 vs. Myanmar U22 kalau ada permintaan.

Sumber gambar dari page ESPNSTAR.MY
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 30 June 2012

Rozaimi Diintai Kelab Thailand dan Kelab Eropah Serta Gambar Perlawanan Malaysia U22 vs. Vietnam U22.

Perlawanan di antara Malaysia U22 vs. Vietnam U22 yang selesai semalam adalah perlawanan keempat dalam kempen Kelayakan Piala Asia B22. Kejohanan Piala Asia B22 yang akan diadakan tahun hadapan adalah kejohanan peringkat bawah umur 22 tahun kali pertama diadakan. Perlawanan diantara Malaysia U22 vs. Vietnam U22 yang berkesudahan Malaysia U22 berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan gol 3 - 0.

Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh pemain Midfield berasal dari Sabah, tetapi Coach Ong Kim Swee meletakkan Rozaimi Abdul Rahman sebagai Striker pasukan Malaysia U22. Percaturan Ong Kim Swee menjadi sepanjang kempen Kelayakan Piala Asia B22 selepas mengharungi empat perlawanan apabila Rozaimi yang bermain sebagai Striker disenaraikan sebagai pemain utama skuad Malaysia U22 telah menjaringkan 9 gol dari 3 perlawanan beliau diturunkan. Jaringan hatrik yang dijaringkan oleh Rozaimi semalam adalah hatrik yang kedua dalam kempen kelayakan ini setelah melakukannya kali pertama ketika menumpaskan Filipina U22 Khamis lalu. Jumlah jaringan gol yang dijaringkan Rozaimi meletakkan Rozaimi sebagai pendahulu senarai penjaring gol terbanyak Kelayakan Piala Asia U22setakat ini. Kelincahan, keupayaan dan kemahiran Rozaimi menyebabkan beliau mengalami sedikit kecederaan pada bahagian muka setelah beliau disiku oleh pemain Vietnam U22 dalam perlawanan semalam. Dikhabarkan juga kelab bolasepak dari Thailand iaitu BEC Tero Sasana dan satu kelab dari Eropah mula mengintai beliau. Namun masih belum mendapat apa-apa pengesahan rasmi dari pihak pengurusan Harimau Muda. Semestinya pencapaian Rozaimi ini sukar diperolehi sekiranya tiada kerjasama dari rakan sepasukan yang lain. Komitmen yang diberikan oleh rakan sepasukan yang diketuai oleh Kapten Harimau Muda, Irfan Fazail sangat tinggi demi memastikan pasukan Malaysia U22 atau lebih dikenali sebagai Harimau Muda mencapai kemenangan yang diperlukan sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia B22 tahun depan.

Sumber gambar dari ESPNSTARMY dan Fanpage Rozaimi Abdul Rahman Official.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 28 June 2012

Keputusan Terkini Perlawanan Asia Cup U22 Malaysia U22 vs. Taiwan U22.

Memandangkan tiada siaran langsung di tv atau live streaming di mana-mana website kerana kekurangan infra di Stadium Aung San, Myanmar. Aku akan cuba update keputusan terkini Asia Cup U22 perlawanan Malaysia U22 vs. Taiwan U22. Aku akan dapatkan kedudukan terkini dari pelbagai sumber. Rajin-rajin singgah dan refresh blog Pesta Irama Jiwa ni ye... Gambar player Malaysia tu adalah gambar sebelum memulakan latihan di Stadium Aung San semalam.

Update pertama, Jam 4:00 petang. Kira-kira satu jam sebelum perlawanan bermula, diberitakan cuaca di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar mendung dan hujan.

20 minit sebelum perlawanan bermula. Senarai skuad Malaysia U22 vs. Taiwan U22. Irfan Fazail (C), Izham Tarmizi (GK), Fandi Othman, Shahrul Saad, Fadhli Shas, Nazirul Naim, Azrif Nasrulhaq, Gary Steven Robbart, Saarvindran, Shahrul Azwari, Mohd Rozaimi

Minit ke 7, gol pertama untuk pasukan Malaysia U22 dijaringkan oleh penjaring terbanyak skuad Malaysia U22 setakat ini, Rozaimi!!!!

Perlawanan sudah masuk minit ke 26. Kedudukan masih kekal Malaysia U22 mendahului Taiwan U22 1-0. Manakala satu lagi perlawanan Veetnam U22 mendahului Filipina U22 juga dengan jaringn yang sama 1-0.

GOLLLL!!! Gol kedua untuk pasukan Malaysia U22. Jaringan gol sendiri oleh pemain Taiwan U22 jersi no.24 Ciow Yi Huang pada minit ke 32.

Gol lagi...!!! Jaringan gol yang ke 3 untuk perlawanan ini dari Rozaimi pada minit ke 40!!!

tepat 5:30petang Half-time. Kedudukan still Malaysia U22 3 - Taiwan U22.

Perlawanan separuh masa kedua Malaysia U22 vs. Taiwan U22 dah bermula jam 5:45 petang

Minit ke 50 pemain no.10 Hsieh Ming Hsuan Taiwan U22 menjaringkan gol pertama untuk Taiwan U22.

Minit ke 55, Ong Kim Swee membuat pertukaran pertama dengan memasukkan seorang penyerang dari Kuala Lumpur, Hazwan Bakri bagi menggantikan Wan Zaharulnizam a.k.a Kecik.

Minit ke 65, pemain yg akan ke SC Beira-Mar, Nazmi Faiz Mansor masuk menggantikan Gary Steven Robbart.

Perlawanan sudah masuk minit ke 76. Kedudukan masih kekal Malaysia U22 3 - Taiwan U22 1.

Saarvindran yang juga penjaring gol ke 7 perlawanan menentang Filipina U22 menjaringkan gol ke 4 Malaysia U22 pada minit ke 78!!!!

Pertukaran terakhir yang dibuat oleh Ong Kim Swee pada minit ke 79 dengan menggantikan penjaring gol terbanyak skuad Malaysia U22 Rozaimi Abdul Rahman. Digantikan oleh Azizzan Nordin.

Taiwan U22 merapatkan jurang gol dengan jaringan gol ke 2 oleh pemain no.12 Wen Chih Hao pada minit ke 92. Sementara Vietnam U22 mendahului Filipina U22 dengan jaringan gol 9-0!!!

Perlawanan tamat jam 6:33 petang waktu Malaysia dengan kemenangan kepada skuad Malaysia U22 4 gol menewaskan Taiwan U22 2 gol...

Insyaallah ada peluang aku akan update lagi untuk game melibatkan skuad negara...Terima kasih semua yang sudi singgah!!! Kita masuk padang dia cuma pandang-pandang, Kita tunjuk belang dia lari lintang pukang!!!

Sumber info dari Saudara Wan Fakhrul Wartawan Sukan Berita Harian.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 27 June 2012

Sah! Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal ke Jepun.

Beberapa bulan lepas desas-desus berkaitan dua pemain dari skuad Harimau Muda bakal dipancing kelab bolasepak dari Jepun. Kelab yang dimaksudkan itu adalah FC Ryukyu, sebuah kelab yang berpengkalan di daerah Okinawa, Jepun. FC Ryukyu yang beraksi di Divisyen 3 Liga Jepun menerusi wakil mereka iaitu Japan Dream FA mula menemui Ong Kim Swee pada perlawanan kelayakan Olimpik Malaysia vs. Jepun di Jepun menyatakan bahawa mereka berminat untuk menawarkan ujian kepada Wan Zaharulnizam. Ong Kim Swee mencadangkan agar Wan Zack Haikal turut diuji oleh FC Ryukyu. Kini, sah! Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal ke Jepun pada 12 Julai 2012 hingga 28 Julai 2012 untuk menjalani ujian pemilihan di sana. Perkara ini telah disampaikan sendiri oleh Ong Kim Swee kepada pihak ESPNSTAR.

Satu lagi perkembangan yang amat baik untuk bolasepak Malaysia. Setelah beberapa pemain seperti Nazmi Faiz Mansor yang berjaya mengikat kontrak 3 tahun bersama kelab dari Portugal, SC Beira-Mar dan Ariff Zulkilfy yang beraksi di New Zealand serta beberapa lagi pemain yang telah mula membuka mata kelab antarabangsa. Dengan perkambangan ini juga diharap bolasepak Malaysia maju dan menaikkan ranking Malaysia sekaligus kembali menjadi gergasi bolasepak di Asia seterusnya layak ke peringkat akhir Piala Dunia. Siapa tahu suatu hari nanti cita-cita kita akan tercapai kan....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 26 June 2012

Selepas Tewaskan Filipina U22 7-0, Skuad Malaysia U22 Tak Turun Berlatih.

Petang esok jam 4:45 petang, skuad Malaysia U22 akan mengharungi perlawanan ke 3 dalam pusingan kelayakan Piala Asia U22. Perlawanan Malaysia U22 vs. Taiwan U22 esok dijadualkan akan diadakan di Stadium Aung San, Mynmar. Namun berita bertiup kencang selepas Malaysia U22 tewaskan Filipina U22, skuad Malaysia U22 tak turun berlatih.

Skuad Malaysia U22 diberi cuti satu hari oleh pihak pengurusan skuad bolasepak Malaysia U22. Cuti yang diberikan kepada skuad Malaysia U22 ada sebagai satu cara untuk memberi peluang kepada pemain-pemain melegakan tekanan mental dan fizikal setelah mengharungi 2 perlawanan. Dengan jadual perlawanan dan latihan yang padat ditambah lagi perlawanan yang mereka hadapi di dalam keadaan cuaca yang panas. Pihak pengurusan berpendapat pemain harus diberi sedikit kelonggaran sebelum mrnghadapi baki 3 perlawanan akan datang.

Pemain skuad Malaysia U22 diberi peluang bersiar-siar dan mendapatkan sedikit ole-ole di sekitar Yangon, Myanmar untuk dibawa pulang ke tanahair. Dalam satu temuramah wartawan Astro Arena bersama pemain pertahanan Fadhli Shas dan Shahrul Saad menyatakan cuti yang diberikan benar-benar memberi sedikit kelegaan kepada pemain dalam persediaan menghadapi perlawanan akan datang. Rozaimi pula kelihatan enjoy sambil petik gitar......

Pesanan kami di tanahair..."cuti..cuti juga...jalan jalan..pun kena beringat..jangan leka esok dah la ye..."....heheheeh

Sumber Nadi Arena. Gambar pun petik dari depan tv je... ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 25 June 2012

Gambar Ultras Malaya di Stadium Yangoon, Myanmar.

Skuad Malaysia U22 yang bangkit setelah tewas di tangan Korea Selatan U22, menjadikan skuad Filipina U22 mangsa setelah meratah Filipina U22 dengan jaringan gol 7-0 semalam. Dalam perlawanan tersebut menyaksikan Rozaimi menjaringkan 4 gol. Salam perlawanan Malaysia U22 vs. Filipina U22 itu juga kelihatan kelibat komrad Ultras Malaya di Stadium Yangoon, Myanmar.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Gambar Penjaring Gol Malaysia U22 vs. Filipina U22.

Seperti yang kita sedia maklum pasukan bolasepak Malaysia U22 yang diketuai oleh Irfan Fazail telah berjaya menewaskan Filipina U22 dengan berpesta gol 7-0!! Jom kita kenali wajah-wajah dan gambar penjaring gol Malaysia U22 vs. Filipina U22 dalam perlawanan tadi. Seterusnya kita tengok kedudukan terkini Malaysia U22 selepas dua perlawanan kelayakan Piala AFC Kumpulan G. Perlawanan ketiga akan berlangsung pada 28 Jun 2012 menentang pasukan Taiwan U22. Gambar-gambar kredit dari page Facebook Bolasepak Malaysia dan Hidup Bolasepak Malaysia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC Malaysia U22 vs. Filipina U22.

Minit ke 80, Malaysia U22 mendahului Filipina U22 dengan jaringan 6-0!! Skuad Harimau Muda umpama meratah The Azkals cukup-cukup, bangkit setelah tewas kepada Korea Selatan U22 2-3 Sabtu lalu. Keputusan perlawanan Kelayakan Piala AFC Malaysia U22 vs. Filipina U22 sehingga minit ke 80, pemain kelahiran Sabah, Rozaimi telah menjaringkan 4 gol. Gol pertama dijaringkan Rozaimi pada minit ke 3. Pada minit ke 32, Fandi Othman menjaringkan gol ke 2. Sekali lagi Rozaimi meledak gol ke 3 pasukan pada minit ke 35 manakala Wan Zaharul Nizam a.k.a Kecik menjaringkan gol ke 4 pada minit ke 40.

Setelah Malaysia U22 mendahului 4-0 pada separuh masa pertama, Rozaimi melengkapkan hatriknya pada minit ke 69 melalui sepakan penalti sekaligus gol ke 5 Malaysia U22. Pada minit ke 74 sekali lagi Rozaimi menjaringkan gol ke 6.

Malaysia U22 menamatkan perlawanan dengan penuh gaya apabila berjaya menewaskan Filipina U22 dengan jaringan 7-0 setelah D.Saarvindran menjaringkan gol pada minit 90+2. Manakala Korea Selatan U22 juga menamatkan perlawanan dengan menewaskan skuad Taiwan U22 8-1. Sebagai makluman, Taiwan U22 menewaskan Filipina U22 5-1 pada perlawanan pertama mereka pada Sabtu lepas.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 19 June 2012

Senarai Pemain Malaysia U22 ke Kelayakan Piala Asia.

Setelah beberapa siri perlawanan persahabatan yang diharungi selepas menjuarai pingat emas Sukan SEA oleh skuad bimbingan Ong Kim Swee antaranya perlawanan yang diadakan di Slovakia, Hungary, China dan yang terakhir di Stadiun Shah Alan menentang Qatar U22. Perlawanan menentang skuad China U22 di China berkesudahan tewas 0-1 dan yang terbaru menewaskan Qatar U22 2-0 juga menyaksikan Nazmi Faiz dilayangkan merah kerana menumbuk Kapten Qatar U22, Abdelkarim. Abdelkarim juga menerina nasib yang sama setelah membuat serangan balas kepada Nazmi Faiz. Akhirnya senarai pemain Malaysia U22 ke Kelayakan Piala Asia yang akan diadakan di Mynmar telah pun dikeluarkan.

Difahamkan beberapa pemain telah digugurkan akibat kecederaan. Salah sorang pemain yang digugurkan adalah Zubir Azmi. Coach Ong Kim Swee optimis dengan skuad yang akan membawa cabaran di Kelayakan Piala Asia ini. Beliau yakin skuad ini boleh pergi jauh.

Beberapa jurulatih dari negara luar juga mula membuka mata dengan prestasi dan corak permainan skuad muda Malaysia ini. Antara jurulatih tersebut adalah Jurulatih Skuad U23 Jepun dan Jurulatih Qatar U22.

Takashi Sekizuka, Coach Japan U23 menyatakan Malaysia akan menjadi gergasi bolasepak Asia dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Manakala Coach Qatar U22, Allain Perrin mengakui terkejut dengan prestasi dan corak permainan mantap serta teratur yang ditunjukkan skuad Malaysia U22 selepas perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam ahad lepas.

Skuad Malaysia U22 akan memulakan pertandingan menentang Korea Selatan Sabtu, 23 Jun 2012 jam 3:15 petang waktu Mynmar. Sama-sama la kita bagi sokongan dari jauh. Diharapkan juga ada siaran secara langsung perlawanan melibatkan Malaysia U22 nanti. Dapat live streaming Malaysia U22 kat Internet pun ok. Berikut adalah senarai pemain Malaysia U22 ke kelayakan Piala Asia Mynmar:

Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D. Saarvindran, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azzizan Nordin, Muhamad Ilham Amirullah Razali, Ashri Chuchu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa, Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 11 June 2012

Harimau Malaya Mengaum Bersama Ultras Malaya.

Esok perlawanan ke 2 Causeway Challenge antara Malaysia dan Singapura akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Semakin dekat semakin aku tak sabar untuk berada di stadium. Setelah keputusan perlawanan yang mengecewakan seri 2-2 Jumaat lepas akibat drama yang diarahkan oleh Ng Kai Lam semangat aku semakin membara untuk terus beraksi di curva stadium. Esok kita akan saksikan perjuangan Harimau Malaya sambil dihangatkan oleh Ultras Malaya. Harimau Malaya mengaum bersama Ultras Malaya.

Setelah sambutan yang keruh diterima semasa kunjungan ke Stadium Jalan Besar, aku menjangkakan ngauman Ultras Malaya akan lebih nyaring di tanahair sendiri. Aku rindu untuk tengok nyalaan flare merah menyala sepertimana yang dilakukan di Kota Bharu. Aku rindukan gegak gempita sorakkan komrad-komrad Ultras Malaya melaungkan chants dengan lirik-lirik yang membakar semangat Harimau Malaya sepertimana perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sokongan yang sangat padu dari semua penyokong Harimau Malaya yang memenuhi setiap ruang tempat duduk stadium.

Sejujurnya aku mengharapkan sesuatu yang lebih besar dari Ultras Malaya. Tapi apa yang aku harapkan tu perlu kebenaran dari pihak pengurusan stadium atau FAM. Aku sangat inginkan suasana sepertimana Besiktas Carsi bersorak. Sorang Capo berada di tengah padang mengetuai choreo sebelum perlawanan bermula. Mungkin Lekir atau Fred atau The Living Legend, Rambo boleh melakukannya. Ya..aku tau itu sesuatu yang agak mustahil untuk berlaku dalam masa terdekat. Memandangkan penyokong bolasepak di Malaysia lebih sukakan bunyi vuvuzela dan airhorn!!! Satu banner atau tifo menggesa FIFA siasat Ng Kai Lam juga harus dikibarkan esok memandangkan tiada sebarang info samada FAM sudah atau akan membuat bantahan terhadap Ng Kai Lam!!!

Jom tengok Besiktas Carsi beraksi!!
http://www.youtube.com/watch?v=A8qRylUVmC4&feature=youtube_gdata_player

Kredit dan sumber gambar Facebook Ultras Malaya & ChiqahPhotography.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More