Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Tuesday, 5 June 2012

Selamatkan Kuala Lumpur FA!!

Skuad bolasepak Kuala Lumpur suatu ketika dulu pernah menjadi skuad bolasepak kebanggaan warga kota. Tapi sekarang satu poster dengan tajuk SELAMATKAN KUALA LUMPUR FA terpampang kat wall Facebook aku. Poster yang dikongsikan oleh Ultras The City Boys.

Aku heran jugak kenapa poster macam tu tiba-tiba muncul. Apa dah jadi sebenarnya dengan KLFA? Wowww!!! Nampak sangat skuad bolasepak Kuala Lumpur ni dah terlalu jauh dari diri aku. Skuad yang sekarang ni menghuni tangga tercorot Liga Super Malaysia. Liga yang berehat seketika dan sehingga 16 Mei 2012 skuad Kuala Lumpur hanya berjaya mengutip 3 mata setelah 17 perlawanan. Hanya mampu seri 3 perlawanan, tewas 14 perlawanan, bolos 32 gol dan hanya berjaya menjaringkan 6 gol??!! Sangat teruk. Apa dah jadi ni?? Kenapa teruk sangat sampai jadi macam ni? Selidik punya selidik, rupa-rupanya poster tu muncul setelah dikhabarkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur akan digugur taraf oleh FAM setelah KLFA gagal melunaskan bayaran gaji pemain sejak beberapa lama.

Aku tengok ada dua isu kat sini. Yang pertama, isu kewangan dan yang kedua adalah isu prestasi pasukan. Satu masa dulu masa skuad bolasepak Kuala Lumpur diuruskan oleh Tan Sri Elyas Omar, pasukan bolasepak Kuala Lumpur adalah salah satu pasukan gergasi. Pernah menjuarai Piala Malaysia tiga kali berturut-turut sejak '87, '88 & '89. Ramai pemain yang hebat-hebat dibawa masuk antaranya adalah 3 orang pemain Singapura Malek Awab, K.Kannan & Fandi Ahmad yang pernah bermain di Liga Eridivisie iaitu Liga Belanda dan pernah menjaringkan salah satu gol semasa mewakili FC Gronigen menewaskan Inter Milan 2-0!!

KLFA juga pernah melahirkan beberapa bintang bolasepak yang pernah mewakili pasukan kebangsaan. Antara mereka Rashid Hassan, Shebby Singh, Arwah Zaid Jamil, Subadron Aziz, Razip Ismail, V.Murugan, Shahrin Majid & Azman Adnan, pemain termahal Liga Malaysia apabila Kuala Lumpur meletakkan yuran perpindahan RM1 Juta ke Selangor pada usia 21 tahun setelah menjaringkan 22 gol bersama Skuad Kuala Lumpur. Azman Adnan kekal sebagai pemain paling mahal walaupun yuran perpindahan diturunkan ke angka RM250,000 -RM300,000. Seorang lagi pemain yang dilahirkan oleh Kuala Lumpur adalah Azrul Amri Borhan yang pernah beraksi menentang Thierry Henry di Kejohanan Piala Dunia Remaja kali ke 11 pada tahun 1997 yang pernah dilangsungkan di KUALA LUMPUR!!! Manakala yang pemain yang sedang beraksi bersama pasukan Selangor kini adalah Azidan yang pernah menjadi kapten pasukan Kuala Lumpur dan pemain Harimau Muda A, Hazwan Bakri yang menjaringkan hatrik semasa perlawanan persahabatan Malaysia menentang Sri Lanka bulan lalu.

Andai kewangan yang menjadi masalah kepada kejatuhan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur yang menyumbang kepada prestasi merudum skuad bolasepak Kuala Lumpur menjadi punca, persoalannya mana pergi penaja atau sponsor skuad ni? Kutipan tiket pulak macam mana? Aku rasa kutipan tiket kompom sangat rendah pada ketika skuad gagal menyerlah pada saingan liga. Siapa nak pergi tengok skuad KL main? Bila kurang penonton, jualan tiket pun kurang. Penaja takde. Syarikat korporat pun tak nak dengar pasal nak sponsor team KL. Silap-silap syarikat korporat tak tau pun bahawa Kuala Lumpur yang menjadi lubuk rezeki ada pasukan bolasepak yang bertanding dalam Liga Super!!!

Sesuatu perlu dilakukan. Diturunkan ke Liga Perdana adalah sesuatu yang agak pedih untuk diterima oleh penyokong bolasepak Kuala Lumpur tapi digugur taraf oleh FAM ada sesuatu yang mungkin tak boleh diterima mereka. Pegawai-pegawai dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur harus berbuat sesuatu. Mungkin bertindak macam Pegawai Pemasaran syarikat korporat untuk menjana kewangan yang lebih jitu. Bila kewangan padu, pembangunan dan pemilihan pemain yang mantap demi membina pasukan yang kuat dan bukan tangkap muat untuk menjadi pasukan belasahan dalam saingan liga. Sediakan padang dan kekalkan padang bolasepak yang bermutu. Bukan hanya menyokong penyediaan gelanggang futsal yang tumbuh merata-rata je.

Aku harap someone seperti Tan Sri Elyas Omar akan muncul untuk mengembalikan kegemilangan skuad bolasepak Kuala Lumpur sepertimana aku pernah seronok tengok game yang melibatkan Kuala Lumpur satu ketika dulu walaupun aku adalah penyokong Selangor!!!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More