Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Showing posts with label Buffered Earnings. Show all posts
Showing posts with label Buffered Earnings. Show all posts

Thursday, 20 September 2012

Panduan Dapat BE Bertalu-talu

Alhamdulillah... Masuk lagi BE kat blog ni. Terima Kasih Nuffnang, Digi, Maybank dan Legoland. Bertalu-talu masuk BE. Dapat 2 BE dalam tempoh.seminggu. Tak pernah lagi 'dihadiahkan' BE macam ni sebelum ni. Korang boleh baca full entri pasal BE yang bertalu-talu kat SINI. Sebelum ni ada pengunjung blog ni yang mintak aku bagi tips untuk dapat BE dari Nuffnang. Terus-terang aku cakap, aku takde tips yang spesifik atau panduan padu untuk dapat BE. Apa yang aku buat hanyalah buat entri baru secara konsisten dan maintain trafik. Kalau nak kata trafik ke blog Pesta Irama Jiwa ni meletup...tak de la jugak...jauh bezanya dengan blog-blog lain... Orang kata kena kerap update survey kat Nuffnang, takde plak aku buat benda tu... Aku percaya semua tu rezeki yang Allah bagi laa... Apa pun...teruskan blogging dan cuba share sesuatu yang bermanfaat kepada semua...jangan pernah give up atau kecewa ye...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, 17 August 2012

Punca Tak Dapat Buffered Earning.

Assalammualaikum...Salam sejahtera. Salam Hari Raya. Insyaallah esok kita sambut Hari Raya Aidilfitri..apa apa hal tunggu pengumuman Hari Raya sebab petang ni nanti baru tengok anak bulan Syawal yang akan tentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri. Warga kota ramai yang dah sampai di kampung halaman. Ramai juga yang masih dalam perjalanan dan terjebak dalam kesesakan kat highway. Rata-rata aku tengok kat timeline twitter bagitau sesak bumper to bumper. Aku pulak still kat Putrajaya. Tengah layan DVD Tron!! Sambil tu buka page Nuffnang. Saje nak tengok traffic blog sesak ke tak sesak. Seperti yang dijangka, traffic blog lancar. Tak banyak pengunjung. Mungkin sebab mood raya dah menjelma. Takkan nak layan blog plak kan...mesti la orang tengah prepare persiapan sambut Hari Raya. Usha Earnings Nuffang pulak. BE ke 15 dan 16 dah jadi Metered Earnings. Dah agak dah. Salah satu tips untuk tau Buffered Earnings akan jadi Metered Earnings ialah earning tu takkan bergerak jumlahnya dalam tempoh seminggu. Tapi alhamdulillah..BE ke 17 atau BE yang ke 9 untuk tahun 2012 ni still running. Cuma tak selaju highway LPT sebelum Hari Raya. Yang tak bestnya, tertengok plak kat status Glitterati bertukar Non-Glitterati. Dengan bertukarnya ke status Nin-Glitterati jafi Punca tak dapat Buffered Earnings padahal aku tengok ramai bloggers dah dapat BE baru dari Nuffnang. Ramai yang dapat BE dari John MAster. Ni gara-gara aku test letak iklan affiliates la ni...aku terlupa pulak pantang Nuffnang dimadukan dengan letak iklan pesaing dari Asia terutama sekali dari Malaysia. Tanpa banyak soal, aku remove la iklan affiliates tu. Takde hal...lagipun aku test je... Aku harap dalam tempoh 48 jam spider bot Nuffnang crawling tengok takde ads lain selain dari ads Nuffnang kat blog aku ni...dapat la Nuffnang bagi BE kat sini...heheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 11 August 2012

BE ke-17!!! Terima Kasih Nuffnang!!!

Alhamdulillah...syukur rezeki bertambah lagi. Terima kasih Nuffnang dan adevrtiser yang menyaksikan iklan Step Up Expandables 2 melekat kat blog Pesta Irama Jiwa ni. Dengan melekatnya iklan Step Up Expandables 2 kat sini menjadikan ianya BE ke-17!!! secara keseluruhannya yang pernah blog ni dapat sejak blogging secara serius setahun lepas. Secara serius tu bukan bermaksud aku jadi fulltime blogger, tapi boleh dikatakan setiap hari aku akan usaha cari idea untuk update blog. Update blog kat sini ataupun kat blog baru aku, http://www.fauziblues.com.

Walaupun dah hampir sebulan aku tak update blog ni sebelum semalam la maksud aku, Alhamdulillah, Nuffnang dan advertisers tetap bermurah hati pilih blog Pesta Irama Jiwa untuk bagi Buffered Earnings (BE). Walaupun sebenarnya aku lebih mengharapkan supaya Nuffnang dan advertisers pilih blog fauziblues.com, aku tetap bersyukur ...sekurang-kurangnya aku tetap dapat BE kat sini. At least aku still boleh blogging dalam masa blog fauziblues.com tak boleh access sebab bandwidth reached limit. Nak tak nak terpaksalah aku tunggu domain bandwidth provider akan auto reset bandwidth setiap 1 haribulan.

Pada semua followers, pembaca, haters dan bloggers yang singgah kat blog Pesta Irama Jiwa ni, aku jemput korang untuk ke blog rasmi aku di http://www.fauziblues.com kalau korang tengok takde entri terbaru kat blog Pesta Irama Jiwa ni ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 30 July 2012

Satu Lagi BE, Yang Ke - 16!!

Alhamdulillah...pagi sementara tunggu anak-anak bangun tido utk bersiap untuk pi skolah sat lagi, aku usha tengok Nuffnang Traffic Analysis dan Earnings. Traffic Analysis menunjukkan jumlah visitor ke blog Pesta Irama Jiwa menurun skit sejak aku mula blogging kat tapi masih kira ok. Walaupun dah tak menulis kat sini dan ini adalah entri pertama sejak aku pindah ke blog fauziblues.com gunakan self hosted domain. Tapi Nuffnang dan VW Volkswagon tetap bermurah hati pilih blog Pesta Irama Jiwa sebagai platform untuk publish iklan diorang. Terima kasih aku ucapkan kat Nuffnang dan Volkswagon. Cuma aku harap pihak Nuffnang dan advertisers Nuffnang yang lain dapat consider blog fauziblues.com pulak untuk publish iklan-iklan diorang....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 26 June 2012

Panduan Apa Nak Buat Bila Dapat BE.

Alhamdulillah..murah rezeki. Melekat lagi Buffered Earnings (BE) kat blog Pesta Irama Jiwa. Baru masuk BE ke-13 sejak aku mula blogging dengan blog ni. Out of 13, cuma 2 je BE yang masih running. Lagi 11 BE dah bertukar jadi Metered Earnings. Sikit je BE....hehhe..Walau macamanapun aku tetap bersyukur. Tetap berterima kasih kepada Nuffnang dan Drypers Relaunch yang memilih blog Pesta Irama Jiwa sebagai salah satu medium tapak pengiklanan mereka.

Dulu-dulu masa aku baru mula blogging, aku tak tau pun apa gunanya BE ni. Tak tau langsung kenapa bloggers gilakan BE. Yang aku tau bila check kat bahagian Earnings Nuffnang mesti ada BE. Bila tanya kat Nuffnang, baru la paham apa fungsi BE tu...kodi betul aku ni tak tau untuk apa BE tu...hahaha.. Lagipun masa tu yang aku tau cara dapat duit melalui blogging hanya dengan Google Adsense je....bertambah lagi tahap kekodian aku...hahaha

Aku rasa mesti ada yang terpikir dan terlintas persoalan apa yang perlu buat bila dapat BE? Betul tak? Persoalan yang sama timbul masa aku mula-mula kenal dunia blog ni. Ok, aku kongsi dengan korang panduan apa nak buat bila dapat BE.

Aku takde panduan yang gempak power gila untuk kongsi dengan korang. Cuma aku kongsi apa yang aku tau dan aku buat bila dapat BE. Aku akan cuba cari info untuk sentiasa update blog Pesta Irama Jiwa. Aku cuba pastikan setiap hari ada maklumat baru untuk kongsi dalam blog ni. Maklumat hanya aku kongsi setelah aku pasti info tu sahih. Aku cuba elak untuk membuat entri yang mengundang kontroversi atau maklumat yang tak betul. Bahaya!!! Aku juga cuba untuk tidak menyinggung mana-mana pihak. Sebolehnya aku buat entri maklumat yang dicari atau diperlukan pembaca blog. Secara mudahnya, cuba naikkan trafik ke blog kita bila kita dapat BE. Tapi cara untuk naikkan trafik ke blog kita ni jangan la dengan cara kongsi gambar bogel ke, gambar lucah ke atau sebar fitnah ke... Tak dinafikan trafik visitor ke blog kita akan mencanak-canak naik beribu-ribu andai kongsi benda-benda lucah atau sensasi. Memang mudah dengan cara tu. Tapi cuba pikir balik, kita akan dapat income dari entri blog yang kita buat tu. Tanya balik kat diri kita dengan soalan "apa status rezeki aku dapat kalau aku kongsi gambar lucah kat blog aku?"... Aku pasti korang tau apa jawapannya kan..?

Secara asasnya 'Magic words' panduan apa nak buat bila dapat BE ialah usahalah untuk naikkan trafik Unique Visitors (UV) ke blog korang ye....Insyaallah pendapatan hasil dari blogging meletup!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 18 June 2012

Tamatlah Sudah BE 1001 Idea.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wahh...lama betul tak bagi salam kat pengunjung blog ni. Tak patut betul kan?..hehehe.. Ingat lagi tak aku penah buat satu entri pasal ENTRI NI???? . BE daripada Friso yang bermula sejak 1 Jun 2012 iaitu Friso 1001 Ideas dah tamat tempohnya. Patutlah semalam aku tengok BE tu dah takde. Aku ingatkan hilang...manalah tau kot-kot ada something wrong kat Nuffnang. Aku pun dah berkira-kira nak send ticket kat Nuffnang kalau pagi ni aku check Nuffnang Earnings still sama.

Tapi macam aku cerita kat entri sebelum ni, rutin aku check Traffic Analysis dan Earnings setiap pagi. So, pagi ni aku check Total Earnings dah bertambah. Usha kat Metered Earnings nampak Friso 1001 Ideas dah tersenarai kat situ.... Ok, clear. Tak payah send ticket kepada Nuffnang. Thanks to Friso dan Nuffnang. BE yang still running tinggal sekarang ni hanya BE dari Digi DEP Rider. Harap-harap dapat lagi BE yang padu-padu dari Advertisers dan Nuffnang lagi.... Kalau dapat bagi Advertorial pun lagi best...bleh aku meningkat ke satu tahap lagi...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 7 June 2012

12 Buffered Earnings!!

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah murahkan rezeki untuk aku. Terima kasih juga aku ucapkan kat Friso dan Nuffnang yang pilih blog Pesta Irama Jiwa untuk bagi Buffered Earnings yang sentiasa diinginkan oleh bloggers yang register program Nuffnang. 12 Buffered Earnings setakat ni yang singgah kat blog aku. Tapi 11 dah jadi Metered Earnings. Takpe..no problem. Aku akan usaha lagi untuk share info kat blog aku. Pada korang yang singgah kat blog ni aku harap korang tak terkejut bila tiba-tiba aku bikin entri pasal Buffered Earnings ni. Sejak seminggu ni aku banyak cerita pasal sukan, pasal bolasepak sekali tiba-tiba ada entri pelik plak. Untuk pengetahuan korang aku akan bikin entri blog macam-macam. Ikut rasa jiwa aku. Blog ni bukan blog sukan atau blog bolasepak semata-mata ye... Lagipun bila orang dah bagi something macam Nuffnang dan Friso bagi iklan Buffered Earning kat blog ni, kenalah ucap terima kasih kan...appreciate la skit..betol tak? Ok.. Entri selepas ni entri pasal bola balik...maklumlah game Malaysia lawan Singapore tinggal berapa jam lagi nak berlangsung. EURO 2012 pun dah nak start dah...hehehe.. Lagi sekali thanks Nuffnang & Friso... Oh ye... Anak aku si Aiman pun minum susu Friso masa dia baby dulu...kira relevan la kot Friso dengan famili aku..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 22 April 2012

8 Buffered Earnings!!

As Salam aku ucapkan kat korang semua...aku rasa dah dekat sebulan aku tak update blog aku dengan entri baru. Maka dekat sebulan juga aku x usha page Nuffang Traffic Analysis dan page Nuffnang Earnings aku. Pagi ni tiba tiba tergerak nak usha. Apa lagi aku sambar Samsung Galaxy S2 Smartphone terbaik dalam pasaran dan yang terbaik tahun lepas, 2011. Aku touch icon shortcut Nuffnang yang aku saved kat HOme screen Samsung Galaxy S2. Sekali...WALLLLLAAAHHHHHH...!!!.. Hamik kau!!! 8 Buffered Earnings yang aku penah dapat sebelum ni kekal jadi Metered Earning sejak awal tahun 2012!!..


Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita..tu yang kat atas tu...of course la yang Buffered Earning tu. Yang ada tulis Samsung Olympic Bloggers (Audition) tu la.. Akhirnya blog Pesta Irama Jiwa dipilih untuk diletakkan Buffered Earning (BE) oleh pihak SAMSUNG. SYUKUR ALHAMDULILLAH...melekat jugak..Firstly, aku ucapkan terima kasih kepada ALLAH...seterusnya aku ucapkan terima kasih kepada SAMSUNG, NUFFNANG, my family..my fans...hahahha...macam menang anugerah la plak...hahaha...


So terbuktilah, kebanyakkan tips untuk dapatkan Buffered Earning yang diwar-warkan di Internet tidap tepat...Cuma satu tips yang boleh diterima tentang Cara terbaik untuk dapat Buffered Earnings ialah blogging la dengan seikhlas hati. Jadi la diri sendiri. Blogging ikut stail sendiri. InsyaAllah, BUffered Earnings tu akan datang singgah melekat kat blog kita... Aku rasa korang pun tau kita boleh generate income dari blog. Tapi tak ramai yang berjaya jadi blogger fulltime untuk generate income macam Red MUmmy. Sama la macam aku. Tapi aku gunakan satu lagi cabang untuk generate income. PELABURAN EMAS & PERAK. Dengan pelaburan ni Insyaallah aku akan generate pasif income sebab dah terbukti keuntungan dari Emas boleh dapat profit sebanyak 20% setahun.. minimum!! Aku memang suka dengan pasif income ni..sebelum ni aku dah start generate pasif income dari sewaan apartment aku. Skang ni aku dah start jadi Dealer jual produk Emas dan Perak PUblic Gold. Aku rasa dalam Emas ni aku tak risau andai kata takde jualan. Sebab hanya dengan simpan emas yang aku beli (dapat diskaun tu...) aku bleh dapat.keuntungan!! Jangan tak percaya...so kalau ada antara korang yang nak beli.emas atau perak untuk start simpan emas & perak seterusnya generate profit..korang bleh email aku kat mnfauzi@gmail.com atau cari aku kat Facebook...pm je inbox message aku tu...kita cite...lagipun harga emas berada di paras harga terendah sejak awal tahun 2012 ni..maksudnya skang ni waktu yang sangat sesuai untuk mulakan pelaburan Emas ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More