Thursday 31 May 2012

7 Jam Sebelum Perlawanan Persahabatan Malaysia lawan Filipina | Barisan Kemungkinan.

Aku menjangkakan sebahagian besar players yang berjaya membawa pulang Piala AFF edisi tahun 2010 akan membarisi starting 11 skuad Harimau Malaya game malam ni. Barisan kemungkinan yang aku senaraikan kat bawah ni yang biasa membarisi skuad Coach Rajagobal selepas lebih 60 pemain dicuba oleh Coach Rajagobal sebelum ni. Jangkaan aku untuk tengok Ashaari Shamsudin main malam ni mungkin tak menjadi kenyataan sebab dikhabarkan Sahar injured semalam.

Dijangkakan K.Gurusamy akan menggantikan tempat Amar Rohidan sekiranya Amar tak perform. Namun Coach Rajagobal ada beberapa pilihan lain dibahagian Midfield yang agak lebih mantap sekiranya Shakir Shaari diturunkan.

Kalau ikut rekod Aidil Zafuan sering mengalami kecederaan dan mungkin tempatnya akan diambil oleh Amiridzwan Taj yang konsisten bersama ATM dan masa game lawan Sri Lanka. Tapi kali ni kita boleh tengok kemampuan sebenar Amiridzwan Taj memandangkan skuad Filipina lebih mantap dari Skuad Sri Lanka.

So bawah ni skuad starting 11 team Malaysia lawan Filipina malam ni....

PENJAGA GOL
Khairul Fahmi Che Mat

PERTAHANAN
Mahali Jasuli - kanan
Aidil Zafuan - tengah
S.Subramaniam - tengah
Fadhli Shah - kiri

MIDFIELD
Amar Rohidan - defensive
Safiq Rahim - Playmaker / attacking
Wan Zack - flanker kanan
S.Kunalan - flanker kiri

STRIKER
Nor Shahrul Idlan Talaha
Safee Sali

PESANAN : HARAMKAN VUVUZELA DAN HORNS DI STADIUM SELURUH MALAYSIA !!!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More