Sunday, 14 August 2011

Tajuk Entri Blog

Kali ni gua tak tau nak letak tajuk entri blog gua.  Cuma kali ni, entri blog ni agak peribadi skit. Lagipun kewujudan Pesta Irama Jiwa ni memang untuk gua luahkan rasa jiwa gua pun....Semuanya pasal kejadian hari Jumaat lepas. Kejadian gua kena sound dengan Big Bos gua. Kali ni gua rasa makin demoralized. Dah lebih 10 tahun gua kerja kat divisyen skang ni, kali ni gua rasa sangat demoralized. Sebelum ni penah gak rasa macam tu, tapi takde la teruk sangat. Kira boleh recover la bila bangun tidur esoknya tu. Kali ni gua tak bleh nak lupa kejadian hari Jumaat lepas.


Gua dengan divisyen skang ni dah 10 tahun 3 bulan dah. Tapi dengan subsidiary yang gua kerja skang ni baru je 10 bulan. Gua join pun sebab dulu Bos-bos besar divisyen gua ni penah offer. Memula tu macam tak jadi, tapi sebab gua memang nak gerak dari subsidiary dulu tu, gua follow up la sampai jadi gua join subsidiary skang ni. Arghhh...panjang sangat la perjalanannya kalau nak gua cerita balik...

Gua coretankan balik la kejadian Jumaat lepas...chewahhh...coretan la..hahah...Ok, sebenarnya gua join subsidiary skang ni sebab company ni bawak masuk system baru, system dari Europe. Konon-konon gua akan handle application untuk system ni. Tapi sejak gua join, gua tak dapat nak fokus pada apa yang sepatutnya gua buat. Ada 2 sebab. Yang pertama, supplier control bahagian software application maintenance. Maknanya diorg takkan bagi gua tau satu haram pun hal-hal bahagian software application maintenance ni. Gua paham, sebab tu sumber diorang untuk terus survive in business. Walaupun gua dah attend training yang tak serupa training, diorang cuma ajar yang berkaitan hardware parts je. Kedua, sejak gua join company ni, kerja gua dah macam Project Manager. Padahal gua tahap kuliketif je pun. Gua takde hal. Gua buat je sebab gua bleh handle.

Tapi bila Bos gua cakap something yang buat gua tak rasa diorang appreciate gua kat company tu atau bahasa kasarnya "kalau software application maintenance kau tak bleh buat, then untuk apa kau join company ni.."...Perghh....korang bayangkan macam mana kedudukan gua skang ni. 

Gua pulak dah agak lama rasa tak syok kerja makan gaji ni. Asyik kena sound je. Gua dah bikin something extra untuk company pun gua kena gak. Something yang elok la..gua boleh pikir lagi apa yang elok, apa yang tak elok. Insyaallah gua takkan buat orang lain terjejas. Gua compare hasil kerja gua dengan company pesaing, jauh beza bro...tapi Bos gua tetap tak puas hati. Gua tak paham apa lagi yang tak cukup. Gua rasa nak meniaga, tapi gua tak tau nak meniaga apa. Business yang gua nak buat, plak perlu modal yang tinggi gile. Tu yang sampai skang ni gua tak start meniaga sejak bertahun-tahun gua rasa tak nak makan gaji lagi dah. Gua tak tau sampia bila gua akan rasa demoralized ni. Gua harap kejap lagi lepas gua publish post ni, gua akan ok. Paling koman pun lepas gua bangun tido esok pagi, gua akan ok....mintak mintak la....



Join contest CHill-lah              Konsert Mini Kat Alor Gajah, Melaka.                    Proton VIP Owner




http://bit.ly/o2v81a

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More