Sunday, 25 December 2011

Status Apartment Springville Ukay Perdana | Untuk Disewa.



Safety Grille Tingkap Living Room.


Cat & peralatan untuk misi minggu depan.


Kitchen Table Top + Sinki dan meja konkrit untuk makan. Bar Stool akan desediakan kemudian.

Tengah hari tadi aku gerak ke Ukay Perdana untuk tengok progress status terkini unit Apartment Springville Ukay Perdana untuk disewa dan telah aku beli sejak 2002 dulu. Sepanjang last week kerja-kerja wiring, pemasangan safety grill, awning dan kitchen table top giat dijalankan (chewahh..macam signboard kat tepi jalan je ayat tu..). Basically, aku amat berpuashati dengan hasil kerja yang kawan-kawan aku buat. Cuma safety grille untuk pintu utama je ada sikit masalah, lockset jammed. Tapi takde hal sangat sebab aku dah contact Pak Din untuk settlekan. Selasa depan Pak Din akan hantar budak dia settlekan. Pak Din ni kontraktor welding yang aku baru kenal hujung tahun lepas. Dia ada workshop welding dekat Sri Gombak. Kualiti kerja memang padu. Harga safety grille yang dia caj aku pun murah.


Kerja pendawaian elektrik atau dalam bahasa yang biasa kita panggil, wiring pulak, kawan aku yang kitorang panggil Tom @ Bob Tomato settle buat sejak last weekend lagi. Sangat kemas hasil kerja yang dia buat. Cuma fitting lampu & kipas je belum buat. Aku suruh dia buat next weekend je. Sebab safety grille ada masalah pada lockset.


Untuk kitchen table top pulak, siang tadi baru siap 90% sebab pintu untuk cover ruang bawah table top tu belum pasang. Kalau takde pintu apahal pulak nampak tong gas dengan bottle trap bawah sinki tu kan.


Petang tadi jugak aku angkut anak bini aku pi beli cat. Cat Nippon 5 liter 2 tin. Satu tin color Lavender Print 7184T dan satu lagi color Violet Petal 7171P. Wife aku yang pilih. Next week misi untuk aku mengecat living hall dengan anak aku, Aiman. Sebenarnya aku ada jugak amik job mengecat ni. Aku kan ada company kecik, untuk ambik job kecik-kecik jugak..JV dengan kawan aku. Tapi untuk rumah sendiri aku decide untuk buat sendiri. Ajar anak aku buat kerja-kerja lelaki ni. Baru puassss..!!


Dah siap nanti aku akan update lagi status terkini unit apartment Springville Ukay Perdana tu sebelum aku sewakan dengan rate RM900.00 sebulan. Apartment Springville ni aku decide untuk sewakan kepada kaum Hawa (orang perempuan la tu..) yang berstatus BUJANG sahaja. Mungkin boleh start masuk selewat-lewatnya bulan Februari 2012 nanti. Deposit 2+1+0.5 bulan (0.5 bulan untuk utility deposit). Kepada sesiapa yang berminat untuk sewa Apartment Springville Ukay Perdana ni bolehlah contact aku (Fauzi) di talian 019-3311275 atau email pestajiwa@gmail.com / mnfauzi@gmail.com. Kalau aku tak jawab boleh sms aku kat nombor handphone yang kat atas tu tadi. Kalau nak contractor buat kerja-kerja renovation atau wiring pun boleh email je kat aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More