Monday 27 August 2012

ATM Tundukkan Kelantan | Piala Malaysia 2012. | Keputusan Akhir & Muktamad Seri 1-1.

Tu dia...!! Tajuk entri yang agak keterlaluan. Aku harap penyokong skuad bolasepak Kelantan atau pasukan The Red Warriors tak marah. Siapa tak kenal penyokong fanatik team Kelantan terutama sekali penyokong Ultras Kelantan, The Red Mania. Tak dinafikan pasukan bolasepak Kelantan adalah pasukan bolasepak yang terbaik dalam kejohanan bolasepak Malaysia sekarang ni, sambil mendapat sokongan padu dari penyokong Kelantan. Pada aku penyokong Kelantan adalah penyokong pasukan bolasepak terbaik di Malaysia pada ketika ini. Setiap kali pasukan Kelantan bermain...stadium kompom penuh...selamba je. Jadi Kelantan FA boleh dikatakan takkan mengalami masalah dalam generate income melalui kutipan harga tiket. Ok...kita fokus balik kepada tajuk entri ATM tundukkan Kelantan dalan perlawanan ketiga peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8:45 malam ini bakal menyaksikan satu pertembungan yang hebat. Selepas dua game Piala Malaysia 2012, ATM dilihat sebagai satu pasukan yang mantap. Game pertama lawan Kedah 22 Ogos 2012, ATM kalahkan Kedah dengan jaringan 2 - 0. 25 Ogos 2012 pulak...ATM benam Terengganu 2-1. Rekod menunjukkan ATM mempunyai barisan yang seimbang dengan hanya bolos 1 gol sahaja. Pasukan yang dikendalikan oleh bekas Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan jelas mempunyai kelebihan di setiap bahagian. Satu lagi kelebihan ATM ialah B.Sathianathan pernah melatih pasukan Kelantan dan tidak mustahil dia kenal dan tau setiap kelebihan dan kekurangan pasukan Kelantan. Lagipun skuad Kelantan yang kini merajai senario bolasepak negara ini dibentuk oleh B.Sathianathan pada 2009. Skuad ATM pula dikatakan sebagai 'dream team' apabila dibarisi oleh beberapa pemain pasukan kebangsaan dan mempunyai penyerang yang berbisa seperti Marlon Alex James dan Hairuddin Omar.

Skuad The Red Warriors pun hebat. Muncul sebagai satu-satunya pasukan dari Malaysia yang layak ke peringkat suku akhir Piala AFC 2012. Juga dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan. Nama-nama seperti Apek, Indra Putra, Ghaddar, Subra dan Shakir Shaari juga memperlihatkan keseimbangan pasukan Kelantan. Tapi sejak perlawanan Piala Malaysia bermula, persembahan pasukan Kelantan agak goyah. Hanya menjaringkan 2 gol selepas 2 game apabila menewaskan Kedah 2-1 dan gagal menjaringkan sebarang gol apabila tewas kepada Terengganu 2 - 0. Lebih memedihkan keadaan apabila Daudsu dikenakan perintah keluar padang pada game lawan Terengganu. Mat Yo pula gagal mengembalikan kecemerlangannya sejak kembali pulih daripada kecederaan lututnya. Tetapi kekurangan pada bahagian serangan berjaya diatasi apabila pemain pinjaman Kelantan dari skuad Kuala Lumpur yang berasal dari Perlis, Afiq Azmi jelas mencuri perhatian apabila berjaya menjaringkan dua gol ketika menewaskan Kedah baru-baru ni. Pastinya Bojan Hodak ingin melihat kebangkitan pasukan kendaliannya dan mengembalikan keyakinan penyokong pasukan Kelantan yang dikatakan agak tak gembira dengan persembahan beberapa pemain Kelantan baru-baru ini. Dengan kembalinya beberapa tonggak utama pasukan Kelantan selepas pulih dari kecederaan dan penggantungan, perlawanan Kelantan lawan ATM bakal menghidangkan corak permainan yang mantap setelah Juala Liga Super 2012 dan Juara Liga Perdana 2012 bolasepak Malaysia bertemu malam ini.

Aku menjangkakan perlawanan Kelantan lawan ATM bakal berkesudahan seri 2-2. Saksikan perlawanan Kelantan lawan ATM melalui siaran langsung di Astro Arena 801.

Sumber grafik dari page Facebook Bolasepak Malaysia. Game tamat. Keputusan akhir Kelantan lawan ATM adalah Seri 1- 1. Marlon Alex James utk ATM. Obinna Nwaneri utk Kelantan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More