Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Kalau diikutkan aku takde perancangan pun nak updtae blog time time raya ni. Idea pun takde. Habis-habis pun mesti entri raya juga yang keluar nanti. Aku rasa sepanjang bulan Syawal ni, mesti penuh entri blog pasal sambutan Hari Raya atau pun pasal aktiviti open house dari blogger-blogger lain. So..aku taknak la tambah entri blog pasal raya.
Aku ada kat Marang, Terengganu sekarang ni. Beraya la..apa lagi kan..tapi sebab kesihatan tak berapa nak cun..batuk je manjang sejak seminggu sebelum raya, mood beraya tak berapa nak padu. Orang lain tengah syok makan kuih raya kat dalan rumah, aku lepak kat sofa kat luar rumah Maksu bini aku..layan batuk..layan Internet. Itu la salah satu kelebihan guna smartphone terutama sekali Samsung Galaxy S2!! Heheh...layan internet tak perlu keluarkan suara... Layan tengok keywords yang menyebabkan orang singgah ke blog aku ni.. Agak mengejutkan apabila keyword KELAB PENGKID MALAYSIA tersenarai dalam keyword list. Perghh... Sampai macam tu sekali..teruk sangat ke senario aktiviti songsang kat negara kita ni? Hari tu blog ariffshah.com pun cerita pasal PENGKID. Kali ni keyword berkaitan aktiviti songsang singgah ke blog aku...heran?? Aku pun heran juga.. Kenapa aktiviti songsang ni menjadi pilihan masyarakat Malaysia? Apa yang mampu aku lakukan demi membendung kegiatan yang tak bermoral dan salah disisi undang- undang negara terutama sekali melanggar ajaran Islam? Apa yang pemimpin negara kita patut buat? Sesungguhnya sukar untuk aku berbuat sesuatu untuk membendungnya. Apa yang aku boleh buat hanya berdoa agar kegiatan macam tu padam di negara kita seterusnya lenyap dari muka bumi ini. Insyaallah....
Published with Blogger-droid v1.7.4
3 comments:
Pengkid? budaya laknatullah....semoga selamatkan bangsa kita dari budaya ini
Insyaallah....moga dijauhkan budaya ni
Kalau nak tahu.baca kat my blog kot -,-'
Post a Comment