Tuesday 14 August 2012

9 Tips Keselamatan Tinggalkan Rumah Semasa Hari Raya | Part 2.

Ok... Semalam kita dah cerita tips keselamatan tinggalkan rumah semasa Hari Raya. Tapi yang semalam tu baru first part. Aku share 5 tips je dulu. Korang Boleh klik Sini UNtuk baca tips 1st Part tu! Dalam entri ni aku share baki 4 tips bagi melengkapkan 9 tips keselamatan tinggalkan rumah semasa Hari Raya atau semasa korang bercuti untuk satu tempoh yang panjang. Jom kita sambung ke tips yang seterusnya...

6. Pastikan barang kemas dan barang berharga disimpan kat tempat yang selamat. Kena pula ramai yang kaya-kaya skang ni. Ramai yang dah ada jongkong emas dan perak, laptop, intan berlian. Untuk pelaburan katanya. Sila pastikan pelaburan korang betul-betul selamat. Demi persediaan masa depan kan...? Kalau boleh pi la sewa peti simpanan keselamatan yang ada kat bank-bank terpilih atau syarikat persendirian yang sediakan servis tu.

7. Pada yang ada buat langganan suratkhabar dari mamak suratkhabar yang hantar suratkhabar setiap pagi kat rumah korang, sebaiknya stop dulu. Sementara je... Bagitau kat mamak suratkhabar tu yang korang nak stop sementara. Kalau tak stop, maknanya korang dengan secara murah hati dah bagitau kat penyangak bahawasanya takde orang kat rumah korang tu.

8. Inform Polis pasal korang takde kat rumah sebab cuti panjang. Tinggalkan sekali info korang contohnya nombor kenderaan korang, contact nombor korang, nama penghuni rumah korang, tarikh ketiadaan korang. Ini memudahkan Polis untuk mengesan sebarang perkara yang mencurigakan sekiranya Polis buat rondaan ke rumah korang.

9. Last sekali, kalau ada kemampuan dicadangkan korang untuk subscribe insuran untuk tempoh ketiadaan korang. Mana la tau kot-kot terbakar ke...penyangak pecah masuk rembat barang kat rumah korang ke at least boleh la kurangkan beban kerugian yang ditanggung kalau terjadinya malapetaka yang tak diduga sepanjang ketiadaan korang tu...

Itu dia ... Maka lengkaplah 9 tips keselamatan tinggalkan rumah semasa Hari Raya atau untuk bercuti panjang yang aku share dengan korang. Tips ni pun aku dapat dari kawan aku yang share info dari pihak Polis. Kalau korang ada tips tambahan, sila tinggalkan kat ruangan komen....akhir kata
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...BERHATI HATI SEMASA MEMANDU...
JAGA MAKAN MINUM...JANGAN MAIN BEDAL AJE YE...Hehehe...

Boleh klik Sini UNtuk baca tips 1st Part tu!

Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More