Saturday 29 September 2012

Video Gol Perlawanan Piala Sultan Selangor 2012.

Perlawanan yang mempertemukan skuad Pilihan Selangor vs. Pilihan Singapura berakhir dengan keputusan Pilihan Selangor kalahkan Pilihan Singapura 3-1. Piala Sultan Selangor Edisi ke 11 didahului dengan perlawanan antara Veteran Selangor vs. Veteran Singapura. Perlawanan pasukan veteran berlangsung selama 20 minit setiap separuh masa memperlihatkan pemain veteran kedua-dua pasukan bermain dengan tenang dan permainan yang kemas. Legenda Selangor contohnya Dato' Soh Chin Aun, Shahrin Majid, K.Gunalan, Dollah Salleh, Kamaruzaman Yusof tidak ketinggalan Coach Rajagobal masih berupaya beraksi dengan lincah. Lagenda 17 pasukan Veteran Selangor dan Singapura iaitu Zainal Abidin Hassan dan Fandi Ahmad masing masing berjaya menjaringkan satu gol. Gol yang dijaringkan oleh Zainal adalah melalui sepakan percuma. Manakala Fandi Ahmad menerusi sepakan deras luar kitak penalti. Penonton juga dapat melihat skill yang menjadi trademark Fandi Ahmad di zaman kegemilangannya, sepakan gunting. Walaupun berjaya dihalang oleh K.Gunalan namun aksi sepakan gunting Fandi Ahmad berjaya mengubat kerinduan peminatnya. Keputusan penuh Veteran Selangor 1 - 2 Veteran Singapura.

Saksikan video perlawanan Veteran Selangor vs. Veteran Singapura kat sini.

Perlawanan tumpuan Pilihan Selangor vs. Pilihan Singapura menyaksikan Pilihan Selangor menggunakan Helmi Lousaeif sebagai pemain Midfield bersama Kapten Safiq Rahim. Safee Sali bertindak sebagai Left Wing dan membiarkan Bosko Balaban sebagai solo striker. Pilihan Singapura mendahului melalui jaringan gol Aleksender Duric yang menggunakan kelebihan fizikalnya menewaskan 3 pemain pertahanan Pilihan Selangor sebelum melepaskan sepakan deras untuk gol tunggal Pilihan Singapura.

Tersentak dengan gol dari Duric,  Pilihan Selangor mula mengasak dengan agresif namun kemas. Hasilnya Pengadil dari Thailand menghadiahkan sepakan penalti kepada Pilihan Selangor setelah Amri Yahyah dijatuhkan dalam kotak penalti. Safiq Rahim tenang mengambil tanggungjawab dan Ito, Penjaga Gol Abirex Nigata tewas.

Separuh masa kedua, Bosko Balaban menambah derita Pilihan Selangor dengan satu cubaan jarak jauh yang membias setelah terkena pemain Pilihan Singapura dan menerjah gawang gol Pilihan Singapura bagi menjadikan kedudukan 2-1. Rozaimi yang masuk menggantikan Veenod dengan tenang menjaringkan gol ke 3 Pilihan Selangor sebelum perlawanan tamat.

Pemain tumpuan perlawanan Pilihan Selangor vs. Pilihan Singapura adalah Helmi Loussaeif. Sentuhan dan hantaran pemain yang dipinjam dari PKNS FC sangat kreatif dan sesuai bergandingan dengan Safiq Rahim. Safee Sali masih gagal menjaringkan gol walaupun Safee salah seorang scorer pada perlawanan tak rasmi lawan Kemboja, jelas kelihatan Safee struggle untuk memecah kebuntuan. Amri Yahyah juga bermain cemerlang dengan hantaran serta larian beliau sangat bersemangat. Satu cubaannya mengelirukan Ito, namun terkena tiang gol.

Keputusan penuh Pilihan Selangor vs. Pilihan Singapura, Pilihan Selangor menang 3-1.

Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More