Sunday 19 June 2011

Olympic Malaysia Vs. Olympic Lubnan

Pukul 10 malam tadi gua dah terpacul kat depan tv Sony saiz 25 inci gemuk gedempol yang bini gua beli sejak zaman bercinta dengan gua lebih 10 tahun dulu. TV tu pun dah tak popular dah skang ni. TV kurus kering macam papan lapis mengambil alih Carta TV Paling Popular sejak 2-3 tahun lepas. Makin kurus TV tu, maka makin popularlah ia. Lagak gua malam tadi membuatkan anak bini gua bertambah yakin bahawa gua memang peminat pasukan bolasepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya.

Malam tadi game pertama, pusingan dua skuad Olympic Malaysia yang dibarisi majoriti oleh player Harimau Muda A. Ada la sesikit player negeri lain masih blum cukup umur, bawah 23 tahun . Nak cerita panjang panjang pun malas. Game malam tadi lawan Skuad Olympic Lubnan. First half gua tengok player Malaysia banyak buat simple mistake. Geram gak gua tengok. Tapi second half, memang gua puast hati. Sebab diorang dah mula ada keyakinan. Dah mula berani attack kaw kaw. Kurang buat mistake. Paling gua syok tengok budak nama Irfan Fazail. Gua harap Datuk K.Rajagobal give attention to this player untuk absorb ke senior team in future. Nombor berapa ntah, gua pun tak ingat sebab syok tengok budak tu main cun. Lain lain player pun bagus. Terutama skali defenders & Apek. Congrats kat korang.

Gua harap game kedua lawan team yang sama yang gua dengar dengar akan diadakan kat Stadium Shah Alam Khamis ni. 23 Jun 2011, korang akan main lagi cun. Main kasi menang. Score banyak banyak biar team lain dengar je nama Malaysia a.k.a Harimau Malaya diorang menggigil macam diorang betul betul jumpa Rimau!!!...

Kalau ikut perancangan gua nak join Ultras Malaya bagi support dari curva tapi terpaksa kensel. Gua terpaksa bagi sokongan dari rumah dengan anak anak gua sebab bini gua kena pergi kursus. Takpe, gua anak beranak akan pakai jersi Harimau Malaya masa game tu nanti!!....

Gua lupa nak bagi ulasan pasal friendly match Senior Team Malaysia Vs. Mynmar kat Kota Bharu Sabtu lepas. Team Malaysia laukkan Mynmar 2-0. Tapi gua puashati lagi sekali sebab player yang gua jangka diabsorb ke National Skuad main starting eleven 7-Eleven. Gua aim Shakir, midfilder Kelantan akan jadi star player atau playmaker yang baik dalam Malaysia. Gua jugak harap Datuk K. Rajagobal akan panggil Nurul Azwan Roya & Joseph Kalang Tie untuk join National Team.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More