Wednesday 22 June 2011

Olimpik Malaysia Vs. Olimpik Lebanon 2nd Leg


Malam ni, Skuad Olimpik Malaysia yang lebih dikenali sebagai Harimau Muda akan menentang pasukan Olimpik Lebanon. Game malam ni adalah game kedua untuk Kelayakan Olimpik 2012 di London, England. Game pertama 19 Jun 2011 Harimau Muda hanya sekadar seri 0-0.

Maklumat yang gua dapat semalam, Mahali Jasuli, right defender digantung satu game. Maknanya, game malam ni tempat Mahali mungkin akan digantikan oleh Affizie. Mahali dikenakan tindakan satu game sebab dapat 2nd Yellow Card masa 1st leg game kat Sport City Stadium, Beirut hari tu. 1st yellow card kalau tak silap masa game lawan Qatar. Gua pun heran jugak macam mana FIFA bleh amik kira yellow card masa perlawanan persahabatan. Tapi itu la maklumat yang gua dapat malam tadi. Surat pasal penggantungan Mahali tu pun FAM dapat dari FIFA semalam.

Pada gua, takde hal la Mahali kena gantung untuk game malam ni pun. Gua yakin semua player dalam skuad Harimau Muda akan main mati matian bagi merealisasikan impian seluruh warga Malaysia untuk ke pusingan seterusnya dan layak ke Olimpik 2012, iaitu layak buat kali ke 3. Gua yakin malam ni Harimau Muda akan baham skuad Lebanon. Jangan tak tau game 1st leg hari tu, ball possession Harimau Muda 56% dan banyak percubaan yang dilakukan. Jom ramai ramai kita mengaum bagi sokongan kat Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni…!!!!!....OOOOooooOOOOoooOOO Ma…lay..sia!!!!!

Kita masuk padang,
Dia cuma pandang pandang,
Kita tunjuk belang,
Dia lari lintang pukang!!!!....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More