Thursday 9 June 2011

Rancangan Tak Menjadi

Sekarang ni gua ada kat kampung bini gua, kat Kuantan, Pahang. Dah nak masuk hari ke-7 dah pun. Maknanya esok petang lepas solat Jumaat kitorang gerak balik KL. Sepatutnya Isnin lepas kitorang akan gerak ke Labis, Johor untuk join rombongan meminang untuk adik ipar gua. Tapi Jumaat lepas, bini gua dapat satu call bagitau bapak mertua gua masuk Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Kes lelah. First time gua tengok orang sakit lelah ni. Kesian der gua tengok pak mertua gua, teruk kena counter attack lelah ni. Nak bernafas susah gile. Disebabkan kes tu, maka rombongan Mak Kiah ke Labis untuk meminang awek kat sana dibatalkan. Kesian lagi skali kat famili bini gua.


Bapak mertua gua kena stay kat HTAA 6 hari 5 malam. Macam amik pakej melancong ke hospital plak. Bila Pak mertua gua kena stay kat spital, maka Mak mertua gua pun kena la join sebagai 'pelancong bersama' kat HTAA dengan disertai oleh adik ipar gua yang bongsu tu.


Gua plak satu famili akan jenguk diorg kat HTAA tiap petang. Hantar apa yang patut kat diorg.Malam plak, adik ipar gua yang tak jadi bertunang tu akan ambil alih. Gua takde hal. Masa ni masa diorg, masa gua plak tak tau bila. Tiap kali gua jenguk pak mertua gua kat HTAA, macam macam ragam pesakit gua tengok. Ada gak yang banduan ditempatkan kat wad yang sama. Mamat tu kantoi kes ngedar dadah. Kesian gak gua tengok mamat tu. Pasrah je, walaupun muka ganas macam BOTAK dalam cerita JUVANA kat TV3 yang ditayangkan pukul 9 malam tiap Isnin. Makan pun tunduk je. Mungkin malu & segan sebab makan sambil tangan sebelah digari ke katil. Takpe la, tu bahagian dia. Banyak lagi ragam pesakit kat HTAA tu, tapi gua malas nak cerita.


*Gambar ni hanya sbg gambaran je...gua crop skit gambar orginal yang gua copy kat website http://apps.tv3.com.my/juvana/

Walaupun kali ni gua bercuti kat kampung dalam keadaan yang tak berapa nak best, ada beberapa peristiwa yang jadi akan gua kongsi dengan korang kat sini. Nanti la gua balik KL gua adjust balik.....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More