Monday 20 June 2011

Loudness Live In KL


Jangan betulkan penglihatan anda. Jangan gosok mata anda nanti rosak kornea. Maklumat ini sah. Memang betul Loudness akan datang ke Malaysia tak lama lagi. Loudness, satu satunya band dari negara matahari terbit, Jepun, akan turun Malaysia untuk konsert hujung bulan, iaitu 24 Julai 2011 nanti. Gua tak berapa dengar sangat lagu lagu band ni. Kalau tak silap gua Loudness popular masa tahun 80-an. Ini bermakna gua masih pergi sekolah pakai seluar pendek keler biru. Sekolah gua plak masa tu sekolah lencana burung hantu.

Kumpulan Loudness ni popular dengan lagu Heavy Chains. Masa tu kalau siapa yang pakai singlet putih ada lambang matahari kaler merah memang gua cakap "brader ni memang rock la!!"...Gua pun cuba cuba la lukis trademark Kumpulan Loudness ni kat beg skolah gua. Lukis guna marker pen kaler merah je pun.

Pada lu orang yang minat atau teringin nak merasai aura rock kapak 80-an dendangan Kumpulan Loudness, apa kata lu orang pergi Life Centre kat Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dekat area Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, bukan HRC Penang atau HRC HCM tau. Pada gua berbaloi kalau layan konsert tu nanti. Loudness juga akan featuring Amy Search & beberapa kumpulan rock masa konsert tu nanti.

Gua?...sorry beb....gua layan kat youtube je la...hehehe

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More